Wednesday, July 6, 2011

saya cintakan negara saya

Ketika berbual dengan seorang kakak yang bekerja di sebuah jabatan di sekitar Kuala Lumpur, dia bertanya kepada saya, "macam mana dgn BERSIH yer jadi ke buat,? Kakak dah takut ni bila semua kawan-kawan dah suruh buat stok simpanan makanan. Sebab katanya akan terjadi pertumpahan darah kalau berlaku, takut jadi macam 13 Mei pulak,"
katanya lagi, " isskk janganlah kan...harap-harap tak jadilah. Takut akak,"



adakah anda cukup yakin barang-barang ini tidak akan digunakan ketika demonstrasi??
Adakah akan ada jaminan??


Jelas dia begitu risau dan bimbang. Mungkin pengalamannya pernah merasai keperitan tragedi 13 Mei menyebabkan ketakutan itu tersimpan sehingga sekarang. Ditambah pula dengan cerita-cerita yang keluar di dada akhbar setiap hari. Sebagai rakyat marhain yang pernah merasai kesukaran dan keperitan ketika tragedi 13 Mei pastinya tidak mahu ia berlaku semula. Perit dan sakit, sengsara dan menderita.

Saya cintakan keamanan dan kemakmuran seperti sekarang kerana saya tidak mahu hidup dalam ketakutan. Sejak kecil sehingga sekarang banyak perubahan yang berlaku, daripada tiada pelajaran, dihantar ke sekolah, mendapat pinjaman pelajaran kemudian ke Universiti keluar mendapat pekerjaan, diberi gaji setiap bulan, boleh membeli pelbagai keperluan untuk menyara keluarga, bebas ke sana sini dengan aman...apa lagi yang saya mahukan???

Bukankah itu sudah cukup sebagai seorang manusia normal apabila perutnya berisi, tidak berpanas dan berhujan dan memiliki keperluan lengkap bersama keluarga. Mengapa perlu saya meluahkan rasa ketidakpuasan hati..malah bersyukur dengan segala kesenangan serta kemakmuran diberikan jadi untuk apa saya melakukan demonstrasi?

Walau dalam apa juga keadaan sekalipun demonstrasi walaupun secara aman pasti akan ada kerosakan harta benda dan jiwa. Tidak mustahil berlaku pertumpahan darah...apabila ada puak yang menyokong dan ada puak menentang. Lihat saja negara jiran kita di Thailand dan Indonesia misalnya apa jadi pada rakyat mereka yang sering melakukan demonstrasi adakah ada kesudahan..adakah nasib mereka terbela...adakah mereka berjaya dan adakah mereka bahagia dalam menghabiskan sisa-sisa hidup mereka?? Lihat juga di Libya, Mesir..adakah dengan cara berdemonstrasi mampu merubah keadaan menjadi lebih baik atau semakin buruk. Mungkin kesannya hanya dapat dilihat untuk jangka masa 50 tahun akan datang.

Lihat kesannya di negara yang sering melakukan demonstrasi, Indonesia misalnya mereka merempat juga..tiada pekerjaan..tiada makanan...rasuah di sana sani... akhirnya terpaksa ke negara yang lebih baik iaitu Malaysia dan mencari pekerjaan di sini..kerana apa?? di sini semuanya ada..makmur, aman, bahagia, rezekinya melimpah ruah. Asal kamu rajin akan adalah bahagiannya hinggakan mampu menghantar wang ke negara asal. Malah ada yang tidak mahu kembali ke negara mereka semula. Tidak percaya tanyalah kepada warganegara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Kemboja ...Hakikatnya inilah Malaysia dan saya sangat bersyukur dilahirkan di bumi bertuah Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia.

Saya sayangkan MALAYSIA...
Saya cintakan negara saya.
dan saya juga sayangkan bangsa saya, bangsa MELAYU

Bagi yang tidak berpuas hati cubalah pergi ke Indonesia, Bangladesh atau Thailand dan rasai bagaimana kesukaran menjadi manusia di sana, kemudian baru anda akan menghargai betapa makmurnya Malaysia.

No comments: