Saturday, January 28, 2012

perlawanan futsal antara team..MERIAH!!!

Hari kedua:

Pagi-pagi lepas jer sarapan masing-masing dah start pakai baju warna team masing-masing iaitu MERAH, KUNING dan BIRU. Setiap team ada 6 orang campur sekali budak-budak lelaki dan pompuan. Kiranya perlawanan futsal rojaklah nie dan tak ikut family. Urus setia diketuai Anip main letak jer berdasarkan orang dewasa ada kanak-kanak dan ada pompuan (anak-anak dara jer mak-mak budak jd pompom girl jer)


 Tu dia!!!! team Merah diwakili Pak Cik, Anip, Kie, suamiku merangkap penjaga gol. along dan kak Ngah.
Team ni under dog tak harap menang pun. Tapi ada Pak Cik yg selalu main futsal boleh lah kot.

 Ok team kedua warna Kuning. Boleh tahan kuat sebab ada pemain senior seperti abang Long dan Abg Mad, Haziq, Zafirah, Afiq dan Budin.

Team Biru. Semua berkaliber dalam lapangan futsal sebab ada Pak E, ada Pak Ndak ( pemain futsal Parit Buntar ni hehehhe) Kakak Mirah, Alif dan Aton. Dorang rasa team ni boleh jd juara tapi kita tengok sapa lagi kuat.

 Perlawanan bermula antara team Kuning dan Biru. Pengadil diambil drp pemain team merah dan aku jd penjaga masa.

 Wah...ni apa pulak cam tak puas hati jer nie. Perlawanan sangat sengit hehhehe sampaikan ada yg tak puas hati ler. nasib baik ditenangkan oleh mak-mak budak hehhehhehe.

Yang ni team Biru lawan kuning. Pak Ndak merembat bole sambil diperhatikan kakak Zafirah yg tak berani nak ambil bola takut kena sepak. Yerlah dia orang ni main sungguh-sungguh kalau sepak bola mmg kuat bukannya tahu main dgn budak-budak. nasib baik tak ada kecederaan. hehheheh

 Team merah along dan kak ngah yg tak sabor nak main. Boleh tahan juga dia orng main wpun banyak tengok bola jer.

Ini penjaga masa. Penat wehhh dok asyik gelak jer...bila tgk pemain tak puas hati. Bukannya apa...pemain lg tahu drp pengadil. Pengadil kata bola tak masuk, pemain kata masuk...last-last  ikut cakap pemain...apa daaa...!!!!

 Ni antara penyokong merangkap tukang gelak dan tukang jerit. Tok wan pun datang tapi kejap jer sebab panas dan tak ada kerusi duduk bawah jer.


 Wah-wah Pakcik muda merembat bola. Tapi takkan nak masuk gol sendiri kot. Penjaga gol memegang tiang gol tak nak bg patah sebabnya satu tiang gol dah patah disebabkan sepakan bola.



Kakak Mirah membawa bola sehingga ke pintu gol. Tapi sayang tak gol hehhehe. Cuba lagi yeaa tahun depan.

 Fuh nampak cam meriah jerkan. Walaupun yg main anak-anak, menantu dan cucu Hj Sahib jer.

 TU dia apalah yang dikatakan oleh kak Tija kepada kak Chak tu.  Yg kat belakang baju merah kak Long releks jer...

Penat dah!!! Rehat jap. Nanti nak sambung balik. Abang Mad, Abg E dan Abg Long.

 Ni lah pengadil yg mencetuskan kontroversi. Perlawanan di antara team Merah dan Kuning. Pengadil kata bola tak masuk, tapi pemain kata bola masuk. Last-last bg jugalah seri 1-1.

 geng-geng perempuan khusyuk melihat perlawanan futsal.

 BFF. Along dengan Kak Ngah yg asyik melekat berdua jer.


 Budin menunjukkan aksinya. Melompat lebih tinggi.

" Kakak dah penat. Boleh tak nak keluar padang. Dah ler kalah huhuhu," gitulah kot kata kakak Mirah.

 "Fuhhh letihnya. Nasib baik menang. Tak sia-sia pakai baju Merah," kata Hanif.

 Hampir dekat 11.30 pagi  perlawanan tamat. So masing-masing balik chalet masing-masing. yg budak-budak jer pg mandi kolam. Kat rumah ada mak dan kak fauziah yg menyiapkan makan tengah hari.
Lepas tu bersiap-siap untuk perlawanan boling petangnya pula di MTC Melaka. Chayok...chayok...





No comments: