Alhamdulillah tercapai jugak hasrat nak pergi bercuti dengan family ke Langkawi pada 17-19 Disember lalu walaupun rancangan last minit juga. 3 hari 2 malam dan menginap di homestay area pekan Kuah tak jauh dr pusat bandar.
|
anak-anak yg asyik masuk underwater world. |
Yg penting anak-anak semua happy. Sepanjang di sana aktiviti penuh dengan shopping dan melawat lokasi yg menjadi tumpuan antaranya telaga air hangat, underwater world, dataran helang, lokasi shopping macam hj Ismail Group. Dah lama sungguh tak ke sini last pergi masa bujang hari tu mmg banyak tempat baru.
|
basahkan kaki kat telaga air hangat |
|
anak-anak pun tak ketinggalan juga |
Lokasi seterusnya sebenarnya nak naik cable car tapi tak kesampaian disebabkan org terlalu ramai. nak beratur beli tiket maunya 2-3 jam. Jadi kami batalkan hasrat dan bawa budak-budak naik kuda saja.
|
dua kakak. 1 kakak besar dan 1 kakak kecil naik kuda. excited sungguh |
|
Fahim pula naik dengan abg Afiq |
|
"Best sungguh,"kata Aim nanti nak naik lagi. Maknanya kena datang lagilah tu. |
pintu masuk oriental Village yg menempatkan cable car dan pelbagai gerai cenderhati. Mat saleh sukalah tempat macam ni.
|
Aikk tak habis lagi gambar berkuda |
|
|
Aktiviti shopping semestinya kan..beli jgn tak beli |
Tidak sah ke Langkawi kalau tak pergi ke tempat pembuatan minyak gamat.haruslah beli minyak gamat kalau ke sini.
|
gambar Fahim menunggang kuda |
|
|
ambil gamabr dulu ya. |
lokasi seterusnya ke dataran Helang semata-mata nak ambil gambar dengan replika helang yang besar ni.Waktu malam mmg sangat cantik. nampaklah muka sikit ambil gambar dengan handphone.
Kami menaiki feri menerusi Kuala Kedah. tambang RM23 untuk dewasa dan RM18 untuk kanak-kanak. Untuk penyimpanan kereta pula sehari RM20 jadi kalau 3 hari RM60.
Rugilah kan pergi Langkawi kalau tak bershopping. mmg murah betul kalau nak beli periuk, pinggan mangkuk. Hati tu teringin juga nak sambar satu Visions yg besar tapi almari rumah yang kecil tu dh tak muat pula. lastnya beli juga kuali dan pan Tefal juga mangkuk 3 beradik, selain sudu dan garfu dan coklat.
Inilah barang-barang kami. Banyak tak??
2 comments:
merancang nak ke Pulau Langkawi.. agak2nya bila la berkesempatan kan
iNSYAaLLAH boleh pegi kalau plan baik punya hehhehe
Post a Comment