Sunday, March 31, 2013

cerita terbaru

 Lamanya tak update blog. Alasannya bzlah kan. Bz dengan kerja kemudian Fayyadh yang suka menangis malam sejak sebulan lalu. Alhamdulillah sekarang dah pulih sepenuhnya. Banyak juga tempat pergi berubat dekat 5 orang ustaz termasuk Darul Shifak akhirnya sudah kembali seperti biasa dan tiada gangguan lagi.

 4 April depan masuklah usianya 9 bulan sekejap masa berlalu. Perkembangannya masih mengundur, ke depan belakang mmg tak ada tanda nak merangkak agaknya sama macam Fahim kot nanti tak merangkak terus berjalan. Mulut dah becok nak bercakap. Gigi belum tumbuh lagi.


 ni dgn kakak yg masam sebab baru bangun tidur.


 Dengan abang Fahim


 Alhamdulillah masih full breastfeed tercapai hasrat untuk tempoh 6 bulan dan akan diteruskan sampai setahun.


 tapi simpanan susu tak derlah sebanyak nie dah. Nie masa 3-6 bulan masa usia fayyadh dapat kumpul sampai penuh peti sejuk. sekali tak muat sampai terpaksa kurangkan pam. Bila masuk wad 3 hari...terus stok susu makin kurang ditambah bz di pejabat drp 2 kali pam tinggal sekali jer pam sehari huhuhu..

 Bila dah makin lama ambil jer tak tambah...dah tu ada pula stok yg dah lebih 3 bulan kena buang tinggallah sikit.

 Ini jer stok setakat ni tak sampai 40 pek pun rasanya 4oz dan ada yg 8oz. Cuba kembali normal jadikan 2 kali sesi pam. Alhamdulillah susu macam biasa untuk sekali pam masih dapat 7-10oz...ada jg kekadang tu dapat 6oz jer. tak tentu juga apa-apa pun syukur Alhamdulillah.

p/s: seronok tgk stok susu yang menimbun dulu tuh.Tapi jadi macam malas nak mengepam sebab dah banyakkan. hehheheh

No comments: