Monday, November 2, 2015

 Facebook Di Alam Realiti

Dalam kalangan rakan-rakan saya di FB ini, ada yang berniaga online. Macam-macam produk ada. Sekali sekala saya baca juga iklan-iklan mereka.

Dah lama saya simpan dalam hati kisah berniaga di facebook ni. Masih boleh bersabar dan tersenyum. Tetapi terasa menarik juga jika dijadikan topik penulisan pagi ni. Lari dari topik ‘parenting’ yang biasa menghiasi status. Sekurang-kurangnya pembaca tahu, saya manusia normal. Haha..

~Messenger~
Hantar mesej personal. “Maaf Ammar, saya ni kawan awak di facebook. Saya ada menjual produk ni. Jika awak minat nak beli produk ni, bolehlah beli dari saya. Boleh tolong kawan-kawan. Anything, inform me ok.”

Ini cara yang paling saya suka dan hormati. Bertanya dengan sopan terus kepada saya dan lebih penting, saya tahu hujung pangkal. Jika berminat, saya akan balas, jika tidak berminat atau masih tidak perlu, saya akan jawab dengan sopan. Kedua-dua pihak puas hati.

~Invite Like Page~
Ada antara mereka yang menghantar jemputan untuk like page mereka. 
Seolah-olah mereka berkata, “Ammar, kami baru buka kedai dekat Alamanda, Putrajaya, jemputlah datang ke kedai eh. Cubalah tengok-tengok kot ada produk kami yang kau minat, bolehlah beli dari kami. Kalau nak beli, belilah. Kalau taknak pun takpe.”

Bagi saya, cara ini juga sopan, beretika, dan boleh diterima. Saya suka. Jika saya perlu produk itu, saya like, jika tidak, saya biarkan sahaja. Doa saya, orang lain tetap akan singgah ke kedai mereka.

~Tag Gambar Iklan~
Ada yang tag nama saya pada gambar iklan perniagaan masing-masing. 
Saya yang sedang berjalan dengan santai di hadapan lot kedai, tiba-tiba terasa seolah-olah ditarik tangan masuk ke dalam kedai yang saya tidak kenal pun siapa owner kedai, lepas tu tunjuk poster dekat muka saya. “Belilah produk ni.” Huih, kuss semangat. Tanjat boboi.

Bila kita kata tak nak belilah (remove tag), yang tarik tangan tadi akan cakap, “Pandai-pandailah cari pintu keluar eh (suruh remove sendiri), padahal tadi, siapa yang tarik kita masuk kedai? Aduih..

~Tag Di Kotak Komen~
Ini pun menarik. Kedai orang lain yang sedang buat jualan, tapi kawan kita ni rasa nak beli sama-sama dengan kita, maka disebutnya pada penjual tu (tag kita dalam komen), “si Ammar ni nak beli kot produk awak ni”.

Dalam hati saya, ‘Eh, tak pernah pun kau cakap apa-apa dengan aku, tiba-tiba cakap aku nak beli, apahal!?”

~Masukkan Dalam Group~
Ini paling epik. Hahah.. Kita tak kenal orang yang jual. Kita tak kenal orang yang ajak. Tahu-tahu kita dah diculik masuk dalam guni dan bila ikatan dibuka, kita dah duduk dalam kedai. 
Bahagian pakaian wanita pulak tu! Aduhhh tolonglahh.. “Weii, aku ni lelaki, siapa yang letak aku dalam ni.” Kita meronta-ronta hendak melepaskan diri.

Bila kita cuba nak lari (leave group), ‘penculik’ akan tarik balik duduk di tempat tu. Huihh.. main kasar nampak. Untuk lepaskan diri, kita perlu lari sejauh-jauhnya dan report polis (unfriend dan report).

~Poke~
Ini paling best. “Bang-bang, nak beli tak?” Cuit bahu saya, lepas tu bila saya toleh, dia pandang tempat lain, apahalll?!!



>>>

Kisah ini hanya perasaan saya sahaja, supaya peniaga-peniaga online tahu apa yang pelanggan rasai. Jika ‘tersentuh di hati’, maaf ye.

article ni saya ambil daripada http://ammarmuhamad.blogspot.my/
‪#‎drMAK‬

Tip banyakkan susu badan

Bagi ibu berkerjaya perkara paling dirisaukan selepas  kembali bekerja adalah pengeluaran susu yang merudum disebabkan tidak dapat memberi susu secara direct di rumah. Saya juga mempunyai pengalaman yang sama ketika melahirkan anak pertama dan kedua.
Jangan bimbang sebenarnya jika ilmu penyusuan diamalkan ibu-ibu boleh mengelak daripada kering susu sebelum usia bayi 2 tahun.
Antara yang boleh diamalkan ialah:





1. Kerapkan Menyusu / Mengepam
Susukan bayi sekurang-kurangnya setiap 3 jam pada siang hari. Jika bayi tidur lebih daripada 3 jam, kejutkan dia untuk menyusu. Pada waktu malam pula, kejutkan bayi untuk menyusu tambahan terutamanya jika dia tidur lebih daripada 4-5 jam.
Perah setiap 3 jam. Jika bayi mahu menyusu ketika memerah, berhenti. Susukan dia dan kemudian sambung semula sesi pemerhan susu.
Percaya kepada konsep bekalan dan permintaan. Semakin kerap kosongkan payudara semakin banyak susu dihasilkan.
Kerapkan sesi pemerahan sekitar jam 12 tengah malam hingga 6 pagi. Ini kerana hormon prolaktin banyak dihasilkan ketika ini.



2. Jangan Tunggu Payudara Penuh

Ada sesetengah wanita suka menjadikan payudara penuh sebagai petunjuk bahawa bayinya perlu disusukan. Itu salah!
Yakinlah bahawa payudara sentiasa mengandungi susu dan apabila bayi disusukan, ia akan bekerja keras untuk menghasilkan lebih banyak susu.
Kajian menunjukkan bahawa tahap lemak dalam susu adalah lebih tinggi apabila tempoh antara satu penyusuan dengan yang lain adalah singkat. Ini bereti, jika anda menyusukan bayi beberapa minit selepas selesai menyusukan bayi (ketika anda beranggapan payudara "kosong"), dia akan memperoleh susu tinggi kandungan lemak yang dapat membantunya menambah berat badan.

3. Minum banyak Air
Pastikan anda minum banyak air sepanjang tempoh penyusuan mahupun pemerahan susu. Anda digalakkan minum 3.1 liter air iaitu kira-kira 13 cawan setiap hari.


4. Fikir Bayi Fikir Susu

Ketika menyusu, belailah bayi. Amalan ini dikenali sebagai grooming. Langkah ini tanpa disedari merangsang penghasilan susu. Antara lain, di antara waktu penyusuan dan sejurus sebelum sesi penyusuan bayangkan bayi sedang menyusu di payudara anda. Cara ini, akan merangsang payudara untuk mengeluarkan lebih banyak susu.
Masa nak mengepam lihat ler gambar anak sambil berselawat & berzikir Ya Mattin...

5. Berdisiplin
Berdisplin ketika memerah susu. Jangan sesekali "ponteng" sesi pemerahan. Bila Hujung minggu jangan ponteng mengepam... masa hujung minggu la masa yang boleh untuk buat stok. Bagaimana? Guna tip no#6 dan no#7.


6. Tendum Pumping
Latih diri untuk menyusu dan perah susu serentak menggunakan pam payudara elektrik.


7. Teknik Marmet

Jadikan teknik Marmet sebagai amalan wajib kerana ia terbukti boleh menghasilkan lebih banyak susu. Dengan hanya menggunakan pam, cuma 60 - 70% susu boleh dikumpul tetapi dengan teknik Marmet selepas menggunakan pam, ia dapat mengoptimumkan pengumpulan susu anda sehingga 100%. So lepas pump jangan terus cuci corong. Buat perahan guna tangan. Sangat membantu. Kalo dengan menggunakan pump dpr 3.5oz sebelah payudara, buat marmet bleh tambah jadi 4-4.5oz. Walaupun nampk sikit, tapi ada beza tuh... Ni based on pengalaman mommaMia yer...


8. Menyusu / mengepam Lebih Lama

Jangan hadkan masa setiap kali menyusukan bayi di sebelah payudara mahupun mengepam. Biarkan dia menyusu sebelah bahagian sehingga puas sebelum menawarkannya menyusu di bahagian payudara yang lain. Ini akan memberinya peluang untuk mendapatkan susu berlemak tinggi (hindmilk). Jika anda terlalu cepat menawarkan payudara sebelah lagi, dia hanya mendapat foremilk, di mana hanya perutnya sahaja yang penuh tetapi tidak memberi kalori mencukupi untuk tumbesarannya.
Seeloknya jika anda mengepam, amik masa dlm 15-20 minit untuk sebelah payudara. Pastikan payudara benar-benar kosong selepas menyusukan bayi / selepas memerah bagi merangsang otak meghasilkan susu seterusnya. Ia dapat dipastikan dengan hanya titisan susu yang keluar.
Mengepam lebih lama juga bleh buat letdown 2-3x tau!! Tak percaya buat. Konsisten + disiplin + istiqamah

9. Penyusuan Malam

Amalan menyusukan bayi di waktu malam sangat bagus kerana ia merangsang peningkatan susu. Ini kerana di waktu malam, anda berdua lebih relaks lalu membolehkan bayi menyusu lebih lama dan kerap. Penyusuan malam turut merangsang hormon prolaktin yang memainkan peranannya menghasilkan lebih banyak susu.


10. Urutan
Teknik urutan payudara yang betul akan membantu susu mengalir dengan lancar. Apatah lagi sewaktu anda mengalami bengkak susu ataupun sakit puting. Untuk itu, anda perlu menuam payudara dengan tuala yang telah direndam di dalam air suam. Anda boleh pelajari teknik mengurut menerusi www.breastfeeding.com.




11. Pengambilan suplemen
dibolehkan. Antaranya set menyusu Shaklee terdiri daripada ESP (Energizing Protin Shaklee), Vitamin C, vitamin B Complex, Vita Lea, Ostematrix dan Alfalfa.


SITI ZARINAH SAHIB
SID 1212774
HP: 012 6133596