Saturday, October 26, 2013

MALBATT Lubnan 850-1

Selamat bertugas di Lubnan kapten Hairi.
Semoga selamat pergi dan selamat kembali.
Kami mendoakan kesihatan, kesejahteraan dan keselamatan di sana.
Semoga bertemu bulan 3 nanti dan balik bulan Oktober 2014.

Minggu lepas saya dan suami menghantar biras (sebelah suami) yang berangkat ke Lubnan kerana menjayakan misi MALBATT Lubnan 850-1 yang terdiri daripada 300 anggota termasuk pegawai.



Ramai ibu bapa, isteri, adik beradik yang menaghantar pemergian insan tersayang diiringi doa semoga semuanya selamat.

 Berkorban untuk negara. Terpaksa meninggalkan anak dan isteri selama setahun.Orang kata sekejap saja setahun tu. Pejam celik pejam celik dah setahun.

 Hairi dan Liza

 Keluarga hairi bersama Liza dan Along



 Inilah dia anggota MALBATT 850-1 ke Lubnan. Pejuang negara.

 Saya bersama ipar, Liah


 Lia dan suaminya

Last pic... kami berdua peace yoo...


Tonton konsert Rihanna di Macau

 Pengalaman kali pertama menonton konsert artis antarabangsa memang tidak dapat dilupakan. Oh ya saya pernah menonton konsert Peterpan yang datang kali pertama di Malaysia rasanya hampir 10 tahun lalu. kemudian menemuramah pelakon Ada Apa Dengan Cinta Rangga aka Nicholas Saputra dengan Dian ketika filem itu tengah meletop suatu ketika dulu.
Kalau konsert artis Malaysia tu sudah biasa daripada Siti Nurhaliza sehinggalah Anuar Zain. menemuramah mereka juga sudah biasa.

 Konsert Rihanna yang diadakan di Macau pada 13 September lalu di Cotai Arena Macau lokasi popular untuk konsert artis antarabangsa. Memang sangat ramai dan hanya saya seorang rasanya Muslim bertudung. Jadi perhatianlah sekejapkan...

 Konsert memang best. Siapa tak kenal Rihannakan yg popular dengan lagu Umbrella tu.Walaupun start lambat hampir jam 10 malam namun penonton langsung tidak berganjak dr tempat malah sorakak, jeritan begitu bingit membuatkan suasana riuh sebelum bermulanya konsert.

 Ini antara gambar yg dapat saya ambil. Saya berdiri berdekatan stage jadi dapatlah melihat wajahnya dengan jelas. Kagum kemantapan vokalnya mezzo suprano.


 Dia juga dilantik sebagai rakan untuk MAC Cosmetics. Di Malaysia sudah dilancarkan RiRi Hearts MAC.

Pengalaman yang sungguh menyeronokkan.
Kami juga berpeluang menemuramah Rihanna keesokan harinya. Dia sangat cantik, peramah, ceria dan bijak berkata-kata.

Story dalam Harian Metro.

Sunday, October 13, 2013

cerita terbaru Fayyadh

 Dah lama tak masukkan gambar Fayyadh terbaru. Dah masuk setahun 3 bulan pun.

 Masih belum berjalan lagi. Entah bila nak berjalan ni. Kalau dulu kakak 10 bulan dah berdiri, bertatih pegang tangan dan berjalan laju masa 12 bulan. Fahim pula masa 9 bulan dan berdiri dan bertatih pegang tangan, dan berjalan masa 10 bulan.
Setiap bayi tak samakan walaupun lahir dr perut yang sama.


 Sangat ralit kalau dapat main kete mainan. Susun kat lantai, susun atas sofa kdg2 sampai berbaring dia susun kete.

 Kesukaan adalah menonton TV rancangan kegemaran Oh My English, Strawberi dan Karipap dan semua cerita org dewasa yer. Kartun mmg tak minat. Sangat kusyhuk bila tengok Tv boleh menangis kalau tgk cerita hantu sebab takut, boleh menjerit tgk ultraman sebab takut pada raksasa, boleh ketawa bila tgk Upin Ipin. Jadi kesimpulannya sangat senang meluahkan ekspresi perasaannya,

 Sekarang susahnya nak makan nasi kat rumah. hanya makan banyak kat rumah pengasuh. Semua dia makan.


 Dah boleh jd kawan abang bermain. Kongsi mainan sama-sama.



 Ni masa tgk upin ipin

 Mata tak berkelip.

 dgn abang Aim


Wednesday, October 9, 2013

Hong Kong


Jika ke luar negara perkara pertama yang  membuatkan saya teruja adalah melihat suasana bilik di hotel. Begitu juga ketika kali pertama ke Hong Kong apabila diberitahu kami akan menginap di Hotel W sudah terbayang akan dekorasi bertaraf bintang serta layanan kelas pertama. Di Hong Kong Hotel W sangat terkenal dan sering menjadi pilihan untuk pelancaran produk atau pertemuan media.

 Sangkaan saya benar belaka. Menjejakkan kaki ke sini terasa seperti berada di sebuah galeri apabila bahagian lobi menempatkan ruang menunggu serta lukisan yang cukup menarik.

 Lukisan berlatarbelakang kotak menarik perhatian.

 menempatkan kerusi menunggu.

 Bahagian lobby hotel.

 Ok kita lihat bahagian dalam pula. Sesuai bagi mereka yang ada urusan perniagaan.

 Bilik air yang besar dengan cermin memenuhi segenap ruang.

 Bahagian hadapan bilik air.

 Katil berkonsepkan moden berbeza dengan hotel di Macau yang berkonsepkan klasik.

 Ruang menonton TV

 Dapat melihat keindahan H Kong menerusi balkoni hotel

kapal-kapal berlabuh masuk