Wednesday, November 19, 2008
pakai baju adik
Tuesday, November 18, 2008
tak der kojo...
buku dan kad baru...

pagi td juga aku ada temu janji kat Maybank Bandar Baru Bangi kerana nak siapkan buku dan kad ATM aku yang hilang hampir sebulan. Lamanya aku nak buat balik tuh bukan apa sebab macam-macam versi aku dengar..ada yg kata kalau kad dan buku hilang nak buat balik kena pg bank masa buat buku dulu. Makkk aiiii...aku buat kat Penang time tuh takkanlah mak cik nak ke Penang. APER KE JADAHNYER!!!!..baik buat buku baru.
tetapi semuanya NAN ADOO...naperlah percaya cakap orang..masalahnya aku tepon sepupu aku yg keje maybank dia pun cakap benda yg sama juga dan suruh aku buka buku baru (aperlahhh kak aida ni tak efisyen langsung gini ker staf yg bijak hehhehehhe). Jadinya selepas sebulan hilang dan aku tranfers duit gaji guna maybank2ulah sebab pengeluaran duit aku telah lumpuh diulang tayang LUMPUH. sib baik ada maybank2u kalau tak guna duit hubby2u lah jawabnya.
ok sambung citer td...oleh kerana mmg aku nak juga kad dan buku lama aku pun pglah maybank( sebenarnya mmg nak pg masa hilang dulu elok bertanyakan drp sesat jalan) ttp mak cik bz sesangat..so pagi td baru ler sempat..sebenarnya senang jer..boleh buat balik kat mana-mana maybank cuma dorang akan call tempat kat mana kita buat buku dan bayar RM37 yg ditolak dr akaun. Ttp tandangan kita kena sama spt mana dalam buku tuh kalau tak sama signlah sampai sama...td aku practice sekali jer...lg pun tak banyak beza sgt t.tangan aku. so sekarang aku dapat kad dan buku baru yahoooo wpun duit kat dalam dah habis hehheheh.
mari melukis
Lu fikirlah sendiri
Sebenarnya Isnin dan selasa minggu ni sepatutnya aku bercuti sebab nak menghabiskan cuti tahunan yg tinggal lagi 18 hari. Ttp dek kerana editor aku pun bercuti dia tak benarkan aku bercuti kalau dua-dua2 cuti saper plak nak sign layout yg nak hantar kat printing nanti. sebagai pekerja yg baik ..cewahhh puji diri sendiri (sebenarnya terpaksa..adooiiilah editor aku nie..kot yer pun nak cuti bagilah habis check lay out dulu. selalu cam ni tau..i ouls kena berkorban). selain cuti aku juga telah diberi mc oleh doc kat klinik Taman Desa wpun aku tak mau mc tuh ttp dia bg juga amik jerlah..kekdahnya aku keje sampai kol 6 ptg baru balik. dan yg aku tension sebab lay out tak juga habis buat..gilerr punyalah lambat. Adehhh kepala aku masa tuh dah mula berdenyut balik..berat jer aku rasa cam ada batu atas kepala. Hidung pulak tersumbat..batuk makin menjadi-jadi sabar-sabar wahai Siti Zarinah Sahib...hati aku meronta-ronta nak balik...GUA PENATLAH NAK REHAT NAK TIDO TD MAKAN UBAT BATUK DAN SELSEMA..ttp sebenarnya meraung dlm hati jer. siapalah yg tahu.
aku tak tahu naper bulan nie ada 2 grafik artist masih lambat juga esok 19 NOVEMBER baru close secara rasminya. APER KEJADAHNYA...salah siapakah ini EDITOR...REPORTER..atau GRAFIK ARTIST atau mereka dan keluarga mereka LU FIKIR LAH SENDIRI. (gua malas nak fikir)
Mujur juga bila balik ke rumah pandang muka suami yg senyum-senyum kelat (sebab tak dengar cakap dia..dia kata mc aku nak keje juga), pandang muka putra dan puteri aku terus jd sejuk. Virus demam aku terus jer lemah dengan sendiri. aku telan ubat demam + batuk + selsema bila bangun pagi rasa dah sihat sikit alhamdulillah.
Selasa yang cerah dan menawan buat aku tertawan..aku ingatkan dah settlelah semuanya WAN (grafik aku nama Wan) rupanya tak juga lagi. Adehhhlah..sedangkan semua tuh boleh dibereskan..aku nak bertempik bertekak bukannya ada kuasa pun hanya pegang title penulis Kanan jer..apalah kuasa aku.. nak lebih-lebih. akhirnya Rabu jugalah close..cuti akan aku tukar ke hari khamis... kerana ada hal yg perlu aku bereskan khamis nanti...biarlah editor aku bg ka tarak bagi ka...Gua mau cuti juga..TIMA KASIH.
Sunday, November 16, 2008

tahniahlah untuk anak buah aku Muhammad Saiffudin @ Budin yang berjaya dapat 5A dlm UPSR baru-baru nie. Sekarang ni dia tengah dok survey nak sambung belajar kat mana..cadangnya nak masuk MRSM mudah-mudahan ler dapat. Kalau dapat berjauhan ngan mak dia ler..wpun anak bongsu anak buah aku ni tak ler manja sgt lagi pun lelaki kan. kenalah berdikari. Kesukaannya main bola dan sgt suka tengok bola.
Budak-budak sekarang ni makin pandai..kalau setakat 5A tuh dah tak heran dah sebab ramai sgt yg dapat persaingan terlalu banyak. tak macam dulu kalau dapat 5A maunyer kenduri sembelih kambing ayam bg tau satu kampung hehhehehhe. sebab masa tuh sush sangat nak dapat...kalau ada satu sekolah tuh dua atau tiga org jer.
Teringat dulu masa aku amik UPSR ni cuma dapat 4A jer ttp masa tuh tak pg mana-mana pun sebab miskin kan. sambung ler sekolah yg sama..sekolah aku dulu buruk jer...semua papan ada dalm 8 kelas semuanya setiap kelas dibahagi dengan papan yg boleh diangkat ke tepi. kalau penyampaian hadiah kelas itu akan jd dewan ler. yg paling best kalau waktu rehat suka nauu main polis entry masuk dalam semak semua bawah sekolah (sekolah dulu ada tiang ala-ala cam umah gitu). Kalau balik sekolah tu kotorlah baju cam budak laki jer. aku kat sekolah dulu nak kata pandai sangat tak ler..ttp selalu kalau exam paling corot pun aku penah dapat no. 4 jer yg lain 2, atau 3 no. 1 penah sekali kot selalu dok bersaing ngan member aku namanya Saadiah.stil lagi contact ngan saadiah ni.
Ttp time aku dulu sekolah rendah mana ada tuisyen tak macam budak sekarang sekolah rendah dah tuisyen semua subjek kdg2 panggil cikgu datang umah lagi. Betapa bertuahnya...sebab itu ler aku kata persaingan dah jadi sangat sengit nak masuk universiti susah sebab ramai yg dapat result bagus bergantung pada rezeki jerlah. Begitu juga dengan UPSR ni kalau dapat result tak bagus jgn kecewa pulak sebab masih ada exam PMR dan SPM yang menentukan hala tuju masing-masing.
ahad yg sibuk
"mama nak masak ker?"
"sempat ker nak masak..nak jaga Fahim lagi kang Durrani tuh mengganggu plak," sebenarnya ini ayat-ayat tak moo jaga anak ler ni.
"Abang beli lauk ajerlah yer,"
aku cuma mengangguk sambil tersenyum..ttp dalam hati, "best gak tak payh susah2 nak masak. ayat-ayat isteri yg sangat pemalas ni. hehhehehe
Hasben aku pun pglah beli apa yg patut..balik jerr..aku tengokk..makkkk aiiii..banyaknyer..cam nak makan 20 orang ni. antara yg dia beli kari daging, sup daging, ayam masak merah, ikan kembung bakar, ikan keli bakar, sambal belacan ngan ulam-ulaman. pastu adik aku dtg bawa siput sedut masak lemak, hati masak kicap ngan paru masak sambal mmg ler tersangat lah banyak mauu sampai esok pagi tak habis ni.
Nasib baik akak aku datang bersama 2 orang anak nyer cuma bawa mihun sup ngan mee rebus dr kedai Pak Tam Gelas Besar..(sedop wooiii mee rebus Pak Tam). Akak aku kata sib baik dorang tak beli lauk..mmg dah nak beli td..
Petang ni hujan lebat gilerss...ttp akak aku nak balik gak dlm kehujanan tuh sebab nak tengok anak buah aku baru lepas berkhatan. hari ni umah aku makanan mmg banyak gilerr..lauk-pauk tuh mmg ler tak habis sebab malam kang nak makan mee rebus ngan mihun sup tuh..adoiii lah kekenyangan lah aku.
aku suka dia...


Hari sabtu mmg masa menonton Tv biasanya citer yg aku tak sempat tengok dlm seminggu aku akan tengok pd sabtu. start dr 11 pagi sampailah jam 1 aku melekat depan TV. Bukannya apa sekarang nie aku tak leh miss citer Awan Dania. Best juga citernyer pasal kehidupan pramugari air Asia dan yg menyebabkan aku nak tengok drama bersiri ni sebab ada Remy Ishak. Siapa itu Remy Ishak??? aku rasa aku dah mula suka dengan lakonannya. Mula-mula sekali aku tahu kehadiran mamat ni dalam drama Sindarella dia berlakon sbg Tg Haidar mula-mula tengok ok juga mamat ni boleh menghayati watak dengan baik. wpun sebelum tuh dia dah banyak berlakon drama ttp maaf ler aku tak pernah mengetahui kewujudan dia melainkan sinderella. pada hal dia juga dah berlakon film anak Halal dan beberapa drama lain.lepas ni tunggu kemunculannya dlm filem Duhai Si Pari-pari plak.
aku rasa dia ni next Rosyam Nor. Bosanlah kan ngan hero tua tuh... asyik2 muka dia jer jd hero. sekarang dah ada pelapis. kalau tak caya tunggulah beberapa thn lagi. Itu pun kalau dia tak buat hal lah kan. aku suka masa dia berlakon dlam telemovie kat TV3 ngan Rita Rudaini aku tak ingat tajuk aper ttp sebagai lelaki romantik... romeo ...sangat berkesan ok..sangat charming.Ppenghayatan watak sangat baik terutama kalau bg watak jantan yg mencintai dan dicintai..perggghhh..
sibuk sikit
"org umah Peyek nak datang kejap lagi" - sms laki aku ler ni
Peyek tuh sepupu dia yg dok kat PD.
"alamak..yer ker? umah tak siap kemas lagi..mama tak mandi lg nie. kol baper nak datang makan sini ker?" balas aku puler.
"dorang lom bertolak lagi. dalam 11 lebih sampai kot" balas lagi laki aku.
"tak per abang beli lauk nanti"
"ahhhrrgg tersangat lega. maklumlah bg tau kol 9 lebih..11 lebih dah nak sampai mana sempat masak apa. lagi pun sabtu yg indah ni dlm peti sejuk aku manalah ada apa-apa. selalunya barang basah aku beli stok untuk lima hari jer. sebab hujung minggu jarang ler memasak. saper yg datang umah mengejut tak g tau awal-awal tuh alamatnya menu beli sajerk.
So aku siap-siap kemas umah jer..pastu mandikan diri ngan mandikan anak-anak. dalam kol 12 dorang sampai. tengok laki aku beli lauk melampau sangt..banyak cam nak makan 10 orang jer pada hal sepupu aku tuh berdua campur 3 anak. pas dah hidang makan-makan ler...pastu laki aku ngan si peyek ni g Uniten nak siapkan kertas keja pasal pelihara kambing.
tinggallah aku ngan Nurul bersama anak jantannya. anak-anaknya sangat aktif ok maklumlah jantan semua sian aku nengok si Nurul ni asyik dok memanggil anak dia jer..dah ler si kecik buat hal merengek jer sepanjang masa. Sib baik anak aku ok.. petangnya aku pesan goreng pisang kat laki aku sementara tuh aku buat jemput2 sekali lagi sambil buat teh o.
Dalam kol 6.30 barulah dorang balik ke P.Dickson.Akceli rumah sepupu laki aku ni tak jauh dr umah laki aku kat kampung tuh. ni lar first time dorang datang itu pun sebab nak wat keje kalau tak jgn haraplah nak sampai sini.
Friday, November 14, 2008
mama..buat susu
Sibuk nak buat susu sendiri. Kalau tak bagi dia buatlah muka macam nak nangis. Dah ler nak g hantar umah baby siter. Last aku bg juga senyum lebar sampai ke telinga. Konon cam dah besar lah tu ..yg aku maleh bukan apa ...nanti tumpah2 di kerjakannya



Thursday, November 13, 2008
layan kuda...
Rasa cam nak belajo menunggang kuda plak nak ganti Qabil Ambak..ok tak???




sebenarnya kuda-kuda ni kat PUSAT EKUIN, UPM berhampiran ngan umah aku. Setiap hari aku akan melalui kaw. ni untuk pg umah bby sitter. Selalu kuda-kuda ni sangat jauh ttp pagi semalam meg betul-betul dekat pagar. Apa lagi en hubby yg tengah ajar Durrani mengenal binatang terus memberhentikan kereta. Teruja betul durrani tengok kuda hahhaha dalam kete asyik belek kamera jer.
senang hati
Wednesday, November 12, 2008
Farah Breep..breep..

Haruslah gambo aku ngan dia ada. ttp musykil sikit naper aku gemuk..ngandungkah??? ohh tidak kena diet nie
Petang tadi aku ada fotoshot dgn Farah AF2. Sebenarnya sudah tersangat lama aku nak buat fotoshot ngan dia ttp dia terlalulah bz sejak jd pengacara rancangan kat Astro Oasis ni. Pas aku sms adik dia, Wawa terus jer dia bg tau date 12hb jer dia free aku pun apa lagi terus book studio. Dah banyak kali aku buat fotografi ngan dia..cover sahaja dah 2 kali..pastu lepas jer dia kuar AF aku buat juga. Sampailah Farah ni kata kat aku, "dah lama betol tak jumpa akak. Lama betolkan akak keje sini...sejak Farah kuar AF lagikan. aku ngan tersipu2nya berkata..."aaaa..dah dekat 7 thn dah" naper tak percaya??? pertanyaan Farah tuh menandakan memang lah sangat lama aku keje ngan Ir drp remaja sampailah skang nie jd mak budak. Patutnya dah tukar majalah I-Tua dah. Latok...latok ada ati nak terbit tak mag i-tua tu tak pun tuko nama Kertu??? saya mau jd editornya hahhahahha.
Farah Af nie sgtlah spoting dan 'gila-gila' tau diulangi bukan gila. Dia juga sangat peramah dan polite gitu. sejak mula aku jumpa dia sampai skang nie gitulah perangai dia tak berubah langsung. Ok aku citer sikit pasal konsep shot petang tuh sebenarnya aku nak buat ruangan pilihan selebriti ngan story hiburan. untuk pilihan selebriti dia bawak perfume yg semuanya hadiah dr peminat..banyak ok..ngan sport shoes...tup..tup..editor aku turun dia kata stanby untuk cover Jan 09. Halamak...mana ada pinjam baju sib baik ada dres pink yg cute sesuai ngan imej dia harap2 menjadilah yer.
Start make up kol 11 dan habis shot kol 3.30 ptg. Tersangat lama ok..lama sebab make up artisnye E-Sham sangatlah teliti ttp hasilnya memuaskan hati. Perut aku mmg bergurindam gilersss...minta diisi. Ttp mana leh nak makan selagi tak habis. TU pun sib baik aku interviu by phone kalau tak sure dekat kol 5 baru habis.
Dah habis shot aku ngajak jantan2 photografer yg macho dan hansome-handsome belaka terdiri drp Jasmin, Pokli ngan abg Nasir teman aku makan. hehheheh semuanya ok jer..we ouls makan kat mak cik depan opis jer uols maleh nak jauh2 hujan plak tuh. aku tentunya carik nasi satu hari tak makan..yg lain2 makan kuih ngan minum jerr...
Kalau dah lepak ngan pgrafer ni macam2 lah citer terutama abg. nasir balik-balik cam ner nak kaya..pastu tak habis-habis ngan kusus poligami dia. sakit perut aku dok gelak...kalau tak ujan lebat sure lama lagi dok berborak. Akhirnya drp kol 12 sampailah kol 5 barulah aku kembali ke pc aku..hahhahahha lama gilersss di bawah.
ni aku tempek gambo masa shot tadi.



jumpa kak kusyi
Ni kali pertama aku jumpa kak kusyi lepas dia balik umrah hari tu. Agak lama juga aku tak jumpa dia..masa aku ngandung Fahim 9 bulan...pas bersalin sampai lah petang tadi baru jumpa dia. Tu pun secara tak sengaja aku ternampak sorang mamat kat depan opis..rupa2nya abg Zul terus aku tanya, "mana kak Kusyi?" Rupanya kak kusyi menyorok di balik tiang hehhehe..cam ner aku leh tak nampak dia. Nampak semakin berisi..senang hati ler tuh. Kak kusyi ni dulu penulis majalah Jelita dia ler org kedua yg aku kenal selepas aku dapat keje kat BP ni. Banyak benda aku belajar dr dia start mula masuk keja sampailah dia berenti dan skang nie jadi novelis plak. Dah banyak novel dia buat dia juga jd penulis sambilan kat Jelita. Sebenarnya aku nak tunaikan hutang ngan dia nak pegi kusus ttp tak pegi2 lagi. Tengah cari masa sesuai. Nantilah akak..kalau saya dah dpt masa saya g tau ekkk..muah...muah..muahhhssss...
citer anak lagi...
Ni gambo yg aku amik bila Durrani buka mata jer dia akan cari adik dia dan cium eehhmm..so sweet kakak yg caring nie. Pastu mulalah dia buka selimut usap-usap kepala cam aku selalu buat tuh. Pastu agah-agah kasi gelak..bila dah gelak dia katalah..."mama Aim (ringkasan untuk Fahim dia tak leh sebut betol lagi) gelak."
Pastu (banyak benar pastu...pastu...) barulah dia ajak aku mandi.


Tuesday, November 11, 2008
bedung

Lena jer si kecik ni tido kalau aku bedung..kalau tak tangan dia menggapai bintang, langit ketujuh semualah. Habis muka kena cakar sana-sini. Dulu masa kecik aku pakai napkin ttp skang napkin dah tak muat so pakai blanket dia..kdg2 pakai kain batik lagilah sangat ketat. Kalau blanket nie still tangan dia bleh kuar lagi. Sebenarnya baby suka tidur dibedung. Ada yang kata kalau tak bedung nanti jalan tak betul..entahlah sukar dibuktikan dengan sains. Masyarakat Cina ngan India mmg tak ada bedung-bedung ni anak dorang tengok jalan ok jer walapun ada juga yg tak ok. Ttp sebenarnya bedung baby ni supaya baby tidur dengan lenanya. Tangan dia tak leh gerak dan mengurangkan rasa terkejut. Lagipun bila bedung baby rasa cam dalam pelukan ibu jer cam anak aku ler kalau malam tido tak hingat dunia. Tabah-tabah kalau sejuk best jer tido.
lega Durrani sudah mahu susu
Malam lepas suap nasi aku buatkan ler susu...pastu terus dia ambik tanpa banyak soal..sambil pandang-pandang botol susu dan sebut," cucu...mak Idah.." aku faham ler maknanya botol susu kat umah mak ida..igtkan dia dah tak nak panic juga aku ttp akhirnya dia menyusu juga...argghhh leganya..anak mama dan menyusu kembali.
lunch di Secret...
mak cik sudah fenin nak makan ape..last2 aku oder fish n chip sebab dah lama gilersss tak makan. Kak zeda order mee kari..kak ana aku tak ignt oder apa n kak ema lasagna kot. Sebelum meal sampai kami melantak ler kek dulu sedapnyerr...terasa2 sampai skang nie. sampai licin kami makan. Lapo sangat kami nie.
sambil makan dok bergosip-gosip besttt woiii dengar bos-bos nie bergosip. aku cuma ehhmm..aaarhh..ya..iyer...hehhehe standart ler tuh sekali sekala nyampuk juga uols nak bergosip juga.
nilah aku amik gambo kasi layan sket Zassss....
Pilihan di tangan anda..muhasabah diri
Aku sering bertanya sukar sangatkah kehidupan ini sehingga manusia seringkali membuat pilihan salah? Adakah itu dinamakan takdir. Ya ramai beranggapan apabila kita nekad dengan keputusan yang satu, dan keputusan itu menyebabkan kehidupan kucar kacir kita akan menyalahkan takdir daripada menyalahkan diri sendiri. “Sudak takdir nak buat macam mana,” begitulah biasanya kedengaran agak terlalu klise.
Beberapa hari ini aku mula terfikir kehidupan beberapa orang kawan yang sama-sama menjalani kehidupan denganku tetapi mengalami kehidupan yang muram dan suram. Kerana apa??? Semuanya kerana mereka membuat pilihan yang salah.
Seorang rakan ketika sama-sama menuntut di universiti perkahwinannya hancur dalam usia muda hanya setelah setahun berkahwin kerana dia yang membuat pilihan sebegitu. Mendudalah dia kerana itu pilihannya. Bagi aku kita yang mencari kebahagian dan membuatkan kehidupan rasa bahagia. Apabila rumahtangga berantakan salah siapa..salahkan diri sendiri.
Cerita kedua rakan serumah..yang memilih untuk menjadi perempuan simpanan kerana kemewahan. Kedengaran seakan tidak percaya..tetapi kerana apa dia yang membuat pilihan sebegitu. Jangan salahkan orang lain..family yang tidak ambil tahu atau kurang kasih sayang bukankah atas kemahuan sendiri. Apa tidak seronoknya semua kemahuan dituruti, poket sentiasa berisi, melancong ke sana-sini tidak sedar maruah tergadai. Murah sangatkah harga diri sehingga sanggup berkelakuan begini. Sebagai teman serumah tidak sangka dia bijak mengaburi mata semua setiap hari dihantar bos. Kereta dibeli...apabila bercuti pulang dengan pelbagai hadiah mewah siapa yang tidak mahu. Kali pertama melakukan hubungan seks sudah diberi cek bernilai RM50 ribu wow!!!! Begitulah harga yang perlu dibayar untuk membeli maruah. Tetapi sebenarnya tidak ternilai dengan wang ringgit. Kini kehidupannya entah bagaimana dia menghilangkan diri setelah bos mencari. Sudah terpalit noda hitam dalam lipatan sejarah hidupnya. Noda hitam ini tidak akan hilang sampai bila-bila waima dicuci beribu kali sekalipun.
Kisah ketiga mengenai rakan kepada seorang rakan, kisahnya menarik untuk dijadikan pengajaran. Timbul rasa benci apabila mengetahuinya. Kehidupannya agak sosial selepas tamat belajar. Berwajah cantik dan memiliki tubuh seperti model semuanya sempurna lelaki mana tidak jatuh hati. Namun jangan menggunakan kecantikan ke arah maksiat kelak memakan diri. Clubbing dan bertukar teman lelaki itulah kerjanya baginya dunia adalah segalanya. Akhirnya teman lelaki mengajaknya berkahwin dengan alasan mahu mengubahnya. Tanpa berfikir panjang dia bersetuju dia membuat pilihan yang bijak kerana memilih lelaki yang baik yang tidak memandang kisah hitamnya. Namun benarlah manusia ini sukar berubah apatah lagi berkaitan nafsu. Rupanya gelaran isteri tiada menghalangnya melakukan maksiat. CURANG... itulah sesuai menggambarkan perangainya. Setiap malam keluar berjumpa jantan. Pulang hingga ke pagi. Tubuh yang sepatutnya dberikan kepada yang berhak diberikan kepada jantan lain. Apa punya isteri..patutnya hukuman sula diberikan. Kerana tidak tahan menanggung maksiat akhirnya suami terpaksa membuat pilihan dengan menceraikannya.
Begitulah lumrah dunia, entah apa yang dicari. Teringat ketika aku terpaksa membuat pilihan untuk mendirikan rumahtangga. Akhirnya aku memilih dia... suamiku sekarang, dan aku bahagia dengan keputusan yang dibuat. Pilihan bukan kerana harta kerana suami aku bukannya kaya pekerja biasa sahaja. Bukan juga rupa, suami aku bukan lelaki handsome kerana bukan harta dan rupa yg aku cari ttp aku mencari BAHAGIA. Kini aku sedar bukan harta juga rupa yang menjanjikan bahagia. Tetapi mendapat keredaanNYA. Kdg-kdg kita lupa setiap hari usia semakin pendek manakala dosa semakin banyak. Entah esok entah lusa Tuhan mencabut nyawa apa bekalan untuk hari tua? Aku sendiri takut mengenangkan amalan yang tidak seberapa yang mahu dibawa ke SANA. Takut seandainya MAUT menjemput aku sebelum masanya. Mahu jadi isteri solehah atau sebaliknya pilihan di tangan kita. Bukan susah dengar kata suami ikut perintah Tuhan hindari laranganNYA barulah dapat cium bau syurga. Mudah-mudahan kisah ini jadi pengajaran pada kita semua. Wallahhualam...
fahim ohh fahim


akak dia suka benor bg teddy besar.. yg aku tak suka semua nak masuk mulut
muka sedey jer nak kena tinggalBangun pagi aku terasa sedihnya nak meninggalkan anak aku kat baby sitter ttp apakan daya dah terpaksa.."mamakan keje kena cari duit nak beli susu, baju, mainan Fahim so mama kenalah hantar Fahim kat umah baby sitter." Itu ler ayat yg akan aku cakap kat anak aku tiap kali nak hantar dia. Bukannya apa selalunya jam 7 dia dah celik mata...celik jer mulalah dia akan cari aku..pandang jer dr ekor matanya ke mana aku pagi. Kalau aku tak ada depan mata mulalah merengek-rengek minta diangkat. Bila dah pegang terus diam...tuh dia..kecik2 dah pandai ngada-ngada tau. Pastu mulalah ajak berborak sampai terkuar-kuar air liur sebab tuh ler aku perasan rambut aku dah gugur..dah nipis dah sebab anak dah start main air liur...terpaksalah bertahan jgn sampai botak sudah hehhehe.
Bila aku nak siap jer dia dah mula pandang-pandang aku. kdg2 tak mau kasi nangis aku mekap dan pakai tudung depan dia...bila pakai tudung mulalah merengek makin besar...dia tahu nak jalanlah tuh. pastu bila pegang diam terus..sebab tuh ler bila nak hantar rasa sedih jer...jam 7 petang karang barulah amik dia...banyak masa kat umah baby sitter dr umah aku. malam banyak mana sangat masanya ngan aku.. dapat main2 kejap jer...biasanya jam 9 dah tidur sampailah ke pagi. sebab itu ler bila balik mmg aku hadap dia org dulu layan2 apa yg dorang nak bila dah tidu barulah start nak masak ke basuh baju ker. sebab itu ler eden selalu makan malam lambat. harap badan tak naiklah huhuhuhu. biasanya hujung minggu ler masa bersama dorang..sebab tuh ler si kecik nie setiap hari isnin baby sitter aku cakap dia pasti meragam..tidu kejap2 jer..maklumlah hujung minggu ngan mak dia..layan baekk punya.
mengejar dateline
Tengah hari aku ajak Anis temankan g Bangsar hantar baju..aku maleh sikit pg Bangsar tuh sebab susah bangat nak parking penahlah aku kena saman ngan polis trafik sebab letak kete kat tepi jalan. melayang gaklah duit RM50 sejak hari tuh aku serik sangat letak keta sesuka hati. Sib baik Anis dengan baek hati menerima pelawaan akak dia nie. Oleh kerana pi Bangsar kami makan pun kat bangsar juga itu Restoran Pelita..Cik Yam (X-Jelita) pun datang juga. Makin berseri2 ko...nampaklah keceriaan selepas pindah keje. sembang2 sambil makan alangkah sonok nya aku ngan Anis order briani Ayam madu ttp ayam madunya taklah sedap sangat. aku rasa mmg tak leh lawan kat Mahbub punya...kaw...sangat.
Balik opis dekat kol 2 petang editor aku pun dah blah dah..so tinggal aku ngan anis jer..oppss lupa ada budak praktikal dr UiTM..nama dia syazwani..panggil wani jer. hari nie sesi berkenal-kenalan jer..ttp aku dah kasi keje kat dia..alah kacang jer keja aku tuh kejap jer leh siapkan. Petang2 gini mmg sunyi jer masing2 khusyuk buat keje. tak sedar dah jam 6 petang masa untuk pulang yahuuuu...
Saturday, November 8, 2008
Sabtu yg tenang
Friday, November 7, 2008
6 NOVEMBER 2008....
Baru tiga tahun yaaa…aku kahwen rasa cam dah lama jer ceewahhh…rupanya baru 3 tahun. Oleh kerana aku lupa en hubby ingat sebenarnya ttp dia sengaja wat-wat lupa…yerlah macam aku bg tau td ingt date 4 Dec jer hehhehe so tiadalah apa-apa xtvt atau sambutan. Kira tak ada apa-apalah..nak kuar makan pun aku dok bz pehh tuh malam penat gilerss..nantilah nak selebrate pun. Tunggu yaaa..buk
SELAMAT ULANG TAHUN PERKAHWINAN (wish untuk diri sendiri) moga rumahtangga aku bertambah aman dan bahagia hingga ke akhir hayat. Bahagia ngan dua cahayamata yg comei Durrani Fatihin ngan Dhani Fahim..(mmg anak-anak penyeri rmh tangga aku, tak ternilai sangat dua harta paling berharga tu), pastu dimurahkan rezeki oleh Allah dan bertambah anak lagi untuk masa depan AMIN Ya rabbal alamin.
Dalam meniti usia 3 tahun perkahwinan aku rasa masih dalam proses mengenali suami..wpun aku dah faham bebenor perangainya ttp kdg2 ada gak yg tak dijangka. Sebab hasben aku ni dia suka menilai dr mata hati sebab tu ler kalau aku buat salah atau tergerak hati sikit jer cthnya kan cam terasa hati ngan dia ker ttp pendamkan tak nak cakap dia dah bleh tahu dah. Sebab tu ler ngan dia mmg tak leh tipu instinct kuat punya. Oleh kerana itu kalau ada masalah yang kecik-kecik (setakat ni alhamdulillah tak ada ujian besar lagi mg dipermudahkan olehNYA) jgn harap ler aku leh sorok dr dia..cepat jer dia tahu..waima prob keje sekali pun..org kata tengok hidung aku pun dia dah tau aku nie ada problem. Kdg2 aku kat opis dok fikir bukan-bukan…pastu dia dah sms kat aku…tanya “naper..moyok jer ada masalahkan…naper sorok dr dia” gitulah tak leh hamba nak bersendirian langsung. Last-last mmg kena citer jugalah ler. Dan pandangan dia mmg bernas dan sangatlah membantu aku yg sedang dilanda masalah ni. Sebab tu ler kwn-kwn dia kalau ada masalah akan rujuk dia sebab leh jd consultant free Of charge. Kdg2 aku hangin gak..malam-malam sibuk jer ajak laki aku minum. Ttp aku tak pernah halang pun biar lerrr selagi aku tahu apa dia buat. Dia ni kalau sembang mmg jenis susah nak berenti terutama bab kehidupan dan politik ni lagilah. sebab tu ler kalau sembang ngan aku..aku nie hangguk dan errmmm..ehhmmm jerlah. Pastu dia kata plak mama ni asyik diam jer…tak bg pendapat langsng. Kdg-kdg time dia sembang bleh plak aku tertido. LAYAN jerlah hehheheh dah namanya suami isteri terima jerlah seadanya.
Ttp mmg betol komunikasi dalam perhubungan sgt penting. Biarlah wpun dah kawen ttp sms tetap cam biasa…ayat2 pun tak berubah..tetiba jer dpt sms… “rindulah kat mama” tak ker seronok bila laki sendiri sms rindu pada hal baru jer jumpa nie. Layan lah sms tuh cam bf ngan gf..seronok plak cewahhh…sms ni lain drp cakap terus..bila baca tulisan nie hati dah berbunga-bunga..perasaan jd tak tentu hala. Sebab tu ler bila gaduh jgn guna sms bahaya…kalau tak puas hati cakap terus terang jer. Sebab sms boleh membuatkan kita membuatkan andaian yg pelbagai. Kalau tak kena gaya makin panjang ler gaduhnyer…Sms mmg jadi pengerat hubungan sebab tu ler bila rumah tangga Norman ngan abby (haiii..masuk bab abby ngan norman plak..mg jd pengajaran pd laki2 kat luar sana jgn nak menduakan isteri yg setia) berantakan dan abby kata dia dah lama tak jumpa Norman dan berhubung nagn dia maksudnya tak ada komunikasilah lama-lama jadilah cam gitu…WALLAHHUALAM SEKIAN
ni aku up date tarikh-tarikh istimewa aku
Besday aku - 10 Julai 1977
Besday suami - 1 Jun 1977
tarikh nikah - 6 nov 2005
tarikh kahwin - 4 dec 2005
Durrani Fatihin - 23 oct 2006
Muhamad Dhani Fahim - 1 Julai 2008
Bz..maa...
Pastu aku tak sedar pun bila durrani tertido agaknya sedar-sedar jam dah kol 12 atau kol 2 pagi. Time nialah sibuk bangun kalau lom solat Isyak pastu tengok kat dapur kalau ada pinggan mangkuk tak basuh lagi. Kalau tak off kan washing machine buat time terbangun nie ler…dan biasanya aku on labtop untuk buat keje time cam nielah. Masa ni mata akan jadi cerah..sampailah aku ngantuk barulah tido balik. Biasanya kopi atau milo akan jd peneman aku ler.
Memang stamina aku dah semakin kureng sejak anak dua nie. Kalau time bujang dulu boleh buat keje sampai kol 2 kol 3 pagi time deadline tak ada apa-apa. Maklumlah kat opis mmg tak sempat nak buat keje. Bersembang, call sana call sini pastu kejap- kejap editor aku panggil..siti..siti…masuk bilik dia..bergosip lagi. itu belum kira g minum, g midvalley. Kalau ada asgmnet kat luar mmg satu hari ler..balik opis dah penat idea pun tak mari. Tolak campur darab bahagi berapa banyak sangat masa leh menulis. Sebab tu ler kena gak bawa lik umah. Dan untuk menulis pada awal malam jam 10 –11 mmglah tidak masuk akal kerana time tuh mata aku mmg hampir terpejam. Sebab itu ler guna peluang bila bangun nyusukan anak..sambung wat keje sekali. Kalau dapat habiskan 1 story pun sangatlah rasa bertuah.
Bulan ni kira oklah…dapat juga menyiapkan semua asgnt sebelum 10hb. Last asgn 5 Nov kira oklah semua story dah siap tnggal isu dan cover jer (share ngan Anis) kiranya sebelum 10hb nie mmg sumer dah hantar ler. Semuanya masih dalam kawalan ttp itu ler…bila bawa keja lik umah dptlah siapkan sebelum deadline. Ginilah keje wartawan…bz..bz..waktu mengejar kita..sedar-sedar dah buat untuk Dec Issue pastu sedar-sedar usia makin bertambah ALAHAI…
Thursday, November 6, 2008
Fuhhh lega...selamat
Wednesday, November 5, 2008
gua ngantuk!!!
perkembangan anak
Hari ni masuk opis lambat (bukan ke aku selalu lambat dtg opis ker huhuhu) ttp hari ni lebih lambat dr biasa sebab bawa anak g klinik untuk check up bulanan. Sib baik org tak ramai kat klinik so aku menunggu tak lama ler…alah..Cuma timbang jer pastu tengok perkembangan cam ner. Bulan depan baru ler cucuk untuk 5 bulan. So far oklah berat pun naik wpun tak banyak. Anak aku memang cam tuh tak derlah montel-montel dan gemuk2 sangat pun sedang2 saja yg penting sihat dan aktif.
Masa lahir: 2.75
1 bulan : 4 kg
2 bulan : 4.6 kg
3 bulan: 5.8 kg
4 bulan 6.2 kg
Dah 4 bulan ni makin aktif asyik nak menerap jer dia. Sangat suka kalau orang dirikan dia tambah-tambah kalau dlm kete tak mo duduk langsung. Kalau duduk sure nangis kalau dirikan akan senyum dan jerit2 bila nampak kete bergerak atau cahaya lampu keta dan trafik light. Dah main air liur..patutlah rambut aku dah banyak gugur ni..tak lama lagi menipislah rambut mama. Bila tengok orang makan mulalah dia buat muka cam nak makan juga…itu tandanya nak makan tuh. Ttp aku belum bersedia nak bg makan lagi sebab belum 6 bulan. Ttp menurut baby sitter Fahim mmg cam nak makan siang pun tak jerap tidur asyik jaga jer. Nantilah akan aku pertimbangkan sebab kakak dulu 6 bulan baru aku start buat bubur nasi. Yang ini pun aku nak buat bubur nasi juga wpun leceh sikit sebab kena bangun awal masak bubur dan blender lagi untuk bekal kat umah baby sitter ttp tak apa lah asal anak dpt makanan berkhasiat dan asli takut juga skang nie sana sini cakap pasal melamin. Jd lebih baik buat sendiri..nurse td pun cakap cam tuh juga wpun ada nestum dan bubur nasi instant ttp tak elok untuk baby sebab banyak bahan pengawet...masuk garam ler..msg dll sedangkan baby manalah bleh terima benda2 tuh sebab perut dia masih kecik dan tak boleh proses sepenuhnya lagi. Sebab tulah agaknya macam-macam penyakit skang nie sebab dr kecik dah masuk macam-macam dengan benda2 segera ni.
Sebab tu ler aku cuba kawal pemakanan durrani..bukan apa kalau tak kawal mmglah semua dia nak makan. Sib baik baby sitter aku tak suka bg jajan2 cam keropok ker ais cream kat dia. Aku pun mmg tak beli pun kat umah wpun hasben aku cuba sogokkan juga. Ttp aku kata NO JUNK FOOD.
Kalau nak beli pun kena pilihlah cthnya semua makanan berasaskan roti boleh, keropok memang semua tak lehlah hehhehe (terukkan aku) baik aku kasi maruku buatan sendiri kat dia sebab tak ada pengawet. No air gas, air kotak, air tin dan sewaktu dengannya. Sebab tu kalau pg kedai atau supermarket budak2 biasalahlah nak nak itu nak ini ttp dia bukannya kenal lagi jenis2 makanan nie so minuman aku tuko ngan air ribena, milo,vitagen dan soya jer yg lain mmg tak dibenarkan lagi pun manis sangatlah. Sebab tu kalau anak aku minum air gas sepupu2 dia punya muka dia lain macam jer pastu angkat bahu cam geli2 hehheheh. Gula dan coklat mmg aku tak ajar..lagi pun comot maa..aku tak suka dia comot. Wpun statment hasben aku budak2 biarlah comot..nanti tukolah baju lain.
Gitulah... lg pun bukan apa rosak gigi. Skang nie kalau compare ngan anak buah aku yg sebaya ngan dia gg durrani mmg masih cantik lagi bahagian depan. Tak adalah nampak berkarat atau menuju kerosakan. Itulah kakdehnya kalau kawal pemakanan dia. aku dulu cepat jer gg bungsu rosak banyak makan gula2. so drp pengalaman aku aku taknak ler anak aku jd cam tuh. kalau durrani nie dapat gula2 dia bukannya makan sangat ala2 manja jer jilat2 pastu bg kat aku suruh habiskan. Pandai anak mama tak yahlah mama nak belikan hueheuuhuhu..ais krim memang aku tak penah belikan kat dia..gitu juga ngan hasben aku wpun aku sebenarnya mmg hantu ais cream. Seingat aku kalau lik kg barulah mak2 sedara belikan untuk anak dorang anak aku pun merasa jugalah. Penah dulu masa makan ais krim anak aku pegang jer mula2 excitedlah nak makan pastu dia biarkan cair kat tangan.
"anak hang ni tak reti makan ais krim ker?"
mana nak reti mak dia mana penah belikan. sian kat anak aku kan nanti perisa ais krim pun dia tak kenal huhuhuhu..tak perlah nanti mama belikan kalau mama ketagih nak makan huhuhuhu. Selalunya ais cream aku tuko ngan yogurt cam calcium. Kalau sejuk ke kan rasanya cam ais krim kan..kan..kan.
Pastu kalau makan segera cam KFC, Mc donalds, pizza ka..hasben aku mmglah kureng sikit ngan makanan segera nie. Seingat aku sekali jer dia penah bawa aku makan itu pun kat KFC. Selebihnya kalau aku nak makan aku ler yg belikan sebab dia mmg tak makan...kagum betol aku... ttp betol juga kecik2 dulu dia citer manalah makan makanan segera nie..dulukan miskin..duit pun cukup2 untuk beli benda lain jer. Nak beli pun dah berapa kan..so bila dah bekerja terus tak der nafsu nak makan sebab tak diajar dr kecik.
Bagus juga baik untuk kesihatan. Cuma hasben aku cakap sekali sekala belikan juga kat durrani sian kat dia..sebab dia tak naklah durrani lalui seperti mana dia lalui time kecik2 dulu..ehhmmm sedih plak aku. Faberet hasben aku nasi ..nasi..nasi..kalau dapat yg bakar2 lagilah sedap.
Monday, November 3, 2008
kehilangan lagi...
Entah kenapa perkhabaran drp editor aku kak ema mengenai kak ana (editor JELITA) sangatlah mengejutkan aku…nasib baik aku tak terkejut seperti beruk yg baru mendapat bunga atau belacan. Ttp mulut aku terlopong juga dek kejutan pada petang Jumaat lepas. Ingatkan perkhabaran gembira..bonus ker…(jgn mengharap pd yg tiada) rupa-rupanya berita yang membuatkan perasaan dan hati aku bertambah sayu. Padahal kak ANA bukan editor aku dan tiada kena mengena dengan majalah aku. Kenapa aku harus sayu…(alah sajer-sajerlah tu buat2 sayu..raih simpati) TIDAK...ini jujur drp hati kecik aku..nurani aku. Setiap kali perkhabaran staf yang mahu berhenti pasti aku menjadi sayu..satu demi satu mereka pergi meninggalkan aku. Arrgghhh sudah puas aku bersedih kehilangan mereka.
KAK ANA atau Raihanah Abdullah nun biliknya berdepan dengan mejaku si sebelah bilik editorku. Jadi setiap pagi dia akan melalui mejaku dan akan menegurku.dia sangatlah senang didampingi (macam editor aku juga) tak bangak songeh..pendek kata wpun editor ,anak-anak buah senang bekerja sama dgnnya termasuk juga aku wpun bukan anak buahnya. Itulah sebabnya aku terasa sangat kehilangan. Bg aku kak ana ibarat dahan yang patah dan tak akan tumbuh..sebab tanah dah tak subur. Dengar cerita kak ana akan bekerja dengan travel agensi dan akan menguruskan orang pegi menunaikan haji. Kak ana juga akan menunaikan haji sekali lagi pd tahun ini.
Bestnyer…kalau boleh pemergian kak ana aku nak dia mendoakan semoga rezeki aku murah..disini kalau tak pun di tempat lain…aku juga mahu jadi seperti dahan yg patah dan juga mereka yg hilang. Pada kak ana semoga dia lebih berjaya di tempat baru dan kalau dia baca blog aku moga dia mendoakan aku sekali lagi ( masa dia g umrah baru2 ni aku suruh dia doa mg aku dapat pg mekah) moga aku dpat mengikut jejak langkahnya ke Mekah.
Entah siapalah yg akan memasuki bilik kak ana sekaligus melalui tempat aku setiap hari..menegurku seperti selalu membuat lawak jenaka atau bertanya perkhabaran mengenai anak2ku. Tima kasih yer kak ana…sebab sudi jadi sebahagian drp majalah I-remaja. Tolong –menolong..bagi idea dan support. Selalu tak lupa I-remaja kalau buat makan-makan dan event..paling aku tak lupa masa aku tolong Jelita untuk final Gadis Jelita. Rasa cam sebahagian staf JELITA..sayonara…jenguk-jenguklah kami di sini.
operasi mengemas...huhuhu
“Weii..kawe nak datang umah nie nak hantar baju. Ada kat umah kan?” kata adik aku yg dan dok sekali ngan aku nie. Aku ngan dia mmg suka berbahasa Kelantan dlm sms sebab bf dia org kelantan. Adik aku ni macam tau-tau jer aku memerlukan pertolongan dia hik..hik..hik..
“ada mai larr..terlanjurmu datang umah. Bawa ler sekali bfast,” kata aku dgn muka tak malu. Mmg aku tak malu pun.
“ok..nak apa?” tanya dia
“Mu bawa nasi lemak. Satu lauk ayam..satu lauk sotong,” yahuuu!!! Dah settle bab bfast. Apa lagi aku cepat-cepat masak air dan buat air milo.
Lepas dah makan proses pembersihan stor…oleh kerana adik aku nak bawa katil dan almari terpaksalah aku (bukan aku adik aku ler) kemas stor yg sangat lerr bersepah. Yg banyak dlm stor tuh kotak2 majalah. Sayang weehhh nak buang majalah tuh sentimental value tuh tanda aku bekerja di I-remaja. Banyak juga lah brg yg dia dah buang. Baguih tol kalau tak tak terkemas stor tu. Sementara tuh aku kemas ruang tamu, sapu sampah dan mop lantai. Pastu susun balik sofa aku yg dah berkurun ada kat tepi pintu sejak aku bersalin hari tu hasben aku angkat sampai la….la ni barulah aku letak ke tempatnya semula. Tu dia punyalah lama…patutlah aku rasa umah aku macam tak siap jer..susunan tonggang langgang. Aku suruh en hubby aku angkat nanti..nantilah dulu jawabnya ..itulah org laki bukannya nak amik tau pasal decor umah..ttp tak cantik pandai lak bg komen huhuhuhu (laki aku lah tuh)
Ehhmm..bila dah kemas ruang tamu barulah ehhmm…sesedap mata memandang. Rasa luas je permandangan cewahh..Dah siap kat ruang tamu pg kat bilik aku plak…sapu sampah..lipat baju dan susun balik atas rak..tuko cadar..sarung bantal..buang sampah..bersihkan laci almari solek..simpan baju yg tak pakai. Adehhh..banyak betollah kereja...patutlah aku rasa bilik dah macam apa dah...maklumlah asyik lik kg jer...itu en hubby aku punya salah...hehheheheh..berpeluhlah juga ler aku mengemas.
Tengok2 jam dan 12.30 tengah hari. Nak masak pun jd malas…ttp takkan nak order kat en hubby lagi..aku kuarkan dulu ikan dan sotong dlm peti sementara tunggu cair aku potong bawang dan buat apa yg patut.
Korang tahu akhirnya aku berjaya juga masak seringkas mungkin siap juga lah menu ringkas aku..sambal sotong, sayur goreng ngan ikan goreng..anak aku en hubby dah beli nasi ayam so aku tak masak sup kat dia. Special betol dia…pas makan dah dekat kol 3 ptg barulah berehat sambil tengok TV..best time rehat di saat anak tido. pastu dengan rela hati en hubby membersihkan bilik2 air..yerlah mana aci time aku berkemas td dia tak ada kat umh..skang masa dia plak cuci bilik air yabedabedu...
jamuan lagi

Masuk minggu ni dah 2 minggu tak balik kg..cam tak caya jer itu pun sebab ada makan2 kat umah akak aku bersempena birthday anak buah yg lahir bln 10 termasuk anak aku, kak mirah, aliff, budin dan maksu. Pagi sabtu aku bangun lewat sikit sebab anak aku bangun lewat kalau tak..jangan harap ler..kalau dia bangun kol 7 kenalah bangun kol 7. Sib baik dan basuh baju malam tadi so dah tak banyak keja nak buat Cuma lipat baju yg sangat ler banyakkk…malas rasanya..aku angkut semua ke ruang tamu dan mulakan proses melipat sambil ditemani Durrani dia pun sibuk juga nak sepahkan lagi baju.



Oleh kerana petangnya nak ke umah kak tija aku malas nak masak…dengan senang hati aku telah memesan makanan pd en hubby yang keluar mencari pampers anak. Senang keja aku..sementara menunggu makanan sampai aku telah menyelesaikan kerja-kerja melipat baju dengan jayanya…dan aku susun dengan gigih di rak. Kena kemas2 sebab start minggu depan adik aku nak tinggal sekali dengan aku.

Jam 4 petang baru ler bertolak ke Selayang…mencik..aku tau bila ikut jalan kucing. Tak penahnyer tak jam..ntah aper ler sebabnya. Kete jln cam siput..en hubby aku ler asyik merungut jer dlm keta. Oleh kerana aku berjanji nak sponsor KFC so aku suruh adik aku belikan dulu kat Selayang Mall. Karang tunggu aku lambat plak KFCnyer. Yue (adik aku) dan sampai ngan isterinya yg sedang berbadan dua kemudian diikuti kak long sekeluarga mulanya ingt tak datang pastu baru bang e yang membawa 7 botol air pelbagai perisa (kira sponsor nie) dan adik aku yg sponsor kek hari jadi.
majlis dimulakan dengan doa selamat..pas bacaan doa barulah makan..pastu baru ler potong kek. Antara menu ringkas ialah me goreng, karipap, bingka, agar-agar milo dan kfc.
Aku ngan adik aku paling last balik sempat lah makan sampai habis makanan. Durrani pula asyik sangat main sampai tak sedar dia tak tidur seharian. Jam 10 malam barulah bertolak balik umah dan sampai dekat kol 11. Aku terus lena tak sedar diri…yg tensennyer…durrani mengamuk pulak dah…yg pertama sebab lapo ttp dia tak nak nyusu dan kedua sebab terlalu penat aku rasa maklumlah tak tidu langsung pastu main banyak sgt tadi. Terpaksalah aku bersengkang mata layan karenah dia jap..bila dah ok baru tido dengan amannya.
Thursday, October 30, 2008
durrani tak nak susu

Adehhh..pening kepala aku..hari nie dah masuk 2 malam Durrani tak nak menyusu. Puas aku pujuk2 dia tk nak juga. Susu yang siap dalam botol aku masukkan dalam cawan pun tak nak juga. Cam ner nie??? Selalu dia tak macam ni. Tiap malam pasti 3 atau 4 botol habis. Ttp sejak dua malam nie dia lebih suka air masak jer. Mulanya aku ingatkan sebab puting botol sebab dia asyik tunjuk pada puting botol bila aku bg susu kat dia. Sebab tuh suami aku beli puting lain...dah siap-siap basuh dan rebus bagi kat dia pun tak nak juga. Yang aku perasan tiga hari lepas lepas minum susu dia akan muntah..pastu dia akan tunjuk puting botol tuh ttp aku check ok jer...cuma macam longgar sikit aku ketatkan balik dan dia mau hisap balik. Dua tiga kali jugalah dia muntah pas minum susu. Sejak tu ler dia dah macam fobia nak menyusu. Padahal dah tukar dua botol dan puting.
Petang tadi lepas amik kat baby siter suami aku bawa durrani sekali beli botol baru. Biar dia nampak yang ayahnya beli botol baru so dengan excitednya aku rebus dulu botol tuh kemudian buat susu dan bg kat dia...ttp dia gigit ala-ala manja jer. Tak minum langsung.
Botol susu dia bg kat aku dan cakap, “ma..ma nak air,” lastnya air masak juga yang dia minum banyak. Masa kat baby siter pun minum sikit jer...akak tuh kata ingtkan mulut sakit ttp masa makan ok jer..makan banyak. Aku dah runsing tak tahu nak buat apa. Sebab kalau kat umah makan memang susah sikit kat umah bby sitter jer makan banyak. Yg dia suka nasi ayam..kalau tak ada nasi ayam makan sikit jer. Kalau tak minum susu cam nerlah anak mama nak besar dan dapat semua khasiat makanan. Ttp dia memang suka minum susu coklat dutch lady tuh..petang sekotak dan malam sekotak. Harap2 pas ni dia nak ler menyusu balik.
Citer malam tadi
Malam tadi sedang aku menidurkan Fahim En hubby ke dapur sangkaku dia diam kerana melihat keindahan malam menerusi balkoni, rupa-rupanya sibuk menyiang ikan.
“mama nak masak apa ni,” antara dengar dengan tak dia bertanya.
“Iskk..masak jer apa yg ada kat dapur tuh,” kataku sambil berkata rajin plak suami aku malam ni.
“Goreng sawi, ikan ngan sambal telur…ok tak?” tanyanya lagi. Selagi aku tak mengeyakan selagi itulah dia bertanya.
“ok lah tuh,” kataku dah org nak masak jgn banyak songeh plak minta lebih2.
Setengah jam kemudian en hubby membawa makanan ke depan. Ttp sambal telur yang sepatutnya ada dlm menu menjadi telur dadar sahaja. Katanya malas pula mahu membuat sambal. Makan ajerlah dah orang masakkan. Tapi sayur nya mak aiiii pedasnya yang amat. Macam tak bagi aku makan banyak jer. Dah ler aku kena ulser mulut pedihnya masa nak makan. Makan sikit jerlah...itulah kalau en hubby aku masak pedasnya sehingga sampai ke telinga maklumlah org N.9. kalau nak diikutkan dia bukannya tak pandai masak...boleh tahan juga sedapnya ttp sajer tak nak tunjuk bakat katanya memasak tuh kan keja org perempuan...ehmmm yorlah tuh...cik abang oiiii...aku tak sempat plak ambik gambo sebab dah lapo sangat hehhee.

















