Friday, October 16, 2015

minum lemon panas pagi-pagi

Kerapkali ketika menghadiri tugasan di hotel biasanya saya dihidangkan dengan lemon bersama teh uncang. Buat pertama kali merasai minuman panas ini memang cukup enak, kena dengan selera saya. Sejak itu apabila mengunjungi restoran saya pasti memilih lemon madu panas sebagai minuman.

Apabila pulang ke rumah tidaklah selalu saya menyediakan minuman lemon panas ini. Sekali-sekala saja. Tapi minuman ini saya tambahkan dengan madu kerana madu bersama lemon sangat banyak khasiatnya.

Mungkin sesetengah kita tidak mengetahui khasiat minum air lemon ketika panas. Percaya tak minum air  Lemon ketika panas pada waktu pagi membuatkan tubuh badan lebih segar. 
Apa yang saya lakukan adalah pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja biasanya saya mengambil secawan air panas  ditambah perahan lemon , atau kalau malas masukkan saja  hirisan lemon ke dalam cawan . Tambahkan dengan 2 sudu madu dan kacau. Kemudian minum..memang terasa kesegarannya.


Ini yang saya buat setiap pagi. Lemon panas madu. 


Minum panas-panas memang terbaik

Ini saya ambil drp blog Dr Hamid Arshad pakar sakit puan

Caranya potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris ke dalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.
Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan air lemon boleh bunuh sel-sel kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.
Untuk pesakit-pesakit saya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids saya mencadangkan mereka cuba minum segelas air lemon  fresh tiga kali  sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan.


Kebaikan Lemon Panas

  1. Lemon panas membunuh sel kanser
  2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas boleh menjadi air alkaline. Air alkaline ni sesuai diminum di kala keletihan, mabuk, pening dan muntah-muntah.
  3. Air lemon panas boleh membantu melegakan tumor dan bengkak
  4. Citric acid dan C Polifenol dalam jus lemon dapat menstabilkan tekanan darah, pengaliran darah sempurna dan mengurangkan terjadi penggumpalan.
12 Kebaikan yang lain:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Jika kita tidak mempunyi masa untuk membuat air hangat lemon boleh dapatkan Sustained Release Vitamin C Shaklee. 


Siti Zarinah Sahib
Id Shaklee 1212774
012-6133596 call/whatsapp


No comments: