Sudahlah di opis langsung tidak sempat mengepam disebabkan ada story yang masih belum dihantar. Lastnya saya cari bilik menyusu di EON Jusco untuk pam susu. Nasib baik biliknya bersih ada sofa untuk ibu menyusu. Itu kalau ke tempat yang disediakan bilik menyusu kalau tak ada...eehhmmm terpaksalah guna alternatif lain spt surau dan dalam kereta. (cari parking tersembunyi, selubung dengan shawl) Toilet setakat ni saya tak pernah lagi gunakan untuk pam susu.
Ada yang tanya kalau tak pam tak boleh ker? selain untuk simpanan susu di rumah, mengepam adalah satu cara untuk menghilangkan bengkak susu. Kalau tak dipam rasa tidak selesa, nak buat kerja pun jadi. sakit sendi2 tangan. Lebih penting mengepam memastikan susu sentiasa ada dan tidak kering.
Sebenarnya saya nak cerita mengenai apa yang saya makan bg memastikan susu sentiasa ada. Bagi ibu yang BF nie beruntungnya kerana kita boleh set keperluan yang diperlukan untuk bayi yang kita susukan. Memanglah dalam susu ibu tu semua zat, vitamin, mineral yang lengkap tapi kalau ibu tak jaga pemakanan apa yang diberikan pada anak juga sangat kurang. Cthnya kan kalau tgk ibu-ibu kat Afrika yang tak cukup zat menyusu ibu sepenuhnya kenapa anak mereka pun mengalami kekurangan zat. sebabnya si ibu tidak mendapat makanan yang lengkap dgn vitamin dan mineral.
Sebab itu menurut seorang doc yg saya interview...kalau tak dapat menyusu anak sepenuhnya carilah susu formula paling mahal sebab susu paling mahal kaya dengan zat, vitamin, mineral diperlukan bayi (wpun masih tak dapat menandingi susu ibu).Sekarang ni macam2 jenis susu ada..yg harga sampai RM150 satu tin pun ada. Pilih saja nak yang mana. Tapi kalau mampu apa salahnyakan...kurangkanlah expenser untuk diri sendiri cam beli baju ke kasut ker...untuk beli susu anak.
Untuk menambah susu dan memastikan anak mendapat zat secukupnya ibu mmg wajib minum susu. Saya sejak mengandung minum anmum, tapi nak try Mom&Me Nestle pula. Sedap juga rasanya manis-manis lemak gitu.
Oh ini favourite saya sebelum ngandung, sejak mengandung dan selepas mengandung. Sebelum pergi kerja tu dalam kereta wajib habiskan sekotak susu soya. kalau tak buat macam tuh takut terlupa nak minum. Saya perhatikan nanti masa pam susu, susu pun pekat macam soya juga.Sebab soya, tempe, tauhu kaya protein dan protein mmg bagus untuk pekat dan banyakkan susu.
Ini set berpantang hari tu belum habis lagi. tapi ESP masuk ni dah yang kedua. Harus kena order lepas ni. Selain untuk menyusu, set ni untuk cergaskan badan, tak letih dan bertenaga ketika di pejabat. Tapi kalau malam..kat rumah cepat jer rasa nak tidur. Itu dah makan suplement kalau tak makan suplement tak tahulah. Sekarang ni mmg kena korbankan duit untuk beli suplement.
Saya pernah interviu doc mengenai suplement..dia kata org Melayu paling malas ambil suplement sebab mahal. lebih rela beli handbeg mahal, baju dan kasut. Beza dgn Chinese sebab dorang mmg sanggup habiskan duit untuk suplement. Sekarang nie pemakanan kita sendiri yg meyebabkan penyakit. makanan segera, air tak bersih, bekas-bekas makanan semunya menyumbang pada penyakit. Kalau dengar doc tu cerita mmg takut...rasa nak jaga kesihatan sekarang ni.
Kurma jg untuk banyakkan susu. Sehari saya makan 3-5 biji kurma. kadang2 leka makan sampai habis juga 10 biji. Pernah saya habiskan separuh kotak. Letak kat meja opis dan di rumah. Sekarang ni mmg tak minum petang, sebab tak sempat banyak kerja nak buat. Makan kurma jer 3 biji dah kenyang.
Lepas tu ambil nesvita untuk sarapan, campur dengan Vico atau horlick lagi sedap.
Minuman bermalt ni mmg untuk banyakkan susu badan juga. Elakkan teh sebab angin, Kopi sekali-sekala bolehlah sebab berkafeinkan tak sesuai untuk menyusu badan.
Saya mmg suka minum vico campur nesvita. atau horlick campur nesvita. Minum secawan dah kenyang.
Diakhiri dengan gambar si kecil ni. Dah pun 3 bulan. Alhamdulillah sihat.
ragamnya sekarang ni bila nak menyusu badan melalak-lalak...sebab susu laju tak sempat nak telan. Kadang2 saya perasan dia mmg tak nak menyusu agaknya fobia kot terpaksa bg botol.
Lepas tu time nak tidur pun sama mengamuk-ngamuk juga.kdg2 kalau org tgk mesti something wrong tapi mmg style dia gitu. Dah penat melalak dulu baru ler lena tidur.
Tiap baby ada ragamnya kan. Macam ketiga-tiga anak anak saya mmg kuat menangis masa baby. Macam anak kedua Fahim lagilah dari baby sampai umur dia 2-3 tahun malam jer mesti nangis. sampai terpaksa ambil air kat ustaz. Bila dah besar dah ok...macam tu juga dengan kakak pun sama masa baby ragamnya boleh tahan lah.
Orang kata baby ni lain2 perangai. kalau kecil meragam bila besar senang nak jaga begitulah juga sebaliknya. Harap-harap gitulah. Alah..baby mana tak meragamkan...saja nak menguji maknya sabar ke tidak.
No comments:
Post a Comment