Durrani mmg nak lepas gian dah lama betol dia tak main labtop aku nie sebab mmg aku haramkan dia pegang labtop baru aku nie. Jadi bagi memenuhi keinginannya yg nak menaip sgt tuh aku bglah guna labtop lama sambil letak keyboard komputer atas lab top tu. Pergghh...pastu laju jer dia menaip tak pandang orang dah.
Tuesday, January 13, 2009
Monday, January 12, 2009
Hikayat 1001 Malam Mawi & Ekin
Layan gambo-gambo dulu yer...
Meja press kat belakang uols..sebab tuh tak nampak sgt Mawi ngan Ekin ni
Semalam aku ditugaskan menghadiri majlis perkahwinan Mawi & Ekin kemuncak perkahwinan di Palace Of The Golden Horses. Majlis bermula jm 8.30 malam ttp jam 7 aku sudah terpacak di hadapan dewan nan indah berkonsepkan Hikayat 1001 malam. Meriah sungguh penuh berwarna-warni, cahaya neon di sana-sini. tetamu ramai memenuhi tema lelakinya berjubah serta bertopi arab manakala wanita berselendang di kepala. Menarik juga... inilah julung-julung kali majlis perkahwinan artis berkonsepkan Arab.
Sementara menunggu majlis bermula mata liar memerhati artis-artis yg datang antaranya bakal pengantin baru Que Haidar dan Linda Jasmin, Linda On dan teman tapi mesra yg baru Mat Salleh gitu. Fahrin bawa Shca ko pun sibuk juga bawa teman lelaki Linda oiii..Cukup2 lah tuh. Fouziah Gous ngan Iqram Dinzly ini pun sama juga jika ditanya teman ttp Mesra macam ler wartawan tak tahu nak cover line ler tuh OPppsss ..terlebih sudah. Kak Nita ngan abg mahatdir, pelajar AF mmg ramai..cam reunion dia org pula. Sambil tuh dok bergosip lah dengan teman wartawan kat sebelah mengenai Mak Iti kita..patutlah tak datang rupanya majlis hari jadi dia 11 Januarikan??? haa...Rozita Cik Wan pun ada juga..cantik sangat patutlah Datuk K mengejar dia skang nie. Makan hatilah Mak Iti kita. Sian diakan...ttp menarik juga gosip terbaru yg aku dengar ni...iskk..iskkk jika betol bagai dikata ...Kasihan!!! sudah nasib badankan. Nak buat macam mana tanggung sajalah Mak Iti oiii. Ko yg nak sgt kahwin dgn Datuk K kan???sempat juga jumpa rakan-rakan wartawan Siti Dimiati, Juan, Ajib, kak Ros dan ramai lagi..maklumlah aku mmg dah lama sangat tak turun function hiburan. Bila bg tau anak dah dua terkejut korang eekkk...
hehheheh sorry nak citer lain terciter lain plak kekdahnya...
Ok..hebatnya majlis kahwin Mawi dan Ekin kali ni..segalanya indah belaka. Ntah berapa jutalah habis (ini kalau tak dapat sponsorlah). Lampu sahaja 400 biji, bunga-bungan lagi, pelamin semua, pakaian Rizalman tuh dekat RM65 ribu..pakaian Mawi RM15 ribu aduh..aduh...tidakkah ini pembaziran yg nyata. alangkah baiknya duit itu disedekahkan kepada mangsa Palestine di Gaza. Mudah-mudahan Mawi dan Ekin telah melakukannya. Apa lagi yg hebatnya...semuanya hebat-hebat belaka seperti perkahwinan putera dan puteri raja Timur tengah dalam cerita Hikayat 1001 Malam.
dalam mata dok liar melihat tetamu yg datang ternampak Ina Naim suaminya, suhaimi serta anaknya di belakang mejaku. aku pun tanpa membuang masa terus bersalam dengan Ina dan mengambil gambar. Macam mana perasaan Ina kan melihat bekas tunangan di pelamin nan indah. kalau aku ler tobat nak datang. Ttp aku respek ngan Ina nie muka sentiasa senyum walau dlm hati hanya Tuhan yg tahu. tentulah sedikit sebanyak dia terasa juga melihat jejaka yg suatu ketika dulu bertakhta di hati, berambil dan berantar dr Felda taib Andak ke KL untuk uji bakat AF, berkongsi cekodok bersama kini menjadi milik orang. Iskkk..iskkk hati perempuankan walau sekeras mana...bisa lembut juga. Tak perlah Ina dia pun berbahagia sekarang dengan anak yg comel bernama Hadie El fardie. Sedap nama itu.
Masa nak balik Ina sempat jumpa ngan Ibu Mawi. rasanya dorang nak jumpa dengan mawi dan Ekin sebab lama tunggu kat tepi meja makan tuh sian pulak aku tengok ketulusan hati Ina nie. Ttp akhirnya tak dapat jumpa sebab mawi ngan Ekin terus turun untuk potong kek. Ntah agaknya mawi buat-buat tak nampak kot. Iskkk..jahat plak mulut haku nie. Yerlah uols...aku tak pandang mawi ngan Ekin sangat sebab dok tengok si Ina ni. Dia sangat menjadi tumpuan pd malam itu. aku suka...
Kali ni yg aku perhatikan mgkin tetamu lain juga kot Ekin tak lepas laku macam majlis yg sudah-sudah. Tak derlah tangannya melambai ke sana-sini, mulut becok nak berbual sedangkan ko tuh raja sehari jagalah perilaku sikit. Agaknya sudah ditegur kot. Gitulah baru namanya raja sehari. Nampaklah manis dan sopan sikit. lepas ni mereka ke Korea pula berbulan madu di sana..moga berbahagia hingga ke akhir hayat. AMIN.
Shamin yang kukenali
Jumaat lepas aku, anis, suzi dan Cik yam bertemu dengan Shamin di Kenny Rogers Mid Valley bersempena Besday Shamin yg ke 39 tahun. Sudah lama tidak bertemu dengannya sejak aku dalam pantang sehinggalah sekarang anak aku sudah memasuki usia 6 bulan. Dia masih seperti dulu tidak kurus, tidak gemuk, masih ceria dan becok berbicara, kira-kira 7 tahun lalu sewaktu aku mula-mula mengenalinya. ketika itu Jemang yang mengenalkan aku dengan Shamin. Di Kompleks Kraftangan kami bertemu untuk penggambaran kulit hadapan I-Remaja. Senang bekerjasama dengan Shamin maklumlah dia berpengalaman menyolek hampir 20 tahun. Aku suka solekannya natural dan dia cepat melakukan kerja. Tidaklah terhegeh-hegeh seperti make up artis lain yg terpaksa menunggu sehingga 2 jam barulah selesai. tetapi kesannya tetap sama tiada yang istimewa.
Dia juga tidak suka menyimpan masalah banyak juga mengenai dirinya diceritakan. Maklumlah orang seperti Shamin hatinya mudah tersentuh tetapi aku tidak ambil pot sekiranya dia merajuk. Biarkan saja lambat laun baiklah dia.
Sepanjang mengenalinya kami pernah ke Kelantan, Johor dan Kuantan Pahang bersama Safi untuk Roadshow I-Remaja. Dia tidak kisah mengenai bayaran, asalkan ada walaupun tidaklah mahal seperti majalah lain. Lagi satu Shamin sering menggantikan make up artis lain yang tidak datang, kiranya dia sering dipanggil sebagai penyelamat.
ketika bujang dulu aku juga sering mengunjungi rumahnya di keramat bersama Jemang dan Rin. Shamin suka berkaraoke pelbagai cd karaoke ada di rumahnya dan aku juga tidak ketinggalan. Dia menyediakan masakan, sebelum karaoke kami menjamu selera. Sabtu dan ahad berkelah di Ulu Yam hahhaha kenangan yang sukar dilupakan. Bersama rakan setugas bennie, aton, Mizan dan Rizal. Keseksian Shamin terserlah..kami hanya tersenyum gembira. Paling tidak dapat dilupakan apabila Shamin bersetuju menjadi jurumekap ketika perkahwinan aku pada 4 Dec 2006 lalu. datang berkereta kemudian ditinggalkan temannya. Akhirnya Shamin pulang ke KL menaiki bas ekspress akibat salah faham. Sebab itu kata Shamin tanggal 4 Dec sukar dilupakan.
Itulah antara kenangan aku dengan insan bernama Shamin Manja.
Sunday, January 11, 2009
bila hati menulis
Hari ini agak letih, minda terasa lesu. Akibatnya jam 9 pagi barulah aku terjaga itu pun setelah cahaya matahari memunculkan diri di balik tabir. Jarang aku terjaga selewat itu walaupun sebenarnya jam 9 pagi tidaklah terlalu lewat sekiranya aku masih bujang trang tang tang. Fahim disebelah masih asyik dibuai mimpi (mimpi apa agaknya si kecil itu). Durrani pula tidak bergerak-gerak setelah diberi susu jam 6 tadi. termangu aku sekejap di birai katil, mengeliat membetulkan urat saraf. Suami jam lapan sudah keluar ada over time banyak kerja perlu diselesaikan katanya. banyak komputer perlu dibaiki, kerana pensyarah sudah menanti.
Aku memperbetulkan rambut yang agak serabut lalu menuju ke dapur. mencari apa sarapan boleh dibuat.Arrghh..tiada apa boleh dimasak. Maklumlah sudah sebulan dapur tidak berasap. terdengar nada kiriman SMS daripada telefon bimbit.
"selamat pagi. dah bangun ker? nak breakfast apa pagi nie?" SMS daripada sang suami.
Aku membalas, "ala belikan apa-apa jer. Roti masih ada. Boleh makan dengan jem."
Baju-baju banyak belum dibasuh, lantas kukumpul dan dimasukkan dalam mesin basuh. Setelah mesin siap berputar kusidai. Menjenguk ke bilik sebelah...alahai..banyaknya saki baki baju minggu lepas masih belum dilipat. "memang benar sibuk sekali aku sampai tiada masa melipat baju. Bilalah boleh kulangsaikan kerja yang tertangguh ini. malam ini mahu menghadiri majlis perkahwinan Mawi dan Ekin di Palace Of The Golden Horses sudah tentu jam 6 sudah bertolak kerana mahu mencari cerita yang lebih eksklusif untuk buku mawi nanti. Aku sudah berpesan kepada zali Jurugambar yang akan menjalankan tugasan supaya mencari anggle terbaik untuk gambar kulit hadapan buku.
aku menjenguk ke bilik tidur rupanya Fahim sudah terjaga sedang bermain dengan selimut. Digumpal-gumpalnya dengan tangan kemudian dimasukkan ke dalam mulut. begitulah sehingga selimut itu basah dek air liurnya. Pantang ternampak apa sahaja pasti dimasukkan ke dalam mulut. Matanya bulat merenung, mohon diangkat. Aku membiarkan sahaja kemudian dia merengak. "amboi tadi masa tiadak nampak aku boleh pula bersendirian. Gitulah apabila dia sudah mengenali mamanya."
Aku mengangkat terus tersenyum bahagia dalam pelukanku.
"ma''mama..mama." terdengar Durrani bersuara sambil bangun menghampiriku.
Aku mengusap-usap rambut sambil mencium pipi mongelnya itu. lantas ku pegang tangannya lalu dibawa turun dari katil. Menuju ke ruang tamu mencari remote control TV aku menekan butang 611 Astro Ceria sudah semestinya. Jika tidak Durrani pasti merengek.
Sementara menunggu mesin berputar membasuh baju untuk kali kedua aku memandikan fahim. Seronok benar dia bermain air ketawa mengekek-ngekek tatkala kurendam dia dalam besen. tangan comelnya menepuk-nepuk air, lantas dia ketawa apabila percikan air terkena muka. aku membiarkan saja. melayan kerenahnya. Terasa hati terhibur..lupa segalanya seketika. Selepas dimandi, disapukan bedak kemudian dipakaikan baju. kemudian giliran Durrani pula. kerapkali dipanggil ada sahaja jawapannya, "jap..japla mama..engok IVI lah mama," katanya.
akhirnya jam 12 barulah aku dapat memandikannya tahu pula dia membezakan antara hari bekerja dan hari minggu.

Friday, January 9, 2009
tak pakai pampers
Isnin lepas kat umah baby sitter
aku: kak fatin (panggilan untuk Durrani) sekarang ni dah boleh bg tahu nak buang air dan buang air besar. Kat umah sabtu ahad saya dah tak bg dia pakai pampers lagi. Dah lama dah dia boleh bg tau.
Baby sitter: Yer ker? anak-anak yg akak jaga ni biasanya umur 3 tahun barulah akak ajar tak pakai pampers. Lagipun susah juga kang dia tak cakap habis kencing merata-rata.
Itulah perbualan aku dengan Baby sitter waktu aku bg tahu yang Durrani dah tak perlu pakai pampers lagi. Tapi baby sitter aku cam takut-takut plak sebab katanya anak-anak yg dia jaga dekat 3 tahun baru dia ajar. Aku jadi serba salah pula dah dia kata cam tuh..jadinya memang masa aku hantar Durrani aku akan pakaikan dia pampers so bila sabtu ahad dan hari cuti mmg aku dah tak pakaikan pampers kecuali waktu malam sahaja. Sebenarnya masa usia Durrani genap 2 tahun saje aku nak test kefahaman dia setakat mana so aku pun testing jerlah tak pakaikan dia pampers. Tapi mulut aku berkali-kali pesan..
"Durrani nak kencing bg tau mama. nak beyak bg tau mama. mama tak pakaikan durrani pampers tau" dia hanya angguk2 sambil mata tak berkedip2 agaknya nak faham apa aku cakap.
tetapi hari pertama mmg susah sikit sebab dah kencing barulah dia cakap...dan pernah terberry-berry sekali kat ruang tamu. Alahai nak ajar anak kena banyak sabar..ttp aku tak putus asa teruskan juga tak bg pakai pampes..walaupun teruk juga kena mop lantai. yerlah kena betul-betul bersih kan karang tak sah sembahyang plak kalau terpijak. Dua hari memang menguji kesabaranlah... aku try lagi dan masuk hari ketiga dia dah boleh cakap ttp bg tau tak sempat-sempat agaknya dah sampai hujung baru cakap "ma...ma... nak cing. cepat-cepat" sambil pegang kat 'anu'nya itu. kelakar pun ada juga.
penah juga dia main-mainkan aku setiap 5 minit nak cing ttp tak cing pun sajer jer nak masuk toilet. Sekarang ni dah okey dah..dah boleh bg tau. Cuma nak buang air besar aku macam takut juga ler terlepas kat mana-mana dia sempat. kat rumah baby sitter tuh aku rasa biarkan sajerlah sehingga dia rasa selesa untuk tidak pakaikan durrani pampers.

memasak @ tidak
Kadang-kadang aku rasa bersalah pada suami aku...rasanya macam aku tidak menunaikan tanggungjawab sebagai isteri. Bukan tanggungjawab apa pun aku rasa sudah lama dapur aku tak berasap. dua bulan lebih agaknya. tambah-tambah sejak aku sibuk dengan pencarian Gadis hari tuh teruslah sampai sekarang aku tidak memasak baik pagi, tengah hari usah ceritalah dan malam. Malah hujung minggu juga aku tidak memasak. Biasanya perkara ini berlaku ketika aku mengandung saja itupun di awal kandungan. Tetapi sekarang aku tidak mengandung atau berbadan dua. Tetapi kemalasan aku tetap ada malah makin bertambah. Apakah puncanya...mari kita terjah ( cam ayat Melodi plak)..
Itulah di lubuk hati aku ni rasa cam kesian plak pada suami sebab asyik makan kedai jer..sarapan pagi pun aku order jer nak roti canai, roti sardin atau roti tampal. tengah hari begitu juga..malam pun sama. Terasa senangnya hidup. Yerlah sebagai isteri banyak benda nak buat kat pejabat balik umah kemas umah, basuh baju, lipat baju, jaga anak bla..bla..bla..dan suami hanyalah menonton TV, layan tenet dan jaga anak sikit2 jer. Sebab itulah sebelum kahwin lagi suami aku sudah tahu mengenai perkara ini "isteri bukan maid anda" semua kerja nak kena buat. Dia adalah wanita istimewa di hati anda. so kalau istimewa kena layanlah sebaik mungkin. ahhahaha..ada suami-suami nak protes tak???
dan aku cukup tak setuju kalau isteri yang terdera fizikal secara tak langsung. kena buat semua kerja rumah tanpa bantuan suami. Banyak isteri cam tuh zaman sekarang nie. Dah lah gaji isteri kena bayar itu bayar ini..suami tak bagi nafkah zahir lagi satu perkara. Sebab walau macam mana sekalipun isteri itu bergaji besar tetapi nafkah duit harus diberikan. Tetapi hal ni bergantung pada persefahaman suami isteri kalau suami bergaji kecil takkan nak minta juga tak???? suami pula jgnlah ambil kesempatan bila isteri dah sanggup keluarkan duit dia...takkan lah bab membuat kerja rumah semua isteri nak buat. Pastu tak faham langsung nak-nak juga isteri ni memasak walau isteri ni penat. hehhehe..kalau aku belasah jer.." mama penatlah malam ni tak nak masak"
Cam aku ler sejak dua menjak ni aku rasa keletihan melampau. Bila sampai umah biasanya jam 7.30 atau jam 8 malam dah flat...layan anak-anak kemudian bg dia orang tidur dgn aku tertidur sekali. Lagi pun Durrani bila balik kerja sangatlah nak dimanjakan..amik buku nak suruh kita kat sebelah dia...ambil mainan minta aku main sama. Pendek kata aku sentiasa kena ada kat sebelahnya. Drp menyibukkan diri di dapur baiklah aku layan anak-anak yg kekurangan kasih sayang ni sepanjang hari dr jam 9 pagi hingga 7 malam bersama baby sitter. tak GITU????
sebenarnya suami aku tak kisah pun makan luar cuma pernah juga dia kata " dah lama mama tak masak" alahai itu ayat-ayat nak suruh aku masaklah tuh. Bg aku apabila suami isteri bekerja dan pendapatan digunakan sama banyak kerja-kerja rumah bukan lagi menjadi tugas isteri semata-mata. Suami juga kena ambil tahu. Sebab itulah bila aku tidak memasak suami aku faham itu bukan tanggungjawab aku tanggungjawab dia juga untuk cari makanan untuk aku dan anak-anak. dan sekarang nie tanggungjawab memasak dlm erti lain membeli makanan aku serahkan kepadanya. Nanti-nanti apabila mood aku sudah segar dan keinginan memasak kembali aku pasti akan menceriakan diri di dapur. sekarang biarlah dapur aku tidak berasap untuk dua atau tiga bulan nie. hehhehehe ayat-ayat cam tak mau memasak terus jer...Idaklah begitu cuma tengoklah kalau aku dah rajin. saper kata memasak jimat??? sama jer aku rasa..

Thursday, January 8, 2009
selamat jalan
"Mu dapat pegi ke tak hantar kawe ni," itu SMS yang aku terima jam 12 tengah hari semalam tatkala aku sibuk dengan penggambaran cover bersama Dafi.
"Alah tak dapatlah tengah sibuk nie td shoting start lambat tak tahu jam berapa baru habis," balasku semula. Walaupun aku tahu jawapan itu pasti akan menimbulkan riakkecewa pada wajahnya. Hendak buat macam mana aku terpaksa, bukannya aku tidak mahu turut serta menghantarnya ke airport tetapi aku terlalu sibuk. Sungguh dengan kerja yang masih belum siap, pertama kali menyusun pagination, menyemak lay out dan pelbagai tugasan baru yg lain. Jadinya hasrat untuk menghantar adik bongsu kesayangan aku ke KLIA petang semalam yang akan memulakan tugasan baru di Kuching Sarawak berkubur begitu saja. aku tahu sedikit sebanyak dia mahu aku menghantarnyya sebab itu malamnya dia menghantar SMS bertanya disusuli dengan telefon.
walaupun aku tidak turut serta aku mendoakan moga dia berjaya dan gembira di tempat baru. Mungkin untuk memulakan kerja mengambil masa memandangkan Sarawak tidak sama dengan Semenanjung. Tetapi memang itu sudah pilihannya. Ketika mula-mula menerima tawaran kerja dia sudah memberitahu mahu memilih Sarawak sebagai lokasi walaupun ada tempat lain ada kekosongan misalnya Kelantan, Pahang dan Perak. tapi adik aku itu..ehhmm aku mmg sudah faham dengan perangainya, alasannya elaun seberang laut yg banyak serta mahu berubah angin di tempat orang. pada mulanya mmg aku tidak menggalakkan dia memilih Sarawak maklumlah dia perempuan, belum berkahwin, tiada saudara mara di sana, jika ada kecemasan siapa yg akan membantu. Begitu juga kedua ibu bapaku risau benar pertama kali diberitahu. TTp nak buat macam mana. Jika aku ditempatnya... pasti aku memilih tempat yg dekat dengan mak dan abah. Senang tiap minggu boleh balik menjenguk mereka. Tetapi itu aku...itulah yang membezakan aku dgn dia. Dia walaupun nampak lembut tetapi hati mudah tersentuh, mudah merajuk dan mengalirkan air mata. Seorang yg aktif, agresif dan agak berani. hampir 2 tahun di KL dia lebih tahu jalan-jalan di KL berbanding aku yg agak penakut, boleh memandu kereta seorang diri dr KL ke Parit Buntar hingga ke Penang. Jika aku jgn haraplah aku lebih sanggup bersesak-sesak di puduraya mencari tiket bas.
aku berdoa moga dia berjaya di sana. Esok-esok bolehlah aku bercuti ke sana....

Wednesday, January 7, 2009
sajer..
aku nak glamer...jaja gambo sendiri. Sajer jer..dah lama tak amik gambo sendiri. Nielah muka terbaru aku dan wajah terbaru anak teruna aku. abaikan jer kalau muka aku senget atau nampak gigi jer..tak pro amik gambo sendiri.
nampak cam aku kurus sket kan..kan..kan???

Bila Durrani jd cikgu
Bila Durrani jadi cikgu....

Kelakar ler juga bila Durrani ajar adik dia membaca. Mula-mula dia ambik buku kemudian baca ABC... pastu dia panggil adik dia, "Aim..aim..aim..aca uku. Aim aca uku," sambil tunjuk-tunjuk perkataan dlm buku tuh. Penuh excited..dan bertanggungjawab cara dia ajar tuh. Bila adik tak amik tahu dipanggil lagi namanya. Camlah adik tuh faham.
hari untuk meeting
malam ini..malam ker ehhh sedangkan jam sudah 1.45 pagi. Terlebih sudah!!!! mata tak mengantuk pulak. Mana tak nyer tadi balik keje lepas menidurkan Fahim aku tertidur2 ayam kat depan TV. Durrani pulak malam nie lambat nau nak tidur dr jam 8 sampai dekat 11 baru dia tidu asyik tengok astro ceria pastu gelak sorang-sorang. Aku mmg bosan sebab tak dapat tengok chanel lain sebab dia sudah memegang remote TV. kalau tidak pun akan diletak di bawah pahanya. oleh kerana bosan aku pun tertido..bleh mak tido cepat drp anak ekekkekek. Siap dia tepuk montoot aku lg seperti mana aku buat kat dia.
hari ni sangat sibuk..aku rasa inilah permulaan kerja aku sebagai penyelaras editor. Pagi aku ke Bangsar Village mengambil baju untuk shot cover kemudian jam 2 meeting dengan charles, puan zaini, cik mat dan kak ema mengenai nama baru i-remaja. Ada 4 pilihan nama baru nanti2lah aku bg tau. blehh hasben aku cadangkan nama GEDIKS mag. hahhaha nama mmg lawak ttp tak masuk akal langsung.
lepas habis meeting mag. jam 4 meeting editor plak alahai...aku sempatlah cakap ngan kak ema..gini rupanye ekkk...asyik meeting jer. aku kalau bab buat keje no hal punya ttp kalau masuk meeting ni paling tak suka. ttp nak buat macam mana sudah tanggungjawab gitu terpaksalah dijalankan dengan jujur dan ikhlas. Esok lusa khamis ni meeting cover review ngan Datuk plakk...see betapa bahagianya hidup selepas memegang jawatan baru ni.

Tuesday, January 6, 2009
oh REMY ISHAK

Tadaa..
Siapakah jejaka macho itu? datang menaiki pacuan empat roda, berkemeja-T putih dipadankan jean. Wah dia nampak tampan walaupun hanya bergaya santai dan simple. Siapakah dia??? pernahkah anda menonton cerita Awan dania..atau Obsesi atau Cinderella..jika ya anda tentu tahu jawapannya. Yer..yer..tidak salah lagi jejaka yang bergambar dengan aku itu adalah REMY ISHAK. Dalam entry lepas aku ada citer pasal diakan..yg aku suka bangat dengan lakonannya dan dia bakal menggantikan aktor tua Rosyam Nor (itu dr kaca mata akulah) dan sekarang jejaka itu ada di depan mataku. Setelah lama juga menunggu untuk photoshot akhirnya dapat juga. Janjinya jam 11 pagi ttp 1.30 baru datang kerana penggambaran drama yang habis jam 6 pagi. Dia tertidur dan langsung tidak sedar jam loceng yang dikunci berbunyi berdering-dering tanpa henti.
namun aku langsung tidak marah, tidak juga akan black list namanya seperti sesetengah wartawan pun bukan kerana aku suka lakonanya tetapi kerana dia ada alasan tersendiri. Lagi satu sejak datang sehingga tamat fotografi mulutnya tidak putus-putus meminta maaf atas kelewatan yg tidak disengajakan. Sejuk hati aku..gitulah artis yang bagus pandai pun nak minta maaf. (nak tahu cerita kena baca i-remaja bila??? tunggu)
Dulu masa mula-mula jd wartawan mmg tak pernah langsung bergambar ngan artis. waima kalau jumpa artis popular sekalipun..jaga sahamlah katakan. Maklumlah senior dah warning jangan tergedik sangat depan artis wpun minat sangat control katanya. Tapi lama-kelamaan cam tak best pulak...manalah tahu nanti dah pencen atau resign tak ada plak kenangan bergambo dgn artis popular. Tak dapat tunjuk dgn anak cucu. so lepas beberapa tahun mulalah simpan gambar ttp tak adalah selalu. Dan sekarang untuk menjadi penulis blogger yang TEGAR gambar harus ada. Biarlah apa org sekeliling nak kata ADA AKU KESAH!!! janji aku ada gambar dengan pelakon bernama REMY ISHAK.
kakakku
Semalam aku melawat akak aku kat SElayang. saje pegi umah dia sebab mak aku ada kirim dodol. Aku kalau dodol mak aku mmg pantang lepas. So selepas beberapa hari dodol tuh terperap aku mengidam untuk memakannya. Gigihlah mengajak en hubby ke SElayang nasib baik dia ok jer.
Mulanya mahu makan di Pak Tam gelas besar dekat stadium selayang, tetapi dek kerana abang ipar aku menghadiri majlis kematian so kami batalkan saja dan membeli bungkus. Anak buah aku Budin dgn kak ngah order nasi ayam, hubby aku makan nasi lemak, aku kak tija ngan abg ipar aku makan mee rebus. Aku kalau pg Selayang mmg tak sah kalau tak singgah kat Pak Tam menunya mmg best. Tak salah kedainya pernah masuk Jalan-jalan Cari Makan. Minumannya pula ada pelbagai saiz nak yang kecil, sedang dan besar. yang besar tuh cawannya macam jag minum 10 org pun bleh lagi. Siap ada wifi lg untuk yg rajin berinternet.
Aku mmg rajin ke Selayang berbanding rumah abang kat Gombak atau kakak kat bangsar. Ada lagi adik lelaki aku Yue, tinggal di Kepong dan adik bongsuku Eiza di Puchong. jadinya kami 6 beradik di KL manakala 3 lagi di kampung. Aku ngan kak Tija, kakak ketiga aku ni mmg rapat. Dulu masa aku menyewa di Sri Gombak boleh dikatakan hujung minggu aku akan ke Selayang. sekarang walaupun sudah beranak aku masih mengunjunginya. Kadang-kadang bermalam di rumahnya. Bukannya apa seronok sembang adik beradik nie. Lg pun akak aku nie perangainya lebih kurang cam aku juga. Berhati lembut dan senang berbincang agaknya sebab itulah ngam kot.
Kak long aku kat Bangsar tuh aku segan sikit maklumlah kakak sulung lg pun aku dgn abg long tak berapa rapat. walaupun dulu masa mula menjejakkan kaki di KL umah dialah yang aku duduk sampailah aku dapat umah sewa. Lagi pun aku segan ngan bang long bukan apa dulu dia pernah rekomen keje kat TNB dan dapat ttp masa tuh aku nak sambung belajar so sekarang nie pas keje wartawan aku merungut mengenai gaji yang tak banyak mana...aku cam malu dgn dia. Tak perlah rezeki aku sebagai penulis agaknya reda jerlah.
kakak aku yg kedua kak chak dia ni mmg kepoh sikit bukan sikit kepoh banyak mulutnya macam bertih jagung, ttp dialah penceria suasana. Agaknya sebab selalu jd wakil pidato time sekolah-sekolah dulu. kalau balik kampung mesti cari dia...sebab meriah rumah. dulu dia keje wartawan juga..wartawan hiburan. ttp lepas kahwin terus dapat KPLI skang nie seronok dgn kerjaya perguruan. Masa dia jd wartawan dulu aku cam admire kat dia..best jer bila tiap kali pulang dia bawa cd masa tuh kaset lagi. sangat banyak ok...t-shirt usah cakaplah sebab dulukan tiap kali launch album mesti dapat baju. masa tuh dia baik ngan kumpulan Iklim dan Black Rose. Wahhh..sangat best bila dia kawen black Rose dtg umah hahhaha teruja sangat. Masa tuh terasa seronoknya jadi wartawan dapat brg free, jumpa artis, ahli politik sukan dll...dan aku angan-angan nak ikut jejak langkah dia.
Dia juga banyak bg semangat kat aku sama ada masa belajar atau lepas kawen. aku ingat lagi masa dua hari lepas kahwin dan nak balik ke rumah mak mentua aku kat n9 aku bereya-eya menangis dalam pelukannya. rasa shahdu sangat. dalam tangisan dia menasihatkan aku, "jadi isteri yg baik. Rumah tangga macam-macam dugaan. pandai-pandailah hadapinya."

Monday, January 5, 2009
Padamu Kubersujud-afgan

PADAMU KUBERSUJUD
PENYANYI: AFGAN
Ini salah satu lirik lagu yang aku suka. Kalau kita dengar dan benar-benar menghayati lirik lagu nyanyian Afgan Syahreza ini, lagunya sangat menyentuh hati. Cuba dengar dan hayati tiap bait-bait kata-katanya.
Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu Ya Allah
*
Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
**
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa
***
Ampuniku Ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dalam sunyi aku bersujud
Aku mmg suka lagu yang menyentuh bab ketuhanan. Touching sangat. Rasanya kalau kat sini hanya artis kumpulan nasyid saja yang menyampaikan lagu bermesej Ketuhanan. Dulu adalah Yantzen dengan lagu Insan aku suka lagu tu sampai sekarang. Afgan ni popular dengan lagu Terima Kasih Cinta ttp aku tak berapa berkenan dengan lagu tuh. aku ni kalau dengar lagu, sekali dengar dan boleh berkata" saper nyanyi lagu ni sedapnya" haaa maksudnya mmg lagu tuh sedaplah.
kalau korang nak dengar carilah sendiri..aku try masukkan videoklipnyer..alahai tak dapat plak. kena belajar lagi nie.
Sunday, January 4, 2009
aksi durrani

Durrani ni mmg suka bergambar. Pantang pegang kamera dia pun gedik lah sekali. Ntah ikut saper pun tak tahu lah. Sejak ada adik kalau aku pegang kamera dia pun automatik bergambo ngan adik dalam pose paling loving sekali. MOTIF??? mesti nak cium hahhahahha. Pandai plak anak aku berlakon depan camera.
Saturday, January 3, 2009
sabtu di office

sabtu yang damai dan tenang, hujan renyai-renyai, cuaca pula sejuk seperti berada dalam air cond..tapi..tapi..tapi ..AKU KENA KEJE. Ya kerja pada pagi Sabtu yg indah tatkala orang lain masih lena diulit mimpi atau bersenang lenang menonton TV sambil menghirup secawan teh panas bersama roti bakar. Arghhh...alangkan damainya. Ttp khayalan jer..hakikatnya jam 6.15 aku dah bangun..basuh baju sebab hari ni kena pg opis settlekan keja yang patut. So jadinya suami aku pun terbabit sama sebab nak hantar anak kat baby sitter. Durrani pun bangun awal sangat excited pilih baju 'cantik' sendiri. Aku pilihkan dia tak nak.."ma..ma jalan..jalan,"katanya.
Aku hanya mengangguk kepala sedangkan hakikatnya berjalan ke rumah Mak Ida. Sian anak aku. Ttp aku rasa mmg dah lama tak keje Sabtu. Sejak office buat macam-macam hal aku pun jadi malas. Lagipun yang buat malasnya bukan apa kena hantar anak ke rumah baby sitter dan kena tambah lah elaun dia kira cam OT lah uols. Ingat keja pejabat jer ada OT jaga budak pun ada OT gak.
Hari ni semua team I-Remaja bekerja sebab nak kena settlekan buku kompilasi perkahwinan Mawi dan Ekin. hampir 50% dah siap dan kena tunggu sampai 11 januari ni turn aku lah plak cover majlisnya kat palace off the Golden Horses. Breakfast Cik Yam belanja..nasi lemak ngan lauk ayam dan paru. baik hati Cik Yam moga dimurahkan rezeki dia lagi AMin. Pas perut kenyang barulah buat keje. Dapat juga siapkan 2 story..acik suka bukannya apa kalau kat umah jgn haraplah nak menulis..ttp kalau tulis blog tuh ok plak hahhahhaha..
Jam 3.30 petang aku berkemas nak balik amik anak. balik tuh singgah kat baby centre kat Bangi jap sebab ada sale baju baby sampai 4 januari ni. Takut tak sempat plak membeli. aku beli baju Fahim 3 pasang baju tido Durrani sepasang. Habislah dekat RM100 itu pun pilih yang biasa-biasa jer. Tak branded pun...baby Kiko + Pooh oklah tuh buat pakai harian. Mummy ngan daddy ni bukannya kaya sangat. alah lagi pun budak-budak buat apalah nak ajar brg branded. Dia orang bukan tahu...pakai apa yang dibeli. Ttp kalau mampu tak salah..orang kata brg mahal mesti tahan lasak kan?
Pas membeli perut terasa lapar ya..aku belum lunch lagi. pagi tadi hanya makan nasi lemak free Cil Yam pastu keropok2 jer. Haruslah kan perut minta diisi.Ttp sejak dua menjak ni nafsu makan nasi macam kurang sikit. Ntah tak tahulah naper. Dalam perjalanan balik tuh hasben singgah kedai beli nasi lemak 2 bungkus untuk hasben aku. Aku order mihun sup jer..goreng pisang, kepok lekor air cendol 3 bungkus. Makkk aiii banyak tol cendul. sapalah nak makan. Dah sampai umah masa untuk makan lerr...ttp sebab kelatihan malamnya barulah aku makan mihun sup.
Friday, January 2, 2009
hangin juga...
Pagi-pagi dah buat aku bengang ni dah masuk banyak kali nie..
citernyer gini..pagi semalam aku ada asekment ngan artis namanya Ainul AIshah pelakon Nana Tanjung dan filem Histeria tuh. sebab Jumaat aku suruh la deme-deme ni datang awal supaya boleh make up awal. Make up kol 10pg so dalam 11.30 dah settle make up. sepatutnya dah boleh shoot lah..aper yg buat aku hangin fotografernya tak muncul-muncul aku sms tak balas, aku call tak angkat aku suruh farah recepnist call pun tarak angkat.
Kalau uols jd aku aper uols nak buat??? takkan lah nak suruh artis tuh tunggu sampai 2.30 ptg kot. Giler haper...dia pun ada keje nak buat. takkan lah aku nak shoot guna kamera digital aku yg tak seberapa lawo dan canggih tuh. mana nak letak muka aku nie..maluu weehhhh!!!!
aku cuma bleh membebel-bebellah kat senior fotografer..kalau ada hal pun at least bg lah tau..ini ikut suka hati dia jer..cam opis dia plak.
untuk menyiapkan keja aku..dengan muka yg tak malu aku pujuk abg nasir supaya ganti tmpt fotografer tuh. sib baik abg nasir yg baik hati sanggup menggantikan tempatnya. Banyak-banyaklah tima kasih...dah banyak kali aku minta tlg dia nie. haruslah pasni kena belanja makan tiga hari tiga malam berturut-turut.
Pas lunch aku terima msg dr dia
"mana?"
Bleh lagi tanya mana??? tau ka tarak tau ka...dah aku tulis kat asgn aku jam 11 pagi. pasai apa mai jam 2.30 plak..buat-buat tak tau plak..sekeh kepala kang..(iskkk..iskkk idoklah berani aku nak sekeh kepala jantan uolss)
aku balas cam gini jer..
"lu tengok jam tak kol braper tuh. 2.30kan??? sepatutnya kol braper?? nak lewat pun agak-agaklah. ini nyusahkan orang. sib baik ada abg nasir settlekan keje lu. lu hingat lu sapa???"
"k" itu jer jawapannya...see tak mintak mahap pun..aku pun bknnya nak dia minta maaf sangt at least dah tahu salahkan..haii..apa mau jd pun tak tahu lah..

mehhh makan mehhh
Seperti biasa lepas balik keje amik anak ngan hubby kat umah mak Ida..pastu terus bg tau kat dia yg esok aku keje minta tolong dia jagakan Durrani dgn Fahim. Nasib baik dia tak ke mana-mana. Tiba-tiba jer naluri makan aku membuak-buak terasa lapo sangat. Ttp hubby aku nak makan burger jer katanya masih kenyang. aku pun bg tau..mama pun nak burger juga pastu belikan nasi ayam yer sebab nak share ngan Durrani. hehheheh alasan ler tuh nak share... Durrani bkn makan sgt pun.
Pas sampai umah terus jer aku belasah nasi ayam..wpun kureng sedap dan memenuhi citarasa aku ttp dek kerana kelaparan aku gagahkan juga makan sampai habis. Ttp tak habis pun Durrani bukan nak makan sangat main jer...dia makan ayam jer sikit-sikit. Yang lain aku larr habiskan. Lepas dah makan nasi ayam aku buka burger plakk...hamboii tak kenyang2 lagi ker??

ala buka balutan dia jer bukannya makan pun ahakss...karang lapar sambil layan tenet aku makan ler. Lagi pun setakat burger sebiji tuh idoklah naik berat badan sampai 1 kg..badan aku pun maintain lagi..harap2 maintainlah sampai bila-bila. Hari tuh masa g klinik timbang dah turun sikit drp 48 kpd 46kg itu berat normal aku. Masa belum ngandung tuh. Wahhh berjaya berjaya..turunkan berat badan secara semula jadi tanpa diet..tanpa rawatan..dan tanpa senaman. Senang jer nak turunkan..ada anak turunlah nanti. Penat jaga anak..itu dah kira senaman lah juga tuh.

Thursday, January 1, 2009
fahim 6 bulan
Hari ini 1 Januari genaplah usia Fahim 6 bulan. Lepas baik demam hari tuh beratnya dah makin naik. kalau tak nampak cengkung jer mukanya. 6 bulan Fahim dah boleh pusing-pusing 360 darjah. dah angkat buntot sikit-sikit nak ke depan. ttp tak boleh lagi sedang berusaha ke arah itu. Nangisnya makin kuat kalau nak susu..tak sabar-sabar. pastu suka main ngan kakak dia..pantang kena agah sikit ketawa mengekek. lihatlah gambo-gambo terbarunya itu...

Gelak besau..
Subscribe to:
Posts (Atom)