Tuesday, February 25, 2014

play time

 Hujung minggu masa untuk bermain. Lebih seronok kalau bawa anak-anak ke taman permainan. Tambahan pula kalau ada permainan macam ni.
Rasanya dah dekat 3 minggu ada di taman tasik cempaka bangi, dan minggu lepas baru dapat bawa anak-anak.


 Bukan setakat kakak dan Fahim jer dapat main si kecik pun sama bukan main suka lagi dia.


 Di dalam ni ada dalam 15 permainan semuanya dengan bayaran RM20 untuk seorang dan si kecik bayar RM5 sekali dengan maknya. Kalau diikutkan mmglah mahal tapi pejam mata saja. Lebih baik bawa anak-anak ke taman biar dia org keluarkan peluh drp menonton TV atau main games. Kebetulan saja ada permainan macam ni selalu tak ada pun.


 kakak dan fahim sedang cuba masukkan bola.

 Peace...seronok sangat katanya. Nanti kita datang lagi yer. Saya kata...tak boleh selalu sebab mahal. Kali ni bolehlah sebab nanti mama dah gaji. Lepas ni dah tak boleh. Kakak dengan Fahim main permainan biasa jer yang tak kena bayar.

"Mahal ke mama main sini," tanya Fahim.
"Memang mahal, tapi sebab nak bg anak mama gembira sebab tu mama bawa. Sebab mahallah tak boleh selalu. Sebab duit tu nak guna untuk beli benda lain. Beli makanan vitagen, roti, beli buku cerita, beli baju sekolah, nanti kalau tak ada duit dah tak boleh beli vitagen, calcium," kata saya.

"Ohh," angguk kedua-duanya. Risau benar kalau makanan dia org vitagen, calcium tu kena tarik tak dapat beli hehheheh


Budak kecik pun nak main sama. Mama pergi sana...


 Nak jalan tapi tak kukuh sebab anginkan. so kita merangkak ler..

 kalau kat luar ni berjalan ke sana-sini, lepas tu turun naik tangga. Berpeluh mamanya nak mengejar. Dukung mmg tak nak langsung ler. Bila penat dia berhenti..sambil sebut num...num..num. Tunjuk beg nak air masak.




 Tiga beradik ratu hati mama dan abah

 Posing dengan kakak yer Fayyadh

 Cuba untuk memanjat tapi tak terdaya..

 Baring sudah sebab penat sangat. Bila nak keluar menangis nak main lagi. Tak reti penat.

 Muka excited dan teruja sungguh.

 gambar ni masa minggu berbeza. Seronok sangat kalau dapat naik kereta.

 Cam pandai jer drive...berlakon jer sebenarnya

Diakhiri dengan gambar ini. CAK.....

3 comments:

Rizziela said...

saya pun g gak...tp mahal llah nak masuk kat dalam tu kan? RM30 seorang kan utk budak?

rynas said...

ahh mahal seorang budak rm20 kalau maknya masuk tambah lagi rm10. tapi saya dapat RM5 jer untuk dewasa sebab bawa budak kecikkan yg kena bayar RM5 juga

Rizziela said...

Rynas, biasanya kalau org jumpa sy mmg org x kneal sy..tp orang kenal anak2 sya yg 3H... sebab mana2 g semua pakai baju yg sama :D.. nanti kalau jumpa...tegurlah yer