Sunday, August 30, 2009

beli air tebu basi pulak!!!

Masuk hari ni dah seminggu ler poser kejap jer kan pejam celik pejam celik...dah raya esok hehhehe..

Semalam kan suami saya cadangnya mahu pulang ke kampung di PD...biasalahkan dah dekat kalau boleh tiap hari nak balik berbuka kat sana...
tapi memandangkan cuti 3 hari dan aku belum menghabiskan cucian yang berlambak tu tambah pulak cuaca redup nak hujan jer for surelahkan kain lmbat kering..takkan nak tinggal gitu jer..balik dah malam Senin esoknya keje bila plak nak sambung basuh balik. Jadinya aku mintaklah posponed balik hari ni jer (Ahad). Sib baiklah dia ok...hahhaha ok jer ttp nampak muka cam masam sikit ja..alah bukan tak balik langsung pun. Lainlah aku thn ni tk dapat balik berpuasa kat kampung huhuhuhu sedihnya. balik kampung pun raya kedua. nak wat cam ner dan ikut giliran nak balik kampung pun bajet lg kan...bajet nak raya lagi kan. semua tu kena kira wehhh..lainlah dapat duit selepok raya ni sonok juga. Bilalah nak dapat 1 juta ni wehhh hehhehe.

Ok berbalik pd citer tadi..aku pun menghabiskanlah cucian baju-baju aku tu. Tulah bahananya hari2 biasa malas nak membasuh...lepas berbuka jer terus penat..dan malas...hahhahha jadinya semua baju simpan hujung minggu. basuh juga ler ttp sekali dua jer.
jadinya suamiku pergilah membeli juadah berbuka di pasar Ramadan Bangi. Selalunya menu berbuka aku yang belikan. Ala beli dkt office jer...gerai2 yang mmg berniaga tu. Bkn apa aku kalau p.ramadan ni tak yakin sangat ler dgn lauk pauknyer...tambah2 kalau yg berniaga sekali setahun jer kat p.ramadan tu lauk rasa ntah haper2...ada yg sedap ada yang susah nak diterima dek tekak.

Pabila suami ku pulang dgn bekalan lauk yang banyak tu aku pun tgklah apa bendanya...ohh ada sayur lemak, ada udang pedas, ikan keli bakar ngan ayam goreng berempah dan roti John. ADa air tebu..pergghh air tebu ni yg aku suka ni. sebab dah seminggu berbuka tak minum ais minum air panas jer sekali dapat tebu sedap jugakkan.
namun malangnyer...air tebu yg dibeli itu telah basi..masam sangat rasanya. Sanggup yer dorang jual. Dah tahu yg semalam punya jgnlah jual kan..tebu kan cepat basi. Udahlah beli RM3..iskk..iskk tak patut betul ler. tengah semangat nak minum basi pulak..nak wat cam ner kan itu ler..risikonyer membeli kat p. ramadan ni. jadinya seperti biasa minum air teh O panas sahaja hahhahahha.

Tuesday, August 25, 2009

cerita ceriti

Ehhh hari ni dah masuk 4 hari puasa. Kejapnyer cepat jer masa berlalu.
Puasa sama seperti tahun-tahun lepas cuma tahun ni time nak berbuka tu mmg penat sikit ler..thn lepas fahim baru 2 bulan, ok lagilah letak jer..dia diam boleh berbuka dgn amannya. Ni dah pandai mengacau apa lagi..habis semua dia pun nak makan juga. kalau tak bagi mulalah uuwaaa..nangis tak ingat. Kenalah bagi dia pinggan, masuk nasi, lauk semua bg makan sendiri...habis ko dia makan. lapo anak aku cam puasa jer kekdahnya.

Pastu sekarang ni asal balik dr umah baby sitter jer terus ambil buku, pastu minta ajar pasal binatang. Yg dia pandai sebut CAT ngan BIRD..semua binantang CAT..semua BIRD wpun dah banyak kali ajar binatang lain. hari tu balik kg PD tgk ayam pun dia kata bird siap kejar ayam..ngan kucing.

Hahahhaha apa motif aku nak citer kali ni pun tak tahulah belasah jerlah labu apa yg terlintas itu aku tulis.
Itulah buku kesukaaan Fahim yg ada gambo2 binatang. Ohh lagi satu baby sitter aku kata, dia suka tgk National Geografic..pastu dia tak larat nak layan sebab mulut becok bertanya..

Kat bawah ni gambo masa lik kg minggu lepas. Semua balik jd meriahlah rumah. tambah2 time nak berbuka..huh..sorang nak air kelapa, laicikang, tebu, ABC, soya...macam restoran dah.

balik kg kali ni seronok sebab Fahim dh pandai berkawan. walaupun ada yg sebaya dgn dia ttp dia nak kawan ngan budak2 besar 7,8 tahun. senang aku berehat. kalau ada kawan dia tak cari aku langsung..ttk macam kalau kat umah..asyik nak berdukung..mengekor jer..aduh nak g toilet pun bawa dia. kalau balik kg pandai plak bawa diri.


Ni tengah main dgn sepupu dia. leka jer main aku nak tidur pun senang. Bila lapo susu baru cari aku.


kali ni entry merapu lagi tak ada point ..semua belasah jer...hahhahah oklah kan.
hari ni nak berbuka dgn apa pulak yer. semalam beli jer..hari ni pun sama gak sampailah hari ke30 puasa semua beli sajer.. terserlah kemalasanku

Friday, August 21, 2009

n3 MERAPU DAN SELAMAT BERPUASA...

Sudah lama tak update blog..nnati korang ingat aku bz plak kan. tak ler bz sangat bz ala-ala manja jer kan. tengah tak ada mood nak update...dan tengah tak ada story nak update. Jadinya entry kali ini adalah entry merapu sebelum kita semua berpuasa esok.

Selamat berpuasalah kepada semua semoga puasa kali ini kita mendapat lebih banyak pahala dan keberkatan. Dan tahun ini juga sekali lagi aku tak dapat menunaikan sembahyang terawih di masjid berjemaah. Rasanya sejak ada anak kot...huhuhuhu sedihnya. kalau tak dulu time bujang dengan housemate lepas jer berbuka terus siap-siap pg surau depan rumah tu. Ala buat 8 rakaat jer. Setiap malam mesti nak pegi sebab kalau tertinggal sehari mesti dah malas dan selalunya hanya di awal-awal puasa paling kurang dua minggu lepas tu makin malas ler hihihi... sekarang ni susah sikitlah dah ada 2 anak mana mau letak itu anak-anak...ada yang kata buat kat rumah. Memang ler boleh tapi suasana tak sama dengan buat kat surau atau masjid. harap-harap boleh lah juga berterawih di rumah...

baju raya??? heyyppp...belum poser lagi dah cakap pasal baju rayakan..gitulah..

tahun ini mak tak ada baju raya nyah!!!!!!!pakai jer apa yang ada..
ntah ler...cam tak semangat pulak nak tempah baju raya...sebenarnya baju raya dah beli 2 pasang berbulan-bulan awalnya...tp tulah tunggu punya tunggu punya tunggu tak hantar juga kat member nak jahit. Tunggu apa pun tak tahu lah..itu ler dah kata tadi tak der mood nak berayakan...
last nyer 2 minggu lepas tanya kakak ipar sebab dia pun menjahit juga. dan kata NO..DAH TAK LEH TEMPAH. PAKAI LEPAS RAYA BOLEH...aduh!!!! tak perlah pakai lepas raya pun ok. kan banyak open house kan..

Jadi pakailah apa yang ada. alah bukannya nak beraya sakan sngatkan..dah ada anak ni tak macam dulu-dulu. preparation untuk anak-anak yang penting. huhuhuhu (alasan org tak ada baju raya) tak per..tak per..nanti dekat nak raya nak pegi jalan TAR nak cari baju raya siap hahhahhaa...biar paling lawo dalam kampung.

Kuih raya??? adalah tempah sikit2 jer.
ekonomi meleset...bonus elek...naik gaji pun elek....NAN ADO.
dok senyap-senyap jer...diam-diam..order apa yang termampu...kalau rasa biskut tak sedap itu tandanya beli kat p. malam ler keh..keh..keh..
ada yang tanya tak bisnes kerepak ker????
dah lama off bisnes sejak beranak dua...huhuhuhu tak larat nak amik barang..dan packing barang.

Kasut raya??? iskkk..pakai selipar jer...

Langsir baru..sofa baru..brg rumah baru ???
ayo..ayo..penah beli baru ker untuk raya...sama jerlah. raya tak raya sama jer...hihihihi (tak ada pembaharuan kalau uols dtg umah)

Gitu ler kalau nak raya..belum poser lagi dan tempah baju, tempah kuih, tempah langsir beli itu beli ini. pendek kata semua nyer baru. maklumlah raya hanya setahun sekalikan..jadinya gunakan konsep beraya sakanlah kan...

tapi jangan lupa pulak pada RAMADAN yang menjelang ni. Di situlah pahala kalau nak cari banyak-banyak. Ingatan untuk diri sendiri juga selalu dok ingat raya jer..sedangkan puasa yang sedang dilalui tidak digunakan sepenuhnya. Manalah tahukan entah RAMADAN ini yang terakhir ke tahun depan dah tak jumpa...
so ingat-ingatlah sama....berdoa semoga virus H1N1 menghilang dengan kedatangan RAMADAN ni.

entry merapu cik bedah kali ni diakhiri dengan

SELAMAT BERPUASA UOLSSS...

Tuesday, August 18, 2009

lagi petua H1N1

Ni petua baru jer baca drp blog http://sembangjuruteknik.blogspot.com/ salah seorang followers aku. Tima kasih banyak2 yer Syam sudi berkongsi info.

Berikut adalah antara petua yang diyakini dapat mengubati selsema H1N1. Cara atau petua untuk mengubati penyakit selsema H1N1.

Bahan2nya adalah:-

1. air kelapa
2. kurma
3. mangkuk

Cara-caranya:-
1. masukkan kurma ke dalam mangkuk
2. tuang air kelapa
3. biar sejam dua
4. minum air kelapa bersama makan kurma

InsyaAllah cara ini membantu, jadi kalau kita terasa demam dengan simtom ala-ala H1N1 tu boleh lah cuba cara yang agak mudah ini bagi menyembuhkannya. tapi apa yang penting jangan lupa untuk mendapatkan rawatan di Hospital secepat mungkin jika terdapat gejala2 H1N1.

*** Trylah buatkan....tak salahkan mencuba drp tak buat apa-apa. Orang kata setiap penyakit pasti ada penawarnya. Manalah tahu dalam USA sibuk nak kuarkan vaksin hujung tahun ini. Tengok2 air kelapa adalah vaksin sebenar untuk H1N1 ni..hahhaha merepek pulak aku ni. Yerlahkan orang dulu-dulu kalau ada penyakit guna sumber alam jer sebagai penawar..misalnya kalau demam campak minum air kelapa, kalau sembelit ubatnya makan betik, kalau penyakit kulit, kudis, kayap sapu dgn daun buaya tembaga dan banyak lagi ler petua-petua orang dulu-dulu..yang diyakini keberkesanannya. Cuma penyakit H1N1 ni jika benarlah ia adalah konspirasi...sebijak-bijak orang US, sepandai-pandai saintis dan pakar Tuhan itu lebih mengetahui dan tahu segala-galanya.

Dan setiap penyakit itu juga adalah berpunca daripada manusia itu sendiri, mungkin diturunkan virus ini untuk memberi kesedaran kepada semua, mengenai kematian dan penghujung akhir zaman.

Renung-renungkan :
"Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai dan darah dan daging babi dan binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang dia tidak mengingininya dan tidak melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu, maka tidaklah dia berdosa), sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani- Surah Al-Nahl Ayat 115

Maka benarlah ia merupakan tanda-tanda akhir zaman dan alam ini menghampiri ke penghujungnya. Sesuatu benda akan pasti mati dan musnah dan alam ini pasti juga musnah. Tanda-tanda kiamat kecil sudah ada kesemuanya, yang belum muncul hanyalah tanda-tanda besar. Ini adalah peringatan dan pengiktibaran kepada semua umat manusia supaya kembali kepada Islam yang sebenarnya. Hanya orang yang benar-benar beriman akan memahami isyarat-isyarat ini.

Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa dunia ini telah hampir akhir zaman bahkan Baginda mengumpamakan seperti seorang yang terlalu bongkok. Tentang fenomena alam yang terjadi dan penyakit-penyakit ganjil (seperti Coxsackie, JE, SARS, Selsema Burung dan kini Selsema Babi pula) disebutkan oleh Rasulullah SAW sebagai tanda-tanda qiamat. Dari Ibnu Umar Rasulullah SAW bersabda;

"Bagaimana keadaan kamu ketika lima perkara berlaku di kalangan kamu, dan aku berlindung dengan Allah dari terjadinya perkara itu kepada kamu atau kamu sempat menempuhnya. Tidak timbul kemungkaran di kalangan satu-satu bangsa melainkan mereka melakukannya secara terang-terang, akan timbul penyakit taun dan penyakit-penyakit yang tidak pernah ada terhadap orang-orang sebelum mereka (penyakit ganjil)"


Antara sebabnya kita mengagungkan hiburan ditatkala Tilawah Al-Quran berlangsung, kita memuja artis dan menangis apabila anak-anak kita kalah dalam pertandingan berlakon, kita mengagungkan artis apabila mereka mati tetapi kita biarkan golongan agama mati kesejukan, kita bertepuk tangan apabila anak-anak kita berpeluk dengan wanita yang lebih tua dari mereka apabila kalah dalam pertandingan menyanyi, kita makan makanan yang dimasak oleh bukan Islam walaupun premis tersebut mendapat pengesahan sijil halal, kita sibuk membawa anak-anak kita ke Megamall tapi tidak ke masjid, kita kosongkan surau dan masjid dan biarkan golongan pencen memeritkan tekak yang kering, kita halalkan sumbang mahram, kita benarkan maksiat berleluasa, kita makan hasil riba, kita nikmati hasil bunga, kita biarkan arak bermaharajalela di kedai serbaneka yang bisa diakses dengan mudah oleh anak-anak kita, kita biarkan arak dijual dan diminum secara terbuka di KLCC dan Café-café, kita biar anak kita berpelesaran di Internet Café, di kedai mamak, di jalanan merempit, ronda-ronda sepanjang malam, kita hias malam dengan maksiat, kita sulam hari kita dengan kesibukan dunia, kita tidak menoleh lagi kemasjid kecuali pada hari Jumaat, dan hari ini, H1N1 Allah turunkan untuk bangsa Melayu hadapinya.

Dari Megamall yang sibuk dan tercemar, marilah kita bawa anak kita penuhi masjid. Dari bersentuhan dan berpelesaran malam hari, kita bawa anak-anak kita sembahyang malam, mengaji, dan isi sepertiga dari malam dengan ibadah, dari beriadah di tempat terbuka atau awam, kita beriadah bersama keluarga di rumah dan isi dengan zikir-zikir, dari sibuk dengan hiburan, dari mengangkat dan memuja artis, kita minta pada ustaz-ustaz, guru-guru, ulama-ulama berdoa pada Allah dan kita minta dan kita sertai program ibadah setiap malam hari di bulan Ramadhan dan kita teruskan kebulan-bulan seterusnya sehingga wabak H1N1 ini berakhir. Kita kembali kepadaNYA dan kita minta pada Allah dan tunjukkan semula yang kita, umat Melayu, tidak akan sesekali berpaling dari Allah dan Rasulnya dari apapun termasuklah nikmat dunia yang sedikit.

*** Cuma aku terfikir satu langkah paling berkesan untuk mencegah H1N1 adalah dengan selalu membersihkan tangan, bukankah dalam Islam kita diwajibkan membersihkan diri sebelum menunaikan solat. malah setiap hari lima kali sehari, bermula dengan pagi, tengah hari, petang, magrib dan malam kita bukan sahaja membasuh tangan malah muka, telinga, dahi dan kaki. Membersihkan tangan bukan sahaja pergelangan tangan tetapi sehingga ke siku, bukankah perkara itu sudah ada dalam Islam tetapi ramai yang tidak mengamalkannya. Jadi marilah kita bersama-sama mengamalkan cara hidup islam yg sebenar***

Monday, August 17, 2009

masuk bakul

Pada petang Ahad lepas memandikan Fahim aku terlelap sekejap maklumlah penatkan. ala tido-tido ayam jer..lepas tu terdengarlah Durrani panggil nama aku...si kakak ni mmg sensitif sikit apa-apa yg adik dia buat dia akan mengadu ler..dengan berat matanya aku pun mencelikkan mata..rupa-rupanya ini kerja dorang berdua.

Mereka sudah mengeluarkan semua mainan dalam bakul...

Selepas itu fahim sudah berjaya memasukkan dirinya ke dalam bakul kosong itu ...diikuti kakaknya..

Seronok gamaknya dapat memboloskan diri...

Yeaha...sukanyer..dua-dua dah dapat masuk bakul mainan

mainan kat luar dah bersepah-sepah..tak usah cakap ler.

Inilah kerjanya kalau, mama leka sekejap ada-ada jer...alahai..

Saturday, August 15, 2009

KONSPIRASI HINI

Artikel ini aku petik drp lawan web MAlaysia kini yang ditulis oleh Hishamuddin rais..sejauh mana kebenarannya kenalah baca..dan ada beberapa laman web lagi juga menceritakan perkara yang sama...

HINI KONSPIRASI KAPITALIS BUAT DUIT

Justeru, jangan terperanjat jika saya nyatakan bahawa virus AIDS, HIV, Ebola semuanya lahir dari bilik makmal. Seperti memerangkap Mat Rempit agar tayar motosikalnya bocor, begitu jugalah kajian biologi di bilik-bilik makmal yang sedang dilakukan oleh kaum kapitalis ini. Kaum kapitalis multinasional ini ingin memerangkap – bukan dengan menjual tiub.

Mereka melepaskan virus-virus ini dengan dua tujuan:
1 – mengurangkan penduduk dunia,
2 – menjual ubatan.Tidak masuk akal? Ia hanya teori konspirasi? Ia pandangan gila Hishamuddin Rais?

Jangan hairan, kaum kapitalis memang tidak berhati perut. Apa yang penting, keuntungan besar. Dan ini juga selari dengan dasar yang telah dibincangkan di Iron Mountains. Ia juga dasar yang sedang dijalankan mengikut Memo No: 200 yang disarankan oleh Kessinger.Umat manusia perlu dikurangkan dalam dunia ini agar mereka yang kaya terjamin kesempurnaan hidup mereka - samalah seperti mengawal penduduk Kampung Kerinchi daripada berpindah ke Country Height atau menggodam setinggan di Kampung Berembang atau Buah Pala agar mereka tidak berani membuat rumah di Bukit Tunku.Juga, hampir kesemua soldadu yang berperang itu adalah anak-anak kelas bawahan. Mereka ini, seperti kata Kessinger, sampah yang akan membawa masalah.Soldadu Amerika hampir 80 peratus berkulit hitam dan Latino. Menghantar mereka ke medan perang cara terbaik untuk mengurangkan jumlah mereka.Anak-anak orang kaya tidak akan masuk menjadi tentera.

Malah George W Bush sendiri telah mengelak daripada pergi menyertai Perang Vietnam.Apabila saya membaca, mengkaji dan meneliti dokumen yang "dibebaskan" atau yang telah dibocorkan, maka ternyata virus terbaru A (H1N1) ini juga telah menetas dari bilik makmal.Dasar pengurangan umat manusia di bumi ini sedang berjalan dengan baik. H1N1 ini adalah sebahagian dari strategi itu.Jika kurang yakin tentang apa yang saya cuba nyatakan di sini – atau menganggap ia hanya teori konspirasi – sila cari dan baca.

Ada berjuta-juta bahan kajian ilmiah dan tulisan-tulisan para penyelidik yang menimbulkan isu ini. Semua ini amat senang untuk ditemui dalam internet.Pada ketika ini, tela diheboh-hebohkan tentang satu vaksin yang akan muncul untuk melawan H1N1. Ia juga pengiklanan besar dari kaum kapitalis. Untuk sementara waktu kita diberitahu bahawa vaksin ini masih dalam kajian.Bayangkan, mula-mulanya kita ditakut-takutkan. Kemudian kita diberitahu jangan takut, ada jalan selamat. Tetapi jalan selamat ini wajib dibayar. Cukup senang untuk memerangkap.

Sama seperti menabur paku di jalan raya untuk membocorkan tayar motosikal Mat Rempit. Beginilah sifat kapitalis. Beginilah cara kaum kapitalis membuat untung.Dalam sistem ekonomi sosialis - ubatan adalah untuk kesihatan, bukan untuk keuntungan. Dalam sistem ekonomi sosialis, hospital milik rakyat, bukan untuk diswastakan.Dalam ekonomi sosialis, perubatan untuk semua dan bukan untuk yang kaya.Dalam sistem masyarakat sosialis, umat manusia penjana tamadun, bukan sampah yang perlu dihapuskan. Fikrah manusia digunakan untuk kebaikan, bukan untuk keuntungan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN

http://jacknaim.blogspot.com/2009/07/konspirasi-h1h1.html


http://aloqmalai.blogspot.com/2009/07/konspirasih1n1.html


http://myelise.org/sksk/articles.php?article_id=117

mari kongsi tip cegah HINI

Takut betul sekarang ni dengan wabak HINI, rasanya macam nak duduk rumah jer tak nak pegi mana-mana. Ttp boleh ker uols. keje kena keje juga kena jumpa orang juga hari-hari. Tawakal ajalah moga-moga dijauhkan drp virus bahaya nie.

Sekarang ni pelbagai tip / panduan untuk mencegah HINI yang akau dapat sama ada dlm email atau SMS. Memang berguna orang kata mencegah lebih baik drp mengubatikan. Ok kat sini aku nak kongsi sikit tip yang boleh diikuti aku pun dah start amalkan sekarang ni..takut beb!!!! memanglah orang kata nak mati kat mana-mana pun boleh tak kira tmpt dan penyakit ttp takkan tak buat apa-apa pulakkan tak usaha langsung drp mencegah..cannot..cannot...cannot..

1. yang pertama tentulah pakai topeng.
aku rasa kat negara kita skang ni belum lg sepenuhnya pemakaian topeng ni. Cam aku sendiri pun kuar asgn masih tak pakai topeng. Tapi sebenarnya topeng sendiri pun tak fully covered untuk halang virus tu merebak. Sebab kuman tu boleh tersebar melalui sentuhan dalam jarak 1 meter. jadi elakkan ler ke tempat bersesak-sesak kalau tak perlu, kalau kena juga tu nak wat cam manakan tawakal ajerlah. ..ayo..ayo takut uols kdg makan kat kedai kuman tu melekat kat meja, kita pegang meja berjangkit juga uols.


2. Jadi yang peling penting kena jaga tangan, bersihkan tangan selalu. Sebab kita lakukan aktiviti guna tangan. kalau susah sgt nak basuh yerlah kalau kuar pg shoping kompleks susah plak kan nak cari toilet nak basuh jadi bawalah selalu hand sanitizer ni. lepas jer bersentuhan dgn org terus jer cuci dgn benda ni. aku pun siap letak dalam beg, tengah jalan pun aku cuci dgn hand sanitizer ni.

3. Virus ni senang terkena kepada orang yg mempunyai antibodi yang lemah. jadi kena tingkatkan antibodi dengan banyakkan makan buah-buahan sebab ada vitamin C. kalau boleh buat jus oren..(hahhaha baru buat pg tadi ni fresh lg uols), makan oren banyak2, makan epal sebab epal ada anti oksidan yang boleh menguatkan antibodi, lagi satu aku baru dpt info makan buah kiwi atau minum jus kiwi.

Untuk anak-anak aku bg makan scolt Emulsion. Untuk antibodi dorang.
4. SMS yang aku terima drp Bennie malam tadi sangatlah membantu. Dalam SMS tu berbunyi
" Kita kena cegah daripada merawat sebab dah ramai meninggal. Antibodi badan mesti kuat. Mengikut amalan perubatan yg dirahsiakan bangasa lain, memakan bawang putih dan EPAL HIJAU sebanyak mungkin bersama makanan harian lain adalah antibodi terbaik mencegahnya. Pagi tadi aku sudah memasukkan bawang putih dalam sup anak. kalau time pantang mmg ler bawang putih jd makanan harian. ttp tk per uols kalau nk mkn jugak bwg putih dibakar kemudian dimakan dgn lada hitam yg ditumbuk dimasukkan air asam jawa sikit..sedap...
Itulah sedikit sebanyak tip yang boleh kita amalkan.
harap2 boleh membantu kita mengelak terkena jangkitan virus merbahaya ni. AMIN

Wednesday, August 12, 2009

pernah makan pulut doyan

Inilah rupanya pulut durian. selepas diletak santan dan gula.


Durian mestilah ada beb..

Pernah makan pulut dengan durian tak???
(Intan aku tau hang mesti tak pernah makan sebab hang tak suka doyankan)

kalau orang belah utara, Kedah, penang perak Utara gitu mesti tahu pulut duriankan???


bahan-bahan yang mesti ada dalam pulut durian adalah durian off courselah kan, pulut, santan dan gula. campurlah semua tu dan makan..
Pergghhh kalau penggemar durian memanglah suka dengan benda alah ni...memang sedap beb!!!
jadinya selepas husband aku membeli 6 biji durian yang besar-besar isinya bak doyan Siam untuk dibuar bubur durian ahad lepas....aku pun buatlah pulut durian untuk melepas gian. Yerlah selalunya makan kat kg jer mak yang buatkan. Ini buat sendiri...nasib baik rasa sama...makan sekali tak cukup bertambah lagi...then lepas tu terus pening-pening lalat akibat penangan durian sib baik tak lalok hahhha..pening2 manja jer uols. peduli aper kan janji dpt makan hehheheheh

hadiah maksu

Wajah-wajah kesukaan bila dapat bear baru. Sabtu lepas maksu datang umah..jadi dia bagi ler satu bear untuk Fahim dan satu untuk Fatin. disebabkan tak ada bear hagemaru jadi dapat bear seakan hagemaru pun oklah suka ler sangat-sangat. jangan lepas ni dia angkut ke mana pegi sudah.

yang ini kakak punya. Sekarang ni dah bahasakan diri kakak. tak ajar pun dia yang sendiri..panggil kakak. agaknya mak ida (bb sitter) panggil kakak kot.

yang bestnya bear fahim boleh menyanyi. First time dengar ala-ala macam terkejut dan takut jugalah. pastu terus suka sebab ada lagu..


Ni buat muka terkejutlah ni ttp sebenarnya suka..

Lepas tu barulah suka dan gelak-gelak...

tiap kali pegang dia minta bunyikan. sebab dia tak pandai picit lg

gelak tak ingat...hahhhahaha

keh..keh..keh..suka suka suka

Sampai terangkat kepala dia. Tima kasih yer maksu lain kali beli lagi yer.

makan-makan family

anak-anak buah yg sedang tunggu nak makan

Alhamdulillah selepas tertangguh lebih sebulan akhirnya makan-makan untuk family dapat juga dilaksanakan di rumah aku pada malam Ahad lepas. Sepatutnya bulan julai ttp ada jer perkara berbangkit yang perlu diselesaikan jadinya selamatlah dibuat pada minggu lepas.

Oleh kerana sudah di request sejak awal lagi jadinya menu untuk malam itu hanyalah satey kajang, mihun goreng, bubur doyan makan ngan pulut dan buah-buahan sahaja.
majlis bermula selepas solat maghrib, ttp kak tija ngan kak foziah datang petang. Abang long family ngan Yue datang pas magrib. selepas baca doa untuk berkat ohh ya angah (anak buah aku) bakal berlepas ke Mesir 2 september ni jadinya makan-makan ni juga sempena pemergian dia ke sana. harap2 semoga semuanya selamatlah yer Angah yer.

Sedang sibuk makan lupa pula nak ambil gambo. hanya yang ado nilah saja gambonya.

lepas jam 11 malam masing-masing pulang ke rumah..yang tinggal hambolah sajo berkemas. Ttp nasib baik pinggan mangkuk sudah dibasuh oleh anak buah yg rajin2 ni senanglah sikit kerja.



pix satey yang dicilok drg en. G, ohh satey disponsor ya harap maklum.


Mihun goreng sekadar peneman untuk satey.

Bubur doyan untuk melepas gian...

Tuesday, August 11, 2009

wifi dah ok

aduh lega rasanya sebabnya wifi aku dah leh berfungsi macam biasa. Bukan rosak uols cuma aku tak boleh nak on blog. Internet ok ttp blog jer tak boleh buka. SEbab itulah aku tidak menulis blog tensen jer uols..selepas dikaji, dirawat, dibuat rawatan susulan malam ni dah ok sepenuhnya. Itu pun selepas hubby aku mendapatkan rawatan drp doc bertauliah dalam bidang IT. Alhamdulillah penyakit yang tidak dapat diketahui puncanya ini pulih semula. Agaknya kena serangan virus HINI juga kot minta ler dijauhkan Amin.
kat opis mmglah boleh ttp mmg jarang ler sesangat update blog kat opis. nak baca blog orang lain pun payah uols..sebab buka blog dan baca blog org ni ambil masa karang satu hari keje tak siap huhuhuhu...
Ok ler mudah mudahan ler wireles ni tak buat hal lagi. kalau tak kena lepuk juga administrater Uniten ni karang..hahhahha itu hubby aku ler kata sebab dia dah puas buat aduan. sekarang ler baru ok.

Friday, August 7, 2009

update dibabycollections




JOM TENGOK T-SHIRT GAP & GUESS DI www.dibabycollections.blogspot.com
Gap ada 3 warna hitam, putih dan merah. Guess ada warna krim dgn putih sahaja.
kalau berminat sila kunjungi kedai yer.

fahim kena campak

hari ni aku terpaksa bercuti. Sebabnya petang semalam masa ambil budak-budak, baby sitter aku bg tau yang fahim kena campak dah naik kat badan dah. masa pegi hantar pagi tu belum ada lagi. Aku cuma syak jer kena campak then cakap kat hubby dia kata bukan kot. kena gigit nyamuk tu. Rupa-rupanya betul campak. campak halus-halus, campak pasir kot orang kata.
jadi pagi ni dah ke klinik dan ambil ubat semua. Petang ni nak ke wangsa maju sebab dulu masa Durrani kena campak pegi jumpa sorang pakcik ni alah ayah kwn kat office tu dia pandai buat air penawar supaya campak cepat keluar dan cepat baik. masa durrani dulu berkesan...

harap-harap baik cepat ler anak mama ni yer

Thursday, August 6, 2009

masak time...

Oleh kerana sekarang adalah masa menkuarantinkan diri, jadinya kami sekeluarga juga telah menkuarantinkan diri daripada makan di luar. Minggu ini sudah mula memasak di rumah.
Walaupun sebenarnya selalu bukannya makan kat luar..cuma minta bungkus dan makan di rumah tapi tetap suamiku kena beli di tempat terbuka jugakan..
Jadi sebagai langkah berjaga-jaga aku dan suami makan di rumah saja. walaupun hanya memasak masakan yang terlalu simple..tersangatlah ringkasnya.
Time-time anak tak sihat ni gitu-gitu jerlah makanannya..nak lebih2 tak boleh ler. karang jam 12 baru makan pulak.

Malam tadi aku sudah memasak petai bersama ikan bilis digoreng sekali dgn cili padi dan bawang besar. Sedap uols..berselera makan hahahhaha (ayat tak boleh blah)

Goreng sayur pun yg senang-senang sajork..sawi goreng air. Goreng sayur pun yg senang-senang sajork..sawi goreng air.pastu ikan goreng comil jer ikan. ada 3 ketul..pastu telur goreng. Hahhaha betul2 pakej ekonomik ni.

**** malam ni masak apa pula ya???***

sakit lagi

Semalam jam 12 lebih fahim nangis-nangis, ingatkan nangis biasa jer..lepas tu makin bertambah kuat, puas dipujuk tak nak juga. diberi susu pun tak nak. Ingatkan sakit perut usap perut dengan minyak..pun tak jalan juga. Risau sangat-sangat..kejap2 dia ok berhenti nangis. lepas tu nangis balik..mengeliat cam orang sakit gitu.
Jadinya bila nampak cam dah lain macam kita orang pun bergegas lah pegi klinik...cari klinik yang buka 24jam..tak ada doc pulak. alahai..rasa dah nak nangis ni. terus Azzarah, perhhh ramai giler tu orang menunggu..ada dlm 12 orang lagi kena tunggu. nasib baik masa tu Fahim dah diam..kalau tak mahu juga ke kecemasan.
Bila dah diam terus tepuk2 dan dia tido kat situ...
Tapi menunggu punyalah lama..macam hospital kerajaan jer..dah ler musim orang sakit tapi doc bertugas satu jer. Apalah punya private...tunggu sampai jam 3.30 pagi barulah giliran dipanggil.

Bila cek dgn doc dia kata tak ada apa-apa. demam pun sikit jer..paru-paru semua ok. maybe perut dia memulas sebab itu ler nangis. sebab macam kembung sikit.
lepas dah amik ubat terus jer balik umah dan tido..
alahai fahim ni selalu sangat sakit..harap2 dah besar nanti kuranglah sakitnyer..

Wednesday, August 5, 2009

layan kerenah durrani

Selalukan aku ambil gambar baju-baju untuk blog online, Durrani pandang jer sambil tanya, mama wat per?"
"oh mama ambil gambar baju nak jual,"
"ohh."

malam tadi agaknya tengah bosan kot dia pun mengambil kamera dan menyuruh aku mengambil gambar beberapa item seperti remote control, basikal, tilam, bantal, TV, susu dan semua yang ada di sekitarnya. Lepas tu dia pulak ambil sendiri..ceehhh macam2 gambarnyer..senget-senget semuanya.

Remote yang suka disorok oleh Durrani. habis cari satu rumah..mana dia letak.

Ohh semalam beli selipar baru kat dia. Bila balik rumah tunjuk kat dia terus jer dia kata, "mama beli ekkk...sayang mama. Mama Hebatlah," terus jer cium aku ambil hati. Keh..keh..keh..ttp yang tak tahan tu HEBAT tu..vangga makcik uols.

Model pose dengan ikan kepunyaan Fahim kalau nak tido skang ni gentel-gentel ikan ni lah.


Ohhh bear juga sudah memakai kasut. Hehhehe..semalam juga punya cerita ni..dia ambil bear kemudian pakaikan kasut. Bila kasut jatuh habis dia ngamuk. Mmglah tak padan kaki bear tu kecik. pastu suruh aku pakaikan bear selipar baru tu..lagilah tak boleh..iskk.iskkk nasib baik ok kalau ngamuk nak juga aku pakaikan....tang mana aku nak cucuk tak tau ler...

naper tak update blog

Rasa cam dah lama tak update blog.Ehhh yer ker?? yerlah kot kalau tak mesti satu hari ada satu entry paling malas ler tu kalau tahap rajin satu hari 2, 3 entry. Kalau tahap malas satu hari, dua hari tak update langsung. Antara sebab-sebabnya ialah:

1. Sibuk melayan blog online http://www.dibabycollections.blogspot.com/ . Cam ler ramai pelanggan sangat, ttp so far oklah..nak kata ramai sangat tu idaklah baru jer sebulan lebih menjual online ni. Ttp adalah pembelinya.

Jadi kalau ada pembeli tu pagi-pagi dah kena pos barang kat pejabat pos. malamnya kena packing barang jadi cam gambar kat atas tu. Bungkus cantik-cantik. alah masuk sampul surat jer. cam nerlah acik tak sibuk nyah oiii (alasan baek punya hahhahha). Tima kasih daun keladi lah pada yang beli tu yer...terharu sangat-sangat uols atas sokongan anda. Cewahhh ucapan ler pulaks..

2. Bz melayan karenah anak-anak. Fahim baru jer baik demam... seminggu ...dah demam balik. Berulang ke klinik lagilah nampaknya.

Masa ni tengah baik demam seronoklah..gelak-gelak.

3. Bz dgn keje. alah orang lain pun keja jugak. Tengah nak manage time lagi..maklumlah ke department baru..rasanya sama jer kot kesibukannya. Cuma jelita ni serius sikitlah..kalau iremaja dulu boleh main-main uols. Sekarang ni tengah dateline ler..semak juga otak ni.

4. lepas tu sekarang ni dah ada FB singkatan untuk facebook. Sebenarnya maleh betul nak sign up, ttp hari2 email yahoo tu penuh dengan FB add, jadinya sign up jerlah. walaupun up datenye sekali sekala. Itulah adalah antara mengurangkan juga masa nak update blog. Terpengaruh juga nampaknya..karang tak ada FB dikatakan ketinggalan jaman pulak. sebab rata-rata semua ada FB..tak main ler sms, tepon2 ni FB jer skang ni..ahaks.

5. Sebab virus HINI tengah merebak skang ni. Jadinya aku pun mengkuarantin diri juga daripada berblog. hahhaha alasan yg ni mmg tak leh pakai langsung. TTp serius takutlah dgn penyakit tuh. Kdg2 rasa nak pakai topeng jer sepanjang masa..ttp boleh ke..cam malu pulak org lain tak buat. MINTA DIJAUHKANLAH DRP ANAK-ANAK, SUAMI, KAUM KELUARGA DAN SAHABAT HANDAI. AMIN...

6. DAN SEBENARNYA.... aku tak ada citer best nak tempek. asyik2 citer anak, citer makan, citer bz..hahhaha aku pun bosan menulis.

Itu jerlah cerita hari ni. sekian

Saturday, August 1, 2009

jom makan laksa

mula-mula masa kuar rumah nak makan nasi sebab tengah hari tak makankan. tapi bila tercium jer bau laksa terus jer bertukar fikiran nak makan laksa. Hasilnya memang membanggakan aku berjaya menghabiskan semangkuk laksa penuh dengan jayanya tanpa meninggalkan barang sedikit pun walaupun kuahnya. Kagum sungguh aku..itu menandakan laksa ni sedap dan menepati selera aku. Lagipun dah lama tak makan haruslah bila sekali makan habiskan..tak pelawa husband aku langsung pun hehhehe..ala dia bkn suka laksa pun.

nampak sedap tak uols????
see aku dah kata dah kalau sedap mmg habis punya.

layan jerlah gambar fahim yg kebosanan nie. dah penat minta susu lerrr jawab nyer.

dia tgk aku mkn sedap terliurlah juga ttp mana leh makan nak oiiii pedaslah laksa ni



wajaah-wajah sedang gembira dapat makan

ohhh jap lg nak balik kampung pd lepas maghrib nie.

along amik duit

Pagi semalam ke tempat kerja aku singgah sekejap di stesen minyak sebab nak amik duit. kat depan ATM tu ada seorang lelaki cina, dalam lingkungan 30-an agaknya sedang mengambil duit. Di tangannya penuh dengan duit kertas RM50 tebal juga. Lepas tu tak henti-henti dia mengeluarkan kad dr satu ke satu...lama juga aku menunggu, akhirnya aku berpindah ke ATM di sebelah.
Kejadian yang sama juga pernah berlaku sebulan lalu masa tu aku dengan suami singgah di maybank. Seorang lelaki cina sedang mengeluarkan duit daripada berpuluh-puluh keping kad ATM. hairan juga bagaimana orang boleh percayakannya untuk mengeluarkan duit...bukan satu aku rasa hampir puluhan keping kad. Lama juga menunggu..sehingga aku beredar di ATM di sebelah.
Perkara ni aku ceritakan kepada suami..ohhh rupa-rupanya begitulah cara ALONG mengambil duit daripada peminjam-peminjamnya. Dengan memegang kad ATM dia bebas mengambil duit sesuka hati. Tiada istilah tidak mampu bayar..selepas mengeluarkan duit barulah dia menyerahkan kembali kad atm kepada peminjamnya...agak akulah kan.