Apakah
yang paling dinantikan seorang wanita yang baru saja mendirikan rumah
tangga ? Sudah pasti jawapannya adalah : mengandung. walau terpaksa
menempuh hari sukar 9 bulan 10 hari namun, semua itu hilang apabila
merasai pergerakan si kecil di dalam perut. Malah kesakitan ketika
melahirkan anak terus hilang tatkala memandang wajah comel itu. Ketika
mendengar tangisan pertama langsung tidak dihirau darah dan keringat
yang mengalir. Detik itu, ketika itu dan saat itu adalah moment paling
membahagiakan, sebuah episod cinta baru bakal bermula yang akan melalui
detik-detik yang panjang.
Ketika itu tiada lebih membanggakan
untuk diperbincangkan selain anak. Tiada satu tema paling menarik untuk
disembangkan bersama rakan sekerja, teman sejawat, jiran, saudara mahu
pun keluarga, kecuali anak. Apabila si kecil baru sahaja melafaz "Ma?"
segera dia mengangkat telepon untuk memberitahu kepada semua. Ketika
baru pertama kali berdiri, dia sudah berteriak bangga. malah sentiasa
berdoa agar langkah itu tidak terhenti di situ.
Apa sahaja dilakukan semuanya demi anak dan untuk anak. Tiada satu pun di dalam fikiran..yang sering difikirkan melainkan anak. Ketika berbelanja anak menjadi alasan utama, ketika menghadiri majlis anak sentiasa bermain di fikiran dalam setiap suapan nasi, setiap gigitan kuih atau dalam teguk minuman.
Ketika itu tiada lagi pakaian baru untuk diri sendiri kerana semuanya untuk si kecil. Meskipun kadang-kadang harus berhutang, namun semuanya atas alasan demi anak. malah dalam catatan perbelanjaan tertulis: 1. Beli susu anak; 2. pampers anak 3. baju anak 4. bil hospital anak dan nombor seterusnya barulah perbelanjaan lain. Malah tiada beras di rumah tidak mengapa, asalkan susu si kecil tetap terbeli.
Ibu menjadi guru yang tidak pernah digaji, menjadi pembantu yang tak pernah dibayar, menjadi pelayan yang sering terlupa dihargai, dan menjadi babby sitter yang paling setia.
Sesekali dia menjelma menjadi puteri salju yang bernyanyi merdu menunggu suntingan sang pangeran. Keesokannya dia rela menjadi kuda yang meringkik, berlari mengejar dan menghalau musuh agar tidak mengganggu anak-anaknya. Hanya tawa dan jerit lucu yang ingin didengarinya agar hilang segala resah gelisah. Batuk atau lelah tidak pernah dihiraukannya, walau tidur malam terganggu, walau penat mengemas, walau penat melayan karenah anak namun dia masih mampu tersenyum dan melakukannya dengan penuh keikhlasan.
Setiap pagi tiada perkara lain dilakukan melainkan menyiapkan sarapan anak-anak yang akan berangkat ke sekolah. Tiada satu pun yang paling ditunggu kepulangannya selain suami dan anak-anak tercinta. Serta merta kalimat, "sudah makan belum?" terlontar ketika baru saja memasuki rumah.
Tidak peduli walaupun anak kecil yang dulu kerap ditimang dalam dakapannya itu, sekarang sudah menjadi orang dewasa yang boleh sahaja membeli makan di kampus atau asrama. Dalam kunjungannya seringkali ibu membawa makanan walau hanya jemput-jemput kosong kesukaan anaknya.
Hari ketika si anak yang sudah dewasa itu mampu membuat keputusan terpenting dalam hidup, iaitu memilih pasangan hidup, siapa orang pertama yang akan menangis? IBU...Dia menangis melihat anaknya tersenyum bahagia bersama pakaian pengantin. Ketika itu dia sedar, buah hati yang bertahun-tahun menjadi kubangan curahan cintanya itu kini bukan miliknya lagi. Tetapi cuma satu yang masih tertambat " dia masih anak aku" pertalian yang masih ada walau kita bergelar isteri atau ibu.
Ketika keriput di tangan dan wajah mulai berbicara mengenai usianya. Dia mulai sedar tiba masanya akan berakhir. Sampai masanya apabila sudah sampai ajal, mandikanlah jenazahnya, seperti mana anda dimandikan dia ketika dilahirkan. Imamkanlah solat agar tak percuma ibu mendidik kita menjadi anak yang soleh dan solehah.
Sedarkah kita sejak kecil ibu telah mengajarkan erti cinta sebenarnya.
Ibu adalah madrasah cinta, ibu adalah kelas tempat mencari cinta,
Ibu adalah sekolah yang hanya punya satu mata pelajaran, iaitu CINTA
Sekolah yang hanya punya satu guru iaitu IBU dan sekolah yang semua murid-muridnya diberi satu nama: "ANAKKU TERCINTA".
SELAMAT HARI IBU
KITA ADA IBU..KITA JUGA ADALAH IBU,
HARGAI IBU KETIKA DIA MASIH ADA...

Kepada
bonda tercinta Hajah Hasiah Man semoga dipanjangkan usia, diberi
kesihatan yang baik, dimurahkan rezeki serta diberkati olehNya selalu.
AMIN.
1 comment:
Suka entry akak ni, terkesan dihati. selamat hari ibu buat kak rynas dan bonda.
Post a Comment