Saturday, December 26, 2009

Ke DarulShifa'

Tgk ler gambar Fahim yang keletihan sangat tu sampai tertidur. Msa ni kat Darul Shifa' Bangi. Hari tu aku ada cerita nak bawa Fahim jumpa ustaz disebabkan dia suka nangis tengah malam. Biasnaya jam 1 pagi ke atas. Mulanya rasa dia macam dah ok selepas empat malam berturut-turut nangis..kemudian malam selepas itu dah ok. Tiba-tiba malam semalam nangis balik. Aduh..seperti biasa penat juga ler nak suruh dia diam..dukung pun tak nak, letak pun tak nak..ikutkan jer apa dia nak. Dia suruh pegi dapur, masuk bilik air..buka baju..buka seluar..pun tak ok jugak. Last-lastnya bila dah agak2 penat terus diam sendiri.

Masa jumpa ustaz soalan pertama dia tanya, " selalu balik malam tak?"
Aku senyum jerlah..memang pun ambil malam..paling awal biasanya jam 7 malam. Kalau paling lewat pun 9 malam tapi boleh bilang dengan jarilah berapa hari.
Ustaz tu pesan kalau balik malam...biasakan bagi salam masa ambil anak..dan masa nak masuk rumah. Lepas tu ustaz tu terus ler baca-baca ayat...kat muka Fahim sambil usap-usap mata dia. Masa ni dia dah meraung dah..nangis tak ingat maklumlah anak jantan aku ni memang ler susah sikit tambah2 dengan org yg dia tak biasa. Lepas dah baca-baca semua terus ustaz tu bg minum air yg sudah dibacakan ayat Quran tu. harap2 lepas ni dia tak nangis tengah malam lagilah.

main labtop

Celik jer mata..inilah aktivitinya mengadap labtop. Budak-budak zaman sekarang dah celik IT. Time aku dulu nak pegang labtop pun masa belajar itu pun orang punya nak guna pun takut-takut. Dapat beli sendiri masa kerja. Budak-budak sekarang umur 3 tahun dah pandai guna. Nak on off semua dah tahu.



Siap suruh aku buka microsoft word sebab nak tulis ABC. Ok ler juga belajar guna lab top ni sebab senang nak kenal huruf...sekarang dah boleh tulis dengan betul sampai ke M, N lepas tuh dah keluar macam-macam dah. Nak tengok DVD Upin dan Ipin dia buka sendiri jer.


Sekarang dah pandai search kat google. Tapi type ntah apa-apa lah. Agaknya dia tengok aku buat kot. Main Cafe World Facebook pun dah pandai..sebab tgk husband aku buat. Seronoklah dia sebab dapat order makanan..dia bukan faham pun main click jer kat image orang tu janji orang-orang tu bergerak.

kalau agak-agak nak guna labtop husband punya..dia sajer jer cakap "abah pegilah kuar" atau "abah tak nak mandi ker?" atau " pegilah makan abah" dgn soalan-soalan gitu dengan harapan dapatlah dia peluang main lab top.


Maxis Broadband


Orang lain dah lama pakai benda 'alah' kat atas tu. Kami baru jer beli. Sebabnya kat rumah dah ada wifi Free buat apa lagi benda tu kan...lepas tu kalau balik kampung PD, adik husband dah ada benda 'alah' ni..guna jerlah dia punya. Lagi pun aku memang tak ada masa nak bertenet sebabnya anak-anak akan ganggu, nak tunggu dia orang tidur haruslah jam 12 malam barulah dapat online. baik tak payah...
Tapi husband aku ler yang nak sangat benda kat atas tu. Dia kalau tak bertenet barang sejam memang lah tak senang duduk. sanggup bertamu kat kedai mamak. Masalahnya kalau balik kampung aku ler..takkan nak lepak mamak pulak kan bertenet???


Sebab itu ler akhirnya dapat juga benda kat atas tu.
Harap-harap tak ada masalah ler..Maxis bagi trial selama 7 hari. kalau tak ok dan tak berminat boleh pulangkan balik, wang anda akan dikembalikan.

Wednesday, December 23, 2009

Buku ILHAM PENGANTIN sudah terbit!!!!!

Ohhh..apa yang aku tunggu-tunggu selama ini sudah ada di pasaran. Setelah hampir 2 minggu menyiapkan artikel dan sebulan penggambaran akhirnya buku ILHAM PENGANTIN ada juga di pasaran. Seronok tidak terkata masa ambil buku ni semalam kat Lili. Berdebar-debar rasanya nak menatap helaian demi helaian. Teruja melihat hasilnya sesudah berpenat lelah dengan bermacam kerenah dan dugaan. Akhirnya aku berjaya juga menyiapkan buku ini. Ilham Pengantin sudah dijual seminggu lalu berharga RM19.90. Bagi sesapa yang ingin melihat himpunan baju pengantin dan gaya tudung sesuai untuk perkahwinan dalam buku ini ada 50 rekaan sama ada drp butik dan juga pereka muda tempatan. Wahhh gitu promote baik punya. Yerlah walaupun sudah tidak bekerja lagi di BP tapi besar harapan aku agar buku ni dapat dijual dengan baik sekali.




Cover hadapan dan back cover. Cover hadapan menggunakan khidmat Fouziah Gous. Nasib baik dia sangat memberikan kerjasama walaupun masa tu dia tengah sibuk dengan penggambaran tapi masih dapat luangkan masa.
Antara salah satu langkah demi langkah ikatan tudung.

Ini sedikit story mengenai Fouziah Gous dan baju yang dia gayakan.


Rekabentuk hasil idea Jamak Aton Habi Mahmood.
Antara pereka yang ada dalam buku ni ialah Calvin Thoo, Arma Abdul Rahman, Ari Weddingcouture, Hazwani dan Shahril. Manakala butik pula Semendarasa, Chantek Boutique, Sam Beauty Shop, Zaifie Creation, Ryn Avenue, Jimi Ali Creation.
Buku ini adalah hasil terakhir aku sebelum meninggalkan Berita Publishing dan dua minggu sebelum bercuti aku berhempas pulas menyiapkannya..sebab itu aku merasa sangat teruja apabila melihat hasilnya. Sekurang-kurangnya buku ini menjadi kenangan terindah ketika bekerja di BP.

Monday, December 21, 2009

aksi spiderman cilik

Inilah penyebab Tv aku rosak buat kali kedua...
Suka sangat memanjat...sampai TV pun dia panjat..lepas tu siap lompat2 atas TV mana tak rosak..sabo ajerlah..bila panjat tak tahu nak turun..bila dah turun panjat lagi dan lagi..sampai dah tahu nak buat macam mana..lastnya husband aku angkat TV letak kat bawah.

Inilah aksinya...tak sempat nak pakai seluar dah panjat balik..

Ni hari yang lain..panjat juga..

Muka ketakutan ..nak minta tolong angkat turunkan..


Ni aksi spiderman tak pandai nak turun..

hhehehhe..spiderman berkaca mata pulak..apa-apa jerlah Fahim

Saturday, December 19, 2009

fahim meragam lagi...


ayoo..yoo dah lama rasanya tak menulis dalam blog aku ni. Nak buka blog pun tak ada masa hahhaha..dengarnya macam bz sesangat gitu. Yerlah kerja di tempat barukan ...nak sesuaikan diri lagi dah tu kenalah jadi staff yang baik sikit..bukan ler selama ni tak baik uols...ttp bila time balik keje tu idok ler jam 6 sharp terus jer meluru ke pintu kena lebih kan sikit 6.30 ke atau paling lewat jam 7 barulah balik umah. Bila dah balik rumah terus jer rasa cam nak tidur gitu.penat sebabnya hari-hari ada asgn..paling banyak sehari 2 asgn ttp ok jer...keadaan itu pernah dilalui suatu ketika dulu. dan sekarang dah mula terbiasa hantar story cepat. balik jer asgn terus ler menaip kdg2 terus jer hantar tak payah tunggu lama-lama..kalau agak2 tak ada idea esoknya baru hantar..dah tak ada masa nak simpan-simpan story cam dulu.

haaaa.ni nak citer sikit pasal Fahim minggu lepas lelahnya datang balik. hampir seminggu juga ulang -alik ke klinik ambil gas pagi dan malam. Sian tengok dia tapi nak buat macam mana kena ambil juga gas takut lelah makin teruk. Aku kalau dia batuk n selsema memang ler tak senang duduk ..sebabnya dia akan lelah dan kena ulang alik ke klinik. Alhamdulillah lepas ambil gas seminggu lelahnya semakin pulih...nasib baik tak perlu refer pakar kalau tak tentu masuk wad lagi.

"jangan ler gitu sayang cepatlah baik.....mama keje tempat baru ni tak boleh nak cuti lagi," gitulah aku selalu cakap..malam2 bila time nak tidur sambil belai2 rambut dia. Tengok perubahan dia mmg lega sesangat.

Tapi ada lagi satu penyakit baru sekarang nie..4 malam lberturut-turut selepas jam 2 pagi dia terjaga dan terus menangis tanpa henti..puas ler pujuk..dukung sana-sini ttp menangis dengan kuatnya tanpa henti..sampai terkejang-kejang tangan dia. aduh mmg panik giler tak tahu nak buat apa..dah macam2 ayat Quran dibaca dah hembus telinga kiri dan kanan, ubun-ubun dia ttp gitu juga. dan perkataan disebut.."jom..jom" bila tanya nak pegi mana, aku sendiri tak faham apa dia sebut. Makin kuat melalak lah dia...akhirnya lepas dah penat menangis bagi susu dia diam sendiri. nak kata sakit perut ke sebab angin tak pulak. Mmg confirm bukan sebab penyakit..sebabnya dia diam gitu jer bila dah penat nangis.

lepas tu malam kedua..terjadi lagi kejadian yang sama...nangis juga..sampai hasben aku pasang cd ayat Quran sepanjang malam. dan sama juga keadaannya bila dah penat nangis dia akan tertidur sendiri. tapi yang aku risaukan takut jadi sawan tangis jer..sebab dekat 1 jam juga melalak tanpa henti..Ingatkan kalau malam esok jadi juga memang terus nak ke Darul Shifa tempat yang selalu kita orang pergi. Memang masa Durrani dulu pun dia selalu nangis malam juga tanpa sebab...ulang alik ke darul Shifa tu perkara biasa. Ingatkan masa Fahim oklah rupanya sama juga...

Fahim ni memang sejak baby lagi suka nangis malam..masa dalam pantang start jam 12 tengah malam dia mulalah nangis sampailah jam 3-4 pagi. tapi bila siang ok jer tidur dengan lenanya. Dah tu masa umur belum genap setahun suka benar kena gangguan..sebab itu ler bila dia nangis lagi aku dgn suami sangat panik takut benda yang sama mengganggu dia lagi. Dan aku dan suami rasa pun dia nangis sebab ada 'benda' kacau...sebab memang rasa semacam jer..dan suami pun sampai meremang bulu roma bila baca ayat-ayat Quran. Mungkin juga sebab selalu ambil dia time magrib tak pun jam 8 gitu..mungkin jugakan..entah lar..

Ehmmm..dan selepas 4 malam berturut2 dia nangis esok kami bercadang nak ke darul Shifa minta air penawar. Harap-harap oklah anak aku yang sorang nie...dari kecil macam-macam penyakit...nak jaga susahnyer...itulah dia bukan senang nak jadi ibu nie...kena banyak sabar, sabar dan sabar..harap-harap bila dah besar semua penyakitnya hilang...dan senang dijaga. Orang tua-tua kata gitu bila kecil macam2 penyakit bila besar semua penyakit akan hilang harap-harap gitu lah anak mama ni....



Friday, December 4, 2009

kerja baru, suasana baru dan semangat baru

Tempat baru, suasana baru, bos baru dan semangat baru...
Sudah masuk hari ketiga aku bertugas di tempat baru NSTP Harian Metro meja Wanita. Ehhmm....teruja itulah perkataan pertama ketika menjejakkan kaki ke dalam bangunan NSTP yang gah di Jalan Riong ini. Terasa seperti baru sahaja menamatkan pelajaran dan memulakan kerja. Perasaan inilah yang aku rasai lapan tahun lalu ketika mula bekerja di akhbar Warta Perdana dan majalah I-remaja setahun kemudian. Bezanya aku sudah ada sedikit pengalaman dan juga kawan yang aku kenali ketika membuat tugasan. Ya aku juga mengenali Bennie yang sudah setahun lebih bekerja di Berita Minggu dengan harapan dia akan lebih banyak membantu untuk lebih pantas mempelajari sesuatu terutama cara bekerja serta sistem it di sana. Ya aku agak buta It mujur ada Rosma dan Faizah yang banyak memberi tunjuk ajar mengenai sistem tera dan penggunaan pc di sana.

Aku akui bekerja di akhbar yang gah ini sistemnya tidak sama seperti mana tempat lama, semuanya ada di hujung jari, malah tugasan luar juga dicatat di dalam sistem. Klik sahaja untuk mengetahui ke mana kita membuat tugasan. Maklumlah staf sesebuah akhbar itu ramai mana mungkin editor bertanya setiap hari ke mana kita pergi. Asalkan bahan yang diminta itu siap mengikut waktunya. Kedatangan atau berapa kali keluar minum tidak dipersoalkan. Aku harap sedikit masa lagi aku akan menguasai sistem tera di sini.

Bekerja 3 hari aku sudah mula menyukai kenyamanan dan kedamaian suasana bertugas baik rakan sekerja sehinggalah ketua. Semuanya baik-baik belaka tidak seperti yang aku bayangkan mungkin editornya garang atau boleh membaling kertas dan stepler sekiranya artikel tidak mengikut piawaiannya seperti mana aku bekerja di akhbar Warta Perdana suatu ketika dulu. Hari pertama aku bertemu dengan Pengarang Kumpulan lebih dikenali sebagai Pak Mus. Sebelum memperkenalkan diri dia terlebih dulu berkata, " Siti ...nilah dia dari Beritapub tu," Oh nampaknya nama aku sudah bermain dibibirnya, mungkin juga kerana aku staff berita Publishing yang dulunya turut berada di bawah NSTP sebab itu dia mengenali, malah ramai staff BP berpindah kerja di NSTP sehinggakan salah satu soalan pak Mus adalah, " Zaini tak marah ka ko datang sini?" aku terkelu sekejap lantas hanya membalas dengan senyuman. Dia juga bertanya siapa lagi orang lama masih ada di sana, sambil menyebut beberapa nama seperti Kak On dan Kak Shidah pantas Pak Mus berkata, "oh Shidah Ibrahim..satu badge dengan aku tu..masih ada lagi dia noo," nampaknya masih ramai kenalan Pak Mus di BP dan antara kawan baiknya adalah Juragan atau Mat Desa.

Aku juga bertemu dengan pengarang Rencana En Johari yang serius tetapi menurut kata rakan-rakan di situ En. Johari sangat baik dan marahnya berbentuk mengajar. Ohh..aku baru 3 hari masih banyak yang belum aku pelajari juga mengenali pelbagai ragam orang di sana. Bak kata pepatah masuk kandang kambing mengembek masuk kandang lembu menguak. Juga Adam Salleh editor meja hiburan.

Kak Ayu editor meja wanita lemah lembut orangnya baik tutur kata mahupun penampilan. Terasa agak asing mempunyai ketua sebegitu. Malah sehari sebelum bekerja dia menghantar khidmat pesanan ringkas memberitahu supaya tidak datang awal, kerana meja wanita bekerja jam 10 pagi. Akibatnya akulah orang terakhir sampai di bahagian admin sedangkan yang lain sudah dibawa melawat department masing-masing. malu juga rasanya....

Hari ketiga sudah ada asgn menanti ulasan makanan di hotel dan temuramah untuk rencana. Kebanyakan rencana perlu dicari sendiri bukannya diberi. Wah nampaknya tidak banyak bezanya dengan majalah tempat aku bekerja I-Remaja dan Jelita. Pembahagian tugasan juga sudah dibuat...selepas ini aku harus berusaha keras menyimpan stok rencana -itu sudah pasti bagi memastikan jadual kerja aku berjalan lancar dan dapat bercuti dengan lenangnya. wah sudah mahu berkira untuk bercuti...walau baru tiga hari bekerja. itu sudah pasti mana tahu cuti kecemasan jadinya harus merancang kerja sebaik mungkin..WORK SMART