Wednesday, July 10, 2013
10 Julai 2013
Alhamdulillah dipanjangkan usia setahun lagi. tahun ni 10 Julai jatuh pada 1 Ramadan hari pertama berpuasa. Berkongsi tarikh lahir dengan tokoh negarawan ulung Malaysia Tun Dr Mahathir. Saja berkongsi gambar di bawah. Saya tak adalah tiup lilin sampai 3 tingkat cupcake macam tu.
Dulu ketika masih kerja di tempat lama, hari jadi Tun akan diraikan kaki tangan staff di hotel, masa inilah nak bergambar dengan Tun. Malangnya ketika itu saya langsung tiada gambar bersamanya. Rasa kecewa sangat sebab tak menggunakan waktu sepenuhnya untuk mengabadikan gambar bersamanya.
Tahun ini juga berkongsi bulan dengan dua anak Fahim dan Fayyadh. Kek di bawah hanya letak dua nama saja biar saja si kecil memotong kek dan yg dewasa melihat saja. Malu sihh..dah tua begini masih mahu memotong kek dan meniup lilin.
Sambutan secara sederhana di kampung suami di Port dickson pada minggu lepas. Kecil-kecilan saja buat meraikan anak-anak sekali gus memberikan kegembiraan buat mereka.
2013 setahun lagi pertambahan usia. Jika masih melalui zaman kanak-kanak ulangtahun kelahiran detik ditunggu-tunggu kerana boleh makan kek dan dapat hadiah. Walaupun ketika itu meraikan hari jadi langsung tidak dipraktikkan. Malah emak pun kadang kala lupa bila dia melahirkan saya akhirnya detik 10 Julai berlalu begitu saja. Namun ketika itu langsung tiada sekelumit rasa sedih kerana ia perkara biasa.
Apa signifikan hari jadi pada saya? kata orang ia hanya pertambahan usia, walau usia bertambah namun hati tetap muda. terpulang pada individu. Pada saya bertambah usia bermakna banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan, cuba lihat kembali ke belakang apa kejayaan kita pada keluarga dan anak-anak? Apa yang kita lakukan sebagai khalifah di bumi ini? Tertunaikan amanah kepada Allah? ibu bapa serta saudara yang terhampir dengan kita. Bertambah usia bermakna semakin dekat dengan kematian. Walaupun bergetar rasa gentar di hati apabila menyebut mengenainya namun ia pasti berlaku. Hanya bila, dan di mana saja menjadi rahsia Allah.
Jadi untuk kali ini bukan azam yang saya cuba lakukan, namun keinginan untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik drp hari ini. Sama ada sebagai isteri, ibu, anak, adik, kakak, dan pekerja kepada organisasi saya bekerja.
Paling penting saya mahu menjadi hamba Allah yang mampu menunaikan segala suruhannya dengan penuh teliti dan berkualiti.
Diakhiri dengan sekeping sampul surat yang diterima pagi tadi. hadiah sempena ulang tahun kelahiran mungkin. Alhamdulillah walaupun jumlahnya kecil namun amat bermakna buat saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
wow..dapat bonus ker tu
Post a Comment