Saturday, February 4, 2012

sesi bg hadiah ler pulak

Belum habis lagi kisah Family Day di Melaka hari tuh. Ok ni hari terakhir iaitu sesi penyampaiah hadiah kepada pemenang futsal, boling dan pemberian hamper kepada semua keluarga.
Seperti tahun-tahun lalu setiap keluarga diwajibkan membawa hamper. Jadi semuanya ada 7 hamper tambah dengan satu hamper untuk mak dan abah.


Ni lah semua hamper yang ada. Masing-masing dah mengidam nak yang mana. hehheheh teruja uols...

Ini pula hadiah untuk futsal dan boling. Masukkan dalam paper bag jer senang.

Semua ahli keluarga menunggu untuk penyampaian hadiah. Sebelum tu diadakan sesi undian untuk pemberian hamper. Jadi idok ler keluarga tu dapat hamper kepunyaan dia sendiri.

Ehh Durrani  pun dapat hadiah drp tok wan. Mewakili team Merah yg menjadi juara futsal. Chayok..chayok..

Bendahari yang mendapat johan untuk boling.

Team Yue @ pakcik yg menang untuk futsal dan boling tempat kedua.

Sesi pemberian hamper pulak. Hamper kak chak @ maklang diterima oleh Kak long.

Tu dia tuan punya blog memberikan hampernya kepada kak long @ mak long.

Jaja @ makcik memberikan hamper kepadaku. Terima kasih daun keladi

Yang ni hamper kak chik kepada kak Chak.

Ok selepas semua hadiah sudah dibahagikan sesi potong kek pula untuk yg sambut birthday pada bulan Januari.

Oh tertinggal pula pemberian hamper dr anak-anak kepada mak & abah. Hamper sudah tentu barang-barang dapur.


Ini dia birthday girl kak chak dan abang long. Selamat Hari Jadi moga panjang usia dimurahkan rezeki selalu. Tiap tahun kalau buat bulan Januari dua orang ni jerlah yg akan sambut birthday hehhehe.


Selepas selesai semuanya tibalah sesi bergambar beramai-ramai. Oleh kerana cuaca sangat panas jadinya nak bergambar pun kurang selesa. Masing-masing muka berkerut-kerut kepanasan.

Oh i like this pic. Kaum perempuan saja, kakak, kakak ipar, adik ipar bersama mak dan anak buah. Adik kat Sarawak jangan jeles sebab gambar tak ada di sini.

Selamat sudah sesi Family Day keluarga Hj Sahib 2012. Dengan harapan dapat dilaksanakan lagi pada tahun depan itu pun kena tengok collection  tahunan, kalau banyak bolehlah buat tempat yang jauh sikit. Ada cadangan nak ke Bukit Merah dan Pulau Langkawi. Oh sangat menarik kalau dapat buat di Langkawi boleh bershopping  untuk kaum-kaum ibu. Kita tengok dulu macam mana ya ahli jemaah mesyuarat semua.

Sebelum bergerak abang long membacakan doa penutup dan doa selamat. Alhamdulillah. Selepas itu masing-masing bergerak ke Pantai Klebang sebab ada agenda nak makan durian di sana. Patutnya nak buat sekali dengan BBQ tapi durian yg dicari tak jumpa so ditunda ke acara petang.






Saturday, January 28, 2012

lawan boling

 Hari kedua:

Masih lagi cerita mengenai hari keluarga di Melaka. Selagi tak habis kan. Bukan apa senang simpan gambar dalam blog untuk kenangan. Ok ini masih aktiviti hari kedua...sebelah petang lepas solat kita orang bersiap-siap untuk ke MTC Melaka dekat jer pun dengan chalet. Kumpuan sudah pun dibahagikan mulanya ikut keluarga tapi ada yg tak cukup ahli so kira campur2 jugalah.

Mmg ramai orang hari tu maklumlah cuti CNY. Kita orang ambil 4 lane. Setiap kumpulan ada 4 orang.


 Fahim yg bosan sebab tak boleh main.

 Yang ni kumpulan abg pie campur suhaili. Boleh tahan juga balingannya...


 Fatin pun nak main boling juga.

Melihat mata...

 Mak cik Jaja membuat balingan...walaupun slow jer bolanya tapi hampir strike...


 Pasangan serasi bersama kak tija dan abg Pie

 Mak dan abah yg tak bosan tengok anak-anak main boling. ABah pun teruja nak main juga.

 Budak-budak yang sibuk juga nak main.

Jaguh boling Bangsar ni..


Tu dia Tok Wan membuat balingan. 
 Pak cik bersama Fahim.

 Budin dan kakak Mirah.

Senyum jangan tak senyum.

 Fahim yg dah ngantuk tertidur dia...

 Gambar beramai-ramai. selepas habis boling


 3 beradik...


Ni Suhaili dan Ira.

Pemenang untuk boling jatuh kepada keluarga Pak Long...hebat mmg hebat diikuti team pakcik Muda..
Malamnya cuma aktiviti BBQ saja...so bersiap-siap untuk membakar ayam pula yer..



perlawanan futsal antara team..MERIAH!!!

Hari kedua:

Pagi-pagi lepas jer sarapan masing-masing dah start pakai baju warna team masing-masing iaitu MERAH, KUNING dan BIRU. Setiap team ada 6 orang campur sekali budak-budak lelaki dan pompuan. Kiranya perlawanan futsal rojaklah nie dan tak ikut family. Urus setia diketuai Anip main letak jer berdasarkan orang dewasa ada kanak-kanak dan ada pompuan (anak-anak dara jer mak-mak budak jd pompom girl jer)


 Tu dia!!!! team Merah diwakili Pak Cik, Anip, Kie, suamiku merangkap penjaga gol. along dan kak Ngah.
Team ni under dog tak harap menang pun. Tapi ada Pak Cik yg selalu main futsal boleh lah kot.

 Ok team kedua warna Kuning. Boleh tahan kuat sebab ada pemain senior seperti abang Long dan Abg Mad, Haziq, Zafirah, Afiq dan Budin.

Team Biru. Semua berkaliber dalam lapangan futsal sebab ada Pak E, ada Pak Ndak ( pemain futsal Parit Buntar ni hehehhe) Kakak Mirah, Alif dan Aton. Dorang rasa team ni boleh jd juara tapi kita tengok sapa lagi kuat.

 Perlawanan bermula antara team Kuning dan Biru. Pengadil diambil drp pemain team merah dan aku jd penjaga masa.

 Wah...ni apa pulak cam tak puas hati jer nie. Perlawanan sangat sengit hehhehe sampaikan ada yg tak puas hati ler. nasib baik ditenangkan oleh mak-mak budak hehhehhehe.

Yang ni team Biru lawan kuning. Pak Ndak merembat bole sambil diperhatikan kakak Zafirah yg tak berani nak ambil bola takut kena sepak. Yerlah dia orang ni main sungguh-sungguh kalau sepak bola mmg kuat bukannya tahu main dgn budak-budak. nasib baik tak ada kecederaan. hehheheh

 Team merah along dan kak ngah yg tak sabor nak main. Boleh tahan juga dia orng main wpun banyak tengok bola jer.

Ini penjaga masa. Penat wehhh dok asyik gelak jer...bila tgk pemain tak puas hati. Bukannya apa...pemain lg tahu drp pengadil. Pengadil kata bola tak masuk, pemain kata masuk...last-last  ikut cakap pemain...apa daaa...!!!!

 Ni antara penyokong merangkap tukang gelak dan tukang jerit. Tok wan pun datang tapi kejap jer sebab panas dan tak ada kerusi duduk bawah jer.


 Wah-wah Pakcik muda merembat bola. Tapi takkan nak masuk gol sendiri kot. Penjaga gol memegang tiang gol tak nak bg patah sebabnya satu tiang gol dah patah disebabkan sepakan bola.



Kakak Mirah membawa bola sehingga ke pintu gol. Tapi sayang tak gol hehhehe. Cuba lagi yeaa tahun depan.

 Fuh nampak cam meriah jerkan. Walaupun yg main anak-anak, menantu dan cucu Hj Sahib jer.

 TU dia apalah yang dikatakan oleh kak Tija kepada kak Chak tu.  Yg kat belakang baju merah kak Long releks jer...

Penat dah!!! Rehat jap. Nanti nak sambung balik. Abang Mad, Abg E dan Abg Long.

 Ni lah pengadil yg mencetuskan kontroversi. Perlawanan di antara team Merah dan Kuning. Pengadil kata bola tak masuk, tapi pemain kata bola masuk. Last-last bg jugalah seri 1-1.

 geng-geng perempuan khusyuk melihat perlawanan futsal.

 BFF. Along dengan Kak Ngah yg asyik melekat berdua jer.


 Budin menunjukkan aksinya. Melompat lebih tinggi.

" Kakak dah penat. Boleh tak nak keluar padang. Dah ler kalah huhuhu," gitulah kot kata kakak Mirah.

 "Fuhhh letihnya. Nasib baik menang. Tak sia-sia pakai baju Merah," kata Hanif.

 Hampir dekat 11.30 pagi  perlawanan tamat. So masing-masing balik chalet masing-masing. yg budak-budak jer pg mandi kolam. Kat rumah ada mak dan kak fauziah yg menyiapkan makan tengah hari.
Lepas tu bersiap-siap untuk perlawanan boling petangnya pula di MTC Melaka. Chayok...chayok...