Thursday, February 25, 2010

akibat cuai!!!

Aku tahu aku cuai!!!!
Entah apa lah yang aku ingat!!!!
Keje..tak ehhh...
penat sangat???? tak juga..
selalu aku tak pernah lupa pun...

Begini ceritanya...semalam aku stayback kat opis overtimelah konon-kononnya. sampai 8.45 malam barulah terhegeh-hegeh nak berkemas..turun lift pegi kat kereta yang aku park kat tingkat 20. Makk aiii...tingginya. Gitu ler kalau ada asgment balik asgnment mesti parking penuh yang kosong pun tingkat 19,20,21.
Masuk kereta terus jer hidupkan enjin...ehhh apasal tak boleh start ni. Lampu langsung tak nyala. Tekan lagi...banyak kali tekan..tekan tak hidup juga enjin. Adeh!!!!..pastu aku nak buka lampu...aisey..lampu tak padam ler. Cam nerlah aku boleh lupa padam lampu ni. Dari jam 3.30 ptg tadi sampai ler ke malam haruslah bateri kong kan.

Terus jer dail no suami minta tolong. Masa tu ingat nak balik naik komuter jer. Yerlah dgn anak-anak kat rumah susah pulak suami nak angkut sekali. pastu dia kata....jangan naik komuter tunggu nanti dia ambik. Nak bawa jumper sekali hidupkan enjin...
huhuhu...alhamdulillah...dia pun bawalah anak-anak sekali ke office.

Dia sampai dalam 9.40 gitu terus jer ke tingkat 19 dan buat apa yang patut. Mulanya enjin tak nak hidup. banyak kali try...lepas tu suami aku kata, " Ni lastlah nak buat lepas ni kalau tak boleh jg balik jerlah."
lepas jer kata gitu terus jer enjin kereta berbunyi..yahoooooooooo!!!!!!!! seronok giler. bukan apa esok ada asgnment kat bangsar 10.30pg...kalau ler kereta tak boleh start macam mana pulak nak pergi asgment. Nasib baik Tuhan tolong aku...Alhamdulillah. Lepas tu terus jer balik jam 11.30 mlm baru sampai rumah.

Tuesday, February 23, 2010

KFC yuk!!!...

Agak-agak kalau tak tahu nak makan apa lunch ni makan ler menu kat bawah nie.
aku skrang ni KFC nak habiskan seketul pun susah. Kalau dulu zaman-zaman muda (cewahhh..cam ler dah tua sangat) sedap jer makan...
pastu dapat pula bahagian dada yang isi banyak tu lg lah susah nak habis. aku suka makan bahagian kulit (banyak kolesterol ni) dan tulang-tulang jer. bahagian kepak ler sedap tapi kalau beli dapat ler satu jer kepak yg lain semua isi-isi yg besar2 tuh...


Dan lg satu KFC ni akan jadi sedap kalau orang belanja.
so terima kasih lah pada yang belanja makan Ahad tadi yer...murah rezeki..ahaks..Amin...


Kentang goreng...apa ekkk namanya lupa pulak..bila dah sedap makan.


kentang putar...jemput makan.

Monday, February 22, 2010

alahai bedak aku!!!!

Oh tidak!!!!!

Nak marah pun sudah tidak berguna lagi..nasi sudah menjadi bubur...
nak buat macam mana perkara sudah jadi huhuhuhu..
Ahad lepas tengah bersiap-siap nak pegi KLIA hantar adik balik ke Sarawak..sekali tengaok si kecik tu sedang main sesuatu...

aku pun tengok ler dia main apa khusyuk bebenor..
sekali tengok ayo yo bedak Loreal aku dah jadi seperti gambar di bawah. Dah ler bedak tu aku baru beli walaupun beli dgn harga murah terus dr kilang tapi tetap beli jugak tau. alahhh sedihnya..sebab aku suka pakai bedak tu.
Walaupun bedak dah jadi debu aku tetap pakai jugak..pakai kat umah jerlah nak bawa masuk handbag pun tak boleh.

..sib baik ler anak sendiri sabo jerlah...


Ginilah rupanya ..bedak dah jd debu. Dia korek-korek dgn jari dia yg halus dan comel tuh. Lepas dah korek tangan masuk mulut..ehmmm bagus benorlah tuh. Bila marah sengeh-sengeh...tak ingat.

Nilah dia lepas main bedak...main berus gigi pulak...

Makin besar makin panjang akalnya...
sekarang ni dah masuk setahun lapan bulan. Vocabnya dah makin banyak...pastu suka meniru apa yang kita cakap. Dah makin banyak kenal perkataan..ABC dalam gambar pun dah boleh ingat gambar apa...dah boleh baca 123...sikit-sikit. Dah tak mau pakai pampers lagi...tapi nak buang air kecil dan besar dia dah leh cakap dah cuma aku jer belum ada masa nak ajar lagi. Standartlah sama cam kakak dia 2 tahun baru nak ajar...boleh????..boleh ajerkan...anak sendiri hhehhehhe.

Saturday, February 20, 2010

nasi lemak buah bidara

Hari ni mood nak memasak terlebih sikitkan, jadinya memang dah plan nak buat nasi lemak. Bangun pagi terus jer masak nasi dulu, pastu baru buat sambal ikan bilis. Dah siap goreng cekodok pisang. Pisang dpt dr kampung mak bawa hari tu..sampai dh hitam kulit pisang tu tapi masuk dalam peti luar jer hitam dalam ok.
Masak pun banyak..biar sampai leh makan tengah hari sebabnya ada asgn wedding anak Pengarah Raja Azmi dgn jailani Sidek kat Taman Ukay Perdana. Grand giler wedding 3 hari 3 malam.


Ni sambal ikan bilis yg tak seberapa tuh.

Ohh timunnya..

Telur rebusnya harus ada....


Nasi lemak...tapi tak letak daun pandan. kalau ada daun pandan haruslah satu Uniten berbau nasi lemak uols....hehhehe



Friday, February 19, 2010

acara kemuncak - bagi hadiah..yeeeaaa

Masih lagi cerita Family Day yer..
Ni hari terakhir, jadi sebelum masing-masing check out jam 12 tengah hari, sebelum tu diadakan acara bg hadiah untuk permainan, cabutan bertuah dan hamper.

Ni hadiah untuk mak dan abah.
Ni pulak hamper. Masing-masing bawa 1 hamper so ada 8 hamper termasuk 1 untuk mak dan abah. Untuk mak dan abah memang dibuat khas. Yer lah kan..takkan nanti mak n abah dpt hamper yang penuh keropok dan gula2 pulak kan. Jadi atas jasa baik kak fauziah dia buat ler hamper yang sesuai untuk mak dan abah. Penuh dengan brg2 dapurlah..berat uols...hamper mak dan abah nie.
Ahhhh...tu dia. ohh pengerusi majlis abang long yang berkaca mata hitam tuh. Jadi permulaan adalah sesi bg hamper untuk mak dan abah.

Lepas tu pemberian hadiah untuk abah pula. Teringat kat sekolah2 ginilah penyampaian hadiahnyer.
Hadiah untuk mak disampaikan oleh kak Long.

Ni sesi membahagikan hamper mengikut cara cabutan bertuah. Dan tuan punya hamper akan memberikan hamper kepada yg bertuah. So ni hamper aku dapat kepada keluarga abang E. yeyyeyyyy..sila tepuk tangan yer...

alamak blur lah pulak. Ni hamper kak long aku yang dapat yeeeeeaaa.....2 tahun lepas tk ingat dapat saper punya. so tahun depan gambar ni buktinya..yer.

Ni hamper untuk keluarga kak tija.

hamper keluarga abang E..
Sesi menyampaikan hadiah untuk games cari barang yer. Hadiah disponsor oleh aku yer..dan disampaikan oleh tok wan.

masih lagi permainan cari barang pemenang kumpulan kedua.


Ni hadiah stationary untuk semua anak-anak buah. Hadiah ditaja oleh kak Chak @ Joyah glamer.
hadiah untuk permainan tiup belon dimenangi oleh Ira.

Ohh anak aku dpt hadiah besar tajaan kak fauziah. Tima kasih..tima kasih..

Last sekali....oleh kerana adik aku ni tinggal kat sarawak, jadi nak bawa balik hamper kan jauh..takkan nak bawa atas kapal terbang pulakkan malu ler pulak. Jadinya dia telah membahagi-bahagikan hamper kepada semua anak buah. Lepas buka masing2 berebut ler amik apa yg dorang nak...hahhahha meriah sangat masa nie.
Itulah sahaja family day 2010. Untuk tahun depan ahli mesyuarat tingkap sudah bersetuju mengadakan Family Day 2011 di Pulau Pinang. Yeeehaaaa..ke Penang pulaklah kita yer. berjumpa di sana....bershoping jeruk2 ler pulak. InsyaAllah....semoga menjadi. ..AMIN.


Thursday, February 18, 2010

permainan tiup belon, cari barang dan BBQ

Bersambung lagi yer....

Ini aktiviti pada malam hari Ahad tu BBQ. Sepatutnya ada kerang dan ikan. tapi maklumlah kan CNY. pasar pun tutup pasaraya kat PD pun tutup jadinya hanya kambing dengan ayam sahaja.
Kaum lelaki semua diberi tugasan membakar ayam dan kambing, manakala kaum pompuan makan ajerlah hehhehehhe.
Sambil menunggu daging masak, ada permainan untuk budak-budak. Plannya memang banyak permainan tapi tak dapat dijalankan semuanya disebabkan masalah teknikal. yerlah karaoke kat sebelah tu asyik melalak jer. ada yg sedap tu ok lah...yang tak sedap tuh bingit telinga tau.
Nak buat permainan kerusi irama pun tak jadi sebab bising sangat. Jadi permainan yg sempat ialah tiup belon dengan cari barang.



Daging kambing yang belum dibakar lagi.

Abang aku yang sibuk membakar ayam sambil dibantu anaknya Alif.

Anak dara aku..merenung jauh nampak...


Daging yang sedang dlm proses pembakaran..sabaq..sabaq..nak makan.



Laki aku juga sibuk membantu. Tapi lagi banyak dok bg komen sebenaqnya...


yang ni abang ipar...orang kuat membakaq ayam

sesi permainan bermula...acara tiup belon. meriah uols....tapi kemenangan kepada anak buah, Ira.

Permainan cari barang. Antara yang perlu dicari ialah lesung batu, baju kuning, kunci, syampu. Ni pun meriah jugak...

fahim yang sibuk juga nak belon.

Tiup jangan tak tiup. yang kat belakang tu pengadilnya...

Haziq kalah di tangan budak kecik hahhahahhaha

Pengadil bersidang sedang menentukan pemenangnya...

mandi laut

Sambung cerita Family Day di PD yer..selagi tak habis gambo selagi itu ler story pasal family day.
Ok ni aktiviti hari Ahad. Pagi-pagi lagi lepas sarapan semua orang bersiap-siap untuk mandi laut. Cuma kaum lelaki jer tak ada sebab masa ni dorang tido kat banglo lain, kita orang kat banglo lain. Mak aku pun ikut juga masa ni tapi dia duduk kat tepi jer jaga towel hehhehhe.
Panasnya mak aiii usah cakap ler. Nak mendongak pun terkebil-kebil mata. kalau tak mandi laut memang ler lg panas. Bila berendam dalam laut ok sikit.


Ni masa mula-mula nak turun Fahim takut jer bila tgk ombak. Dah lama-lama oklah.
Durrani pula yang berani pegi ke tengah sikit ikut akak aku.


Mandi pun berkumpulan uols...sambil bersoksok...soksek...tapi bukannya bergosip...


Ohh..ni gambar sebelum turun ke laut. Ehhh seksi pula anak dara aku tuh.


Terselit pulak gambar ni. Ini gambar masa jalan-jalan kat tepi pasar tu. Macam-macam jual..tapi aku tak beli apa pun. jalan pun laju jer..sebab sambil dukung Fahim. Tak tahan panas juga walaupun masa ni dah kol 6 petang.



3 mak dara pingitan. Akak-akak aku...orang penting Family day..lagi satu orang penting sebab duduk kat dapur memasak.

Selepas naik mandi..tengah kesejukan ni.

gambar anak buah Alif yang ditimbus dalam pasir.


anak-anak buah aku selepas naik banana boat. alah slow jer dorang bawa. siap bg tau driver boat tu jgn terbalikkan





Close up sikit yer. see semua pompuan2 jer yg mandi...

Fahim elok jer naik terus buang air kecil atas tikar ni. bertuah punya budak.