Sunday, April 17, 2011

Everland yg indah di Korea

Tak lengkap rasanya lawatan ke Korea sekiranya tidak berkunjung ke Everland. Ini lawatan hari pertama selepas ke Nami Island. Cuaca masih sejuk macam berada di Genting Highland rasanya. Kalau di Malaysia Everland boleh dikatakan sama seperti Genting Highland tapi bertaraf 6 bintang.

Everland bukan saja menempatkan taman tema ( ada roller coster tercanggih di dunia, ada permainan top gun, buaian, rumah binatang dan macam-macam lagi) juga safari yang menempatkan pelbagai haiwan seperti harimau, singa, peguin, bear juga taman Empat musim (4 Season garden).


Teruja sekali ketika melawat 4 Season garden...yang ketika itu musim bunga. Jadi bunga tulip ada di mana-mana dan sedang berkembang dengan cantiknya. memang sangat cantik, mekar dengan indahnya. Seakan seperti bunga tiruan tetapi jangan tidak percaya semua tulin dan asli.


Semasa kita orang melawat, bunga masih kuncup lagi. Tapi tetap cantik.

Tidak melepaskan peluang bergambar dengan bunga-bunga tulip pelbagai warna.

ketika sampai ada rombongan dr Malaysia iaitu krew drama dengan Bintang Paling Popular Sam bersama heroin Liana sedang melakukan penggambaran. Boleh pulak jumpa di Korea yer...


Indahnya...ciptaan Tuhan. Merah mekar...

cantik sangat...kuning ceria

Gambar lagi..terasa rugi jika melepaskan peluang bergambar. Bukan senang nak datang lagi.


Oh ku teruja...

Pink kaler...

permandangan indah Everland..


Bunga tulip yang masih belum kembang


Kedai-kedai makan dan cenderahati di sekitar Everland..


Posing di sebelah pondok telefon..


pintu masuk Everland...


Ramai pengunjung tempatan dan luar negara...


antara haiwan yang terdapat di Safari

peguin...
Bear...

Persekitaran sangat bersih...ada jer penjaga yang mengutip sampah

kedai cenderahati...

Rasanya kalau pelancong yang mengikuti pakej pelancongan dengan agensi pelancongan mesti lawatan ke Everland menjadi aktiviti rasmi.

11 comments:

A D I A said...

aduhh cantik nya bunga2 warna warni ni kakkk, mana nak dapat ye kat malaysia ni. mak ayah saya pun nak ke korea hujung mei ni, seingat saya dorang nak ke tmpt winter sonata tu, nami island la kan?

Mama Hanim said...

bestnya jalan sakan tu.. jeles tgk nih..hehe..

(Gambar) Bayi 15 Bulan Digigit Kera Kena 30 Jahitan Di Kg Kilang Berapi Merlimau Melaka

Anonymous said...

tulip pink! cantiknya..

rynas said...

Adia: itu ler kat Mesia mana ada bunga tulip yg cantik begitu. Yer..tem[pat winter sonata tu adalah Pulau Nami..cantik sangat...

rynas said...

Mama hanim: itu ler kalau pg berjalan-jalan mmg best

rynas said...

Eis: yer..cantik bangat!!!

MummySuri said...

jelesla kakak dapat jumpa bear itiew!!!

Yan said...

salam kak..
lame tul tak kesini
berjalan jauh rupenye dia
beshnyer...


eh mmg betul..
alangkan kat negara sendiripn kite dah giler posing inikan plak tempat orang yg payah nak sampai tu.. gambar biar byk2 wat kenangan.. hehe

CatlinaFly said...

cantiknye tulip...ada bawak balik sejambak tak hehehe

ennieva fauzi said...

seronok sangat, sape yang dah pegi tau la...memang bersih, itu yang kita harapkan dipraktikkan di sini

Unknown said...

Salam kak. Sy nk ke korea bula 8 ni. Ingt nk pegi wverland skali. Sy nk tnye, tiket msuk everland tu termasuk skli ngn byrn utk naik rides ke? Ataupn naik rides tu kena byr asing pulak? Mcm sy nak naik roller coster ke..