Sunday, July 31, 2011

salam Ramadan

Penampilan baru saya
Selamat menyambut Ramadan al-mubarak
semoga Ramadan kali ini lebih baik drp tahun-tahun sebelumnya.


Sabda Rasulullah saw.:"Apabila datang Ramadan, dibukakan pintu langit dan ditutup pintu neraka serta dibelenggu segala syaitan."

Semoga dengan keberkatan Ramadan ini kita akan dapat menggilap kembali hati kita yang pudar dan melumpuhkan nafsu yang bertahta di hati. Berpuasa bukanlah sekadar berlapar semata-mata sebaliknya mendidik nafsu dan peribadi manusia.


p\s: jangan lupa bersahur yer..

Saturday, July 30, 2011

Bukit Merah Lake Town

Gambar-gambar sekitar Bukit Merah Lake Town ketika bercuti bersama keluarga pada 16 Julai lalu disertai keluarga Lia dan Mie, Harith, Hadif dan Kasih.


Harith, Kasih dan Durrani melihat peta dulu sebelum masuk...




Tak masuk pun tengok orang Utan

ramai sangat maklumlah hujung minggu

Mandi kat swimming pool dulu

Harith..



Fahim jer yg tak berani masuk ..takut katanya...apalah...


Vromm...vroom...

Di pintu masuk Bukit Merah lake Town Resort...lain kali datang lagi yer...

Friday, July 29, 2011

gubah bunga

Kali pertama diberi peluang menggubah bunga. Seronok juga maklumlah sebelum ni hanya tengok orang buat tapi kali ni lakukan sendiri.


Di majlis pelancaran Loccitane kami diberi peluang menggubah bunga. Semua bahan-bahan disediakan kemudian digubah mengikut kreativiti masing-masing. Konsep bebas, ...ikut suka hati katanya....jadi main cucuk ajerlah.
Berpandukan kepada tip drp penggubah bunga yg pernah diinterviu dulu, dia mengatakan prinsip menggubah mengikut kesesuaian iaitu bunga tinggi di belakang diikuti rendah, besar kemudian kecil, dan seimbangkan kiri dan kanan.

setelah berhempas pulas (cam susah sgt jer) inilah hasilnya ialah....tada....seperti di atas.



Apa kata selepas ni cuba buat sendiri yer...untuk konsep Aidilfitri pulak.
Tengok ler mana tahu menjadi sebagai penggubah bunga. Kot-kot nak tukar profesion pulak hehhehehe...

p/s: seronok bila lakukan perkara yg lain drp apa yg kita buat hari-hari.
yg penting enjoy!!!

Sunday, July 24, 2011

Ramadan semakin menghampiri


Isnin depan (Ogos) dah start puasa sekejap saja masa berlalu.
Puasa belum lagi tapi orang dah sibuk buat persiapan raya.
Biskut raya dah mula dijual di pejabat...bawa sampel dan rasa dan akhirnya saya sudah membeli 7 balang biskut raya.
Baju raya mana yang sempat tu beli dulu bukannya apa maklumlah bila dah start puasa masa berlalu dengan cepatnya. Pejam celik pejam celik dah penghujung Ramadan mmg tak sempat nak shoping baju raya. Yg penting keperluan anak-anak dulu diri sendiri setakat yg termampu saja.

Tadi juga sempat menyinggah di Nilai 3 mencari langsir sebenarnya.
Dah ramai pembeli dan kedai2 yg meriah dengan baju raya tapi satu pun tak ada yg berkenan di hati.

Apabila masuk Ramadan juga bermakna kembali sibuk dengan tugasan di pejabat malah bertambah sibuk berbanding hari-hari biasa. Maklumlah sebulan ni mmg tak ada kerja lebih masa kerana mahu pulang awal berbuka bersama keluarga. Selepas itu mahu menyediakan stok bahan untuk dua minggu sepanjang cuti raya. Bertambah bebanan kerjalah nampaknya.
bak kata editor, " kalau mahu cuti panjang, siap sedialah dengan bahan stok yang banyak. Nak bercuti 2 minggu pun tak kisah."

Dalam bercerita mengenai persiapan raya kadang kala terlupa mengenai keberkatan Ramadan itu sendiri. Selalunya sering saja berazam untuk melakukan solat Tarawih tanpa tinggal (kecuali uzur) kemudian khatam al-Quran tetapi akhirnya cita-cita tidak dilaksanakan dek kerana faktor-faktor diri sendiri.

Harapanku dengan kemunculan Ramadan kali ini dapat menyuburkan jiwa menjadi insan yang lebih mentaatiMu, menjadi hamba yang ikhlas dan bersyukur dengan limpahan rahmatMu serta reda dengan ketentuanMu. Ya Allah kuatkan keimanan, tingkatkan ketakwaan untuk melakukan amal ibadah dalam bulan yang hanya datangnya sekali setahun saja.

Moga Ramadan kali ini membawa keberkatan kepada diri sendiri dan seluruh ahli keluarga. Amin.

Saturday, July 23, 2011

Julai bulan kelahiran

1 Julai lalu genaplah usia Dhani Fahim yang ke-3.
Tak ada majlis besar-besaran pun cuma buat kecil-kecilan saja di kampung. Disebabkan 2 Julai tu majlis perkahwinan Liza, jadinya terus buat pada malam Ahadnya. Menunya simple saja satey, mihun, kek dan makanan ringan saja.


Wajah birthday boy yang masam jer...mula-mulanya...

Lepas tu baru dah mula nak senyum sikit...


Bila disuruh senyum barulah dia senyum...

Acara meniup lilin bermula...


dikelilingi sepupu dan achik serul..

Senyum suka sampai terpejam-pejam mata dia

Terpaksalah achik Serul tolong potongkan..Amin


"selamat hari jadi Fahim moga menjadi anak yang bijak, soleh dan membahagiakan ibu bapa di dunia dan akhirat. Amin"



Diakhiri dengan gambar dua beradik yang konon-konon bersanding di atas pelamin...

sekitar majlis perkahwinan di Gunung Semanggol, Perak

Gambar-gambar sekitar majlis perkahwinan adik ipar di Gunung Semanggol, Perak. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Tanpa cerita gambar-gambar sudah mampu memberi makna...


Sebelum berarak bersama tentera pengiring

Maaf ya gambar tak tersusun. Bersanding di atas pelamin yang simple tapi cantik.


Anak-anak...Fahim & Durrani

Selamat Pengantin Baru Suliza & Hairi

Bersama keluarga Lia.

Tentunya ada gambar sendiri

Gambar dengan semua ahli keluarga sebelah perempuan.
Panas weehhh time ni.

Keluarga kecil saya...hehheheh

Mestilah bergambar dengan pengantin...(Fahim tergaru-garu pulak)

Pengantin...

Pengantin lagi (gambar kurang memuaskan sebab ambil dengan handphone saja)

Acara memotong kek

gambar bersama Lia sebelum bersanding


Pengantin makan beradab...actually ada dua pengantin di sebelah lelaki.

Sekian berakhirlah sudah acara besar untuk tahun 2011.

Wednesday, July 6, 2011

saya cintakan negara saya

Ketika berbual dengan seorang kakak yang bekerja di sebuah jabatan di sekitar Kuala Lumpur, dia bertanya kepada saya, "macam mana dgn BERSIH yer jadi ke buat,? Kakak dah takut ni bila semua kawan-kawan dah suruh buat stok simpanan makanan. Sebab katanya akan terjadi pertumpahan darah kalau berlaku, takut jadi macam 13 Mei pulak,"
katanya lagi, " isskk janganlah kan...harap-harap tak jadilah. Takut akak,"



adakah anda cukup yakin barang-barang ini tidak akan digunakan ketika demonstrasi??
Adakah akan ada jaminan??


Jelas dia begitu risau dan bimbang. Mungkin pengalamannya pernah merasai keperitan tragedi 13 Mei menyebabkan ketakutan itu tersimpan sehingga sekarang. Ditambah pula dengan cerita-cerita yang keluar di dada akhbar setiap hari. Sebagai rakyat marhain yang pernah merasai kesukaran dan keperitan ketika tragedi 13 Mei pastinya tidak mahu ia berlaku semula. Perit dan sakit, sengsara dan menderita.

Saya cintakan keamanan dan kemakmuran seperti sekarang kerana saya tidak mahu hidup dalam ketakutan. Sejak kecil sehingga sekarang banyak perubahan yang berlaku, daripada tiada pelajaran, dihantar ke sekolah, mendapat pinjaman pelajaran kemudian ke Universiti keluar mendapat pekerjaan, diberi gaji setiap bulan, boleh membeli pelbagai keperluan untuk menyara keluarga, bebas ke sana sini dengan aman...apa lagi yang saya mahukan???

Bukankah itu sudah cukup sebagai seorang manusia normal apabila perutnya berisi, tidak berpanas dan berhujan dan memiliki keperluan lengkap bersama keluarga. Mengapa perlu saya meluahkan rasa ketidakpuasan hati..malah bersyukur dengan segala kesenangan serta kemakmuran diberikan jadi untuk apa saya melakukan demonstrasi?

Walau dalam apa juga keadaan sekalipun demonstrasi walaupun secara aman pasti akan ada kerosakan harta benda dan jiwa. Tidak mustahil berlaku pertumpahan darah...apabila ada puak yang menyokong dan ada puak menentang. Lihat saja negara jiran kita di Thailand dan Indonesia misalnya apa jadi pada rakyat mereka yang sering melakukan demonstrasi adakah ada kesudahan..adakah nasib mereka terbela...adakah mereka berjaya dan adakah mereka bahagia dalam menghabiskan sisa-sisa hidup mereka?? Lihat juga di Libya, Mesir..adakah dengan cara berdemonstrasi mampu merubah keadaan menjadi lebih baik atau semakin buruk. Mungkin kesannya hanya dapat dilihat untuk jangka masa 50 tahun akan datang.

Lihat kesannya di negara yang sering melakukan demonstrasi, Indonesia misalnya mereka merempat juga..tiada pekerjaan..tiada makanan...rasuah di sana sani... akhirnya terpaksa ke negara yang lebih baik iaitu Malaysia dan mencari pekerjaan di sini..kerana apa?? di sini semuanya ada..makmur, aman, bahagia, rezekinya melimpah ruah. Asal kamu rajin akan adalah bahagiannya hinggakan mampu menghantar wang ke negara asal. Malah ada yang tidak mahu kembali ke negara mereka semula. Tidak percaya tanyalah kepada warganegara Indonesia, Bangladesh, Nepal, Vietnam, Kemboja ...Hakikatnya inilah Malaysia dan saya sangat bersyukur dilahirkan di bumi bertuah Malaysia dan menjadi warganegara Malaysia.

Saya sayangkan MALAYSIA...
Saya cintakan negara saya.
dan saya juga sayangkan bangsa saya, bangsa MELAYU

Bagi yang tidak berpuas hati cubalah pergi ke Indonesia, Bangladesh atau Thailand dan rasai bagaimana kesukaran menjadi manusia di sana, kemudian baru anda akan menghargai betapa makmurnya Malaysia.

Tuesday, July 5, 2011

selesai sudah perkahwinan adik iparku...

Alhamdulilah adik iparku Suliza Iskandar sudah selamat bergelar isteri pada 2 Julai yg lalu.
walaupun majlisnya simple dan dibuat secara kecil-kecilan saja namun meriah. Paling penting semuanya berjalan lancar kalau ada yg sikit-sikit tu biasalah majliskan mesti ada kekurangannyakan.

paling penting dia sangat cantik pada hari tu. Semuanya kena dan sempurna drp pelamin, baju, solekan dan hantaran. Nice & sweet...


majlis diadakan sekali dengan nikah yang dibuat pada sebelah pagi. Kira-kira jam 11 pagi pengantin selamat dinikahkan di masjid berdekatan.

gambar sebelum bernikah...debaran menanti bergelar isteri.

Dah pun selamat. Alhamdulillah...

selamat melangkah ke alam rumah tangga dan menjadi isteri terbaik dan solehah yer Liza. Lepas-lepas ni akan menjadi mama pula....InsyaAllah.

Bersama pasangan Hairi...selepas majlis pernikahan.

Dah selesai majlis pernikahan terus balik ke rumah untuk bersanding. Bergambar bersama keluarga Lia.

so sweet..cantik, anggun dan menawan. Bagai pinang dibelah dua.

Ini saja gambar yang sempat diambil masa ni pun dah comot-comot dah. maklumlah dah petang. Anak-anak apatah lagi mmg dah comot dan selebet tapi Fahim tetap maintain senyum.

Pengantin bersama kakak-kakak tersayang. Along, angah dan Lia.

Gambar keluarga. seperti biasalah suamiku mmg tiada dalam gambar.

Persandingan...berpeluh beb..panasss!!!!

Pelamin...purple colour..simple tetapi cantik

Barang-barang hantaran hasil sentuhan tangan sendiri dibantu adik-beradik yg lain. Hahah...akhirnya menjadi juga..walaupun main lipat-lipat jer.

Sepasang baju...

Sirih junjung..(yg ini hasil sentuhan kreatif sepupu)

Kasut

Beg & sejadah

Cupcake.
Mula-mula nak buat bunga plastik tapi dah alang-alang ada bunga segar gunakan jerlah. Lagi pun lebih menarik dan berseri.

16 Julai ni majlis bertandang ke rumah pengantin lelaki akan diadakan di Gunung Semanggol, taiping, perak dekat jer dengan kampungku. Dah alang-alangkan terus jerlah balik kampung.

P/s: dah habis penat berkemas...tunggu penat berjalan jauh ke Perak ler pulak.