



gelisah jadinya...dalam keadaan tak keruan suamiku memberhentikan kereta di masjid berhampiran rumah..moga2 bertemu sesiapa di kenali..tetapi waktu pg siapa pula mahu menunaikan sembahyang. lantas suami mengajak aku ke Darul Shifa. sampai sahaja di sana dengan sebotol air kami terus bertemu dengan ustaz...yg sedari td mendengar tangisan Fahim. Kasihan agaknya dia terus mencapai Fahim lalu dibacakan ayat suci al-Quran...namun tangisannya bertambah kuat. aku dan suami mula panik. lantas dia menyuruh suamiku membuka sebotol air. dia membacakan ayat suci alquran lalu mengambil air dan menyembur air ke muka Fahim 3 kali dilakukan perkara sama. Fahim terus terperanjat sejuk agaknya..tangisannya agak reda. Ustaz itu menyuruh aku menyusukan Fahim diluar dan meminta aku menyapu air pada setiap sendi...disapu ke muka atau mencampurkan air dengan susu. selepas diberi susu...tangisannya semakin reda...penat agaknya dalam dakapanku Fahim terus tertidur. Syukur alhamdulillah...dia tidak lagi menangis. tapi sampai bila..NTAHLAH.

5 comments:
Kesian fahim..pastuh muka sedih je..sabar ya fahim dan mak fahim..
comeynya anak ko tie...cam pelakon Korea..ko kenan kat saper plak ni?
Aku rasa dia nampak sesuatu yang 'tak enak' ni...bebudak kan mata halus...beli je cd2 al quran dan pasang selalu kat rumah tu...sementara ko menaip kat lap top tu pun buleh pasangkan?
ntah ler kenan kat saper plak hehhehe. malam td aku dah start pasang dah cd al-quran tuh maklumlah nak baca takut salah tajuid plak...makhluk tuh gelakkan jer kat aku..so far malam td dia tido dgn lenanya
kesiannya...klu aku sure panik dh...sbb aku xde pengalaman menda2 mcm ni..huhuhu
menarik ni tie...aku buleh tulis kisah ko ni...macam mana makhluk tu gelak? dia gelak melalui anak ko ke? cewah..naluri kewartawanan aku dah keluar dah hehehehe
Post a Comment