Wednesday, October 7, 2015

Kenapa suplement PENTING?

Assalamualaikum...

Hari ini nak bercerita masa kecil dulu, ketika di sekolah rendah saya antara dalam keluarga yang sering sakit. Saya masih ingat dalam seminggu persekolahan mesti ada hari saya terpaksa dihantar pulang oleh tukang kebun disebabkan sakit perut dan selalu pitam terutama ketika perhimpunan.

Ini menyebabkan saya langsung tidak aktif atau menyertai acara sukan. Saya juga pernah dijangkiti penyakit kayap ketika berusia 10 tahun dan hampir sebulan tidak ke sekolah disebabkan penyakit itu. Bagi yang tidak tahu kayap termasuk dalam kategori campak cuma ia lebih merbahaya.

Ini kerana ia cepat merebak dan sekiranya kayap ini bersambung yang dipanggal kayap ular kemungkinan boleh membawa maut. Untuk rawatan kayap ibu hanya menggunakan rawatan tradisional dan juga moden.
Namun banyak pantang larang yang tidak boleh dilakukan antaranya tidak boleh menggoreng di dapur akibatnya orang yang terkena kayap akan mendapat bisa dan berdenyut-dengut sehingga tidak boleh tidur. Memang seksa.

Inilah rawatan tradisional untuk kayap. Tapi tak ingat nama tumbuhan ni. gambar ihsan google


Apabila meningkat dewasa sedikit demi sedikit penyakit-penyakit ini hilang sendiri. Namun saya percaya badan saya sangat memerlukan antibodi untuk melawan penyakit. Sebab itu saya perlukan suplement yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Sebab itu saya sanggup gunakan wang membeli suplement di farmasi, kerana ketika itu saya sudah bekerja di syarikat penerbitan sebagai wartawan. Jadi masa saya banyak di luar pejabat, menemuramah sesiapa saja mengikut cerita yang ingin disiarkan. Tetapi saya kurang elert mengenai kandungan bahan suplement itu, Halal atau tidak dan hanya percaya berdasarkan label vitamin saja.


Makan buah-buahan. Tapi tak konsisten. Cam mana nak dapat full benefits of vitamin. 

Menagapa suplemen/makanan tambahan penting

 Ramai tidak tahu badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi dari makanan saja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

Golongan tua, proses penuaan secara tidak langsung akan mempengaruhi kecekapan sistem badan dan daya penyerapan makanan, yang tentunya tidak lagi sebaik ketika muda. Malah, biasanya orang tua menghadapi masalah kurang selera menyebabkan ramai yang makan sedikit, cukup untuk menghilangkan kelaparan.

Akibatnya, jumlah khasiat yang sepatutnya dibekalkan kepada badan tidak mencukupi dengan aktiviti dilakukan terutama bagi yang masih aktif.

Manakala bagi wanita hamil, mereka perlu mengambil asid folik (sejenis Vitamin B) dan asid lemak perlu (EFA) bagi membantu proses pembentukan otak dan saraf anak serta mengelakkan risiko kecacatan.

Sementara bagi wanita kedatangan haid pula disaran mengambil pil zat besi bagi mengatasi masalah kekurangan zat besi yang hilang bersama darah haid sehingga menyebabkan mereka mudah berasa letih.

Seperkara yang perlu difahami juga, suplemen bukanlah pengganti makanan tetapi melengkapkan khasiat yang tidak dapat dibekalkan kepada badan. Apatah lagi bahan-bahan makanan yang tercemar dengan racun perosak.

Oleh itu, anda sebagai pengguna mesti pastikan produk suplemen atau makan tambahan yang anda ambil itu adalah bebas dari segala racun. Tapi, bagaimana cara untuk anda mengetahui dan memastikan ia adalah bebas racun?


Kenali Shaklee

Masa mula-mula diperkenalkan dengan Shaklee saya juga turut prejudis dengan produk ini kerana merasakan ia mengandungi bahan yang tidak elok untuk badan. Maklumlah selama ini semua ubat yang diambil mengandungi dadah walaupun dlm jumlah yang sedikit.

Saya terus Google dan terus google sehingga mendapat kepuasan barulah saya membeli set pertama kehamilan empat tahun lalu. Itu pun selepas berpuas hati dengan maklumat diperolehi di Internet serta beribu testimoni mengenainya.

Sijil HALAL yang mengesahkan Shaklee tanpa bahan terlarang


Kajian dijalankan ke atas Shaklee membuktikan vitamin ini tidak mengandungi bahan kimia, 
 Semua produk Shaklee adalah 100 peratus dihasilkan dari bahan semula jadi yang bebas dari bahan merbahaya seperti racun perosak, bebas dari pengawet, pewarna, perasa dan pemanis tiruan. Antara falsafah Shaklee adalah menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik.

Bukan setakat vitamin itu sahaja, tetapi semua botol-botol yang digunakan untuk menyimpan semua produk Shaklee adalah bebas toksik. Ini menunjukkan bagaimana Shaklee benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Shaklee memenuhi Good Manufacturing Practice (GMP) piawaian kawalan kuantiti yang lebih ketat berbanding produk lain. Semua produk Shaklee di Malaysia disahkan HALAL oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktiraf  JAKIM.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut produk Shaklee yang mana yang anda perlukan, yang memenuhi keperluan tubuh badan anda, boleh hubungi saya. Sedikit sebanyak ilmu yang saya belajar, akan saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada anda dan keluarga.


SITI 012 6133596
Facebook: mamarynas
Instagram: mamarynas




No comments: