Wednesday, November 14, 2012

hari konvo IKM di GMi Bangi

Hari tu 8 Nov adalah hari kovokesyen adik ipar di GMI Bangi.
Jadi lepas amik kakak di tadika, terus ke GMI, nasib baik cuaca elok jer tak hujan. Ngam-ngam pula tuh adik baru keluar dr dewan apa lagi sempatlah bergambar dulu hehhehehe


 Kakak dan Fahim bergambar dengan bunga dulu

 Kakak sibuk surih beli teddy bear dgn bunga..

 Senyum sampai tak nampak mata Fahim ooiii

 Bergambar dengan Achik Serol yer...abah, kakak dan Fahim.

 Serul dengan baby Thaqif

 mama Thaqif dgn Serul pula

 Angah dengan Serol
 Arina, kakak, Fahim dan Atiah

 Ehem..ehem..Serol dengan Ada merangkap buah hati pengarang jantung

 Along dengan Serol..

Ni pula Lia...

 Ok gambar ramai-ramai pula yer...

 Yg ni geng wanita pula
 Tahniah Angah merasa pakai baju konvo. ada tokoh pula tu terima scroll

Phweittt...wanita-wanita saja...

 peace..tuan tanah dengan anak-anak

 Geng-geng wanita anggun..auww...

 Tahniah Serol...

sekian...cerita bergambar..

Stok susu saya...

Sudah lama tak cerita menegnai BF yer..Alhamdulillah dah 4 bulan dapat fully BF. Susu pun masih ada lagi harapnya dapat ler sehingga 6 bulan, setahun dan 2 tahun InsyaAllah.

 Minggu ni banyak cuti jadi sesi mengepam pun banyak juga yg dah lari timingnya. Bila kemalasan melanda mmg beginilah ditambah pula dgn stok susu yg masih ada sekarang nie. Semalam juga kemas kini susu dalam fridge. Sepatutnya kena habiskan stok bulan september dan bila check dalam fridge mmg masih banyak lagi. Ini diantara stok bulan 9 kena habiskan sebelum Dec nie.

 Bila dah susun cantik beginilah jadinya. Nampak kemas sikit yang ini semua stok bulan 10.

 Yg kat bawah tu ada stok bulan 9 kena habiskan..

 yang ini pun stok bulan 9. Untuk bulan 11....eehhmmm mmg sangat kurang. Rasanya ada dlm 4-5 paket saja. Itulah semuanya sebab malas....huhuhuhu. Kat opis pun sekarang ni cuma sekali pam saja...kat rumah pun sama juga. Semakin malas tak boleh jadi ni kena tingkatkan mengepam takut susu kurang huhuhu...

 Diakhiri dengan gambar Fayyadh dah empat bulan pun dia. bulan ni tak ada cucuk bulan depan dec 5 bulan baru cucuk.  Belum boleh meniarap sepenuhnya lagi belum pandai pusingkan sendiri badan. ..ayo...ayo... lambat sikit nampaknya.


Friday, November 2, 2012

saya suka hisap ibu jari

Sekarang ni blog asyik2 cerita si kecilkan. Bukan apa taknak lepaskan peluang mencatatkan moment terindah perkembangan anak-anak dalam blog. Nanti bila mereka dah besar inilah sebagai kenang-kenangan.

Kegemaran Fayyadh masa umur 2 bulan adalah menghisap jari. Masa pakai sarung tangan sampai lencun dia hisap akhirnya terus tak pakai sarung tangan dan ibu jari menjadi mangsa.



 Dimana-mana saja terutama dalam kereta. Asyik menghisap jari



Sedap sangat agaknya ibu jari tu. kadang2 nak bagi menyusu kena tarik ibu jari dia dulu.

 Bila termasuk jari telunjuk mulalah nak termuntah. Tapi sekarang ni dah pandai masuk ibu jari jer...

begini yer cara menghisap ibu jari yang betul. Suami kata nia nak pakai puting tu. Ehh..ehh...mmg tak diajar pun anak-anak saya dengan puting.



Thursday, November 1, 2012

goodie bag hari jadi kakak

 Ini pula cerita minggu lepas 23 Oktober hari jadi kakak. Seperti biasa di sekolah kalau ada yg sambut birthday mesti akan buat goodie bag dgn bawa kek.

 Tak best pulakan kalau kita tak buat. Jadi petang sebelum tu carilah apa yg patut untuk isi dalam goodie bag. Spt biasa mesti ada gula-gula,  coklat, kek layer, pensel, pembaris,


 puding maggo dan air milo kotak...

 Inilah di antara barang-barangnya. ala simple jer yg penting budak2 suka

 Budak yang suka nak masukkan barang lepas tu semua sekali dia masuk dalam beg.

 Tada....dah siap. semua sekali ada 24 beg.

 dan juga kek untuk kawan-kawan makan. Hari tu juga kawan baik dia Amirah juga sambut birthday yang sama. Jadi dapatlah dua beg dan dua makan dua jenis kek.


 Fahim yang suka bergambar



Diakhiri dengan gambar...budak cilik dua orang birthday girl dan Fahim

p/s: kakak punya suka nak bawa goodie bag bagi kat kawan-kawan sampi terlupa nak tanya hadiah. tapi setiap tahun mmg dia tak pernah tanya pun dan kita org pun tak pernah manjakan dengan hadiah birthday....kalau ada tu adalah. Hadiah pun cuma majalah dan buku kesukaan dia saja.

"Happy belated birthday kakak, mg jadi anak solehah, bijak dan membahagiakan ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin "

suka duduk dalam car seat

 Gambar masa nak pg konvokesyen anak buah kat UKM 2 minggu lepas.



Mmg suka duduk dalam car seat ni sebab boleh tido hehhehe

 Boleh pandang abang dan kakak

 Boleh senyum-senyum . Ehh sejak bila ada lesung pipit ni?

 Suka saya tau



Sunday, October 21, 2012

dapat makan KFC

Entry makan KFC yg dah lama tak publish ni. Ni masa saya dalam tempoh cuti 2 bulan hari tu. Oleh sebab lama tak keluar rumah Fahim dah ajak saya makan KFC dah lama tak makan katanya. Ikutkan saja kesian juga tgk muka dia bile memujuk tuh.


Lepas ambil kakak kat sekolah terus pg KFC dalam Warta Bangi.

Baca doa dulu yer sebelum makan.


Tak jalan mana-mana pun bawa makan dan masuk Giant sekejap.

Senyum meleret selepas dapat makan dan tunaikan hajat di hati Ayat terakhir ," nanti mama dapat gaji mama bawa makan KFC lagi tau."

Dia mmg tak ajak selalu, cuma selalu akan tanya mama dah gaji ke belum sebabnya kalau dah gaji  time tu ler dia akan minta makan atau mainan.


saya sudah 3 bulan lebih

 Saya dah pun 3 bulan lebih. 
Sekarang saya dah boleh ketawa, tengok TV terutamanya kartun Upin & Ipin. 
Sangat suka berborak

 
 saya sangat suka mandi. 
suka bangun awal jam 7 dah bangun sebab dah tahu time nak hantar ke rumah bb sitter
Jam 7petang  kat rumah bb sitter kalau tak ambil saya, saya akan menangis, mengamuk dan tak mahu minum susu. Sehinggalah mama ambil saya.  haiii..peninglah baby sitter saya mak Ida nak jaga saya. Mama saya mmg tak boleh tinggal saya atau pergi out station lagi.

 Suka duduk dalam car seat sebab boleh tidur. Tapi kadg2 kalau bosan saya melalak juga. kenalah abang dan kakak saya bercakap dengan saya atau mama berhenti bg susu.
Saya suka lagu tepuk amai-amai yg abang Aim nyanyikan. Sedap jer...rasa nak tepuk tangan juga tapi tak boleh lagi.


 saya tak suka tidur siang. Tidur sekejap-sekejap jer. Kemudian berjaga huhuhu..mama saya susah nak buat kerja.
saya suka tidur malam...lena sampai mama saya kejut bila nak menyusu.


Yang paling best...dan buat mama dan abah pening kepala bila saya nak tidur saya akan nangis kuat-kuat, sambil tendang2 kaki, mengeliat sana sini, tak mau menyusu, tak mau baring......hehehhe sebab saya suka mama saya pujuk saya, peluk2 saya, ayunkan saya, dukung sambil berjalan, nyanyi2 time nak tidur. sebab tu saya buat macam tuh hehhehe. Jangan marah yer mama...sabar tau dengan kerenah saya. esok bila besar saya dah faham saya tentu jadi anak yang baik macam abang dan kakak. peace....sayang mama.

***Fayyadh***



Saturday, October 13, 2012

kelas buat coklat

Ini aktiviti 2 minggu lepas ada kelas membuat coklat di Hotel Equatorial Bangi anjuran Lembaga Koko Malaysia (LKM). First time ler join itu pun sebab jemputan untuk media. Ingatkan susah sebenarnya senang saja. Siap dapat sijil lagi hehhehe ok..ok lepas ni boleh biz coklat.


Apa yang penting masa buat ni perlukan rumah ada air cond untuk mengelak coklat mengeras masa buat. Tak ada mesin pun cuma perlukan bekas untuk cairkan coklat kemudian tambahlah apa yang perlu dan masukkan dalam acuan.

Kalau nak buat bentuk gini guna coklat putih dan letakkan gambar tu kat atas. Beli saje kat kedai bakery. Gula tu boleh dimakan yer..mcm2 sekarang ni pilih jer nak yg mana.


Inilah di antara coklat yang berjaya dihasilkan. Lepas tu masing2 bawa balik ke rumah. Serius rasanya macam yang kita beli di kedai. Sekarang ni coklat diberikan untuk majlis perkahwinan. kalau sesiapa nak buat bisnes boleh join dgn LKM kelas membuat coklat.


p/s: cam teringin jer nak join hehhehhe



Makan di laman Grill Chef Zubir, MasterChef

Minggu lepas ada asgment di Shah Alam, kawan ajak makan di Laman Grill sebab bos dia suka makan di situ. Jadi pergilah kami berempat selepas habis interviu. Restorannya berkonsep ala barat dengan dekorasi batu-bata di sekeliling.
Kalau diikutkan tak luas sangat tapi saya suka dengan reka bentuknya yg kemas dan ada class.


Ini di bahagian hadapan restoran. Menggunakna konsep klasik warna pastel gitu. Ada bahagian luar dan dalam. Boleh ajak keluarga atau nak candle light dinner pun boleh.


Ya  restoran ini kepunyaan chef Zubir, MasterChef tu. Banyak gantungan award di dinding.

Semua makanan barat, sebab keistimewaan Chef Zubir pada makanan barat.

Ini pasta cabonara...mmg nampak sedap. menurut kawan saya pun mmg sedap.

Ini pula salmon medilion and lobster dumpling. terujakan???

saya order nie...Lasgna Al Forno. Mmg sedap. Jujur.

Ini kawan saya punya....Grilled spring chicken

Semua makanan mmg sedap2 belaka. Kalau drp 10 markah saya bagi 8 /10. Kalau nak makan western trylah kat sini..pasti puas hati. yg penting HALAL...cepat, bersih dan selesa.



Thursday, October 11, 2012

peti sejuk penuh EBM

 Tengoklah stok susu kat bawah ni, bahagian freezer sudah penuh. Kat mana nak simpan lagi pun tak tahu. Tapi itu belum buat penyusunan betul-betul tu kalau susun cantik-cantik masih ada ruang untuk simpan susu.


Ini sebab malas nak susun jadi main campak jer dlm freezer bila nak ambil mulalah tercari-cari tarikh paling dekat.
Sekarang pam susu di office cuma 2 kali jer...dan malam pun 2 kali. Dapatlah dalam 7-8 botol (4oz) bawa ke rumah bb sitter 5 botol saja dan ada balance satu. Pakai dr frezer cuma sebotol jer...jadinya ambil satu lepas tu masukkan balik dalam 3 pek gitu. Mana tak banyakkan. Bukan makin kurang makin bertambah adalah. Alhamdulillah rezeki untuk Fayyadh.

Sunday, October 7, 2012

dah pandai tgk Upin Ipin

 Semalam masa ambil fayyadh kat rumah pengasuh, mak Ida bg tahu Fayyadh sekarang dah pandai tgk Upin Ipin, siap gelak ada bunyi lagi bila tgk aksi upin ipin dalam TV.


 semalam saja tunjukkan kat labtop..alahai suka benor dia tgk upin ipin.

tgk tu khusyuk betul..