Sunday, July 14, 2013

Ulat buku

 Ini antara koleksi buku, komik, kegemaran kakak keluaran Ana Muslim. Dia pun dah tahu kat mana boleh  dapatkan buku-buku ni. Kat sebelah sekolah agama kedai buku Ana Muslim baru buka jadi dia asyik jeling-jeling jer bila balik sekolah. Pernah pengasuh yang ambil dia kat sekolah agama bg tau yang kakak pernah hilang jap lepas balik dari sekolah rupanya dah masuk kedai buku kat sebelah ni. nasib baik tak lama dia kat situ.



 Koleksi buku kesayangannya. Pernah satu pagi dia minta saya ke kedai runcit mamak semata-mata nak dapatkan komik kegemarannya. Oleh kerana pagi tu saya nak cepat jadi tak dapatlah penuhi permintaannya. Apa lagi merajuk dan menangislah dia di rumah pengasuh.



 kalau dapat beli 3-4 buku..dia sanggup habiskan dalam masa sehari. lepas beli terus baca sampai ke rumah belum buka baju sekolah dah baca balik sampai tertidur dengan buku kemudian sambung baca dalam kereta dan dibawa ke rumah pengasuh.
Balik dari sekolah kebangsaan dia terus bagi tau saya, "mama kakak dah habis baca buku."
saya tanya baca di mana. dia kata baca di sekolah waktu rehat.. Nak cepat habis sampai sanggup bawa ke sekolah kebangsaan. Esoknya dia minta ayahnya ke kedai buku beli yang baru.


 Ni juga buku kesayangan yang diambil di rumah sepupu. Kalau pergi rumah sepupu di Selayang dan di Kulim mesti dapat sebuah komik Lawak Kampus dr abang Budin dan Afiq.

Oh ni novel 'kecik' terbaru. Tapi sudah habis baca pun dan minta beli yang baru. Nasib baik minat buku jadi tidaklah rasa membazir. Kalau mainan lain...Ampunlah mama kamu nak beli sebulan dua tiga kali.

p/s: Dulu masa sekolah rendah saya peminat setia siri Enid Blyton . Tidak pernah miss meminjam di library sekolah untuk dibaca di rumah. kadang-kadang sanggup tak makan semata-mata nak habiskan pembacaan. memang berhantu sebab kalau dah baca memang akan habiskan sebab nak tahu kesudahannya. Saya masih ingat mungkin kerana leka membaca dan dipanggil makan beberapa kali masih tidak muncul di meja makan. Emak menjerit mengatakan, "Nanti buku tu mak rebus, minum airnya. Baru tahu,"


Wednesday, July 10, 2013

10 Julai 2013


Alhamdulillah dipanjangkan usia setahun lagi. tahun ni 10 Julai jatuh pada 1 Ramadan hari pertama berpuasa. Berkongsi tarikh lahir dengan tokoh negarawan ulung Malaysia Tun Dr Mahathir. Saja berkongsi gambar di bawah. Saya tak adalah tiup lilin sampai 3 tingkat cupcake macam tu.


Dulu ketika masih kerja di tempat lama, hari jadi Tun akan diraikan kaki tangan staff di hotel, masa inilah nak bergambar dengan Tun. Malangnya ketika itu saya langsung tiada gambar bersamanya. Rasa kecewa sangat sebab tak menggunakan waktu sepenuhnya untuk mengabadikan gambar bersamanya.

Tahun ini juga berkongsi bulan dengan dua anak Fahim dan Fayyadh. Kek di bawah hanya letak dua nama saja biar saja si kecil memotong kek dan yg dewasa melihat saja. Malu sihh..dah tua begini masih mahu memotong kek dan meniup lilin.

 Sambutan secara sederhana di kampung suami di Port dickson pada minggu lepas. Kecil-kecilan saja buat meraikan anak-anak sekali gus memberikan kegembiraan buat mereka. 

2013 setahun lagi pertambahan usia. Jika masih melalui zaman kanak-kanak ulangtahun kelahiran detik ditunggu-tunggu kerana boleh makan kek dan dapat hadiah. Walaupun ketika itu meraikan hari jadi  langsung tidak dipraktikkan. Malah emak pun kadang kala lupa bila dia melahirkan saya akhirnya detik 10 Julai berlalu begitu saja. Namun ketika itu langsung tiada sekelumit rasa sedih kerana ia perkara biasa.
Apa signifikan hari jadi pada saya? kata orang ia hanya pertambahan usia, walau usia bertambah namun hati tetap muda. terpulang pada individu. Pada saya bertambah usia bermakna banyak tanggungjawab yang perlu diselesaikan, cuba lihat kembali ke belakang apa kejayaan kita pada keluarga dan anak-anak? Apa yang kita lakukan sebagai khalifah di bumi ini? Tertunaikan amanah kepada Allah? ibu bapa serta saudara yang terhampir dengan kita. Bertambah usia bermakna semakin dekat dengan kematian. Walaupun bergetar rasa gentar di hati apabila menyebut mengenainya namun ia pasti berlaku. Hanya bila, dan di mana saja menjadi rahsia Allah.
Jadi untuk kali ini bukan azam yang saya cuba lakukan, namun keinginan untuk memperbaiki diri menjadi insan yang lebih baik drp hari ini. Sama ada sebagai isteri, ibu, anak, adik, kakak, dan pekerja kepada organisasi saya bekerja.
Paling penting saya mahu menjadi hamba Allah yang mampu menunaikan segala suruhannya dengan penuh teliti dan berkualiti.

Diakhiri dengan sekeping sampul surat yang diterima pagi tadi. hadiah sempena ulang tahun kelahiran mungkin. Alhamdulillah walaupun jumlahnya kecil namun amat bermakna buat saya.




Thursday, July 4, 2013

Sambutan berganda hari lahir

 Julai bulan berganda kerana sambutan hari lahir untuk kami tiga beranak. Fahim pada 1 Julai, Fayyadh pada 4 Julai dan saya pada 10 Julai. Jadi konotasinya mudah sambutan hari lahir diadakan serentak dan menjimatkan. Mama pun boleh tumpang sekaki walaupun sebelum ini memang tiada sambutan hari lahir, jadi bila anak-anak yg lahir dalam bulanyang sama boleh menumpang sekali.


 Dua orang kesayangan.Oppss tiga untuk kakak yang lahir pada Oktober.


Dhani Fahim 6 bulan

Semoga perjalanan menjaga, mengasuh dan mendidik anak dipermudahkan olehNYA sentiasa. Amin.


Fahim setahun 3 bulan
 Semoga mereka berjaya di dunia dan akhirat itu yg paling penting.


setahun lebih

 Membesar menjadi anak yang soleh, taat pada Allah dan ibu bapa, menghormati org tua.

Fayyadh 6 bulan
 Senyuman yang akan dibawa sehingga ke syurga. Elok didikan dan bekalan, eloklah peribadi mereka di kemudian hari.


Fayyadh 7 bulan
 Anak ibarat kain putih, ibu bapa yang bertanggungjawab menjadikannya berwarna apa. Moga kegembiraan hari ini, melihat senyuman dan gelak tawa akan membawa ketenangan di kemudian hari.


 Tiada yang lebih menggembirakan bg ibu bapa sekiranya anak suatu hari nanti membesar menjadi insan berguna dan taat pada agama.


Fayyadh 11 bulan
 Senyuman yang memberi kekuatan setiap hati ketika susah mahu pun senang. Hilang segala penat lelah melihat senyuman ini.

 Harapan dan doa buat anak-anak tersayang, semoga mereka kuat jati diri, kental jiwanya menempuh masa depan yang penuh pencarobanya. Kala ini hanya benteng sebagai bekalan untuk kemudian hari.


Buat anak-anak mama Dhani Fahim, Dahin Fayyadh juga Durrani Fatihin membesarlah menjadi insan yang sempurna rohani, jasmani dan emosinya. Agar kelak tidak dipersoalkan di akhirat mengenai tanggungjawab ibu mendidik anak-anak.Berikan kekuatan untuk menjadi ibu dan mama terbaik kepada kalian. Amin..Amin..