Monday, March 10, 2014

Mengapa kehilangan pesawat MH370 dianggap misteri?


 
Boeing 777-200 berada di Kuala Lumpur International Airport setelah mencatat rekor dunia untuk penerbangan terpanjang non-stop dari Seattle ke Kuala Lumpur, pada 2 April 1997.

Dipetik daripada Kompas.com

Pesawat Malaysia Airlines MAS 370 dari Kuala Lumpur-Beijing hilang perhubungan sejak Sabtu (8/3/2014) jam  02.41. Nasib pesawat dan penumpang belum diketahui sehingga ke saat ini. Dalam banyak pemberitaan membabitkan luar negara menegaskan hilangnya Malaysia Airlines adalah satu misteri yang belum terungkai sehingga kini. Malah pakar dalam bidang penerbangan turut tidak dapat mencari punca atau petunjuk baru bagi mengesan ke mana pesawat menghilang. Antara beberapa fakta membuatkan pakar beranggapan ia kejadian misteri kerana:

1. Boeing 777-200 salah satu pesawat terbaik

Boeing 777-200 adalah pesawat terbaik yang  pernah dihasilkan dan beroperasi ketika ini. Bukan cuma Malaysia Airlines saja yang menggunakannya, tetapi negara luar seperti United dan American Airlines. Garuda Indonesia juga menggunakan keluarga pesawat Boeing 777, iaitu Boeing 777-300ER.

Pakar penerbangan Indonesia, Dudi Sudibyo, mengatakan, Boeing 777-200 terbang kali pertama pada 1995 dan sudah 13 tahun terbang. Tiada kemalangan dilaporkan ketika itu.


2. Malaysia Airlines salah satu syarikat penerbangan terbaik

Malaysia Airlines juga dikenali  sebagai pesawat yang mengutamakan keselamatan. Banyak pesawat, termasuk di Indonesia, dikritik kerana pemeliharaan yang kurang baik dan mengabaikan aspek keselamatan. "Saya kira ini tidak terjadi pada Malaysia Airlines," kata Dudi.

Dalam kurun ke 40 kemalangan pesawat berlaku pada 1977, dengan 100 orang maut dalam penerbangan MH653 dengan pesawat Boeing 737-200 di Johor. Penyebab kemalangan ini disebabkan rampasan kapal terbang. Pada 1995, 34 orang maut dalam penerbangan MH2133 dengan pesawat Fokker 50. Penyebab kemalangan  adalah disebabkan kesalahan juruterbang.

3. Pesawat berada terbang dalam keadaan cuaca paling baik

Fasa penerbangan paling kritis adalah ketika berlepas dan pendaratan. Di sini, juruterbang memainkan peranan penting. Kehilangan perhubungan pada Malaysia Airlines terjadi pada ketinggian 35, 000 kaki pada ketika cuaca dalam keadaan baik.

Todd Curtis, bekas juruteknik keamanan Boeing, yang diambil dari AP, Minggu (9/3/2014), mengatakan, jika pesawat mengalami kerosakan seharusnya juruterbang masih sempat membuat panggilan menerusi radio. Dudi mengatakan, apa yang berlaku kepada Malaysia Airlines kali ini mengingatkan pada kemalangan yang menimpa Adam Air pada  2007 serta Air France pada 2009.

4. Tiada signal "distress"

Dudi mengungkapkan, pesawat masa kini dilengkapi dengan alat  emergency locator trasmitter dan emergency beacon. Dua alat ini berfungsi memberitahukan lokasi pesawat  kepada seseorang.

Dia yang diihubungi Kompas.com, mengatakan, alat tersebut akan memancarkan signal sekiranya pesawat berlanggar atau terhempas. Apabila Malaysia Airlines terhempas seharusnya ada signal  distress yang dipancarkan oleh alat tersebut. Namun, ternyata, signal  itu tidak diterima oleh mana menara. Ini menjadi tanda tanya sehingga kini.

Meskipun demikian, Dudi mengungkapkan mungkin signal tidak diterima kerana pesawat jatuh terlalu dalam di lautan sehingga signal tidak sampai ke permukaan, atau signal tertutup oleh badan pesawat.

5. Arah terbang pesawat berpatah balik

Pada saat-saat terakhir terbang, pesawat terbang ke arah 25. Namun, tiba-tiba pesawat berputar ke arah 40. Penyebabnya belum diketahui. Pantauan radar menyebutkan bahawa pesawat kemungkinan berpatah balik. Namun hal ini masih belum dapat dibuktikan sehingga kini.

No comments: