Lepas dah dapat surat dari doc kat klinik kami pun teruslah pergi ke Pusat Rawatan Islam Az-Zarah, Bangi. Jumpa dgn paed Dr Nazim Abu. Dr ni jugalah yang merawat Durrani masa dia masuk wad dulu sebab demam panas. Ni jumpa lagi dgn doc yg sama. lemah lembut sangat doc ni dan pandai tackle budak2..dah nama pun pakar kanak-kanak kan.
Ok lepas dah bincang dgn doc ni, pro dan con kami pun bersetuju agar Fahim dimasukkan ke wad untuk kebaikannya juga. takut dibiarkan kuman akan merebak ke paru-paru. lagipun kalau di hospital pengambilan ubat terjaga, dan ambil gas pun mengikut waktunya tiap 3 jam sekali.
lepas dah dapat penerangan dan bilik yang nak ambil, Fahim kena buat fisioterapi dulu agar kahak2 dalam badan dapat dikeluarkan menerusi mulut atau najis.
Inilah first time tgk baby kena buat fisio mula-mula ingat menakutkan juga ttp rupanya Fahim suka ditepuk2 belakang dada, mengiring kiri dan kanan kemudian bahagian depan. sampai tertidur dia...yang ini ok lagi ttp bila dr tu cakap kena sedut kahak aku mulalah gelabah bukan apa kasihan dgn budak. tak sanggup nak tengok bila doc masuk tiub dalam mulut ngan hidung. apa lagi meraung2 lah dia..mesti sakit. tak sanggup nak dengar dia jerit-jerit, "mama..mama..mama" sambil nangis. aku tinggalkan dia pg tengok tempat lain agak2 dah selesai baru aku ambil Fahim. lepas tu terus diam..lega agaknya bila aku dukung. kali pertama ni banyak juga kahak ttp masih ok..tak kuning dan pekat.maknanya taklah begitu teruk cuma baby mana leh buang kahak macam kita so menghalang pernafasan dia sampai kena lelah.
Lepas dah kena buang kahak, kena cucuk tangan pula sebab nak masuk ubat. Ingatkan masa ni dia nangis ler..ttp elok jer dia biarkan tangan dia kena cucuk doc. Agaknya dah tak daya melawan masa kena sedut kahak tadi...senang jer doc ambil darah dia. bIla dah semua selesai barulah masuk bilik dan berehat...huhuhuhu tido wad aku bersama anak-anak. Lepas tu tiap 3 jam kena ambil gas..kalau fahim tidur pun kena kejut jugak dia...
Durrani yg kelaparan bila duduk hospital..asyik lapor jer dia...dan suka tidor.
1 comment:
W/PON SAKIT TETAP AKTIF
Post a Comment