
Mula-mula dulu aku meramalkan Tomok dan Amylea bakal berentap ke pusingan akhir kerana Amylea mempunyai bakat besar selain sangat kreatif menggubah lagu menjadikan lagu sendiri. tetapi Amylea terkeluar juga. Mungkin kerana 8TV tidak mahu artisnya dibayangi pertandingan realiti Akademi fantasia.
Tomok, Amylea dan Esther sering mendapat pujian pengkritik tetap Paul Moss dan Syafinaz Selamat. Tomok dikatakan sangat berbeza dengan Tomok semasa bersama New Boyz drp segi suara dan persembahan. Mungkin kerana dia semakin dewasa dan dulu terikat dengan syarikat rakamannya.
Dua musim lalu artis yang menyertai pertandingan One In A Million (OAIM) tidak berpeluang menjadi juara. Apabila undian SMS peminat dijadikan sandaran, mereka lebih cenderung memilih muka baru.Lihat bagaimana Dayang Nurfaizah, Siti Sarah, Shila, Alyah, Intan Sarafina dan ramai lagi antara nama yang pernah mencuba nasib musim-musim lalu tetapi gagal menuju puncak dan nama baru yang menjadi pilihan.
Kali ini jika Tomok berjaya bergelar juara ini membuktikan pertandingan itu tidak hanya menobatkan wajah baru sahaja, sebaliknya orang yang sudah ada nama juga masih berpeluang kalau menunjukkan persembahan yang meyakinkan dan berjaya mencuri hati peminat.
Sebelum ini ada artis yang takut menyertainya kerana bimbang menjatuhkan reputasi mereka apabila mudah disingkirkan oleh nama yang tidak dikenali. Mungkin juga kali ini Tomok dan Aweera yang akan berentap pada peringkat akhir..sedikit kelainan kerana tidak pernah 2 lelaki ke final.



Tunggu jerlah nanti.
Ramalan aku: Tomok akan bertanding dengan Aweera.
Alasan: Sedikit kelainan lelaki VS lelaki.
Juara OIAM3: TOMOK
Juara OIAM3: TOMOK
2 comments:
aku x follow...tp aku slalu layan persembahan tomok tru Utube.....ok juga
Aku tak penah tengok.Sebabnya TV kat rumah dari pagi hingga ke malam asyik2 CERIA.Kalau cerita Hegamaru ke, Kampung Boy ke, Hikayat Putera Shazlan ke, aku tahu le...Aku cuma ikut melalui akhbar online.Ramalanku...TOMOK akan jadi juara.
Post a Comment