Rimas aku tengok rambut Durrani bahagian depan, dah panjang dan menutupi matanya. Kadang-kadang tengah syok-syok main, dia memarahi rambutnya itu dek kerana menutupi mata. lantas Ahad lepas aku tekad nak potong rambutnya. Ini kali pertama aku potong selalunya kerja-kerja memotong rambut dilakukan Mak Ida.
" mama potong rambut yer. tengok ni dah panjang," kata aku cuba memujuk. mana tahu dia tidak mahu aku potong melainkan mak idanya saja.
"ok" jawabnya sambil tersengih-sengih.
Aku pun terus jer mengambil kerusi dan melapiknya dengan kertas surat khabar. Walaupun bukannya banyak cuma ingin memotong bahagian depan saja.

Rambut sebelum dipotong nampak ler serabutnya. Kalau sikat pun gitu jugalah rupanya.

Nasib baik tak banyak songeh. Ngikut jer..rasanya mahu potong juga kat belakang tu ttp rambut baru nak tumbuhkan biar jerlah panjang dulu.

pastu seronok pulak tu bila aku potong. Siap buat muka geli-geli lagi.

Haa..tu dia inilah rupanya selepas dipotong. Walaupun cuma sedikit ttp memang nampak perbezaannya.

Senyum suka. Mmg suka betol kena potong rambut. pasni bolehlah bawa pg salun hehhehe.
3 comments:
terserlah lesung pipit dia...hehhe
Lagi cute budak ni selepas potong rambut..ko terbekenan Korea ke Tie masa mengandung dulu hehehe
aku x berani potong rambut anak aku...dr umur dwang 6 bulan aku dh hangkut g kedai gunting..hehe
Post a Comment