Wednesday, December 23, 2009

Buku ILHAM PENGANTIN sudah terbit!!!!!

Ohhh..apa yang aku tunggu-tunggu selama ini sudah ada di pasaran. Setelah hampir 2 minggu menyiapkan artikel dan sebulan penggambaran akhirnya buku ILHAM PENGANTIN ada juga di pasaran. Seronok tidak terkata masa ambil buku ni semalam kat Lili. Berdebar-debar rasanya nak menatap helaian demi helaian. Teruja melihat hasilnya sesudah berpenat lelah dengan bermacam kerenah dan dugaan. Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan buku ini. Ilham Pengantin sudah dijual seminggu lalu berharga RM19.90. Bagi sesapa yang ingin melihat himpunan baju pengantin dan gaya tudung sesuai untuk perkahwinan dalam buku ini ada 50 rekaan sama ada drp butik dan juga pereka muda tempatan. Wahhh gitu promote baik punya. Yerlah walaupun sudah tidak bekerja lagi di BP tapi besar harapan aku agar buku ni dapat dijual dengan baik sekali.




Cover hadapan dan back cover. Cover hadapan menggunakan khidmat Fouziah Gous. Nasib baik dia sangat memberikan kerjasama walaupun masa tu dia tengah sibuk dengan penggambaran tapi masih dapat luangkan masa.
Antara salah satu langkah demi langkah ikatan tudung.

Ini sedikit story mengenai Fouziah Gous dan baju yang dia gayakan.


Rekabentuk hasil idea Jamak Aton Habi Mahmood.
Antara pereka yang ada dalam buku ni ialah Calvin Thoo, Arma Abdul Rahman, Ari Weddingcouture, Hazwani dan Shahril. Manakala butik pula Semendarasa, Chantek Boutique, Sam Beauty Shop, Zaifie Creation, Ryn Avenue, Jimi Ali Creation.
Buku ini adalah hasil terakhir aku sebelum meninggalkan Berita Publishing dan dua minggu sebelum bercuti aku berhempas pulas menyiapkannya..sebab itu aku merasa sangat teruja apabila melihat hasilnya. Sekurang-kurangnya buku ini menjadi kenangan terindah ketika bekerja di BP.

7 comments:

lili norlaili said...

tahniah ti n atun...hasil kerja korang mmg superb! terima kasih juga sbb tlg promote kat sini...hehehe

lili norlaili said...

tahniah ti n atun, hasil kerja korang mmg superb!

terima kasih juga sbb tolong promote kat sini..

aku rasa, book fair 2010 ni, buku ni akan tarik ramai pembeli

milin said...

Dear, dah resign frm BP ke?
Skang katne?
Tak sabar jumpa nanti gathering budak2 BK2000 :)
Hopefully the reunion tu nanti jadik :)

Mummy Dasy said...

congrats kak.... akan ku cari nnt ye...

raihanah said...

salam siti.

tahniah! wah paling istimewa tu...ada kenangan dan tinggalan di BP tu.

rynas said...

Li- harap2 laku ler Li hehheh

Milin- skang dengan Harian Metro baru amsuk sebulan.

Mummy Daisy - Beli jgn tak beli tau..bg sokongan

Kak Ana - Itu yg buat paling berharga tuh kak ana

arediks92 said...

wowww cantiknya cover :p
dah lama x masuk blog hahahha ketinggalan uolsss