Wednesday, September 30, 2009

raya di perak

Humangaiii...lamanya tak update blog. Rasa cam susahnya nak susun ayat ni...baca kat blog lain semuanya citer pasal raya mestilahkan..
raya tahun ni aku beraya di pd negeri sembilan, petang raya kedua barulah bertolak balik ke parit buntar. jalan clear tak ada jam tak banyak kereta lori dan bas. senang lenang jer suamiku memecut laju dalam masa 4 jam jer sampailah parit buntar. Itu pun tak berhenti mana-mana aku siok jer tido kat belakang dgn anak-anak. sekali-sekala terjaga juga sebab rasa laju sangat kereta, sambil tu sempat pesan, slow2 sikit bang...agak2 dah ok aku lelap ler balik...hhehehhehe tak leh jd teman berbual langsung aku ni.


ok ni nak update gambo raya sebelah perak. masa ni aku tak ada huhuhuhu sedihnya sebab tak ada gambar raya ramai-ramai. tak perlah tahun depan mesti ada.

mak dan abah aku pada pagi raya. mak aku siap pegang sampul duit raya tu hehhehe

Ini pulak abang, abang ipar, kakak dan kakak ipar aku. ada lg tak masuk dlm gambar

Geng bas sekolah@ anak buah


Anak-anak dara bersama maksu mereka


Ini kak Bib @ joyah glamer. Ohhh tahun ni beraya ngan kerusi baru tajaan Joyah Glamer. berseri rumah uols..


Keluar kak Tija..biru uols tema


Abang E n family

Itu jerlah ...banyak lg gambo kt Perak adik aku lambat email pulak. Nnati aku upload gambo kat Pd pulak yer..secara ansuran hehheheh

Monday, September 28, 2009

PENGUMUMAN

PENGUMUMAN!!!!!!
AKAN DITUTUP PADA 19 SEPTEMBER 2009 DAN AKAN DIBUKA SEMULA PADA 29 SEPTEMBER 2009.
NAMUN TEMPAHAN MASIH BOLEH DIBUAT SEPANJANG TEMPOH ITU CUMA PENGHANTARAN HANYA AKAN DIBUAT PADA 29 SEPTEMBER 2009.
SAYA INGIN MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA PELANGGAN SETIA.
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR & BATIN

Wednesday, September 16, 2009

perfume baru

Selain drp berhari raya dengan baju, kasut, make up baru (free uols)..ada lagi yg baru iaitu haruman Anna Sui hadiah raya drp editor. First time dapat Anna Sui selalu yang pernah aku try Aisey Miyake, lancome, Giorgio Armani, Kylie Minogue (beli dgn harga murah), YSL yg lain tu dpt free jer. Pastu ada lg satu belum guna sebab yg pakai Kylie tu masih banyak lagi..

So beraya dgn haruman baru ler. Ttp sebenarnya antara make up dgn perfume mmg aku lebih suka perfume..kalau make up tu mmg ler bereya-eya nak make up lepas tu NAN ADO kembali ke wajah asli..tanpa make up. kalau perfume ni mmg akan pakai ler.

Kepada editorku kalau dpt lagi perfumr agak2 tak mau guna pas2 ler kat anak buahmu yg dahagakan perfume ini keh..keh..keh..

Team JELITA berbuka di Selera Timur

Akhirnya tercapai juga hasrat nak pegi berbuka ramai2 dengan team JELITA siapa lagi kalau bukan Kak Ema, kak zeda, anis dan Hazirah. Mula2 ingat tak jadi dah lepas tu bila k.ema buka mulut jer..terus jer jadi..itu ler perancangan last minit akhirnya jadi juga. Kak azeda walaupun bercuti tetap datang membawa wak yang baru lepas operate mata. Bestkan Wak dapat makan kat luar.

Tempat yg dipilih ialah Selera Timur yg terletak dekat Chulan Square. Restorannya kecil dan comel tapi makanannya semuanya umphhh..menyelerakan. Tak percaya??? lihatlah gambo2 kat bawah. kali ni mmg aku letak semua gambo makanan..gambo kita orang yang berbuka puasa ni mmg tak ambil pun..ohhh adalah sikit camera Anis.

Layan jerlah ekkk gambo2 yang bikin perut bergelodak...

Minuman bandung cincau

ohhh desertnye...buat aku terbayang-bayang kuah durian dengan pulut. Pergghhh...bikin air liurku meleleh..


Rendang daging. Sedap ttp daging agak keras sikit.

Paru goreng cili. Aku bukan penggemar paru ttp kat sini boleh pulak makan berkeping-keping.

Ikan patin masak tempoyak campur petai. Inilah menu paling sedap beb...

ayam kampung goreng

Rojak buah. Ini pun favourite aku juga ni. berbuka dgn rojak dulu baru makan nasi.

Kuih muih tradisional Melayu harus ada. Katayap tu superbbb...perasa durian intinya.

Cucur udang bersama sos. Ini pun sodap...kalau dh lapo semua sedapkan.

Ikan percik.

Sayur goreng

Itulah sahaja hidangannya. taklah banyak sangat kan?? tapi semuanya habis dimakan..alhamdulillah. Lepas berbuka jam 8 barulah masing-masing gerak balik. Thanks to kak Ema sebab belanja makan. Terima kasih daun keladi..tahun depan belanjalah lagi.

Tuesday, September 15, 2009

cerita soto dan sotong dan laksa

Ini cerita semalam punya. Disebabkan dlm peti mmg apa pun tak ada untuk makan sahur...jgn kata ikan, sayur... telur pun tinggal sebiji jer. maklumlah jarang memasakkan tak perasan ler semuanya dah habis..jadinya suami saya telah gigih membeli di kedai..diakan suka sotong jadi beli ler sotong masak pedas.
bangun sahur masa nak panaskan sotong ni tgk ler ada bungkusan cam sup..

Aku: apa ni bang
Suami: ohh soto..
Aku: naper pulak beli soto untuk sahur ni?
suami: alah...orng kedai tu salah dengar...minta sotong masak pedas..dibaginya soto..malas nak bertekak amik jerlah...

Jadinya disebabkan sayang terbuang begitu sahaja aku makanlah juga soto tu walaupun tak habis dan terbuang juga akhirnya.

Ini sotong masak pedas..

Ini pulak soto..lain beno masakannya...ttp nama dekat2 sama soto=sotong haruslah salah orderkan..lain kali sotong tu kena tekankan lagi hheheh

Ohhh laksa..masa pegi pasar Ramadan Bangi..aduh bau kuah laksa menyucuk2 hidungku..mmg dah lama teringin nak makan sebab kat faber kat opis tu tak ada jual laksakan..jadinya bau-bauan kuah laksa telah mempengaruhi aku untuk membelli. Ttp berbuka tetap makan nasi uols...lepas dah agak2 perut dah ok sikit barulah makan laksa pulak.
pergghhh sedap da boom betul laksa Penang ni, semua cukup masam, masin, pedas..pekat. boleh bagi 10/10 ni. laksanya banyak giler boleh makan dua orang. Ttp suamiku tak makan laksa usaha jugalah aku habiskan..ttp tak habis juga dan terbuang ler jugak.




Monday, September 14, 2009

check list RAYA

Tahun ini aku beraya di kampung suami Port dickson Negeri Sembilan. Tiada apa bezanya berbanding 2 tahun lepas, sama jer..beraya tanpa ibu dan bapa mentua..tapi mujur semua adik beradik berkumpul pada pagi raya untuk bermaaf-maafan dan sesi drama tangisan air mata. Tu yg sedih tu tambah2 dia orang yg baru sahaja pulang drp kubur.
Biasanya lepas dah bermaaf maafan barulah beraya ke rumah sedara mara biasanya drp pagi sampailah ke petang...raya kedua petang barulah bertolak ke kampung aku dan biasanya sampai malam ler.

sebenarnya nak buat check list untuk raya ttp dah melalut ke cerita raya pulak..nampak benau tak sabo nak raya ni hehhehe.

1. Kuih raya
Yang paling penting dan utama adalah kuih raya. Semuanya aku dah settlekan..termasuk juga tempahan kakak2 aku, tiap tahun mesti order choc chip. tahun ini aku order 9 balang choc chip kt abang hashim termasuk tempahan kakak aku & 3 balang drp Fred. Kerepek dr Ronnie dan juga kacang kat sedara kt kg PD..semua kena order lebih sebab umah sendiri, kg aku, kampung PD kat umah baby sitter.

2. Duit raya
Ini awal-awal lagi aku dah letak tepi dulu supaya senang tak guna. maklumlah karang keluar pergi midvalley ker mulalah nak terbeli itu dan ini. Duit untuk anak buah di kampung aku dan kampung PD, duit raya baby sitter, duit raya mak dan abah. Jumlahnya biarlah rahsia...

3. baju raya anak
Baju raya anak awal-awal lagi aku dh siapkan. Maklumlah bust bisness onlinekan mana2 yg aku rasa sesuai aku beli dulu. pastu ada juga yg aku beli drp blog online orang lain. Aku rasa sejak ada anak thn ni hampir 90% aku beli online jer..cuma baju Melayu anak, songkok jer tak beli online. jadinya mmg aku sudah menjimatkan masa, tenaga, duit parking dan duit minyak mencari baju raya anak. kalau tak pening paler nak pilih di tengah kesesakan orang ramai lastnya tak beli juga huhuhuhu...

4. Baju raya sendiri dan suami
tema tahun ni biru mata hitamku...cewahh ttp baju raya aku belum beli lagik huhuhuhu. baju melayu suami pun belum beli jugak. aku tengok juga online blog ttp semua tak ada size...semua saiz besar. takut juga nak beli karang terbesar susah. kalau baju anak tu ok beli online tak ada masalah salah saiz.
Baju aku dan suami akan di settlekan minggu depan..dah tengok kat Nilai square ada yg dah berkenan.

5. Baju raya mak & abah
Semua dah settle. Jubah dan baju Melayu untuk abah. kalau sempat cari kain pelikat untuk abah dan tudung kat mak (ini kalau sempat ler).

6. Duit tol & minyak
Dapat jer gaji aku terus top up RM200 untuk tol itu tak termasuk minyak. Minyak budget dlm RM300 gitu, perjalanan drp BANGI-PD, PD-PARIT BUNTAR, PARIT BUNTAR-BANGI termasuk ler nak beraya.

7. Baju baby sitter
Ini tak termasuk dlm senarai budget raya sebab ingat nak bagi duit raya bersama kuih raya jer kat baby sitter. Ttp kalau ada duit lebih nak juga carikan sepasang baju kat baby sitter. kalau tak dapat sebelum raya selepas raya pun okkan.

Itulah sahaja check list untuk raya ni hasil usahasama aku & suami..
harap2 tak ada yang tertinggallah yer..
apa lagi yer uols..kalau tertinggal tlg bg tau yer...

berbuka di Hilton KL

Ini cerita minggu lepas..
Ntah kenapa bulan puasa ni kemalasan sangat nak update blog. Bukan apa uols lepas jer berbuka puasa terus..lip..lap lip lap mata menahan ngantuk sambil melayan anak yang tak habis2 nak main.
lepas jer tidokan anak aku pun sama terus Zzzzzz..tido dgn lenanya. lepas tu bangun dalam jam 12 barulah buat apa yang patut.


Ohh sambung cerita tadi minggu lepas aku pergi berbuka puasa Dato Sharizat di Hilton KL. Setiap tahun kalau dijemput mmg tak pernah miss, bukan apa dpt jumpa kengkawan yg dh lama tak jumpa. ttp thn ni cam tak meriah 2 thn lepas..kwn2 pun tak ramai yg datang..makanan pun kurang meriah..eloklah tu save budget. kalau banyak2 pun lg lah kelabu mata nak pilih lastnyer membazir sahaja sebabnya semua nak makan.
Seperti thn2 lepas kalau pergi berbuka puasa ni mesti akan dapat cenderahati..kali ni perempuan dpt beg tangan yg agak besar juga mcm tote bag tu. Banyak barang boleh isi uols dgn beg ni, lagi ada biskut raya, ada serunding, kerepok ngan kain batik. Kalau lelaki dpt beg galas dan bezanya kain pelikat yg lain sama jer.


Kain batik pun sama juga..wajib ada

Biskut raya ngan kepok mmg makanan wajib ada


Inilah begnyer..besar ni

Thursday, September 10, 2009

nak tempah kek lapis????


NAK IKLAN SEKEJAP UOLS KAT BLOG SENDIRI....
KALAU ADA SAPER-SAPER NAK TEMPAH KEK LAPIS SARAWAK, DAYANG SALHAH ORIGINAL DR SARAWAK TAU...
TEMPAHAN DIBUKA SEHINGGA 14 SEPTEMBER 2009 INI SAHAJA.
HARGA KEK TERMASUK POS YA.
TERIMA KASIH & SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI.

Tuesday, September 8, 2009

JOM SEPAHKAN

Aku kemas dia sepahkan....aku kemas dia sepahkan...hehhehe..lastnyer biar jerlah bersepah gitu dah penatlah kemas.

Inilah aktiviti dua beradik bila hujung minggu...
keluarkan semua brg mainan drp bakul...lepas tu tinggalkan begitu saja...

yalah kan takkan pulak si kecik tu nak kemaskan pulak...bijak bebeno ler pulak kan..
dah nama pun budak2 kan...kalau tak sepah mmg tak usah dipanggil budak ler..

mainan pertama kereta...

mainan kedia suka beno main cd..habis semua cd dikeluarkan drp bekas nyer..hehhehe wat aper tu fahim???


Ni tgh fikir nak main apa lg dia...

main bear pun boleh jugak walaupun mainan budak pompuan...asal boleh jer..

Gitulah rumah dh jd macam nursery dah. Ehhh ttp memanglah anak lelaki lasaknya lebih sikit..semua nak xplore semua nak sepahkan..semua nak panjat...pompuan ni manja sikit..dan terlebih manja pulak..sikit2 nak nangis..tak leh usik sikit, itu Durranilah tuh. fahim pulak skang ni suka bebeno sakat kakaknya..biar nangis..pastu tarik rambut tak pun gigit..bila kakak nangis dia mulalah senyum2..hahhahha suka nyakat ni.

Monday, September 7, 2009

kempunan makan ikan bakar

Tgk matahari terbenam
Bagan Lalang pd waktu senja...

Cerita hari Sabtu..
Sabtu tadi aku balik kampung ..masa on da way balik tu singgahlah kat Nilai 3 jap maklumlah dekat jer ngan kg kan..nak surveylah baju raya aku, baju Melayu anak ngan baju melayu abah. Ada anak ni susah uols nak g shopping...tambah2 kalau shopping kompleks tu idoklah aku bershopping dengan membawa anak. tambah2 pulak H!N! belum pulih sepenuhnya....time kejelah aku cilok2 kalau ada asgn kat situ round sekali.

Pegi Nilai ni pun masa fahim tengah tido suruh hasben jaga anak dlam kete dan aku bawa Durrani pegi cari apa yang patut.

Sekejap jer uols..setengah jam jer jalan itu pun satu kedai jer..kalau ikut hati mau masuk semua kedai kt situ rambang mata uols tgk baju kurung pahang yg sangat abstrak coraknya..warna2 menawan sesuai ler untuk citarasa aku. Ttp harga boleh tahan juga semuanya RM100 ke atas. Bawah RM100 ada juga ttp jenis lama pulak designnya. Cari apa yang patut jer..dapatlah baju Melayu abah..pastu dia request kain buat baju Melayu..itu jerlah. Baju aku ada dah berkenan ttp tunggu dulu..sebab cam tak puas hati jer jalan 1 kedai...ingat dekat2 nak raya nak datang lagi. Itu pun kalau ada masa.

baju Fahim pun tak dapat lagi semua saiz besar..baju Durrani aku beli online jer senang dapat warna berkenan..ukuran yg betul..oklah..pakai pun sedang2 jer.

Ok lepas jer siap membeli hasben aku bg tau kat umah tak ada orang sebab Liza berbuka di luar, ALong pulak esok baru balik. jam dah 6.30 petang. Ligat juga dok fikir nak berbuka kat mana ni. BAGAN LALANG???? ehhmmm memng menarik tempat tu. Tapi untuk sampai sebelum jam 7 tu mmg agak mustahil ler..paling awal sampai 7.05. Selepas tolak darab campur bahagi...kita org bersetuju berbuka kt Bagan Lalang...dpt makanan lambat pun tak per janji dpt makan ikan bakar.

Sampai jer sana dekat 7.05. Mak...aiiii banyaknya kete...tempat makan pulak penuh mmg tak ada satu pun kosong. Org pun masih ada berdiri menunggu meja kosong. lastnya kita org pusing2 kat situ cari kedai makan lain. Mmg tak ada rezekilah nampaknya mmg semua penuh. Bila dh masuk waktu berbuka hasben minum air kosong jer dulu...sementara kot2 ada meja kosong, sambil2 tu ronda2 ler kat situ. Mmg dah makin maju ler sejak ada Gold Coast..pantai pun dh makin cantik kalau tak dulu nak mandi pun tak berselera dek airnya yg kotor. Ramai pulak org berkhemah tima bulan poser nie.

Sempatlah ambil gambar ttp kamera gelap pulak. lepas dah ronda2 dekat 10 minit pegilah semula kat kedai ikan bakar tu ehhmmm NAN ADO masih sama..cam tak ada harapan orng nak bangun selepas 15 minit berbukakan. mahu dekat 8 atau 8.30 baru kosong. dengan hati yg hampa dan keciwa..cewahh kita org pun bergerak meninggalkan Bagan Lalang mencari kedai makan lain..huhuhuhu kempunan mak uols nak makan ikan bakar. tak perlah tak ada rezeki di bulan puasa nampaknya.

Lastnya makan kat kedai di luar kawasan Bagan Lalang. SEdap juga tengah lapo kan...ttp tak ada ikan bakar jerlah. Kalau nak makan sana mau jam 6 dah kena ada sana...tak pun kena buat reservation dulukan..permintaan tersangatlah banyak.

Friday, September 4, 2009

model cilik

Dah lama tak tempek gambo si kecik ni. Ni aku paksa dia pakai baju yang nak jual dalam blog www.dibabycollections.blogspot.com lepas tu suruh dia pose. Cewahh bukan main suka lagi dia. Siap gelak-gelak lagi ambil gambo.



Pose sisi gitu...ahaks...

1,2,3... action...

Ketawa...

Sekarang ni baru nampak badan berisi sikit lepas baik demam dan lelah hari tu. Sampai sekarang dah tak demam dah alhamdulillah.

Pose tak menjadi namanya

Tuesday, September 1, 2009

dapat air tebu fresh

Minggu lepas cuti 3 harikan seperti biasa aktiviti balik kampung kat PD. Balik AHad petang sampailah Isnin.
Oleh kerana Sabtu tadi telah kempunan nak minum air tebu, apa lagi adik ipar Liza telah menyuruh sedaranya kat situ menebang tebu di belakang rumah untuk dimesin.
Wah..wah bukan main suka hati sebab dapat minum air tebu fresh. Banyak juga yg dapat sebab banyak pokok. Dorang pun tak pernah ambil sebelum ni.


Inilah hasil tebu yg sudah ditebang, bersamanya adalah model kecik ya.

Lepas dah potong, bersihkan teruslah bawa untuk mesin. bukan mesin sendiri uols ttp hantar rumah sedara yg berniaga air tebu. Tebu sebanyak itu boleh dua kali minum untuk berbuka AHad dan ISnin.


Inilah hasilnya. Mmg pekat dan sangat manis. Minum segelas nak tambh lagi bergelas-gelas.


Ohh bersama ini juga menu untuk hari Ahad...sebabkan tak ramai yang balik..menunyer ringklas jer. semua masak..konsep kat sini mmg tak beli lauk-pauk kalau beli pun kuih muih jer itu pun jarang sangat beli, sebab dorang mmg tak makan kuih, makan nasi.
Ohh ni sambal namanya..cili padi ngan ikan bilis masuk bawang banyak-banyak. memang pedas sampai ke telinga ni..aku walaupun dah dkt 4 thn kawin ttp masih tk dapat sesuaikan dengan menu ni. Ni kira masakan asli Jawa lah ni.

Sambal sotong yang pedas jugak.

Ayam masak lemak. Ini pun pedas jugak sib baik pedasnya ala-ala manja jer. kalau tak sure aku makan sikit jer hehhehehe..ohhh sayurnya??? sayurnya along telah tinggalkan di rumah Kailan dgn peria...huhuhu..jadinya berbuka ngan lauk pauk sahaja.

Karipap jiran sebelah yg bagi. nampak jer hangit uols..ttp rasanya mmg umphhh!!! sodap!!!!

Itulah sahaja cerita untuk hari ini. Ohh ya menu di atas satu pun bukan aku yg masak....aku jd mandor jer..tukang basuh pinggan. nak masak...aku tak kuat pedas...hehhehe sure tak menepati citarasa dorang baik duduk diam-diam jer jaga anak hehehhehe. alasan malas sebenarnya.