Ni aktiviti malam tadi. Adik ipar yg tinggal di sungai besi call ajak keluar dia nak makan burger bakar. Jadi tempat paling dekat adalah di Serdang.
Inilah burger bakar RM7 sebiji. oklah sedap jugak makan berdua dengan kakak Fatin sebab besar tu pun kenyang sangat.
Inilah org yg teringin nak makan tu Achik Liza bersama si comel Thaqif dan ayahandanya Herry.
Lepas tu gerak ke Putrajaya saja jalan-jalan dah lama tak kesitu. walaupun jam dah 10 lebih. Sampai jer penuh dengan umat manusia sedang bersama keluarga ada berkelah sambil bawa makanan tak kurang juga yg bawa basikal, kereta controllah dah jadi macam pesta rasanya. maklumlah tempat menarik, banyak lokasi boleh duduk, sejuk pulak tuh.
Kita ambil gambar dulu yer...Fayyadh tak tidur sampai jam 12 tengah malam. Seronok dia tgk lampu-lampu dan org ramai.
Bergambar dengan mama Thaqif...
Ehhh ada lg gambar...Fayyadh bersorak gumbira katanya...
gambar lagi...
Kat tengah jd tempat jualan pelbagai mainan. daya penarik untuk anak-anak nie. Siapa yg bawa anak mesti akan beli.
Bapak pula bergambar yer dgn anak..peace...
Amboi senyum lebar
pic family pulak dah....
jam 12 tengah malam baru balik rumah. Penat, ngantuk semua ada. tapi anak-anak kata nanti kita dtg lagi yer tak puas main.
p/s: tgk dalam gambar alahai gemukssnya saya...huhuhu...
Sunday, March 31, 2013
cerita terbaru
Lamanya tak update blog. Alasannya bzlah kan. Bz dengan kerja kemudian Fayyadh yang suka menangis malam sejak sebulan lalu. Alhamdulillah sekarang dah pulih sepenuhnya. Banyak juga tempat pergi berubat dekat 5 orang ustaz termasuk Darul Shifak akhirnya sudah kembali seperti biasa dan tiada gangguan lagi.
4 April depan masuklah usianya 9 bulan sekejap masa berlalu. Perkembangannya masih mengundur, ke depan belakang mmg tak ada tanda nak merangkak agaknya sama macam Fahim kot nanti tak merangkak terus berjalan. Mulut dah becok nak bercakap. Gigi belum tumbuh lagi.
ni dgn kakak yg masam sebab baru bangun tidur.
Dengan abang Fahim
Alhamdulillah masih full breastfeed tercapai hasrat untuk tempoh 6 bulan dan akan diteruskan sampai setahun.
tapi simpanan susu tak derlah sebanyak nie dah. Nie masa 3-6 bulan masa usia fayyadh dapat kumpul sampai penuh peti sejuk. sekali tak muat sampai terpaksa kurangkan pam. Bila masuk wad 3 hari...terus stok susu makin kurang ditambah bz di pejabat drp 2 kali pam tinggal sekali jer pam sehari huhuhu..
Bila dah makin lama ambil jer tak tambah...dah tu ada pula stok yg dah lebih 3 bulan kena buang tinggallah sikit.
Ini jer stok setakat ni tak sampai 40 pek pun rasanya 4oz dan ada yg 8oz. Cuba kembali normal jadikan 2 kali sesi pam. Alhamdulillah susu macam biasa untuk sekali pam masih dapat 7-10oz...ada jg kekadang tu dapat 6oz jer. tak tentu juga apa-apa pun syukur Alhamdulillah.
p/s: seronok tgk stok susu yang menimbun dulu tuh.Tapi jadi macam malas nak mengepam sebab dah banyakkan. hehheheh
4 April depan masuklah usianya 9 bulan sekejap masa berlalu. Perkembangannya masih mengundur, ke depan belakang mmg tak ada tanda nak merangkak agaknya sama macam Fahim kot nanti tak merangkak terus berjalan. Mulut dah becok nak bercakap. Gigi belum tumbuh lagi.
ni dgn kakak yg masam sebab baru bangun tidur.
Dengan abang Fahim
Alhamdulillah masih full breastfeed tercapai hasrat untuk tempoh 6 bulan dan akan diteruskan sampai setahun.
Bila dah makin lama ambil jer tak tambah...dah tu ada pula stok yg dah lebih 3 bulan kena buang tinggallah sikit.
Ini jer stok setakat ni tak sampai 40 pek pun rasanya 4oz dan ada yg 8oz. Cuba kembali normal jadikan 2 kali sesi pam. Alhamdulillah susu macam biasa untuk sekali pam masih dapat 7-10oz...ada jg kekadang tu dapat 6oz jer. tak tentu juga apa-apa pun syukur Alhamdulillah.
Subscribe to:
Posts (Atom)