Saturday, September 28, 2013

Pengurusan susu ibu ketika ke luar negara

Kerisauan saya ketika outstation ke luar negara adalah mengenai pengurusan susu ibu. Sebelum ke Macau dan Hongkong lagi saya sudah mendapatkan maklumat menerusi Internet bagaimana nak membawa susu balik ke Malaysia. Kalau diikutkan dalam masa 4 hari di sana tentu banyak susu yang sudah dipam, bayangkan kalau semuanya dibuang. Sayangkan. 


 Jadi saya pastikan membawa pam Medela FS ni lengkap kesemuanya. Bersama beg cooler dan ice pack. Mujur jadual tidak begitu padat biasanya atau setiap hari saya keluar dr hotel dalam jam 10 pagi dan kembali semula jam 3 petang dan keluar semula 6 petang sehingga kembali ke hotel 10malam. Begitulah rutin setiap hari. Jadi waktu mengepam susu saya adalah pada waktu subuh jam 6 pagi, kemudian 5 petang dan malam sebelum tidur 11 atau 12 malam.
Hari pertama 13 September saya tiba di hotel, Macau pada waktu petang dalam jam 5 petang dan ia adalah sesi pengepaman yg pertama. Mujur peti sejuk di hotel agak sejuk dan saya tidak ragu-ragu menyimpan susu di dalamnya.

Ini antara susu ketika berada di Macau. Oleh kerana selepas 2 hari saya transit ke H. Kong menaiki bot dengan perjalanan mengambil masa 3-4 jam saya pastikan ice betul-betul sejuk. Saya juga menghantar sms kepada perunding penyusuan Suraya Lunatots untuk mendapatkan maklumat jelas adakah susu saya masih elok atau sebaliknya sekiranya hanya disimpan di chiller selama 4 hari. Alhamdulillah dia memberikan respond positif dan mengatakan memang masih elok.

Selepas sampai di H.Kong saya simpan semua susu di dalam peti sejuk hotel pula. Masalah kedua apabila saya kehabisan plastik penyimpanan susu kerana saya membayangkan susu saya tidak sebanyak itu. Setiap kali mengepam saya memperoleh anggaran 10-12 auns (tentulah banyakkan sebab anak tiada bersama)  dan memerlukan 2 plastik simpanan.
Oleh kerana pada hari ahad saya kehabisan plastik saya menyimpan di dalam botol air mineral. Saya juga bertanya kepada kitchen hotel dan mereka memberitahu , Ya memang susu boleh disimpan di dalam peti sejuk beku di hotel. Namun oleh kerana ragu-ragu dan saya tidak membawa tuperware yg besar untuk meletakkan semua plastik susu, jadi saya hanya meminta mereka menyimpan (sejuk beku)  ice pack saya di dalam peti sejuk mereka semalaman bagi memastikan semua susu saya sejuk sepanjang perjalanan pulang ke Malaysia.

Semua susu saya hampir 90  auns, saya masukkan di dalam cooller bag bersama ice yang sudah dibekukan. Saya balut dengan plastik beg simpan di dalam luggage.  Ketika itu apa yg saya bimbangkan adalah:
-Takut sekiranya palstik pecah dengan tekanan di tempat tinggi
- Sekiranya susu tidak boleh dibawa pulang
- Luggage yg penuh dengan susu (air)

 Ini luggage saya ya. Mujur saya membawa beg kedua jadi ruang peyimpanan adalah mencukupi untuk menempatkan cooler bag yang padat.


Alhamdulillah semua urusan dipermudahkan. Tiada sebarang halangan untuk membawa susu ibu kembali ke Malaysia. Malah perjalanan memakan masa 3 jam 25 minit, dengan saya keluar dari hotel jam 6 pagi dan sampai ke rumah 1.30 tengah hari lebih kurang 7 jam 30 minit, kesemua susu saya dalam keadaan baik, sejuk dan segar. Alhamdulilah rezeki Fayyadh yang masih menyusu badan.

Nasihat saya bagi ibu yg masih menyusu dan ingin memastikan susu dapat dibawa pulang ke Malaysia:

1. Dapatkan maklumat sebelum pergi adakah susu boleh dibawa pulang di dalam luggage. Mgkin ada negara dengan peraturan masing-masing. Cthnya Australia memang tidak membenarkan membawa sebarang produk diary milk atau cereal dan perlu declare, susu ibu saya kurang pasti.
2. Bawa kelengkapan secukupnya dan pastikan plastik penyimpanan mencukupi kerana anda tidak perlu membeli di luar negara.
3. Pastikan suhu peti sejuk di hotel  mencukupi untuk menyimpan susu.
4. Paling penting tanya hotel adakah boleh menyimpan susu di dalam peti sejuknya. Bagi hotel 5 bintang saya rasa tiada masalah.
5. Jika anda berada di luar negara tidak melebihi 5 hari simpan susu di dalam chiller saja dan bukan di bahagian frozen bg memastikan susu masih elok. Kalau dah frozen nanti sampai malaysia cair kena gunakan pulakkan dah tak boleh dibekukan. Mungkin sekiranya melebihi 5 hari  ia perlu dibekukan.
6. Paling penting ice pack sama ada jenis plastik atau block perlu disejuk beku terlebih dulu, minta kerjasama hotel untuk menyimpan ice anda. Ini bg memastikan susu yg disimpan dan dibawa pulang dlm keadaan sejuk apabila sampai di rumah.

Sekian.


Friday, September 27, 2013

Macau part 2

 Pada hari ke 2 berpeluang ke Macau Tower yang terletak berhampiran dengan hotel, hanya memakan masa 30 minit perjalanan saja. Kami tiba jam 11 pagi dan antara kumpulan terawal, mujur sebaik sampai hujan mencurah dengan lebat.

 Tower ni kalau dilihat dr luaran sama seperti Menara KL bentuknya. Di sini adanya aktiviti  Bungy Jumping tertinggi di dunia. Sepanjang 1 jam berada di sana tidak putus-putus orang datang melakukan bungy jumping. Berani sungguh. Kami juga ditawarkan untuk melakukannya. Ampun!!!! kalau diberi duit sekalipun mungkin saya tidak akan melakukannya.


 Ambil gambar dulu ya sebelum masuk ke dalam Macau Tower.

 Dari atas kita dapat melihat keseluruhan bandar Macau yang cantik dan segar.

 Antara pelatih Byngy Jumping yang sedang menunggu peserta yang membuat bungy Jumping.

Permandangan bandar Macau yang pesat membangun. Banyak bangunan pencakar langit antaranya pusat beli-belah dan hotel 6 bintang menggambarkan betapa kayanya penduduk Macau. Kos hidup di sini sangat tinggi. Daripada pemandu pelancong dia memberitahu apartment 2 bilik ala flat di Malaysia saja sewanya RM1500 sebulan. Tapi gaji pekerja sangat tinggi bayaran bulanan pembantu rumah RM5000 . Namun nilai hartanah mencecah jutaan ringgit dan penduduk Macau sendiri memang tidak mampu memiliki hartanah di sini.

 Oleh kerana tidak melakukan bungy Jumping, kami memilih melakukan sky walk. Selepas memakai t-shirt yang diberikan serta peralatan seperti di dalam gambar kami berjalan secara berkumpulan.

 Sky Walk adalah aktiviti berjalan di luar kaki lima bangunan. Oh begitu jadi perasaan takut sedikit kurang walaupun angin sangat kuat di luar. Boleh merasai hembusan angin laut yg sangat segar.

 Ketika berjalan kami diminta melakukan beberapa aktiviti bagi membolehkan rakaman gambar diambil. Oh saya tidak berani melakukan yang lebih ekstrem..cukuplah begini hahahha...

 Melawan ketakutan di tempat tinggi. kalau memandang ke bawah memang buat jantung saya berdegup lebih kencang. Nasib baik ada tali keselamatan yang diletakkan pada badan. jadi kalau terjatuh...selamat heheheh.



Aksi seterusnya...happy...(dalam hati takut juga bila pandang ke bawah)



 Kami juga dikehendaki duduk dan membuat aksi seperti roller coster...Macam kanak-kanak saja lagaknya.

 Inilah saya. Berlari kemudian duduk. Ini semua menurut arahan trainer yer.

 Bayangkan kalau terjatuh di belakang ... huhuhu..


 Gambar berkumpulan. Sky walk dilakukan bersama seorang trainer. Dia yg akan mengajar apa saja aktiviti yang dilakukan.


 Gambar..gambar dan gambar lagi. Pelbagai aksi kami...jangan jemu melihat. Bersama kawan-kawan dari media berbeza.

 Macau Tower antara tempat paling popular di Macau.  Sepanjang berada di sini tidak putus-putus pelancong datang yang kebanyakannya dr Korea, Jepun serta  penduduk Cina sendiri.


Tamatlah sudah aktiviti sky walk di Macau Tower. Cenderahati adalah sehelai T-shirt. Bg yang ingin melancong ke Macau ini antara tempat yg harus dikunjungi.


 Selepas ke Macau Tower kami melawat pula temple yang menjadi tinggalan sejarah. Ramai betul manusia di sini.
Yang penting ada gambar bersama. 



Saturday, September 21, 2013

Macau part 1

Saya ke Macau dan Hong Kong pada 12-16 September lalu menghadiri pelancaran RiRi Cosmetics di bawah Mac Cosmetics. Ini kali pertama ke negara yang dipenuhi kasino ini, tempat perjudian paling besar dan paling banyak kasino.
Perjalanan dari KLIA memakan masa 3 jam 20 minit saja ke airport Hong Kong dan perlu menaiki Turbojet ke Macau yang memakan masa 50 minit. Mulanya saya ingatkan Turbojet yang laju sehigga membuatkan pening dan muntah (mmg saya bekalkan ubat muntah takut sekiranya pening di dalam bot). Namun sangkaan saya meleset kerana pergerakan begitu smooth sehingga tidak terasa berada di dalam bot.

 Permandangan dari jeti Macau. Kebanyakan yang ke Macau adalah orang Cina dan kebanyakan penduduk ada berbangsa Portugis yang kebanyakan mereka fasih berbahasa Kantonis. Dua hari di sana tidak pernah bertemu orang Melayu.

 Saya bersama lima yang lain menginap di Hotel Venitian, Macau. Hotel ini sangat besar kerana di bawah dipenuhi kasino yg dibuka 24 jam. Apabila berada di sini terbayang seperti berada di genting Highlands.


 Permandangan di kawasan hotel. Dinding warna keemasan, mgkin menggambarkan kemewahan dan kekayaan.


 Bilik penginapan lima bintang. Saya suka dekorasinya yang sangat mewah dan klasik. Katil queen, dengan dua televisyen.


 Ruang menonton TV dan bersantai.


Bilik yang besar boleh menempatkan sehingga 2-4 orang.


 Hotel Venitian bersambung dengan pusat beli-belah yg terletak di bahagian atas. Saya hanya sempat melawat satu tingkat saja oleh kerana kesuntukan masa. Kagum melihat dekorasi yang unik dan maha cantik. Sungguh!! pencahayaan dengan ditengah laluan gondola begitu menarik sekali. Tidak puas berjalan dan memandang sekeliling.


 Di sini terdapat butik-butik mewah saja, jarang kelihatan jenama-jenama biasa. Jadi bagi kami yang datang untuk bekerja hanya memandang saja. Mungkin ada... kerana saya tidak sempat berjalan hingga ke semua tingkat.

 Sempat bergambar sebelum ke konsert Rihanna.

 Macam real kan? Bahagian atas awan itu adalah buatan ya bukan semula jadi. Tapi nampak seperti awan sebenar.

 Cantik sungguh.