Saturday, February 14, 2009

bedak..mari membedak
















kejadian ini berlaku minggu lepas, masa ni aku tengah sibuk kat dapur dok basuh pinggan mangkuk. AKu perasan kat ruang tamu sunyi jer selalu dengar juga durrani membebel atau nyanyi-nyanyi. Pastu aku jenguklah tengok kot2 dia main benda yg merbahaya ker...



Rupa-rupanya cempedak jadi nangka, diam-diam berisi..habis kabinet TV dia penuh dengan bedak...kat lantai pun sama. MAsa aku tengok tu Durrani tengah nak membedakkan kereta dan bas. apa lagi aku pun terus jeritlah...dan dushhh...satu tamparan kecil singgah kat tangan comel dia tuh...sambil aku marah2 dia..muka dah nak nangis dah...terus jer dia tinggalkan mainan tuh sambil peluk aku.
*** malasnya nak bersihkan kabinet TV tuh...

mak cik Jonet dah tak ada...


Kejadian ni berlaku pada pagi Khamis minggu lepas...sampai jer kat pejabat lebih kurang 10 pagi aku lihat ada sebuah lori milik DBKL. Ramai pekerjanya kat depan kedai mak cik jonet (depan opis aku tuh) sedang melakukan kerja-kerja meruntuhkan gerai mak cik Jonet ( makcik jonet ni namanya ntahlah...ttp gelaran jonet ni aton yg bagi). Sedih plak aku tengok bila pekerja2 DBKL meruntuhkan kayu-kayu kedai hingga yang tinggal tapaknya sahaja. Kalau makcik dan pakcik tengok tentu dia menitiskan air mata..maklumlah tempat dia mencari rezeki dekat 2,3 tahun kot. Situ jugalah tempat aku ngan kengkawan aku brekfast, lunch dan kadang-kadang minum petang. Sebab dekat sgt ngan opis...kalau time malas nak jalan jauh situlah kami makan.


Sekarang dah tak ada...dengarnya tempat parking pejabat juga akan dijadikan foodcourt. Entahlah...lepas ni kat mana pulak nak letak kereta-kereta yang banyak ni...dah lah memang susah nak parking. DBKL juga dah letakkan semua parking berbayar tak ada lagi free cam dulu. Bila DBKL cadang nak buat foodcourt mmg aku rasa cam tak masuk dek akal jer. patutlah gerai-gerai kecil tepi2 jalan semua dia robohkan, kedai Melayu dan India Muslim sebab nak beri laluan pada foodcourt plak. Lepas ni persekitaran pejabat akan berubah..lebih happening..meriah, sibuk dan kelam kabut. Lapan thn dulu masa aku menjejakkan kaki ke sini kawasan taman desa ni mmg lengang. nak cari kedai makan pun susah. Hanya makan dan minum di kedai DIn sahaja belakang opis. Ttp lama kelamaan makin banyak pembangunan. tambah pulak sejak dibina kondo mewah CASA DESA yg berharga RM200 ribu ke atas betul2 depan opis, keadaan semakin sibuk. Lepas ni apa pula ya....


alhamdulillah..selamat sampai

Pix lain tak amik sempat amik pix Durani jer tu pun lepas dia kata, "ma..ma..amik ambar sambil amik camera dlm beg aku. Siap cari port sendiri nak pose.

Alhamdulillah jam 3.30 petang Jumaat 13. Feb tadi mak, abah dan jiran tetangga yg turut serta mengerjakan umrah telah selamat tiba di tanahair. Sepatutnya jam 1 dah boleh keluar dr KLIA ttp ada masalah sikit sampai 3.30 barulah dapat jumpa dengan semua. Kita orang yang berkumpul sejak jam 1.30 tengah hari kat bilik menunggu ketibaan antarabangsa mulanya cam sonok juga sembang2 adik beradik lama-lama dah tak tahu nak buat apa. Nasib baik KLIA tak sesak sgt. Durrani pula asyik ke sana sini ajak aku jalan. Nasib baik Fahim tinggal kat baby sitter kalau tak ehhmm tak terkejar aku.

Lepas dah jumpa semua...salam-salaman berpelukan dan berciuman...kami kebuntuan nak cari tempat makan. Lastnya singgah di R&R Nilai..makan di situ. Sambil mak aku membahagikan apa yg patut untuk anak2 yang tinggal di KL maklumlah dia dan yg lain2 akan meneruskan perjalanan pulang ke kampung. mak dan abah dah tak nak singgah mana-mana lagi. Lagi pun bawa 3 orang jiran tak sedap hati pulak sebab masing-msing nak balik kampung.

Lepas makan..sembang2 jam 5.30 barulah masing2 bertolak dr R&R ke rumah masing-masing...cadangnya mahu ke pejabat..sebab deadlinekan...ttp sampai umah pun dah jam 6 petang. Wan grafik pula MC hari nie...alahai grafik aku tuh..time2 deadline pulak dia buat perangai.

balik umah mmg penat gilosss...haruslah tido awal merehatkan badan.


Tuesday, February 10, 2009

SEKADAR RENUNGAN

Aku cuma pemerhati tidak menyebelahi mana-mana pihak...
tapi politik di Perak sejak dua menjak ni buat aku jadi takut...takut pada masa depan diri sendiri dan masa depan anak-anak...
perak tanah tumpah negaraku..perak negeriku...sulatan perak payung mahkotaku..
bg aku politik sama sahaja walau siapa juga pemerintahnya...ttp sebagai org melayu..orang Islam biarlah pemimpin aku drp kalangan Melayu beragama islam dulu, kini dan selama-lamanya. aku tidak sanggup berkiblatkan pemerintah selain drp islam. Sejak perubahan politik ini menjadikan aku semakin asyik membaca blog-blog drp pihak pembangkang. Bukan kenyataan drp arus perdana sahaja...dan salah satunya pendapat drp pembaca blog di bawah yang aku rasa tulus drp mata hatinya. aku bersetuju 100% pendapatnya...kerana itu jugalah yang aku mahukan.
Bacalah dan renung-renungkanlah...


DARI ANAK JATI PERAK..SEKARANG BACA YANG NI PULAK
'PERJUANGAN YANG TAK ADA MATLAMAT DAN MENGHANCURKAN BANGSA..SEDARLAH'.
FIKIRKANLAH SEBELUM MEMBALAS PENDAPAT INI...SEBENARNYA KEADAAN DI DALAM DUN/AMMK PERAK ADALAH BERAT SEBELAH.OLEH KERANA MAJORITI KERUSI DAP ADALAH BANYAK , KEADAN DS NIZAR DIIBARATKAN SEBAGAI ANAK PATUNG BONEKA DAP DIDALAM KERAJAAN PERAK..SETIAP KEPUTUSAN DAN AGENDA UNTUK PEMBANGUNAN MELAYU AKAN DI SANGGAH DAN DI BANGKANG OLEH DAP.YANG MENJADI PERKIRAAN ADALAH KEPENTINGAN DAP, DAN KAUM TERTENTU SAHAJA.

OLEH KERANA KEADAAN INI BUKAN SAHAJA ORANG MELAYU, MALAH ORANG INDIA SENDIRI TURUT TERPINGGIR..BUKANNYA APA, CUBA BAYANGKAN EXCO KERAJAAN BERBANGSA MELAYU HANYA MEMEGANG BAHAGIAN YANG TIDAK PENTING DAN TIDAK DAPAT MEMBANGUNKAN BANGSA MELAYU DI PERAK. MANAKALA EXCO PEMBANGUNAN, EKONOMI,YANG PENTING-PENTING ADALAH DIBERIKAN KEPADA BANGSA/KAUM TERTENTU.YANG HANYA DIBINCANGKAN DI DALAM DUN PERAK 80% HANYALAH BERKAITAN PERLOMBONGAN DAN TANAH..JADI APAKAH GUNANYA BENDA INI UNTUK BANGSA MELAYU ? INI KERANA BENDA YANG DIBINCANGKAN INI ADALAH BAGAIMANA NAK DAPATKAN TANAH, DIMANA NAK BUKA LOMBONG BIJIH...UNTUK KAUM TERTENTU(HARAP PAHAMLA)...

SELAMA 11 BULAN MEMERINTAH APA YANG DI BERI KEADILAN OLEH KERAJAAN PERAK(PR) KEPADA RAKYAT??TAK ADA LANGSUNG..SATU LAGI PERKARA ADALAH KES GERAN TANAH 999 TAHUN.DI DALAM PERAK INI KAMPUNG BARU BERJUMLAH 120-125 BUAH (LEBIH KURANG) DAN DARI JUMLAH ITU HANYA 11 KAMPUNG BARU ADALAH KAMPUNG ORANG MELAYU..

CUBA BAYANGKAN 11/120 HANYA 8-10% ADALAH AKAN DIBERI KEPADA MELAYU DAN 90% ADALAH BUKAN MELAYU..BAYANGKAN LAH.SAYA BERASAL DARI MANJUNG..TAK JAUH DARI RUMAH DS NIZAR...6 MINIT PERJALANAN JE..PERNAH DUDUK SEMEJA MINUM...KEKADANG DIA PENING DI DALAM PENGURUSAN NEGERI PERAK..DIA HANYA DI IBARATKAN BONEKA YANG HANYA BERGERAK APABILA DIGERAKKAN OLEH ORANG LAIN.. OLEH ITU...BUKANYA SALAH APABILA PR NAK JADI PEMERINTAH MALAYSIA..CUMA DIHARAPKAN NANTIJANGANLAH DS ANWAR ADALAH PERDANA MENTERI MELAYU TERAKHIR.

OLEH KERANA NAK SANGAT SOKONGAN RAKYAT..SAMPAI KEADAAN KELEBIHAN BANGSA MELAYU SENDIRI HILANG..SEPERTI SINGAPORE..INI KERANA TIDAK ADA LAGI PERBEZAAN DI ANTARA CHINA, INDIA, DAN MELAYU...SAMA SAJA TAK ADA KELEBIHAN MAKSUD KUOTA BUMIPUTRA..SEDANGKAN PAS SENDIRI INGIN MEMBANGUNKAN NEGARA ISLAM...TETAPI DAP SENDIRI MEMBERI PENDAPAT SUPAYAMELANGKAH MAYATNYA DULU KALAU PAS NAK WUJUDKAN MALAYSIA SEBAGAI NEGARA ISLAM...BAYANGKANLAH..

SAYA SENDIRI ADALAH PENYOKONG DS NIZAR..CUMA KEKADANG TAKUT DENGAN AKAN PERKARA INI...PIKIRKANLAH APA AKAN TERJADI NANTI APABILA KITA TIDAK LAGI BERGELAR MELAYU BUMIPUTRA...SIAPAKAH NANTI AKAN MEMPERTAHANKAN KITA SEBAGAI ORANG MELAYU BUMIPUTRA..KALAU DAH JADI MACAM SINGAPURA..PIKIRKANLAH SINGAPURA...PEMERINTAHNYA AKAN TETAP BANGSA PPP(LEBIH KURANG DAP)...DAN TAK BERUBAH...DARI BAPAK DAN DI TURUNKAN TERUS KEPADA ANAKNYA...KALAU SETERUK RAJA PERAK PUN ..WALAUPUN DI BAGI KEPADA ANAKNYA NAZRIN..MEREKA TETAP ISLAM DAN MELAYU...DAN KEJADIAN BARU-BARU INI PUN ADALAH DI ATAS KEPENTINGAN MELAYU...WALAUPUN SANGGUP DI BALING BATU, DI LUDAH OLEH RAKYATNYA SENDIRI..DAN..KEJADIAN KUCAR-KACIR DI KUALA KANGSAR TU PUN..ADALAH SATU KEADAAN BERCANGGAH DENGAN AGAMA..MELAUNGKAN KEBESARAN ALLAH DEMI MEMPERTAHANKAN KEADAAN KEKAFIRAN DAP DI DALAM PERAK..DIMANAKAH KAUM-KAUM LAIN SEMASA KEJADIAN TERSEBUT? CHINA DAP, INDIA PKR, MAKKHAL SHAKTI, HINDRAF..DIMANAKAH MEREKA?

SAYA SENDIRI BERADA DI SITU DAN TURUT SAMA MEMPROTES...TETAPI SAYA SEDAR SAYA JUGA BERDOSA PADA HARI JUMAAT TERSEBUT..KERANA SELEPAS MENGAMINKAN DOA KEPADA PEMERINTAH TEMPAT SAYA BERNAUNG TETAPI MELAWANNYA PULAK..YANG ADA..HANYALAH..GURU-GURU SEKOLAH AGAMA, MURID-MURID SEKOLAH AGAMA, ORANG MELAYU YANG HANYA MEMBUTA TULI MEMBUAT PROTES ...RAKYAT INDONESIA YANG SENGAJA MEMPORAK PERANDAKAN LAGI KEADAAN..DAN ORANG-ORANG YANG DATANG DARI LUAR PERAK ADALAH RAMAI DARI ORANG PERAK SENDIRI YANG DATANG MEMPROTES.OLEH ITU..KEPADA SAUDARA SEBANGSA...PIKIRLAH SESUATU ITU UNTUK KEPENTINGAN BANGSA ...DAN JANGAN TERGOPOH-GAPAH.SEKARANG KITA DAH JUMPA DENGAN BETUL-BETUL ORANG YANG BENCI ISLAM...SIAPA? SINGH YANG NAIK KAPAL...SEDARLAH DAN PIKIRKANLAH DAHULU...

http://perisik-rakyat.com/2009/02/konspirasi-irnizar-dsai.html

Thursday, February 5, 2009

kopi panas...


Di tengah malam sambil menghirup secawan kopi panas alangkah enaknya. tambah pula di sebelah tangan rancak memegang kekunci keyboard melayari Internet. Bukan membaca berita pergolakan di Perak, malas rasanya mahu mengambil tahu politik negara. Walaupun malam ini aku mendengar syarahan daripada suami mengenai apa yg berlaku di Perak. Maklumlah aku kurang arif sikit mengenai politik. berbeza dengan suami yang suka melayari blog penulis politik sama ada pembangkang atau pemerintah. Tanya apa sahaja mengenai politik dia ada jawapannya. walaupun tidak ambil tahu ttp jauh di sudut hati aku mengharapkan sesuatu yang baik...demi untuk orang Melayu, orang Islam di Perak, negeri kelahiran aku.

Sebenarnya tujuan aku membuat kopi panas untuk bersengkang mata. Juga atas permintaan suami. Biasanya sambil melayari Internet dia akan menghirup secawan teh panas, tetapi malam ini teh aku tukar dengan kopi biar mata cerah secerah-cerahnya. Aku pula bersengkang mata kerana mahu menulis story yang masih bersisa. Maklumlah deadline semakin hampir, cuti pula agak banyak pada bulan ini sedikit sebanyak memang mengganggu perancangan kerja. Harap2 dapatlah dihabiskan sebelum 10 Februari nanti. Petang tadi bertemu dengan Aton kerana dia bercuti selepas induksi. rancak berbual di Suraya kafe bersama Pok Li dan Faizal IT. hampir jam 5 baru menyambung kerja. Selepas itu membantu Wan menyelesaikan lay out cover kerana esok meeting cover bersama Datuk Kadir.
Pagi tadi aku masuk lewat ke pejabat kerana membawa Fahim ke klinik. Bibirnya seperti terkena virus, merah seperti campak. Mulanya kecil lama -kelamaan semakin besar. Matanya juga merah, tetapi tidak terlalu teruk. Risau juga memikirkan keadaan, maklumlah ini kali pertama berlaku. teringatkan penyakit kuku, kaki, tangan dan mulut menyebabkan aku membawanya ke klinik. Doktor memeriksa tetapi tidak dapat disahkan puncanya. Cuma dia memberi ubat mandi, krim mulut dan mata, antibiotik dan ubat gatal. Sabtu nanti aku diminta datang semula takut sekiranya tompokan itu merebak ke tempat lain lebih bahaya jika sampai ke otak.
Ketika cuti Hari wilayah lalu aku mengemop lantai, aku takut sekiranya bahan cucian tidak bersih dan menjadi punca bibir Fahim merah. maklumlah dia sudah boleh meniarap dan menyulur. Kadang-kadang mulutnya terkena lantai. Mungkin virus cucian yang tidak bersih terkena pada mulut fahim. Itu andaian aku sahaja. Petang tadi ketika mengambil Fahim merah matanya sudah berkurang begitu juga tompokan di mulut agak mengering. harap-harap ubat diberi doktor berkesan.

pada pagi subuh...

jam 3.30 pagi tadi ketika aku bangun menyusukan Fahim dan menukar pampersnya

Durrani: Mama IVI (TV)
Aku: Tidolah kan malam ni. esoklah tengok TV
Durrani: Ma...Ivi ..(katanya wajah seakan mahu menangis)Jika tidak diturutkan pasti tangisan menjadi semakin besar.

aku terus membawanya menonton TV, mula2 terbuka chanel TV3, "ma..atun..gemuru.." adehh anakku ni pandai plak nak ajar aku. Aku pun bukalah chanel ceria tengoklah citer Roary n racing park sambil minum susu. Mata aku plak dh hilang ngantuk. Sib baik boleh layan tenet. Tak koser aku nak nengok astro ceria tuh. Pas dah habis sebotol susu mulalah ajak aku g dapur katanya nak air. "Air masak ker" tanyaku

"tak..air sejuk," sambil membuka peti sejuk.
"ehmmm ejuk mama," sambil pegang air ribena, kemudian milo, pastu barulah dia amik Vitagen. Subuh-subuh minum Vitagen uols...
pastu mulalah..."ma..ejuknya..macem (masam)," memanglah dah minum Vitagen mmglah masam.

ehhmm...layan jerlah. Entah jam berapa dia tido..

Tuesday, February 3, 2009

alahai anak omak

Pagi tadi sedang aku iron baju kerja, Durrani dok baring-baring atas riba aku sambil mulut dok membebel ntah ape ntah. Lepas aku iron baju, seluar dan tudung aku sangkutlah baju dulu maklumlah tak mandi lagi. Pastu terus jer Durrani cakap..."akai..akai..atai aju" gitulah lebih kurangnya. aku yang terpinga-pinga terus cakap, "apa?..mama tak fahamlah" sambil gantung baju semula. Lepas tuh dia terus, Uuwaaa...nangis dengan kuatnya.
Aku ambil baju dan terus bawa kat ruang tamu sambil pujuk dia dan minta dia bg tahu apa yang dia nak.
sambil nangis dia tunjuk-tunjuk baju, "mama akai baju ni."
"Ohhh..mama pakai baju ni," dia angguk kepala.

Aduh..biar betol anak aku ni suruh aku pakai baju. Aku belum mandi lagi lar...aku jelaskan kat dia begitu. Ttp dia tetap nak aku pakai tuh.
Sebab tak nak dia nangis aku terus jerlah pakai baju yang aku iron tuh. Terus jer dia berhenti nangis dan senyum. "mama antek..."

Adoii Ya...aper ke heinya anak aku nie. Selalu tak penah cam ni. Bila aku nak buka tak kasi plak. Dah lama sikit..bila dia tak perasan barulah aku buka baju. Geram pun ada juga melayan gelagatnya pepagi hari.

Monday, February 2, 2009

masak yuk!!!

Mari memasak


Bahan-bahan memasak..lala, kacang, ayam, cili ngan bawang
Gunakan kaedah tradisional..menumbuk ler
lala yg masih fresh lagi...
Dah siap di masak...
Operasi mengemop lantai...

Hari ni kan cuti Hari Wilayah. tengah hari aku hantar anak kat baby sitter jap sebab mau keluar pg bank. Cadangnya nak potong rambut sekali ttp NAN ADO sebab susahnyer nak cari salun kat Bangi ni..jumpa ler satu kedai terlepas lah plak...malas nak pusing balik. Yang ada semua jauh-jauh belaka..malaslah nak pegi. aku cari yg dekat2 umah jer. So potong rambut diubah kepada membeli baju anak. Sebenarnya tak plan pun..ttp gitulah kalau dah masuk ruangan baby centre ni mulalah drp tak nak jadi nak...last2 beli juga ler untuk deme berdua tuh. ttp kali ni aku cari besar2 sikit bleh pakai lama sikit.
Pastu pegi PKNS, bangi sajer jer dah lama giler tak pegi. sampaikan dah buka MCd baru gilerkkk...lama aku tak pegi. Teringin puler mahu memasak malam nie. Masak aper yer...sebenarnya teringin makan ketam...ketam tiada puler..lala pun ok jugalah.

balik umah karang haruslah memasak untuk malam ni. Sebelum tuh kena kemas dapur dulu buang apa yg tak patut. Bawang semua aku humban dlm bakul sampah..busuk sudah!!! hehhehe..bayangkan dekat 3,4 bulan tak masak. Acik yg malass!!!! hahhahahha

Mulakan operasi menumbuk bawang putih, merah ngan cili padi. aku masak sambal ttp guna cili padi kasi ada kuah sikit2. pedas mahu lebih. Pas dah siap goreng kacang dan buat telur dadar jer. simple jer..tak yah susah2 nak masak.

pas dah siap masak nasi, lauk sumer dalam 5.30 ptg ada satu keje yg belum dibereskan iaitu mengemop lantai. Adehhh sakit pinggang plak mop lantai kali nie. maklumlah buat keje cam kartun sebab kol 6 dah nak amik anak.

Petang tuh masa pg amik anak:
Hubby: mama sampai awal beli makanan untuk malam dulu yerrkk...
Aku: iskk...dah masak dah..
Hubby: errkkk...yer ker??? Tak caya jer..

silalah percaya. See laki aku pun tak caya...ttp bila hidang makanan barulah percaya. sebab dah lama tak masak habis uolss...tuh yg best tuh. Haruslah lepas ni kena kembali memasak. Ehhh yer ker???

liptik mama


Adehh..konon2 lawo sgtlah tuh..pakai pun tak tengok cermin..expertlah kononnya..

godek-godek kamera terjumpalah gambo ini...
haruslah aku jaja gambar anak dara aku tengah pakai liptik sebelum tido...
nak tido pun harus cantek uols...cantik kah????
malas betoi aku nak dengar rengekannya...bagi ajerlah bila dia mintak" liptik mama..." sambil muncungkan bibir. Lihatlah hasilnya...

good Nite

adoiii..yaaa..mata dah ngantuk nie. hampir nak terpejam depan labtop ni. rasa mahu tidur sgt2. Anak-anak dah lama tido dah...tadi melipat kain yg hampir sebakul itu. lega rasanya bila kain dah lipat..malehh rasanya nak lipat kain..kalau basuh baju aku suke ler...melipat ni leceh sikit sebab kena sama..ikut jenis baju dan saiz. Tu yg acik tak suka tuh..

Ohhh esok aku cuti...wow..bestnya cuti Hari wilayah nilah untungnya keje kat KL...
apa mau bikin ya...ya..banyak menda mau bikin esok..mahu setlekan bil..mahu ke bank..kalau rajin ke Tabung Haji masuk duit...kalau rajin lagi masuk duit kat ASB. Itu semua kalau rajin ler...ohh agenda lain mahu juga kemas umah...mop lantai. Pas balik kg hari tuh lantai belum di mop lagi. Rasa lain macam jer idung ni..idung aku ni cepat nau sensitipnya...pantang ada habuk sikit mulalah terbersin.

Itulah agaknya planing ringkas untuk esok...tak tahu ler plak tetiba plan bertuko...jd lain plak. Ohhh kalau sempat nak g salun..mahu ubah imej..hehhehe..aper bendalah nak diubah imej itu. Ni haaaa..rambut aku ni...dah panjang melepasi bahu rimas sangat2..tambah2 plak bila Fahim dok tarik2 rambut...sekali tarik huhhh..penuh tangan dia ngan rambut aku. rasa dah tak selamat dah..baik aku korbankan jer jd pendek.

lagi..lagi..lagi...ala..tunggu jerlah esok...hahhahah..kdg2 kita dok plan jer..bila tiba harinyer plan bertuko lain. Itulah namanya kita hanya merancang...

oklah mahu tido sudah..harap2 mimpi yg bestlah...dating ngan anak raja ker..hahhahahha ngingau ker???
good nite..da..Zzzzzzzz....

Sunday, February 1, 2009

Fahim 7 bulan







Hari ini 1 Februari 2009 genaplah usia Fahim tujuh bulan. Sekejap jer dah 7 bulan tak terasa langsung. Makin ler aktif maklumlah anak jantan nakalnyer lebih lagi. dalam usia 7 bulan Fahim dah boleh menyulur ke depan...dah tengah angkat2 bontot dalam proses nak merangkak lah tuh. Pantang ler kalau nampak mainan dia yg dulu amik..laju jer menyulur amik barang. kalau nampak kita org makan lagi ler mulut dia terkumat kamit..sambil telan air liur kesian aku nengok nak suap tak leh lagi.
Layan ajerlah gambo2 terbaru fahim...







alahai Durraniku...




Usia Durrani fatihin dah masuk 2 tahun tiga bulan. Aku rasa makin usia bertambah makin banyak karenahnya yang diluar jangkaan. Mmg kena banyak bersabor dengan perangainya. Kdg-kadang buat aku geram..kdg-kdg buat aku marah rasa nak cubit-cubit jer..rasa nak piat2 jer telinga tuh. Ttp kkd-kdg tuh terbuat juga bila dah tak sabo sangat. Maklumlah dengan nak layan si kecik lagi tentunya aku akan bg layanan lebih dekat Fahim. Ttp manjanya Durrani makin menjadi-jadi. Kalau boleh nak berdukung nak aku sentiasa ada dekat dia...nak diriba...tido berpeluk..ditepuk barulah mahu lena. Nasib baik adiknya tak banyak ragam. Senang dijaga.


Emak aku selalu cakap..kalau tengok muka dia...mmg tak sangka ler yg dia ni kuat menangis dan meragam...yerlah bila time baik tuh bukan main lagi mulutnya becok dok berbual sorang-sorang. Pastu rajin nak menolong aku sapu sampah...lipat baju..jaga adik. Ttp kalau time nangis...aduhhh...pening kepala aku. Bila dia nakkan sesuatu...dan aku tak bagi atas sebab2 tertentu dia akan menangis dengan kuatnya...menjerit-jerit ...mmg tak tahan dengar dia nangis. sekali tak dituruti apa yg dia nak selagi itulah dia akan menangis. Bila dah dapat terus diam...senyum sampai ke telinga.

1) Dalam kenakalannya..dia cepat belajar. Selalu kalau time naik kete dia akan hafallah a=ayam, B=buung, c=cicak, D=daun, E=epal....sampailah ke S= sibuk. sambil baca 1,2,3- one,two, three, alif ..ba..ta..

2)perkataan yang suka dipraktikkannya..ialah SIBUK.
"mama ni sibuk jer" bila aku suruh dia mandi, minum susu ker..itulah yg dia akan cakap.
"Atuk ni sibuk jer...jgn kacau aaarrr," bila atuk dia pegang pipi dia atau suruh dia makan.
kdg2 kat org2 yg tak kenal pun dia kata 'sibuk' juga.

3) dah pandai ambik bedak dan liptik dlm beg aku. dan minta aku amik cermin. dia pakai sendiri bedak dan liptik. pastu pg kat cermin pusing-pusing muka kiri kanan. sambil senyum. "anteknyer...anteknye mama" (cantiknya mama)

4) masa kat kg..tengah kita org tengah siap2 nak kuar..dia yg dah dipakaikan baju cantik berdiri depan cermin sambil pusing..pegang baju "comeiinye...Atin..comei.." hahahha..akak aku dengar dia terus kata bukan comel ttp comot. terus jer dia kata "Sibuk jer". nak tergelak aku tengok gelagatnya.

4) suka amik hati aku ngan hubby aku. kalau nampak pakai baju cantek..terus jer dia kata
"mama antek..(sambil pegang-pegang baju) abah cemm...Aim cemm" (mama cantik, abah hansem, Fahim hansem).

5) kat umah dah pandai buka seluar sendiri dan pegi bilik air, buang air. pastu dia basuh sendiri. ttp aku tengok juga ler takut dia basuh tak cuci.

6) pagi-pagi pegi umah baby sitter dia akan pilih baju sendiri. baju yg dia pilih mesti baju baru jer...baju lama tak nak pakai. ADoiii la...kalau aku pilih dia tak nak pakai.

7) Dia dah kenal Aznil Nawawi. ttp dia sebut ANIK hehhehe. Pernah masa lalu highway ada bilboard muka aznil terus jer dia sebut....MAMA ANIK..TOM TOM BAK..

8) kalau dah lama tak call mak aku kat kg..dia lah yg suruh tepon. siap amik tepon dan suruh aku call atuk..wan..dapat dengar suara pun jadilah.

9) kalau aku kuarkan duit jer terus dia minta..pastu dia bg kat hubby aku..." nah...top up" hahhahahha...(ni mesti dia selalu tengok aku bg duit top up kat hubby)

10) kalau nangis paling tak tahan pernah dia baling handset aku sib baik leh pakai lagi. Dia boleh menangis tanpa henti...selagi kemahuannya tak dituruti...ttp aku yg kesian tgk dia nangis.

11) penah aku termakan ice cream dia yg aku ingt dia dah tak nak makan...lepas tuh apa lagi terus uuwaaaaaa...nangis dengan kuatnya sambil mulut dia berkata..cibuk..mama...ice cream habis. gitulah lebih kurangnya. Pastu suruh aku kuar dr kete...sebab marah sgt kat aku.

Itulah antara gelagat Durrani yg menceriakan aku, membahagiakan aku walaupun kdg2 buat aku pening kepala. Entah lepas ni apa pulak gelagatnya. Mmg gitulah perangai budak2 kan...kalau budak2 tuh baik jer...dengar kata jer...aku rasa tak normal plak kan...tak derlah benda nak dimarahnyer. dah jadi ibu ni barulah tahu susah juga sebenarnya jaga anak-anak. kecik-kecik gitu peelnyer...nanti dah besar lain plak..itulah dinamakan kehidupan..keseronokan dan juga kebahagiaan.


Saturday, January 31, 2009

jom ke Zoo

Humangaiiii...banyaknyer gambar. sajer jorkk nak jaja muka sendiri. Udah lama plak tak tempek muka sendiri dalam blog sendiri. Ni gambar2 masa balik raya cina baru-baru td. Pegi berkelah kat Taiping pastu terus ke Zoo Taiping. maklumlah dah lama benar tak datang..kali ni elok ler bawa Durrani biar dia mengenal binatang plak.
Peginya hari Isnin seramai..ehhmm..5 buah kete..mula-mula kita pg berkelah dulu kat Bukit Larut. sampai jer mmg bercentalah nak masuk. ramainyerr...semua org teping pg mandi air terjun kerr??? naper tak kita org jer kan senang. lama jugalah menunggu parking lastnya park kat bawah. berpeluh juga ketiak berjalan kaki sambil dukung Fahim. Sib baik akak aku dah sampai dulu dia dah cari tempat nak lepak awal-awal lagi. aku teringin nak mandi sebenarnya..ttp sapa plak nak jaga Fahim. Lastnya Durrani jer yg mandi ngan en hubby. Bukan main sonok lagi dia...cadangnya pas mandi mahulah makan bekalan yg dibawa..nasi bersama lauk pauk sambal udang, masak lemak ketam, ikan kering, ulam-ulaman ttp tak kesampaian.

Jam 3 cuaca dah redup tanda hari mau ujan.kelam kabut lah berkemas. Sampai jer kat kete ujan turun dgn lebatnya...Terpaksalah cari port lain nak makan...
Jam 5.30 ujan berenti kita org rancang ke Zoo pulerr...haruslah meredah ujan yg ala2 gerimis itu. Berpayung beramai-ramai...hampir 20 orang kot. Mahal juga bayaran masuk RM12 seorang kanak-kanak RM8 dekat RM200 juga untuk tiket masuk. Mula-mula mahu ler belanja dorang2 semua masuk zoo ttp abg ipar aku dah terlebih dulu bayorkan..hhhehehe gitulah kalau dah ramai2 ni masing2 nak kuarkan duit. Tak per nanti masa makan...plak turn aku.

Jalam dalam zoo terasa aman sikit maklumlah fahim masuk jer stroler terus tido dengan lenanya. penat sgt agaknya. pas fahim jaga Durrani plak masuk stroler...kita org kat sana sampailah zoo tutup barulah keluar. Pastu singgah masjid solat dan teruskan agenda jalan-jalan cari makan...akhirnya dalam kesesakan..jam yg teruk di taiping kami singgah makan di Bagan Samak. Ttp aku tak dpat join makan...hanya di dalam kete menjaga anak-anak yg tido lena. Fahim dgn Durrani tido dengan lenanya. beli bungkus sajorrkk...

Durrani kena paksa masuk stroler
Cam bosan jer...nak jalanlah mama. dah besar dah
tengok zirafah...Fahim takut ler

Haruslah aku bergambo di hadapan Zirafah

Jalan ramai-ramai

Muka aku lagi..muka aku lagi...

Durrani nak nangis..takut tengok rimau

Anak teruna ni tido lega sket

Cekcilah dia...panaslah kat Bukit Larut

Isi perut dulu..










ke KLIA kiter...




fahim tak nak dok dlm stroller plak






mak aku dua dr kanan.
hari ni pagi-pagi lagi sudah bangun. Mau ke KLIA bukan mahu terbang ttp menghantar mak dan abah menunaikan umrah. cadangnya mahu bertolak bersama kak tija dan abg E dari Selayang. tapi biasalah ibu-ibu yg ada anak kecik ni mmg selalu lewat. Tak leh nak kata apa dah akak-akak eden mmg faham sgt dah. Janji kol 8 pagi ttpnya kol 9 barulah ada dlm kete. Durrani punya pasallah..(salahkan anak plak hehheh) liat plak nak bangun pagi selalunya kalau time keje senang jer kol 7 dah bangun. Ttp hari ni kol 8 tak bangun lagi. last-last aku kejut dia...siap dia cakap tak mo..tak mo pegi. alahai anak aku nie..pas pujuk-pujuk kata nak tengok plane barulah nak.

Laki aku apa lagi memecutlah pagi-pagi 120/140km/j pastu baru ingat kat highway 120 jer kan. jgn ada speedtrap sudah. sampainyer hampir2 mencecah 10 pagi. yang lain semua dah ada kiranya aku larrr paling lewat sekali. sembang-sembang sambil layan durrani jalan...manjanye bukan main....tarik tangan aku larrr..nak berdukung lah...adiknya ok jer dia yg lebih-lebih. Kol 11 pagi barulah mak ngan ayah aku masuk. penerbangan 12.45. rasa sedih lah plak wpun cuma 2 minggu jer..InsyaAllah semoga semuanya selamat. Aku suruh mak aku doakan sesuatu kat sana. Harap2 mak aku ingatlah.

Time nak balik lagi sekali Durrani buat perangai...haiii sejak dua menjak ni perangainya mmg menguji kesabaran betol. sabar jerlah...boleh dia nak ikut mak ngan ayah aku masuk dalam. menangis, menjerit2 ni nak masuk juga. aku dah kata pasport tak ada tak leh masuk...nanti kena tangkap polis. manalah dia faham ..last2 aku bawa lari masuk dlm kete. pujuk2 barulah mau diam. Pastu singgah kat kedai mamak kat SEpang tuh...lg sekali perangainya menguji kesabaran aku. Merengek minta tepon..aku ingatkan tepon dlm kete so dukunglah nak pg kat kete...sampai kat satu kedai sebelah kedai mamak tuh dia tunjuk tepon mainan....aduhhh!!!! bila plak dia tahu situ ada jual tepon. sebab tak nak bg nangis beli ler...main lah sekejap...pastu minta lowi..plakkk...hasben aku dah jeling-jeling dah. kalau dgn hasben aku dia takut sikit...ehhmmm..tak der takut aiiahhh..tetap minta juga..last2 hasben aku pg beli. barulah senyum sampai ke telinga dapat tepon ngan lori.




Thursday, January 29, 2009

moga selamat hendaknya

Pulang ke kampung amat menenangkan. Melihat sawah padi terbentang luas, daun nyiur melambai-lambai membuatkan aku lupa seketika kehidupan kota. Tambah pula memandang wajah mak dan abah serta merasa masakan mereka aduhh..mahu rasanya aku lebih lama di kampung. Bagi aku kampung adalah segala-galanya. Bercuti panjang dan pulang ke kampung adalah terapi paling berkesan. Sungguh aku lupa seketika pada kerja, pada deadline yang semakin hampir, pada tugasan yang perlu dilakukan. Tambah pula berkumpul bersama adik beradik lain, jarang sekali dapat berkumpul begini. Cuma setahun sekali tatkala hari raya sahaja. Kali ini kepulangan aku dan adik beradik lain kerana kenduri kesyukuran sempena pemergian abah dan mak ke tanah suci menunaikan umrah. Kata abah mungkin pemergian kali ini untuk kali terakhir sebelum pasport tamat tempoh Mei nanti. Nampaknya abah masih bercita-cita mahu menunaikan umrah lagi walaupun aku rasa sudah lebih lima kali dia ke sana. Kata kak long abah mahu membuat hatrik 10 kali menunaikan umrah. aku hanya tersenyum....biarkanlah dia bukannya menyusahkan anak-anak atau meminta duit anak-anak.

Kali ini abah membawa bersamanya seramai 6 orang, jadinya campur mak dan abah menjadikan semuanya 8 orang. Semuanya adalah jiran tetangga yang baru pertama kali menunaikan umrah. Dua tahun lepas dia membawa 12 orang jemaah bersama. Apa yang abah dapat???? ntah..mungkin dia suka menolong. Maklumlah ke sana memerlukan orang berpengalaman sekurang-kurangnya boleh menunjuk ajar jika salah dan silap. Itulah niat abah membantu sedaya mungkin. dua atau tiga bulan sebelum menunaikan umrah dia akan mencari beberapa orang sama ada org kampung atau saudara mara yang ingin menunaikan umrah. Jika sudah bersetuju dia yang akan menguruskan pasport dan mengisi semua borang dan dihantar ke agensi yang membawa abah ke sana. Aku kagum dengan semangat abah walaupun usia sudah mencecah 75 tahun tapi tenaga dan kudratnya masih kuat. Boleh memandu kereta ke sana sini menguruskan urusan menunaikan umrah. Malah urusan menukar duit juga abah yang uruskan. Pernah satu ketika dia membawa saudara yang tidak boleh berjalan ketika sampai di Madinah, abahlah yang menyorong kerusi roda ke sana sini sehingga pulang ke Malaysia.

Kali ini abah berangkat 31 Januari dan pulang 13 Februari nanti. Doa dan harapan aku moga abah dan mak sihat di sana serta tidak lupa mendoakan kesejahteraan kami, anak-anaknya. Aku juga teringin ke SANA. InsyaALLAh jika diizinkan ALLAH.
Semoga abah dan mak selamat pergi dan selamat kembali. AMIN...

Friday, January 23, 2009

cuti cuti mesia

Hari ini walaupun cuti tetap bangun awal macam biasa. Basuh baju pastu kemas umah. Lipat baju yang dah dua tiga hari tak lipat kemudian barulah kemas barang2 nak balik kampung. Hasben plak pagi2 dah kuar katanya nak service kete dan cuci kete sekali. Dah siap barang-barang nak dibawa balik...mak aiii banyaknya baju..kalau boleh semuanya nak dibawa balik. baju anak-anak dah satu bakul baju aku satu beg baju hasben 1 beg, bakul susu dan segala mak nenek lagi. Mmg penuh larr bonet kete.
tadi telefon kak chak kat kampung...dia ngan mak aku tengah lap pinggan mangkuk. Maklumlah esok nak kenduri. Sure bz punya petang ni. aku pun mungkin akan sampai dalam 4 lebih itu pun kalau bertolak jam 12 atau 1 ptg.
Cuti sampai Rabu depan. Sekali sekala kalau lik kg aku mmg cuti panjang barulah berbaloi. so aku bercutilah drp berblogger ini...yahoooo..nak balik kg.

Thursday, January 22, 2009

memey lagi...


Hari ni agak memenatkan juga. Ada ker hari yang tidak memenatkan bagi aku? hehheheh..

Datang pagi-pagi jer dah kena masuk meeting ngeh..ngeh..ngeh..meeting pulak kena brainwash sikit darp SGM mengenai opis dan tatacara bekerja siap ada moto lagi Min cost max profit itu ler lebih kurang moto untuk thn 2009 ni. Kena keja lebih kuat wpun ekonomi meleset kena cari lebih banyak projek-projek luar yg menguntungkan syarikat.

Pix ni diambil ketika Memey belum ditangkap khalwat. Masa interviu dia tak ngaku ada hubungan dgn Norman. Dua hari lepas mag. dijual kuar berita dia ditangkap khalwat.
Lepas habis meeting jer ada shooting dengan Memey pelakon kontroversi tuh. Ni kali ketiga aku buat photoshoot dengan dia. masih tatap cantik, jelita dan anggun. Cuma bezanya mmg dia semakin bijak menjawab soalan2 diberikan. Sonok berbual dengan dia macam2 soalan tanya dia..provokasi pun ada gak. Ttp dia rileks dan maintain jer menjawab cayalah...

Berkali-kali dia ulang dia hanyalah manusia biasa berikanlah dia peluang...manusia mana tak pernah buat silap.

Masa hantar dia kat kete aku sempat bg nasihat...semoga berjaya dalam hidup dan kalau nak jadi pelakon berjaya buat masa sekarang lupakan soal cinta, soal lelaki dan soal kahwin. Dia tunduk mengangguk-angguk sambil tersenyum.

Wednesday, January 21, 2009

ingatan di kampung
















gambar-gambar ni diambil masa balik kg raya haji dulu. dah lama juga ler lebih kurang sebulan lebih dah. Bila belek-belek gambar..ehhh..gambar ini belum dijaja haruslah dijaja dlm blog ni. Dulu masa Durrani kecik dia mmg susah nak dekat orang waima nenek dia sendiri. Tapi bila dah setahun lebih dia mulai mesra dan naik dua tahun dia semakin rapat. Ke mana nenek dia pegi dia akan ikut. pegi buang sampah, petik pucuk paku kat belakang umah, pegi tengok buah cempedak, pagi sembahyang semua nak ikut. Dah tak ada rasa takut lagi. Bila kat luar jer dia suka pegi kat bunga yang mak aku tanam ni...dan letak kat telinga. Cam org dulu-dululah. Mak aku ni pula hobinya tanam bunga dan bela kucing maklumlah tinggal berdua jer ngan abah apa lagi benda nak buatkan? Asalkan bahagia. Entry ini juga sebenarnya membuatkan ketisabaran aku untuk pulang ke kampung Jumaat ini. hehheheh sonoknyer..sebab kumpul ramai-ramai adik beradik. Boleh dikatakan semua adik beradik aku balik sebab kenduri sempena mak ngan abah nak pegi umrah 31 Januari ni.

Tuesday, January 20, 2009

mari bergambar




Gambar ini aku simpan sudah seminggu. Ala-ala macam...macam kat mana ya??? ketika berkunjung ke Pavilion KL untuk tugasan Nokia aku bersama kak Ema sempat ler bergambar di hadapan ruang legar tingkat 1. Bukan apa cemburu pula melihat pelancong asing bergambar di setiap ruang. Sedangkan aku warganegara buat tidak endah sahaja. Lantas aku keluarkan kamera dan minta kak ema bergaya, selepas itu aku pula. Aku rasa hiasan ini bersempena Krismas lepas dan sambutan tahun baru. maklumlah Pavilion sering dikunjungi pelancong asing, justeru menjadi lokasi beli-belah mewah. Sempat pula melihat butik-butik sekitar, jika sudah mewah harganya pun boleh tahan juga. Abaikan saja jika poket tidak penuh. Sebenarnya kata-kata ini ditujukan untuk diri sendiri.

ohh...

Semalam rasa sedikit aman. Bukannya sebelum ini tidak aman..aman juga tetapi semalam lebih aman. Jiwa terasa tenang, hati berbunga-bunga. Entah kenapa. Agaknya selepas deadline beginilah. Sebelum ini dihambat kesibukan membuatkan fikiran ligat berputar, badan lesu, minda penat memikirkan kerja yang belum selesai. Pabila sudah selesai, Mac menjengah pula. Nah!!! cepatnya sangat masa . Terasa 24 jam yang dipinjamkan Tuhan tidak mencukupi jika boleh mahu ditambah 25 jam. Terasa baru sahaja membuat isu Januari sudah mencari bahan Mac. Beginilah kehidupan sebagai wartawan pejam celik pejam celik 365 hari habis begitu sahaja. bak kata penyanyi Kris dayanti dalam lagunya ...Menghitung hari, detik demi detik, masa ku nanti apa kan ada (salah lirik maafkan ye).
Hari ini juga di pejabat agak aman. masing-masing membuat tugasan ala-ala manja sahaja. Ku pandang ke sebelah ehhmm tinggal berapa kerat sahaja yang tinggal wartawan Jelita. daripada ramai tinggal bertiga. Yang tinggal ini sajalah harus memerah otak, mencari bahan untuk pengisian sebuah majalah. Sepatutnya dalam sebuah organisasi yang maju kaki tangan bertambah ramai tetapi di sini semakin mengecil. Rakan-rakan lamaku juga ramai yang sudah tiada. Semuanya mencari rezeki di tempat yang lebih bagus dan besar. Menjanjikan pendapatan lumayan. Aku pandang depan melihat bilik editor yang sudah kosong kerana editornya berpindah ke bilik sebelah. Hahahha...tempat aku?? cuma malas mahu mengangkat barang masuk ke bilik. Lebih selesa di luar, bersama kawan-kawan. Pening menulis boleh juga berbual dengan rakan sebelah. Nantilah cukup tempoh 6 bulan mungkin...firasat aku saja.
hari ini lunch di Jalal bersama sahabat lama, Bennie. Wahh bukan main ceria lagi sejak bertugas di NSTP. Keceriaannya ada kaitan dengan kebahagian. Mana mungkin tidak ceria jika segalanya mewah di sana. Ohhh..alangkah bahagia mendengar ceritanya. Tapi aku yakin kebahagian dan keceriaan orng dizahirkan dalam rasa yang cukup berbeza dan aku bertambah yakin tiap insan berhak bahagia tetapi dengan cara berbeza.
Petangnya...Ohhh!!! tidak perlu ditulis. Cukuplah jika dikatakan pertemuan menjanjikan kegembiraan. Ceewah..bunyinya agak jiwang. Saja sudah lama tidak melayan perasaan. Siapa kata orang yang sudah berkahwin tidak boleh melayan perasaan. Perasaan mereka lebih menggunung dan bunga-bunganya mekar berkembang. Hahahhaha...merepek sudah.

Monday, January 19, 2009

bila Durrani ke pejabat











Sabtu lepas aku terpaksa bawa Durrani ke pejabat. Sebabnya aku kena check bahan yg dibuat oleh grafik artist Wan. En. Hubby jaga anak yang kecik. Bawa dua2 karang langsung keje tak jadi. Malas plak nak hantar kat baby sitter lg pun aku pg opis kejap jer. Jam 1.30 petang baru aku bertolak dengan bekalan makanan maklumlah karang Durrani ngamuk nak balik adalah juga benda aku nak kasi. Siap beli kete mainan lagi masa singgah ke 7eleven. Sampai jer Durrani agak excited maklumlah kali pertama aku bawa dia ke tempat aku bekerja. pegi kat meja aku dia tengok gambar yg kat atas meja terus dia sebut Aim..AIm..padahal gambo tuh gambo dia masa umu 4 bulan. puas aku terang dia tetap kata tu gambar Fahim. pastu mulalah dia main-main telefon kat tempat aku, angkat sambil sembang2 ntah haper2 ntah dia cakap. pastu pg kat tempat Suzi plak main tepon kat situ. Sambil tarik-tarik mouse Pc tuh. aku marah..dia pg plak kat meja Faks angkat tepon kat situ. Bila aku nak sembahyang masuk bilik dia nak main plak tepon kat atas meja kak ema tuh. Kalau boleh semua tepon nak angkat..dua jam dok main-main dia mulalah bosan dan ajak aku balik. Sib baik dah habis cek bahan. kesimpulannya kalau nak buat keje jgn bawa anak...mesti keje tak jadi.




Sunday, January 18, 2009

AJL untuk yg terbaik...

Sebenarnya aku tidaklah mahu memberi sebarang komen dalam blog ini seandainya AJL kali ini milik penyanyi Sampai Syurga siapa lagi kalau bukan Faizal Tahir. Tetapi telahan aku meleset sama sekali dan pemenangnya di luar dugaan. Maksud aku bukan Meet Uncle tidak bagus. Mereka sangat bagus jika tidak takkanlah sampai ke AJL. Tetapi ada beberapa perkara yang aku rasa tidak logik. Persembahan Faizal malam tadi mmg best dan meletop dan sememangnya persembahan untuk sebuah pertandingan yang gah seperti AJL. Bukan sekadar melepas batuk di tangga. Tetapi entah di mana silapnya, dan bagaimana penjurian sehinggakan Faizal yang memenangi 3 anugerah iaitu Vokal Terbaik, Persembahan Terbaik dan Juara kategori Balada kalah di tangan kumpulan Meet Uncle Hussien yang hanya memenangi satu kategori sahaja.

Bukankah kemenangan 3 kategori itu sudah cukup kuat untuk menobatkan sesebuah lagu sebagai juara? Memang aku faham AJL adalah anugerah untuk memartabatkan lagu dan bukannya penyanyi. Pada pandangan aku yg dangkal mengenai muzik ini, adakah lagu itu boleh dianggap terbaik hanya begitu sahaja??? Adakah ia boleh berdiri sendiri tanpa penyanyi yang bagus???...dan penyanyi itu pula dianggap bagus kerana dianugerahkan vokal yang hebat dan mantap. Dan bukankah sesebuah lagu itu dikategorikan lagu terbaik apabila adunan lirik, susunan muzik kemudian disampaikan oleh penyanyi yg baik???? Ini kerana telinga yang mendengar bukan sahaja tertarik pada irama yang sedap tetapi juga vokal yang sesuai dengan lagu. Vokal yang dilontarkan itulah yang menyebabkan lagu itu menjadi sedap lantas dianggap lagu terbaik??? bukahkah???

Jadinya apabila malam tadi lagu sampai Syurga tidak menjadi juara, aku agak sedikit tidak percaya kerana pada pemahaman logik aku apabila seseorang penyanyi memenangi Vokal terbaik ia sudah cukup kuat menobatkan lagu itu sebagai terbaik. Tambah pula lagu itu memenangi kategori Balada. Bukahkah dalam sistem penjurian apabila kemenangan untuk 3 anugerah maknanya hampir 2/3 % markah sudah menjadi miliknya?? atau mungkin juga penjurian untuk lagu terbaik berdasarkan melodi dan liriknya sahaja. Jika begitu tidak perlulah artis menyanyi?? Jika dilihat daripada segi lirik memang kedua2 lagu mempunyai kelebihan, tetapi aku rasa lagu sampai Syurga disusun lebih puitis berbanding Laguku Untukmu (hayati lirik dibawah)

jadi aku membuat analogi begini sebagai contoh:
Di dalam kelas Amar (bkn nama sebenar) mendapat markah terbaik dalam Matematik, Fizik dan Biologi. Tetapi Ramlan (bukan nama sebenar) dianugerahkan PELAJAR TERBAIK kerana sebab-sebab lain.

Mungkin juga:
Meet Uncle Husin memenangi AJL kerana AJL ingin menaikkan kumpulan Indie seterusnya memperkembangkan industri hiburan tanahair. Spt juga kemenangan Exstrengs pd tahun lepas. Aku juga tidak menolak sama sekali kemenangan Meet Uncle Hussin kerana lagu mereka FRESH, tiada campuran drp Indonesia serta beridentitikan lagu Malaysia. Itulah yg dicari dalam AJL (ini berdasarkan pandangan juri setiap kali aku menghadiri PC AJL suatu ketika dulu). Jika begitu berikanlah Vokal terbaik kepada kumpulan ini. Jika tidak anugerahkan vokal terbaik kepada artis lain supaya tidak nampak ketidaklogikannya disini. Mungkin juga vokal terbaik Farawahida, manakala persembahan terbaik Faizal Tahir kerana dia memang terbaik pada malam itu dan Juara Lagu kpd Meet Uncle Husin. Ini cuma pandangan drp aku yg dangkal mengenai muzik.

SAMPAI SYURGA – FAIZAL TAHIR
Kumembenarkan jiwaku tuk mencintaimu
Kupersembahkan hidupku tuk bersama kamu
Dan diriku untuk kamu
Belum pernah kumerasai begitu
Semua itu telah berlalu harapanku palsu
Dan mungkin hari yang satu terus kutertunggu
Di hatiku masih kamu

Belum pernah kuingin terus menunggu
Oh aku lemah tanpa kamu kuinginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu hanya satu hanya kamu
Kumembiarkan hatiku tuk merinduimu
Kumenghamparkan sakitku tuk tatapan kamu

Bersamamu harapanku
Hilang dalam terang yang membutakanku
Dan segala yang kuada
Kuberikan semua untuk dirimu saja
Kumahu dirimu bahagia tuk selamanya
Biar sampai syurga
Aku menunggu cinta darimu agarku sempurna

Namun aku tetap aku yang terbaik tuk diriku
Hanya satu
Aku lemah tanpa kamu
Kuinginmu dampingiku
Aku fahami aku bukan terbaik tuk dirimu
Sampai syurga kumenunggu
Sampai syurga kucintamu
Hanya kamu

LAGU UNTUKMU - MEET UNCLE HUSSIENT
Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicela
Bagai kulumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini takkan berubah kerna
Aku tetap aku dan alur hidupmu bukanlah aku
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Adakah aku hanya boneka yang sering engkau mainkan
Yang dikawal oleh jari-jarimu
Kupunya hati dan perasaan
Pernahkah engkau fikirkan
Cukup-cukuplah oh cukuplah
Guna hati akal dan fikiranmu
Berbeza engkau dan juga aku
Dua hati yang tak mungkin bersatu
Tak tahan tak
tak tertahan
Melayan sikapmu perawan
Berbeza berbeza kau dan aku berbeza
Kita memang tak serupa
Bebaskan bebaskan kuingin dilepaskan
Kita tidak sehaluan
Cukuplah sudahlah sampai di sini
kita berdua

*** Tiba-tiba En. Hubby yang tak menonton AJL, tidak mengikuti perkembangan AJL, tidak minat Faizal tahir juga penyanyi2 lain, tidak mengikuti perkembangan hiburan tiba-tiba memberi komen mengenai kemenangan AJL pd malam itu.

Saturday, January 17, 2009

alahai JUmaat


Jumaat, 16 jan 2009, penatnya rasanya hari ini. Sepatutnya hari Jumaat paling ditunggu sebab esoknya cutikan. Tapi aku.ehhmm..ehhmm memikirkan layout yg belum selesai. Akhirnya dalam keterpaksaan dan penuh rasa tanggungjawab aku terpaksa ke pejabat esok kerana perlu meng'check lay out sebelum dihantar ke printing. tengah hari tadi aku ada asgn di Kemensah Height bersama jurugambar Jasmin Ramli. Ini asgn aku kali pertama selepas peristiwa dia tidak menghadirkan diri untuk asgn aku 2 minggu lepas tanpa sebab musabab. Aku kira mungkin dia sudah berubah. tepat jam 3 petang ketika memasuki jalan belakang Zoo negara aku terlihat keretanya dan terus mengekorinya kerana aku sendiri tidak tahu di manakah rumah Liyana Jasmy pelakon film Maut itu. Setelah menelefon ibu Liyana Jasmy beberapa kali akhirnya bertemu juga.
Ehmm besar rumahnya. Banglo dua tingkat, rekaan moden kontemporari. Di kiri dan kanan bukit bukau masih menghijau. AGaknya berapa juta banglo mewah ini ya? Rumah milik Liyana Jasmy dan keluarganya itu baru diduduki. Sebab itu bahagian ruang tamu bawah tiada perabot cuma menempatkan sebuah meja.
Sampai sahaja aku terus menuju ke biliknya kerana tugasan kali ini berkenaan himpunan barang peribadi milik jasmy berkonsepkan lifestyle. Setelah berbicang dengan Jasmin mengenai gambar yang aku kehendaki dia menjalankan tugas dengan penuh kusyhuk. Aku pun tidak bertanya banyak..tidak juga mahu mengingati perkara lalu. JIka dia sudah berubah alhamdulillah.
Anak orang berada sudah pasti barang-barangnya juga berjenama. namun Liyana tidak mahu terlalu banyak barang berjenama diambil takut disalahtafsir peminat mahu menunjuk-nunjuk. Ya lah jika Gucci dan LV yang entah berbelas ribu mampu dimiliki gadis yang baru mencecah 22 tahun ini, itu menandakan dia memang mewah. Aku akur lalu mengambil gambar yang ada sahaja. Akhirnya fotografi tamat setelah satu setengah jam dan selepas itu aku pulang ke pejabat kerana ada meeting penting yang perlu aku hadiri bersama team iremaja, kak ani dan promotion. Besar juga kes ini, seakan tidak percaya apa yang berlaku. Di dalam meeting aku cuma menjadi pendengar, lalu membandingkan cerita yang aku dengar menerusi mulut seorang jurumekap.
Yes!!! tidak syak lagi kebenaran sudah terbukti cuma mahu dikumpulkan bukti. Dalam meeting tadi juga buat aku kelu dan terkedu, melopong mulut seakan tidak percaya. Benarkah..benarkah...benarkah??? mengapa..mengapa dan mengapa.. Moga ada penyelesaiannya dan minta dijauhkan daripada benda-benda kurafat, ilmu hitam serta black magic ini. AMIN

Friday, January 16, 2009

shooting cover

Semalam shooting cover dengan pelakon, model dan duta Lipice Lisa Surihani tidak begitu menggembirakan. Kerana apa? kerana pakaian yang kurang memuaskan. Sehari sebelum itu aku menerima panggilan telefon daripada pegawai perhubungan awam MIG, Zubir, "kak ct Lisa free esok, hari-hari lain dia dah start shooting drama dgn film. Ntah bila dapat buat fotografi,"
Wah..masa begitu suntuk Untuk mendapatkan sponsor baju dalam masa singkat mmg susah. Untuk butik terkenal seperti TopShop, Esprit, Zara sekurang-kurangnya mengambil masa seminggu. Dalam buntu aku terfikir untuk meminjam drp butik Blook yang terletak di Bangsar. Mujur Pr Adeline tiada masalah kerana sudah biasa dengan aku. Siap memesan agar aku menyimpan majalah untuknya. Petangnya aku ke Blook, meninjau baju yang sesuai dipinjam. Aduh pening kepala susahnya mencari baju untuk konsep kali ini.
aku menghantar SMS kepada Zubir, " Liza boleh seksi tak?"
"Sorrylah kak tak boleh."Namun aku tidak bertanya lanjut pengertian seksi baginya..adakah memakai skirt paras lutut dianggap seksi..atau dres tanpa lengan juga seksi baginya. Oleh kerana tiada pilihan aku mengambil dres biru tanpa lengan, kemeja T biru dipadankan jaket berkait dan kardigan berkolar. Satu skirt dan skiny jean.
Pagi semalam ketika Lisa datang sesi fotografi aku terus menunjukkan baju kepadanya. ALahai...skirt tidak boleh, dres tanpa lengan juga tidak boleh. Mujur masih ada 2 baju dan satu baju drp Dude & the Duchess yang aku pinjam untuk cover February belum dipulangkan kerana separuh masih ada di Mamas Dry Cleaning. Lantas aku meminta Lisa mengenakannya. namun dia meminta untuk memakai legging walaupun dres itu sudah melepasi paras lutut.
"Minta maaf kak Lisa mmg tak nak seksi. lagi pun betis Lisa besar tak cantik," katanya.
AKu menghormati keputusannya lagi pun tidak elok jika aku memaksa dia memakai apa yang aku bawa. Lagi pun mmg dia sudah beritahu awal padaku.
Mujur dia cantik dan pandai bergaya, jadinya pakailah apa sahaja memang kena dengan tubuhnya yang tinggi lampai itu. Begitulah jika sudah cantik.. aku bergurau, "Inilah bakal lawyer yang cantik dan seksi," dia hanya tersenyum sambil berkata, "tak adalah kak, janganlah kata macam tu,"

Thursday, January 15, 2009

kemalasan

Sudah dua hari tak menulis dalam blog ni. Rasanya semakin malas pula sejak dua menjak ini. Kemalasan ini bersangkut paut dengan kerja di pejabat dan di rumah. Rasanya badan pula semakin letih adakah faktor usia yang sudah mencecah 32 tahun? Mungkin juga faktor anak-anak yang perlu diberi perhatian di rumah. Durrani seminggu ini sering tidur lewat. Jam 12 malam matanya masih besar melayan televisyen dan bermain dengan permainannya. Habis bersepah satu rumah. Sekejap dengan buku, beralih kepada basikal kemudian bersepah dengan bedak. Sudah malas mengemas lantas aku membiarkan sahaja rumah bersepah bak kapal pecah. Sudah puas bermain mencari remote menyuruh aku membuka siaran 611 Astro Ceria. Habis semua rancangan dihafalnya. Kampung Boy, Tom Tom Bak, Adi dan Ayah, Hagemaru, Kapten Boleh dan entah apa lagi rancangan. Menonton penuh kusyhuk kemudian ketawa melihat aksi pengacara Aznil Nawawi. Apabila kanak-kanak menari dia pun menari sama. Kadang kala mengikut apa sahaja perbualan dalam rancangan itu.
Pernah aku menyuarakan pada suami kerisauan aku mengenai anak yang suka menonton TV atau terlalu obses dengan TV. Suami aku berkata biarkan saja dia masih kecil mahu meneroka banyak benda dan mahu belajar banyak perkara. Perkataan, nyanyian dan persekitaran. Lastas aku eyakan sahaja. Ada positifnya juga apabila melihat perkembangan Durrani yang makin petah bercakap serta pandai menjawab.
Kadang-kadang aku paksakan dia tidur, dia menangis mahu keluar bilik. Lantas dikatanya ,
“Mama ni sibuk jer,” Hamboi...sudah pandai pula menggunakan perkataan sibuk itu. Aku rasa dia mendengar aku pernah berkata suatu ketika dulu. Kadang kala aku yang tertidur dulu kerana terlalu mengantuk. Dikejutkannya aku kemudian disuruh aku menonton sekali bersamanya. Malam tadi ketika aku sedang berangan-angan mahu tidur terdengar dia bangun mengambil bedak, gincu, losen daripada atas almari solek kemudian dimasukkan dalam beg kecil. Dia membawa beg itu ke atas katil. Sambil duduk satu persatu barang dikeluarkan. Losen disapu ke rambut, bedak ke pipi manakala gincu Avon pemberian kak ANA patah dikerjakannya. Terus aku bingkas bangun untuk melihat apa yang berlaku. Aduuhh!.. melihat gincu yang sudah patah itu aku terus mengambilnya. Bedak yang dituang di atas cadar katil juga losen yang sudah dikerjakannya. Nasib baik dia tidak mengamuk. Aku melihat jam sudah 12.30 malam rupanya. Lalu aku memujuk dan membawanya ditidur dipeluk, ditepuk lima minit kemudian barulah dia tidur dengan lenanya.

Tuesday, January 13, 2009

tak sabo..

Tak sabarnyer aku nak nunggu 23,24,25,26,27 Januari ni. Belek-belek kalendar alah..lebih kurang 10 hari jer lagi. Bukan tak sabo sebab apa..sebab nak balik kampung. Ada kenduri sket kat kampung lebih penting aku nak makan nasi kenduri. Dah lama GILOS tak makan. Cam ngidam plak eewahhh. Dah terbayang-bayang dah lauk kenduri ayam masak merah cicah dengan air asam. pastu ada acar, dalca dan kari perrgghh..sedap siott. Nie yg buat aku tak sabo nak lik kg nie. Sebenarnya baru jer makan nasi kenduri itu masa kenduri Mawi tuh ttp yg tu masakan ala Moroco tak ler sedap sgt..yg aku tertunggu-tunggu Nasi kenduri yg dimasak oleh tukang masak di kg aku bernama PAK Long Awang. Mmg dia ler chef kalau ada kenduri kendara..sebab masih gotong royong lg kan..wpun kg-kg lain dah guna khidmat catering dah pun. Sebabnya kita org dan org2 kampung mmg nak khidmat Pak Long Awang nie lagi. kalau katering tak merasalah masakannya.