Sekolah agama bandar baru bangi |
kelas kakak di sekolah agama |
Hari pertama Fahim di tadika, sangkaan saya meleset. Ingatkan dia akan menangis seperti kakaknya dua tahun lepas. Tetapi tidak. Dengan machonya dia berkata, " mana Fahim nangis, kawan Aim jer nangis tak malukan mama," syukur kerana memudahkan kerja saya pada waktu pagi.
Hari kedua pun begitu juga excited bercerita mengenai ustaz yang mengajar doa masuk tandas dan apabila pulang ke rumah setiap kali masuk ke tandas dimintanya saya membacakan doa. Jika tidak, nanti syaitan akan masuk ke bilik katanya.
Fahim dan kakak hari kedua ke sekolah |
Fayyadh |
Ini pula si cilik yg memasuki 6 bulan esok. Alhamdulillah tidak banyak kerenah mudah dijaga.
Oh ya apa azam tahun baru ya? sebenarnya saya tidak pernah mempunyai azam tahun baru cuma mengikut arus saja...apa yang datang harus dilalui dengan sempurna dan berhati-hati, semoga perjalanan 2013 lebih menghiburkan dan memberikan kegembiraan dengan adanya 3 anugerah yang tidak ternilai ini, 3D- ( Durrani, Dhani dan Dahin). Mereka adalah harta kesayangan saya paling bermakna dan berharga.
Dhani Fahim, Dahin Fayyadh (tengah) dan Durrani Fatihin 3 cinta hati saya. |
Sekarang adalah masa memberi tumpuan sepenuhnya kepada mereka. Walaupun dengan kekangan masa yang maha hebat. Ya bukan senang mahu menguruskan anak pada zaman milenium ini generasi Z dan Alpha semua perlu cepat dan pantas serta perlu kena caranya.
Kalau kita ketinggalan masa tidak akan datang kembali. Selalu saya ingatkan diri anak adalah tanggungjawab pertama dan kerja adalah kedua. Walaupun kita mencari rezeki untuk anak-anak tapi sekiranya mencari rezeki sehingga mengabaikan mereka suatu hari nanti apabila mereka semakin dewasa mungkin akan ada sekelumit penyesalan di hati mengapa dulu aku tidak melakukannya seperti ini. Ohh saya tidak mahu menjadi seperti itu. Harapan saya, 2013 ini saya mampu menjadi ibu, mama, umi, bonda, mak dan mummy terbaik kepada mereka. Jika mama TERLUPA tolong ingatkan wahai anak-anakku.
4 comments:
Alhamdulillah semua berjalan lancar untuk si kakak dan Fahim. Pandai si kakak berjimat ye minta dibawak bekal. Ke sebab makanan di kantin tak sedap kot?
alhamdulillah anak2 akak baik2 je. bagusnya kakak kat sekolah. rilek rupanya fahim ye.. lega hati tgk anak2 semuanya bagus kak.
ciut la fahim ngan seragam dia..gud boy x nangis..nnti jatuh saham aim kan klu nangis..hihi
anak permata hati yang tak dapat diukur dengan wang emas sekali pun...
Post a Comment