Saturday, October 17, 2015

BEZA VITAMIN SEMULA JADI DAN SINTETIK

VIRAL di WhatsApp

Nurull Halawati - Penulis Skrip dan Novel
5 August at 21:56 ·


Saya perlu tulis kisah ini untuk kebaikan semua!


Alkisahnya, tadi saya ada pitching filem hantu Thailand, untuk projek worldwide di Kl Sentral. Saya menanti CEO syarikat tersebut yang menelefon saya untuk sama-sama menghadap panel, berkaitan budget filem dan sebagainya.
Bila dia tiba, kami berbual sementara menanti giliran dipanggil. Kami bercerita soal kerjaya masing-masing. Bila dia tahu karya saya Stanza Cinta dan Walau Sedetik Cuma...mukanya nampak berubah. Saya katakan pada dia saya suka buat drama berat, kisah pesakit kanser. Sebab kawan baik saya meninggal sebab kanser.
Tika itu dia membuka cerita, "saya pesakit kanser!"
Saya tergamam!!. Jika diteliti keadaannya memang tidak nampak seperti orang sakit kanser. Nak kata sakit biasa pun tidak. Memang cergas, sihat dan ceria.
"Saya ada kanser darah. Doktor kata lepas dua kali kimo saya dah mati..."
Begitu mukadimahnya becerita pada saya.
"Memang dah lama saya berhasrat nak buat drama kisah saya ni. Supaya jadi iktibar...tentang akibat kanser, pada pesakit itu sendiri, juga pada keluarga dan orang tersayang yang menghidap kanser!!kisahnya memang sadis..memang boleh menangis dibuatnya!
Tapi, apa yang saya nak ceritakan ini jauh lebih penting dari liku-liku yang dihadapinya tatkala doktor mengesahkan, "awak meghidap kanser!"
Katanya, selepas mendapat ujian darah, dokor hanya bertanya 3 perkara pada beliau..

1) Doktor : You suka makan luar ye?
Mr X : Bukan suka, memang hari-hari makan luar....( isterinya seorang Manager di sebuah hotel terkemuka. Kerjaya dan gaji yang besar)
2) Doktor : You biasa makan vitamin C ke?
Mr X : Yes..Saya memang suka makan Vitamin C. Antara amalan dia sejak remaja belia lagi.
3) Apa minuman yang You selalu amalkan??
Mr X : Saya suka minum air lemon suam! Ataupun ice lemon tea.
Ok, berdasarkan soalan itu,doktor sendiri sudah tahu apa faktor yang menyebabkan kanser darah pada tubuh beliau.

1- Makanan luar antara punca kanser kerana kandungan MSG dan bahan perasa yang terlalu tinggi. (Saya sendiri memang selalu ada pengalaman buruk jika makan luar di kedai, selalu akan pening yang teramat, loya dan muntah-muntah!)

2- Doktor kata Vitamin C itu juga antara penyebab Kanser! Kerana kandungan bahan kimia didalamnya! Ramai yang tak tahu sebab dengar vitamin je mesti baik dan bagus! Sedangkan dalam Vitamin tu terdapat bermacam-macam bahan kimia juga.

Masa ini saya tersentak kejap! saya hari-hari telan Vitamin C shaklee, alamakk..rasa gerun pula tetiba. Saya tanya dia Shakleetu ok tak? Dia kata yang tu dia tak tahu tapi jangan makan Vitamin C yang bukan-bukan. Pastikan takde bahan kimia!

3- MINUMAN?? Doktor kata, nasib baik You suka amalkan minuman ni. Ada sejenis air yang You selalu minum yang buat You masih selamat. Itulah dia AIR LEMON!!!
Air lemon jika diminum dengan ais akan menjadi Vitamin C secara semulajadi.
Air lemon jika dminum dengan air suam akan menjadi ubat untuk kanser!
itulah air kegemarannya yang diminum selama ini, yang mengurangkan gejala kansernya dari merebak dengan teruk!

Selepas disahkan menghidap kanser, Mr X tidak mahu menjalani rawatan kimoterapi. Ubat-ubatan hospital yang dibeli sebanyak RM37k tidak dimakan. Punyalah mahal macam boleh beli kereta!
Kebetulan seorang kawannya, baru menjalani kimoterapi di hospital swasta dengan kos sebanyak RM147k..tapi keesokan harinya meninggal dunia! Disebabkan itu, dia langsung tidak berniat untuk menjalani kimoterapi!!
Dia berusaha mencari jalan lain tanpa perlu menjalani kimo, tanpa perlu menelan ubat-ubatan yang berkotak-kotak dibekalkan doktor!

Akhirnya dia menemui penawarnya, iaitu herba Belalai Gajah (sejenis pokok) serta Dewa Raja. Dua jenis herba inilah yang dimakannya selama ini...hingga ke saat ini. Daritidak boleh bangun, sakit yang teruk.kurus kering, kini dia sudah pun pulih. Sihat walafiat dan cergas menjalani kehidupannya seperti orang lain
.
Saya berjanji untuk menulis kisahnya untuk didramakan. Dia seorang yang sangat positif, bersemangat dan kuat berhadapan dengan kansernya, namun dugaan yang dilaluinya dari sudut yang lain. Nanti akan saya nukilkan dalam karya saya.

Pesan dia pada saya, tolong jaga pemakanan..jaga pemakanan! Jangan banyak makan di luar, jangan makan vitamin C atau ubat-ubatan yang ada bahan kimia..dan selalulah minum Air Lemon. Setiap pagi dan malam!


Semalam saya dapat viral kat Whatsapp mengenai kisah di atas. Kalau baca betul-betul pesakit kanser tu mengatakan dia mengambil vitamin C dan kerap makan di luar.
Di sinilah pentingnya kita mengetahui jenis suplement yang diambil. Sebaiknya pilih suplement yang benar-benar natural walaupun ia agak mahal. 

Saya juga sering menerima  respon daripada kawan-kawan yang mengatakan vitamin Shaklee mahal berbanding vitamin lain yang banyak dijual di pasaran. Tapi sedarkah anda bahawa vitamin Shaklee sebenarnya adalah vitamin yang sangat berkesan dan mampu milik?

Bagi menjawab soalan pakar di atas yang menasihati supaya pesakitnya memilih vitamin 
Untuk pengetahuan anda, di pasaran terdapat 2 jenis vitamin atau supplemen yang dijual iaitu vitamin semulajadi dan vitamin sintetik. Ramai pengguna di Malaysia tidak tahu mengenai perbezaan vitamin semulajadi dan vitamin sintetik di mana mereka cenderung untuk membeli vitamin sintetik yang harganya lebih murah berbanding harga vitamin semulajadi. 
Bagi mereka, kenapa perlu beli vitamin yang mahal sedangkan terdapat vitamin yang murah.

PERBANDINGAN VITAMIN SEMULAJADI VS SINTETIK

1. Penghasilan/Sumber Vitamin

Vitamin Semulajadi
Vitamin Sintetik
  • Diekstrak daripada bahan semulajadi itu sendiri. Contohnya vitamin C di ekstrak daripada limau.
  • Asli tanpa pewarna tambahan, pengawet, perasa dan yang pasti, tanpa silika gel
  • Vitamin buatan yang dibuat oleh manusia melalui tindak balas kimia. Contohnya formula empirik vitamin C adalah C6H8O6.
  • Vitamin C sintetik dihasilkan melalui tindak balas kimia dari apa-apa bahan yang mengandungi oksigen, hydrogen dan carbon yang membentuk bahan kimia yang mempunyai formula C6H8O6.

2. Kesan Pada Tubuh (Keserasian Pada Badan)

Vitamin Semulajadi
Vitamin Sintetik
  • Dihasilkan daripada bahan semulajadi, jadi ia bertindak dengan lebih baik dan semulajadi dengan tubuh.
  • Ia tidak mendatangkan kesan sampingan, malah ia akan menambah baik kesihatan tubuh badan anda.
  • Beri kesan sampingan kepada tubuh anda kerana ia diperbuat daripada bahan kimia
  • Ini kerana penghasilannya bukan dari sumber makanan. Jangan terkejut kalau anda mengetahui bahawa tar yang digunakan untuk menurap jalan raya adalah salah satu bahan untuk menghasilkan B Complex. 



Satu kajian ujian klinikal telah dibuat dengan kerjasama Universiti California Berkeley, Sekolah Kesihatan Awam menunjukkan bahawa pengguna yang mengamalkan makanan tambahan Shaklee mempunyai kesihatan yang ketara lebih baik daripada pengguna multivitamin lain dan mereka yang tidak menggunakan makanan tambahan.



Kajian Landmark Shaklee


3. Masa Untuk Tindak Balas

Vitamin Semulajadi
Vitamin Sintetik
  • Ia akan bertindak balas pantas dengan badan kerana ia mempunyai keserasian dengan tubuh badan. Maksudnya, vitamin tersebut akan diserap dengan segera
  • Mengambil masa untuk diserap kerana ia tidak serasi dengan tubuh badan kerana ia adalah bahan kimia. Silap-silap vitamin tersebut tidak diserap langsung



4. Kesan Jangka Panjang

Vitamin Semulajadi
Vitamin Sintetik
  • Kesan jangka panjangnya adalah positif kerana ia tidak melibatkan tindak balas kimia yang luar biasa
  • Beri kesan jangka panjang yang tidak elok kepada tubuh badan anda kerana tindak balas kimia yang di ambil badan untuk menyerap vitamin sintetik yang di perbuat daripada bahan kimia.
  • Antara kesan jangka panjang hasil daripada pengambilan vitamin sintetik adalah penyakit kanser

 5. Harga


Vitamin Semulajadi
Vitamin Sintetik
  • Harga yang mampu milik dan tidak membebankan. Kesihatan yang baik adalah antara perlaburan yang bagus.




  • Murah, adakalanya diberi percuma sahaja. Tapi jika memberi kesan yang tidak baik menyebabkan anda terpaksa mengeluarkan kos yg lebih tinggi untuk dirawat.




Walaupun harga vitamin Shaklee mahal berbanding yang dijual dipasaran tetapi apa yang diperolehi pengguna adalah sangat berbaloi. Ini kerana mereka mendapat produk semula jadi, berkesan dan halal. 

Malah untuk setiap botol yang dimiliki tahan sehingga 2-3 bulan. Malah vitamin C Shaklee tahan sehingga 6 bulan. 

Jangan lepaskan peluang, hubungi saya segera untuk mendapatkan Vitamin semulajadi Shaklee yang bermutu tinggi.







SITI ZARINAH SAHIB
SHAKLEE ID 1212774
NO. HP: 012 6133596
 CALL/WHATSAPP

EMEL: zarinah07@gmail.com





Friday, October 16, 2015

minum lemon panas pagi-pagi

Kerapkali ketika menghadiri tugasan di hotel biasanya saya dihidangkan dengan lemon bersama teh uncang. Buat pertama kali merasai minuman panas ini memang cukup enak, kena dengan selera saya. Sejak itu apabila mengunjungi restoran saya pasti memilih lemon madu panas sebagai minuman.

Apabila pulang ke rumah tidaklah selalu saya menyediakan minuman lemon panas ini. Sekali-sekala saja. Tapi minuman ini saya tambahkan dengan madu kerana madu bersama lemon sangat banyak khasiatnya.

Mungkin sesetengah kita tidak mengetahui khasiat minum air lemon ketika panas. Percaya tak minum air  Lemon ketika panas pada waktu pagi membuatkan tubuh badan lebih segar. 
Apa yang saya lakukan adalah pada waktu pagi sebelum ke tempat kerja biasanya saya mengambil secawan air panas  ditambah perahan lemon , atau kalau malas masukkan saja  hirisan lemon ke dalam cawan . Tambahkan dengan 2 sudu madu dan kacau. Kemudian minum..memang terasa kesegarannya.


Ini yang saya buat setiap pagi. Lemon panas madu. 


Minum panas-panas memang terbaik

Ini saya ambil drp blog Dr Hamid Arshad pakar sakit puan

Caranya potong limau/lemon dan masukkan 2-3 hiris ke dalam satu gelas air suam dan minum. Lemon menjadikan air 'alkaline' dan memberi banyak khasiat terhadap kesihatan badan kita.
Seorang pakar dari Baltimore USA mengatakan air lemon boleh bunuh sel-sel kanser dan ia lebih kuat lagi tindakan dari ubat kanser/chemotherapy.
Untuk pesakit-pesakit saya yang mengalami berbagai jenis ovarian cyst termasuk endometriosis , adenomyosis dan fibroids saya mencadangkan mereka cuba minum segelas air lemon  fresh tiga kali  sehari selama 3-6 bulan dan lihat ada tak perubahan.


Kebaikan Lemon Panas

  1. Lemon panas membunuh sel kanser
  2. 2-3 hirisan lemon dicelupkan dalam 1 gelas air panas boleh menjadi air alkaline. Air alkaline ni sesuai diminum di kala keletihan, mabuk, pening dan muntah-muntah.
  3. Air lemon panas boleh membantu melegakan tumor dan bengkak
  4. Citric acid dan C Polifenol dalam jus lemon dapat menstabilkan tekanan darah, pengaliran darah sempurna dan mengurangkan terjadi penggumpalan.
12 Kebaikan yang lain:
1. Minum air lemon sebaik sahaja bangun tidur boleh melegakan dan mengelakkan masalah penghadaman seperti kembung perut, gastrik dan pedih ulu hati.
2. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja.
3. Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh.
4. Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang asid dalam badan.
5. Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
6. Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
7. Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak barah.
8. Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil.
9. Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
10. Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan.
11. Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus.
12. Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Jika kita tidak mempunyi masa untuk membuat air hangat lemon boleh dapatkan Sustained Release Vitamin C Shaklee. 


Siti Zarinah Sahib
Id Shaklee 1212774
012-6133596 call/whatsapp


Wednesday, October 14, 2015

Bila anak tolong di dapur

 Kalau time cuti berebut-rebut budak dua orang ni nak tolong saya.
sorang nak kacau tepung sorang nak menggoreng.
Mulanya mmglah risau kalau terkena minyak. tapi lama-lama bagi jerlah cuba, kita pun ada di dapur sekalikan bg tunjuk ajar.

Tapi tak bagilah main dengan pisau dan benda tajam risau juga nanti terkena jari.





Seronoknya dapat kacau pisang goreng. Kecah dapur saya.



Si kakak masukkan pisang dalam kuali, adik tengok jer lepas tu kacau. Biar sampai garing baru angkat.

Ok dah pass aktiviti tolong di dapur. Lepas ni boleh ajar basuh pinggan pulak.

CARA MUDAH BERSIHKAN DAPUR, BILIK AIR, DINDING RUMAH BG BERKILAT

Time cuti public holiday nilah masa nak bersihkan rumah.
dapur yang berkarat tu nak dikilatkan, Lantai bilik air kena berus, toilet bowl sekali, kadang-kadang anak conteng dinding dengan pen marker tapi susahnya nak hilang.

Tambah pula kalau tak ada pembantu rumah, penatnya nak memberuskan. Dulu masa belum kenal Basic H ni mmg masak jugalah kena guna pencuci paling kuat. Tapi yang tak tahannya baunya lah. Kadang-kadang sampai tangan mengelupas.

Masa berkunjung ke rumah sahabat saya ni saya teruja bila tgk dinding rumah yang bersih tanpa kesan contengan pensel warna, begitu juga bilik air yang berkilat.

Saya: Kau pakai pencuci apa ni macam best jer. Bersihlah.

Dia: Haaa (sambil ambil basic H dan tunjukkan pada saya) benda nilah. Best sangat pakai 2-3 titik masuk dalam 500ml air dan spray lepas tu lap. Berkesan. katanya ala-ala promote produk.

Saya pun belilah satu tak mahal pun cuma RM40 saja dan bila pakai sangat berbaloi sebab tahan setahun.

Tengoklah gambar-gambar kat bawah ni yang diambil drp testimoni saya:


boleh hilangkan kesan minyak degil


Bahagian dinding yang dah kusam, jadi kuning-kuning pun dapat dihilangkan

Haaa..menjadikan bilik air berkilat. senang nak berus lepas spray dengan Basic H

Bahagian dinding bawah lampu pun dah berkilat

Bilik air yg paling malas nak cuci. Tapi dengan basic H menghilangkan kotoran degil dgn mudah


Memang sangat awesome. jom cuba


Toilet bowl jadi berkilat. Tak caya???
Apa yang ada pada Basic H 


TAHUKAH ANDA?

1. Kebanyakan pencuci serba guna mengandungi toksin yang boleh disedut atau diserap melalui kulit.

2. Pelarut sintetik boleh mengganggu keseimbangan hormon.

3. Pelarut organik seperti butyl cellosolve merupakan toksin saraf dan boleh merengsakan hidung.

4. Morpholine, sejenis toksin berbahaya, boleh mengakibatkan kerosakan hati atau buah pinggang.

5. Pencuci kaca mengandungi ammonia, sejenis racun yang boleh merengsakan kulit, mata dan sistem pernafasan.


Agak agak bila nak habis kalau sebotol besar ni? Memang lama boleh pakai la kan.


Cara Penggunaan Untuk Hasil Terbaik

1) Dapur, peralatan, perabot, hiasan kayu, dinding, keluli tahan karat, granit, marmar dan bilik mandi
>> 1⁄4 sudu teh + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

2) Periuk belanga
>> 1⁄2 sudu teh + 1 gelen air suam

3) Tingkap dan cermin
>> 1-2 titis + 16 oz. air dalam Penyembur Get Clean

4) Lantai
>> 1 sudu besar + 1 gelen air

5) Kain benang biri-biri, nilon, fabrik berkualiti tinggi
>> 1⁄2 sudu teh dalam satu besen air suam


Masukkan 3-5 titis dari Basic H. Ingat yer, 3-5 titis sahaja. Bukan satu botol. Campur ke dalam satu bekas air kecil spray lebih kurang 500ml.

Then spray di tempat yang nak dicuci. Biarkan 3-5 minit dan kemudian lap.

Kesannya.

Sangat Amazing.

Super duper amazing.

Antara yang saya dah test :

1. Kotoran di dinding

2. Kotoran di lantai

3. Kotoran di toilet.

4. Kesan kotor dibawah suis lampu

5. Kesan contengan guna pensel warna di dinding.


Ingin mendapatkan supplemen yang sesuai untuk anda dan keluarga?
Ingin menjana pendapatan 4-5 angka sebulan dengan hanya duduk di rumah?
Hubungi 

FREE CONSULTATION
AFFORDABLE PRICE &
BUSINESS OPPORTUNITY WITH SHAKLEE!!!


SITI ZARINAH SAHIB
SHAKLEE ID 1212774

HP: 012-6133596  (Call/ SMS/ WhatsApp)

EMEL: zarinah07@gmail.com
FACEBOOK: mamarynas
INSTAGRAM: mamarynas

Wednesday, October 7, 2015

Ujian kita berbeza-beza



Bulan ini banyak betul perkara sedih yang berlaku pada saya dan orang-orang di sekeliling saya.
Antaranya saya keguguran pada awal September lalu, kemudian rakan bisnes saya bersalin pada usia kandungan 25 minggu Alhamdulillah dia dan baby sihat.
Kemudian baru-baru ini menerima perkhabaran daripada rakan baik ketika sekolah menengah mengenai anaknya yang terlantar di wad ICU disebabkan terjatuh daripada tingkat 1.
Lama dia menyimpan rahsia sehingga mengambil masa 2 bulan untuk memberitahu saya. Syukur Alhamdulillah anaknya kini dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan di kepala. Allahhuakbar besar sungguh dugaan mereka saya ingatkan dugaan yang saya lalui ini berat rupanya dalam sedar lebih ramai lagi yang diduga sedemikian. Entah sekiranya kita yang diduga sebegitu bagaimana pula.

Sungguh benar seperti mana yang dikata Tuhan akan menguji hambanya mengikut kemampuan hambaNya. Ujian juga sebagai tanda Allah kasihkan kita. Diberi ujian agar kita tersedar daripada lamunan lantas mengingatiNya bukankah itu sebagai tanda kasih sayang Allah. Tapi sebagai manusia biasa yang hatinya lemah bak agar-agar adakala sukar menerima kenyataan lantas mempersoalkan mengapa dan kenapa Allah memberikan ujian sedemikian rupa.

Semalam juga di kawasan perumahan saya digemparkan dengan kejadian kanak-kanak berusia 3 tahun jatuh dari tingkat 5. Saya kurang mengenali ibu dan bapa kanak-kanak ini. Menurut cerita ibu dan bapanya tiada ketika kejadian dan si kecil ditinggal bersama anak-anak jiran yang bermain di hadapan rumah. Entah bagaimana kanak-kanak ini masuk ke dalam rumah, menutup pintu dan tidak dapat membuka pintu kembali. Panik agaknya dia mencari jalan keluar, lalu pergi ke balkoni dapur dan memanjat meja yang ada di situ.Kemudian...berlaku kejadian yang tidak diingini sehingga si kecil ini terjatuh dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Allahuakbar lemah lutut saya mendengarnya.
Sedih usah cerita. Jika kita yang mendengar sudah berperasaan begitu bagaimana ibu dan bapanya.
Mungkin ramai akan mencari salah dan pastinya menyalahkan kedua ibu kerana meninggalkan anak tanpa ada rasa syak wasangka.




Kita kena percaya setiap yg berlaku pasti ada hikmahnya.
Jika kita reda dan menerimanya dengan sabar pasti ganjaran diterima lebih besar.
Walaupun kita tidak sekuat mana, namun percayalah hati yang reda, menerima dengan sabar dan percaya dengan qada' dan qadar Allah bukan saja membuatkan hati lebih tenang malah hubungan dengan Allah menjadi lebih kuat.

Saya percaya, cara untuk mendekatkan diri dengan ALLAH adalah dengan cara Allah 'menjentik' hati kita dengan apa yang DIA inginkan. Sifat manusia apabila ditimpa musibah atau berada dalam linanagan air mata barulah kita berusaha berdoa dan mendekatkan diri kepadaNYA.
Itu tandanya Allah sayang dan ada sesuatu yang ingin diberikan pada pengakhiran nanti. InsyaALLAH yang penting sentiasa istiqamah, solat dan berdoa kepadaNYA.




.

Kenapa suplement PENTING?

Assalamualaikum...

Hari ini nak bercerita masa kecil dulu, ketika di sekolah rendah saya antara dalam keluarga yang sering sakit. Saya masih ingat dalam seminggu persekolahan mesti ada hari saya terpaksa dihantar pulang oleh tukang kebun disebabkan sakit perut dan selalu pitam terutama ketika perhimpunan.

Ini menyebabkan saya langsung tidak aktif atau menyertai acara sukan. Saya juga pernah dijangkiti penyakit kayap ketika berusia 10 tahun dan hampir sebulan tidak ke sekolah disebabkan penyakit itu. Bagi yang tidak tahu kayap termasuk dalam kategori campak cuma ia lebih merbahaya.

Ini kerana ia cepat merebak dan sekiranya kayap ini bersambung yang dipanggal kayap ular kemungkinan boleh membawa maut. Untuk rawatan kayap ibu hanya menggunakan rawatan tradisional dan juga moden.
Namun banyak pantang larang yang tidak boleh dilakukan antaranya tidak boleh menggoreng di dapur akibatnya orang yang terkena kayap akan mendapat bisa dan berdenyut-dengut sehingga tidak boleh tidur. Memang seksa.

Inilah rawatan tradisional untuk kayap. Tapi tak ingat nama tumbuhan ni. gambar ihsan google


Apabila meningkat dewasa sedikit demi sedikit penyakit-penyakit ini hilang sendiri. Namun saya percaya badan saya sangat memerlukan antibodi untuk melawan penyakit. Sebab itu saya perlukan suplement yang dapat membantu meningkatkan sistem imunisasi badan.
Sebab itu saya sanggup gunakan wang membeli suplement di farmasi, kerana ketika itu saya sudah bekerja di syarikat penerbitan sebagai wartawan. Jadi masa saya banyak di luar pejabat, menemuramah sesiapa saja mengikut cerita yang ingin disiarkan. Tetapi saya kurang elert mengenai kandungan bahan suplement itu, Halal atau tidak dan hanya percaya berdasarkan label vitamin saja.


Makan buah-buahan. Tapi tak konsisten. Cam mana nak dapat full benefits of vitamin. 

Menagapa suplemen/makanan tambahan penting

 Ramai tidak tahu badan kita memerlukan dos vitamin yang lebih tinggi dari apa yang kita perolehi daripada makanan. Contohnya, Vitamin C dan Vitamin E yang diperolehi dari makanan saja tidak mencukupi untuk memberi kesan pencegahan dan anti penuaan.

Golongan tua, proses penuaan secara tidak langsung akan mempengaruhi kecekapan sistem badan dan daya penyerapan makanan, yang tentunya tidak lagi sebaik ketika muda. Malah, biasanya orang tua menghadapi masalah kurang selera menyebabkan ramai yang makan sedikit, cukup untuk menghilangkan kelaparan.

Akibatnya, jumlah khasiat yang sepatutnya dibekalkan kepada badan tidak mencukupi dengan aktiviti dilakukan terutama bagi yang masih aktif.

Manakala bagi wanita hamil, mereka perlu mengambil asid folik (sejenis Vitamin B) dan asid lemak perlu (EFA) bagi membantu proses pembentukan otak dan saraf anak serta mengelakkan risiko kecacatan.

Sementara bagi wanita kedatangan haid pula disaran mengambil pil zat besi bagi mengatasi masalah kekurangan zat besi yang hilang bersama darah haid sehingga menyebabkan mereka mudah berasa letih.

Seperkara yang perlu difahami juga, suplemen bukanlah pengganti makanan tetapi melengkapkan khasiat yang tidak dapat dibekalkan kepada badan. Apatah lagi bahan-bahan makanan yang tercemar dengan racun perosak.

Oleh itu, anda sebagai pengguna mesti pastikan produk suplemen atau makan tambahan yang anda ambil itu adalah bebas dari segala racun. Tapi, bagaimana cara untuk anda mengetahui dan memastikan ia adalah bebas racun?


Kenali Shaklee

Masa mula-mula diperkenalkan dengan Shaklee saya juga turut prejudis dengan produk ini kerana merasakan ia mengandungi bahan yang tidak elok untuk badan. Maklumlah selama ini semua ubat yang diambil mengandungi dadah walaupun dlm jumlah yang sedikit.

Saya terus Google dan terus google sehingga mendapat kepuasan barulah saya membeli set pertama kehamilan empat tahun lalu. Itu pun selepas berpuas hati dengan maklumat diperolehi di Internet serta beribu testimoni mengenainya.

Sijil HALAL yang mengesahkan Shaklee tanpa bahan terlarang


Kajian dijalankan ke atas Shaklee membuktikan vitamin ini tidak mengandungi bahan kimia, 
 Semua produk Shaklee adalah 100 peratus dihasilkan dari bahan semula jadi yang bebas dari bahan merbahaya seperti racun perosak, bebas dari pengawet, pewarna, perasa dan pemanis tiruan. Antara falsafah Shaklee adalah menawarkan produk mesra alam dan kesihatan yang baik.

Bukan setakat vitamin itu sahaja, tetapi semua botol-botol yang digunakan untuk menyimpan semua produk Shaklee adalah bebas toksik. Ini menunjukkan bagaimana Shaklee benar-benar bersungguh-sungguh bagi menghasilkan produk semulajadi yang berupaya melindungi bumi.

Shaklee memenuhi Good Manufacturing Practice (GMP) piawaian kawalan kuantiti yang lebih ketat berbanding produk lain. Semua produk Shaklee di Malaysia disahkan HALAL oleh ISA-Islamic Services of America, badan yang diiktiraf  JAKIM.

Jika anda berminat untuk mengetahui lebih lanjut produk Shaklee yang mana yang anda perlukan, yang memenuhi keperluan tubuh badan anda, boleh hubungi saya. Sedikit sebanyak ilmu yang saya belajar, akan saya kongsikan dengan anda. Mudah-mudahan ia memberi manfaat kepada anda dan keluarga.


SITI 012 6133596
Facebook: mamarynas
Instagram: mamarynas




Tuesday, October 6, 2015

makan kek sedap di Cake Jalan Tiung

 Saya bukanlah penggemar kek sebenarnya.
Tapi kunjungan ke kedai Cake Jalan Tiung yang terletak di Seksyen 9 Shah Alam  mengubah pandangan terhadap kek yang biasanya dikatakan manis, pekat dengan coklat dan lemak berkrim dengan keju.


kek coklat caremel yang super duper sedap. 
ya saya menggemari semua kek yang dihidangkan di sana.
Suasana santai dan rileks turut menyebabkan saya rasa sangat teruja untuk menikmati hidangan pemanis mulut yang 100 peratus disediakan anak tempatan.
Rasa Pavlova masih teringat-ingat sampai sekarang.
kedai kek ini diusahakan pasangan muda suami isteri yang dulunya bekerja dalam bidang perbankan. mereka nekad berhenti kerja dan membuka kedai kek disebabkan kecintaan dalam bidang makanan.

Cookies bersama susu segar


 kagum mendengar cerita pemilik kedai kek ini Nur Shafinaz Abdul Rahman kerana berani membuka perniagaan yang jarang dilakukan usahawan lain iaitu menyediakan kek semata-mata dan minuman berasaskan kopi. 
Antara kek yang dihidangkan di sana. paling saya suka pavlova.


jadi bagi penggemar kek boleh menikmati kek di Cake Jalan Tiung 
Seksyen 9 Shah Alam yang dibuka setiap hari kecuali Isnin dan Selasa. Boleh layari Instagram Cake Jalan Tiung untuk mengetahui menu menarik yang disediakan.

CARA RAWAT REDUNG

 Saya mengetahui yang saya mempunyai resdung sejak berada di sekolah menengah. Ketika itu saya perasan saya akan alah dengan habuk, debu, dan sejuk. Bangun pagi mesti bersin berkali-kali kemudian barulah rasa lega. Kadang-kadang selepas bersin rasa tidak selesa seperti selsema.
Tapi masa tu biasalah tiada rawatan diberikan. Apabila bersin berkali-kali saya ingatkan ia perkara biasa.

Sehinggalah saya memasuki universiti resdung saya semakin teruk. Daripada bersin setiap pagi, saya mengalami jerawat yang sangat serius. Bukan setakat jerawat batu tetapi nanah dan berdarah. malah apabila makan makanan laut hidung saya menjadi sangat sensitif, gatal, berair termasuk mata dan telinga.



Tanda-tanda resdung

Saya pernah menjalani rawatan resdung menggunakan kain putih yang dibakar namun sekejap saja. Resdung datang semula. Begitu juga rawatan tradisional dengan seorang pakcik di Puchong, berkesan seketika namun gatal-gatal hidung datang semula.


bersin kerap pada waktu pagi adalah tanda-tanda resdung
Resdung atau seduan(sinusitis) adalah sejenis penyakit yang mudah berjangkit dalam waktu yang singkat apabila daya tahan penyakit atau antibodi seseorang itu lemah dan tidak dapat menahan kuman resdung / hama) yang terus merebak dalam tubuh pesakit.

Percayakah anda resdung adalah penyakit yang berpunca dari parasit demodex atau apa yang dipanggil sebagai ulat resdung. Terdapat kira-kira 44 jenis resdung! Masalah resdung berpunca dari alahan terhadap habuk,debu, pemakanan, pencemaran dan sebagainya. Penyakit resdung boleh membawa MAUT!!!

Artikel dalam Utusan Malaysia mengenai bahaya resdung
Oleh kerana saya seorang yang sangat cerewet mengenai ubat yang dimakan, menyebabkan saya tidak mencuba sebarang ubat berkaitan resdung yang dijual di pasaran kerana khuatir dengan bahan-bahan di dalamnya. 
Sehinggalah suatu hari ketika melayari Internet saya bertemu artikel mengenai resdung dan SET RESDUNG/ASMA SHAKLEE. Saya terus membaca mengenai kandungan bahan digunakan serta sejauh mana suplement berkesan merawat resdung.

Apa yang saya tahu resdung berkaitan rapat dengan darah, oleh itu untuk mengubati resdung memerlukan cucian daripada dalam. Bukan hanya menggunakan produk saja. Selepas memahami kesemuanya saya mulai yakin yang suplement mmg sangat membantu merawat resdung tetapi suplement apa?

Saya mula mencari dan terus mencari sehingga membaca ribuan testimoni yang menggunakan produk ini. Memikirkan produk ini HALAL, tidak menggunakan bahan kimia atau dadah dan hampir 20 tahun lebih berada di Malaysia dan 50 tahun di seluruh dunia saya mulai yakin untuk mencuba. 

Saya mengambil Vitamin c, B Complex dan Alfalfa. Fungsi setiap vitamin ini adalah:

SET ALAHAN/ RESDUNG/ ASMA

Alfalfa Complex (sehari 4-6 biji)
 Melawan alahan – memperbaiki keadaan kulit, hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air
 Mencuci darah, hati dan usus
 Mengembalikan kenormalan badan yang terasid
 Menghilangkan toksin dalam badan
 Membersihkan hati, kolon dan darah
 Mencantikan kulit dan otot
 Mengurangkan keradangan
 Membantu memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif

B Complex (sehari sebiji)
 Memastikan kesihatan fungsi saraf
 Meredakan sakit kepala, tekanan, kemurungan dan insomnia
 Membantu meredakan alahan
 Mengurangkan masalah keletihan mata, mencegah katarak dan meningkatkan kualiti penglihatan
 Memperkasakan memori dan daya pemerhatian

Sustained Release Vita-C (sehari 2- 3 biji)
 Meningkatkan interferon semulajadi tubuh (fungsi sistem pertahanan badan, sel darah putih) dan meransang pengeluaran T-Cells
 Membantu mencantikkan kulit, mencerahkan kulit, melambatkan penuaan dan menyekat pembentukan pigmen
 Meningkat penyembuhan tisu
 Membantu mencegah elergik hidung, kulit dan asma



SID - Siti 012-6133596
Facebook: mamarynas
Instagram: mamarynas





NAK KULIT CANTIK dan SIHAT


Kalau dah pompuan tu nampak jerawat nasi sebiji kat muka mulalah risau. Picit-picit sampai berdarah kemudian tinggalkan kesan yang sukar dihilangkan. Macam sayalah tu.
Pantang nampak jerawat mulalah tangan sibuk nak picit. Lama-lama jerawat makin teruk berdarah dan bernanah.
Mula cari pelbagai produk, sapu-sapu tak nak jg hilang. Kulit makin teruk. Malunya Tuhan saja yg tahu. Tambah-tambah kalau jumpa kawan-kawan yang kulitnya licin bak telur ayam.
Down sangat masa tu. Itu nostalgia masa zaman-zaman belajar dulu. Saya percaya adik-adik turut alami masalah macam saya.
Kulit berminyak, tak jaga makan, pakai produk tak sesuai dan faktor alam sekitar menambah kepada  masalah kulit. Tapi saya selalu terfikir kenapa ada jer wanita yg berkulit licin dan cantik semula jadi. Serius cemburu sangat bila tengok pompuan kulit lawo dan licin. Selalu membayangkan kulit dia berganti dengan kulit sendiri. Mulalah cakap dlm hati kenapalah Tuhan tak bagi kulit aku macam dia hahahah. Teruk kan????
Yer mmg ada dan ramai wanita memiliki kulit yg semula jadi cantik.
Mungkin sebab genetiknya dan kulit juga dipengaruhi oleh darah anda. Pernah tak dengar darah kotor. Jadi untuk menhilangkan jerawat yang  teruk mmg kena ambil suplement atau jumpa dengan pakar kulit.
Tapi bayaran untuk pakar kulit mmg mahal. Saya sendiri pernah bertemu dengan pakar kulit yg sering melakukan rawatan untuk artis ternama sekali pergi RM200 lebih dan perlu dtg dua kali sebulan.
Pitam sekejap!!! Memang tak mampu. Kemudian bila usaha pakai produk tak berjaya baru saya cuba amalkan suplement untuk kulit.
Bila saya dah jumpa suplement sesuai which mean yang halal tak ada bahan kimia. MASYAllah bersyukur sangat.
Tambah pula ia tidak membebankan. Cthnya vitamin C tahan sehingga 6 bulan dan vitamin E tahan 3 bulan mankala ESP tahan 2-3 bulan. Berbaloi ke berbaloi????? Paling penting kombinasi esp+ vit c dan vit e bkn untuk kulit saja ttp untuk keseluruhan tubuh. Kebaikan 10 dlm 1. Kulit cantik..antibodi badan kuat..rambut sihat dan badan cergas sentiasa. 

MENGAPA KULIT BERMASALAH

Saya bukanlah bijak pandai dalam bab kulit tetapi menerusi pembacaan terdapat beberapa sebab kulit menghadapi masalah jerawat, jeragat, pigmentasi, rona tidak sekata dan pelbagai masalah lain. Antara masalah yang menyumbang kepada masalah kulit adalah:

Faktor 1 : Penggunaan kosmetik yang tidak sesuai seperti bedak asas akan membuatkan kulit menjadi sensitif. Selain itu jarang membersihkan wajah selepas penggunaan kosmetik juga menjadi punca masalah jerawat.

Faktor 2 : Hormon menjadi penyebab utama daam pembentukan jerawat. Tidak hairan, ketika haid jerawat akan tumbuh kerana ketika itu hormon tidak seimbang. 

Faktor 3 : Gaya hidup yang tidak sihat menjadi salah satu faktor timbulnya jerawat. Merokok, kurang itidur dan stres, boleh meningkatkan hormon androgen. Androgen dapat meningkatkan pengeluaran  minyak, apalagi jika di permukaan kulit tertutup oleh make-up, kulit akan meradang dan timbul jerawat.

Faktor 4 : Makanan, sering makan makanan berminyak dan berlemak menjadi sebab munculnya jerawat.

Faktor 5 : Genetik adalah faktor penyebab jerawat yang diperturunkan dari orang tua.

Memicit jerawat akan menyebabkan kulit berparut


Cara Mengatasinya

1. Perlahan-lahan elakkan penggunaan kosmetik kimia, apalagi kosmetik yang menawarkan fungsi pemutihan dan membersihkan jerawat dengan cepat.
 Ini kerana kemungkinan produk ini mengandungi merkuri yang dapat merosakkan kulit. Gunakan perawatan  wajah semula jadi seperti buah dan masker.

2. Amalkan gaya hidup sihat. Elakkan makanan segera, berlemak dan berminyak. Tukar cara memasak kepada kukus, rebus dan panggang. Amalkan

- Minum air putih secukupnya usahakan 3,5 liter setiap hari
- Elakkan stress dan rileks selalu.
- Perbanyak makan sayur dan buah buahan terutama yang dapat membantu membakar lemak seperti  lemon, epal.
- Cuci muka dgn air bersih (pakailah air mineral).
- Bersenam.

3. Amalkan suplement untuk kulit iaitu dengan Vitamin C, vitamin E,  B Complex dan ESP yang membantu mengurangkan jerawat, memudarkan parut jerawat, melicinkan kulit, menjadikan kulit gebu dan anjal.


KEBAIKAN Vita-E Complex
 Sebagai antioksidan untuk melawan radikal bebas yang merosakkan kulit
 Memperbaiki parut
 Mengurangkan jerawat
 Melambatkan penuaan
 Memulihkan tekstur kulit
 Mengurangkan kedut dan garis halus


B Complex
 Melembapkan kulit
 Anti stress (punca jerawat)
 Mengalakkan pembentukan sel baru bagi mengantikan sel lama/rosak/mati
 Melancarkan peredaran darah
 Menaikkan seri wajah
 Memperbaiki mood agar sentiasa gembira dan ceria


Sustained Release Vita-C
 Membentuk kolagen
 Menganjalkan kulit
 Mengurangkan kedutan
 Merawat jeragat, bintik hitam dan tona tidak sekata
 Merawat kulit kasar dan kering
 Mencerahkan kulit


ESP Soy Protein
 Asid amino yang baik kepada wajah awet muda
 Meransang pembentukan semula kulit dan otot
 Membaikpulih sel dan tisu yang rosak
 Menganjalkan kulit
 Menghilangkan kesan parut


Cara Pengambilan
1) Vita-E Complex - 1 biji sehari sebelum tidur
2) B Complex - 1 biji sehari selepas sarapan/sebelum tidur
3) Sustained Release Vita-C- 1-2 biji sehari selepas sarapan
4) ESP Soy Protein- 1 setengah sudu sebelum sarapan dan 1 setengah sudu sebelum pukul 7 malam



TESTIMONI SET KECANTIKAN SHAKLEE







SID:  Siti 012- 6133596
Facebook: mamarynas
Instagram: mamarynas